Anda di halaman 1dari 3

EDUCATION FUN RUN 2019

Syarat & Peraturan

1. Penyertaan

 Pertandingan ini terbuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas.


 Peserta dewasa dibenar membawa anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah. Tiada bayaran
dikenakan ke atas anak tersebut. Walaubagaimanapun kanak-kanak tersebut tiada hak
keistimewaan sebagai peserta.

2. Pendaftaran dan bayaran

 Peserta perlu mendaftarkan diri dengan mengisi borang secara atas talian dan membayaryuran
pendaftaran berjumlah RM50 bagi setiap peserta.
 Bayaran hanya boleh dibuat secara Tunai melalui kaedah pindahan bank (online transfer)ataupun
bank-in (kaunter ataupun CDM) sebelum tarikh tutup iaitu pada 5 Disember 2018.
 Hantar slip bayaran melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 011-65653500 setelah bayarandibuat.
Simpan slip bayaran untuk tujuan pengambilan kit larian.
 Pembayaran semasa hari program berlangsung tidak diterima.
 Alternatif, peserta boleh mendaftar melalui aplikasi JOMRUN yang boleh dimuat turun melalui
Google Playstore ataupun Apple Appstore.

3. Pakaian

 Para peserta perlu memakai baju fun run yang telah disediakan oleh pihak penganjur untuk
memulakan larian.
 Slip bayaran asal perlu diberikan kepada petugas ketika proses pengambilan kit fun runsebagai
bukti pembayaran (atau e-ticket bagi pendaftaran melalui aplikasi JUMRUN)
 Pengambilan kit Fun Run boleh dilakukan pada hari berikut :

Tarikh : 29 & 30 Disember 2018 (Sabtu & Ahad)


Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Shared Auto Cars S/B, Honda Shah Alam 3S Centre, Seksyen 15 Shah Alam

4. Keselamatan

 Langkah -langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah seliaan pihak penganjur,
sebarang kecederaan peserta semasa latihan atau semasa larian sedang berlangsung adalah
tanggungjawab peserta sendiri.
 Peserta digalakkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding denganpengamal
perubatan sebelum menyertai larian.
5. Kesihatan

 Mana-mana peserta berdaftar dan didapati mempunyai masalah kesihatan semasa harikejadian
akan dikecualikan daripada larian.
 Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan atau kemalangan yangmungkin
berlaku atas sebab kegagalan peserta mengisytiharkan tahap keadaan kesihatan.
 Pasukan kesihatan bertauliah akan disediakan ketika larian berlangsung tetapi peserta yang cedera
teruk akan dihantar ke mana-mana pusat kesihatan yang berhampiran.

6. Checkpoint

 Para peserta perlu menamatkan larian dengan melalui 4 checkpoint, dimana 2 reben bewarnaakan
diberikan kepada peserta pada mana-mana checkpoint.
 1000 peserta terawal yang berjaya menghabiskan larian dan mempunyai 2 reben bewarnabersama
mereka sahaja yang akan layak menerima medal. Jika sebaliknya, peserta tidak akan menerima
sebarang medal kerana tiada bukti mereka melalui checkpoint tersebut.

7. Hak Sebagai Penganjur

 Penganjur berhak untuk menghadkan, menambah atau menolak penyertaan atas sebab-sebab
yang wajar.
 Penganjur berhak mengubah tarikh, tempat atau membatalkan acara pada bila-bila masatanpa
sebarang notis kepada peserta. Walau bagaimanapun penganjur akan mengambil langkah
memaklumkan kepada peserta. Sebarang maklumat terkini mengenai acara akan
dimaklumkan melalui laman web http//geraksel.moe.gov.my/edufunrun
 Peserta perlu mematuhi laluan larian yang telah ditetapkan, arahan pegawai keselamatan, pegawai
pengurusan trafik, pengurusan acara dan mana-mana pegawai penguatkuasa. Peserta perlu
mengambil langkah berhati-hati sepanjang masa dan mengelakkan diri daripada melakukan
sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan peserta.
 Penganjur berhak meminda laluan larian yang dianggap tidak selamat bagi peserta atau bagitujuan
mengelak sebarang halangan atau kejadian ketika acara berlangsung pada bila-bila masa
tanpa sebarang notis pada peserta. Dalam hal demikian, peserta akan diberitahu mengenai
sebarang perubahan sebelum tarikh bermulanya acara. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan di Laman Web rasmi acara. Peserta bertanggungjawab mendapatkan maklumat
mengenai sebarang perubahan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerugian atau ketidakselesaan yang timbul disebabkan perubahan berkenaan.
 Sekiranya program ini telah dibatalkan atas sebab berlakunya kejadian yang tidak dapatdikawal
oleh pihak penganjur yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan,
maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan. Lain-lain perkara
yang telah diberikan tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur
merasakan tuntutan yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan yang berpunca daripada
pihaknya sendiri.
 Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa-
apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain-lain kegunaan
 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan,
kematian, kerosakan harta benda dan kehilangan harta benda sepanjang acara ini
berlangsung.

8. Hadiah

 1000 peserta terawal yang menamatkan larian akan menerima Finisher Medal dan sijl
penyertaan serta goodies bag.
 Peserta lain yang berjaya menamatkan larian hanya akan mendapat sijil penyertaan dan
goodies bag sahaja.

9. Cabutan Bertuah

 Cabutan bertuah akan diadakan setelah selesai acara larian.


 Cabutan adalah berdasar nombor yang tertera pada Bib peserta.
 Hadiah utama sebuah motorsikal adalah tidak termasuk insuran dan kos pendaftaran.

10. Pertanyaan

Sebarang pertanyaan sila hubungi 011-65653500

Sekretariat Education Fun Run 2019

Anda mungkin juga menyukai