Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Pn Jelilah Apiang , pegawai SIP PPDKK, Guru Besar SK


Babagon Toki Inanam , Encik Rozlee Idris, Guru-guru penolong kanan,
guru-guru dan para ibu bapa dan rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.
Selamat pagi.

Mewakili murid Tahun 6 Cemerlang tahun 2022/2023, saya


merakamkan jutaan terima kasih kepada guru besar dan guru-guru
yang telah mencurahkan ilmu kepada kami. Budi guru-guru semua
tidak akan kami lupakan. Kami juga memohon maaf sekiranya kami
ada tersilap dan terkasar terhadap guru-guru dan semua warga SK
Babagon Toki.
Syukur kepada Tuhan kerana dapat berkumpul dan berhimpun di pagi
yang mulia ini bagi meraikan Hari Kecemerlangan dan graduasi Tahun
6 SK. Babagon Toki Inanam. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang
hadir.

Sempena Hari Kecemerlangan dan graduasi Tahun 6 ini, saya selaku


wakil murid ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas segala sumbangan guru-guru sepanjang mendidik
kami di sini. Saya percaya segala pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh akan menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup di
masa hadapan. Segala sumbangan dan pengorbanan guru-guru akan
sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu cikgu
kepada kami.Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa di atas
pengorbanan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari dahulu
hingga kini. Tanpa kedua-duanya, kami mungkin tidak akan berada di
sini.Ucapan syabas juga buat rakan seperjuangan yang bersama-sama
sejak dari pra sekolah hingga Tahun 6 untuk menimba ilmu dan
pengetahuan untuk bekal di masa depan. Semoga ikatan
persahabatankita ini akan terus berpanjangan.

SK Babagon Toki akan kami kenang dan tetap di hati kami semua.
Untuk pengetahuan semua, esok 18 Februari 2023 bersamaan hari
Sabtu, kami akan ke SMK Kolombong untuk Pendaftaran Tingkatan 1.
Kami akan meneruskan pelajaran kami ke sekolah menengah dan
kami mohon doa dari semua.
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai