Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Guru Besar cikgu Palajuman Mongankin,


Penolong Kanan Satu cikgu Mairin Gosman,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid cikgu Jacklon ,
Penolong Kanan Kokum En Handrison Juma,
Mantan Guru Besar cikgu Tumis Lamiting,
Mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En Mujis Dagok,
guru-guru, ibu bapa serta rakan-rakan sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati,

Pertama kali, ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili rakan – rakan
dalam menyampaikan ucapan wakil murid Tahun 6 dalam Majlis Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah sesi 2016 ini.

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan
umpama semalam sahaja. Kini, kami sudah berada pada penghujung tahun terakhir di
sekolah rendah, iaitu Tahun Enam. Maka, minggu ini merupakan minggu terakhir kita
menuntut ilmu di SK Kenang - Kenangan. Begitu berat rasanya untuk meninggalkan sekolah
yang tercinta ini.

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin
untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian, apalaah daya kita untuk menghalang
waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan
perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu
pasti akan hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,

Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan
wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan kepada kami.
Pastinya akan kami kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup
dan berdenyut. Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh
jari untuk memohon kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kepada guru-guru
yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bakti yang telah
guru-guru abadikan kepada kami.

Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing kami selama
ini dan maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami.

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa kita
serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan
untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan
dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai