Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YANG DI PERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK SERI PERAK
YANG BERBAHAGIA EN. MOKHTAR BIN RAMLI

‫هللا َو َرحْ َم ُة َعلَ ْي ُك ْم اَل َّسالَ ُم‬


ِ ‫َو َب َر َكا ُت ُه‬
Yang berusaha;
Pn. Norzita binti Hj. Mohamad Noh, Guru besar SK Seri Perak
En. Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdul Manaf, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Rohaya binti Kadir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Norazlina binti Mohd Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati;
Pn. Rosnani Binti Ahmad, Ketua Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
Guru-guru SK Seri Perak,Ibu bapa /penjaga serta yang diraikan murid tahun 6 SK Seri Perak.

Hadirin dan hadirat sekalian.


Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita bersama-
sama dalam menjayakan MAJLIS GRADUASI MURID TAHUN 6 sesi 2022/2023 pada tahun ini.

Alhamdulillah, syukur di atas keizinan yang diberikan oleh Allah SWT serta Rahmat dan Kasih
Sayang Nya. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana
diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Majlis Graduasi Tahun 6 bagi
sesi 2022/2023 ini.Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana
dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu dan berkumpul pada hari yang penuh bermakna ini.

Hadirin – hadirat yang dihormati sekalian,

Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah
berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan  lancar dan teratur. Ucapan penghargaan
dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan
yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis Graduasi Tahun 6 ini. Kita sedar, majlis seumpama ini
amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal
meninggalkan dunia sekolah rendah yang menyeronokkan ini.
Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, Graduasi Tahun 6  merupakan acara  tahunan sekolah.
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada putera dan
puteri tahun 6 sekolah ini atas kesabaran , pengorbanan, komitmen dan usaha murid sepanjang
enam tahun berada di sekolah ini. Majlis ini juga disusun atur untuk dijadikan sebagai perangsang
atau pencetus kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi
pada masa akan datang. Malah diharapkan ia mampu mengukir kenangan manis dan mencatat
nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah kehidupan murid.

Hadirin – hadirat sekalian,

Diharap sentuhan majlis ini dapat membuatkan anda tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang
dicurahkan oleh barisan pendidik. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang telah
menunjukkan dedikasi dan bertungkus lumus dalam mendidik dan ememberikan tunjuk ajar
kepada murid. Diharapkan murid semua dapat meneruskan pembelajaran di mana jua selepas
melangkah ke alam sekolah menengah nanti. Selain itu, saya berharap murid – murid dapat
mencurahkan jasa dan bakti kepada agama, bangsa dan negara sebaiknya pada masa akan
datang.

Hadirin – hadirat sekalian,


Kesediaan dan kesudian para waris untuk sama-sama berganding bahu hadir ke Majlis Graduasi
Tahun 6 ini amatlah dihargai. Ini menunjukkan keprihatinan tuan dan puan terhadap anak masing-
masing sekaligus menunjukkan sokongan kepada program yang diadakan oleh pihak sekolah.
Kepada murid Tahun 6, hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh ibu dan bapa anda.
Balaslah jasa mereka dengan mencipta kejayaan yang hasilnya membanggakan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 bagi SESI
2022/2023 tahun ini.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai