Anda di halaman 1dari 7

_________________________________________________________

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 2019
PERINGKAT INSTITUT KANSER NEGARA
PUTRAJAYA

ANJURAN :
UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
INSTITUT KANSER NEGARA
_________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah bagi mengemukakan cadangan untuk


pertimbangan dan kelulusan Pengarah Institut Kanser Negara bagi
melaksanakan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang
disambut setiap bulan Oktober setiap tahun.

PENDAHULUAN

2.1 Kanser payudara merupakan salah satu penyakit yang sangat digeruni
dalam kalangan wanita seluruh dunia. Di Malaysia, kanser ini
merupakan kanser utama yang menyerang wanita dan penyebab utama
kematian. Satu nisbah 19 penduduk wanita di Malaysia berisiko
mendapat kanser payudara. Berdasarkan kepada statistik Daftar Kanser
Kebangsaan pada tahun 2008, kadar insiden kanser payudara di
Malaysia adalah 32.3 % bagi setiap 100,000 wanita. Kanser payudara
mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 18.2 % berbanding
penyakit kanser yang lain. Pada tahun 2008, sebanyak 3,209 kes
baharu kanser payudara telah dilaporkan dikesan. Manakala
berdasarkan kepada statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
2013 menyatakan Kanser Payudara adalah kanser yang paling biasa
menyerang wanita sama ada di negara maju atau kurang maju. Pada
tahun 2012, sebanyak 5,410 kes kanser payudara telah direkodkan di
Malaysia. Sebanyak 10,300 kematian bagi pelbagai jenis kanser telah
dicatat, daripada jumlah tersebut sebanyak 24.5% atau 2,472 adalah
kematian akibat penyakit kanser payudara di kalangan wanita Malaysia.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk
bertindak bagi melakukan pemeriksaan terhadap penyakit kanser
payudara masih berada pada tahap yang rendah. Tambahan pula,
kebanyakan pesakit yang pertama kali dikesan menghidap kanser
payudara telah berada dalam keadaan yang amat kritikal.

2.2 Semenjak tahun 1984, bulan Oktober telah diiktiraf di Amerika Syarikat
sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara Negara. Atas dorongan
kerajaan, masyarakat Malaysia turut menjadikan bulan Oktober sebagai
bulan yang diwarnai dengan pelbagai kempen dan program sehingga ke
hari ini berikutan ancaman kanser payudara terhadap golongan wanita
yang semakin serius. Ia bertujuan bagi meningkatkan kesedaran wanita
dan masyarakat tentang betapa bahayanya kanser payudara dan sangat
penting untuk diketahui dalam usaha mereka ke arah pencegahannya
dengan membuat pengesanan melalui pemeriksaan saringan secara
berkala kanser payudara seawal yang mungkin. Hal ini kerana kesihatan
bagi seorang wanita adalah penting kerana wanita adalah tunjang
pembangunan kepada keluarga sejahtera.

2.4 Oleh itu, KKM sentiasa komited untuk mengurangkan beban kanser di
negara ini. Melaluinya, penekanan kepada aspek pencegahan kanser,
kepentingan pengesanan awal, mendapatkan rawatan segera dan
nasihat daripada ahli profesional tentang tanda-tanda dan gejala terus
menjadi keutamaan. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada
mengubati.
3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

3.1 Objektif Umum


Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat dan warga kerja
IKN tentang kepentingan aspek pencegahan, pengesanan awal dan
mendapatkan rawatan segera dalam usaha memerangi kanser
payudara.

3.2 Objektif Khusus


 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja dan
masyarakat tentang penyakit kanser payudara, memahami segala
dan gejala serta rawatan yang boleh diberikan, serta kepentingan
menjalani pengesanan awal kanser payudara sebagai langkah
pencegahan.
 Menerangkan kepada masyakat tentang perkhidmatan yang
disediakan dalam usaha pencegahan kanser payudara.
 Menerangkan kepada masyarakat dan kakitangan tentang kesan
kanser payudara kepada kehidupan.
 Mewujudkan peluang dan ruang dalam kalangan agensi kerajaan,
swasta dan badan NGO dalam memberi perkhidmatan,
sumbangan secara langsung kepada warga kerja dalam program
pencegahan dan saringan awal kanser payudara.

4.0 KUMPULAN SASAR

 Pesakit
 Keluarga pesakit
 Orang awam
 Kakitangan IKN
5.0 CADANGAN DAN PELAKSANAAN

5.1 Perasmian & IKN PINK Get Fit!


18 Oktober 2019 (Jumaat)
Lobi Auditorium, Institut Kanser Negara

5.2 Street Carnival


22 Oktober 2019 (Selasa)
Lobi Pesakit Dalam, Institut Kanser Negara

5.3 Tanyalah Pakar


23 Oktober 2019 (Rabu)
Auditorium, Institut Kanser Negara

6.0 PENGISIAN SAMBUTAN

6.1 Perasmian & IKN PINK Get Fit!


a) Tayangan Video Gimik perasmian
b) Senamrobik

6.2 Street Carnival


a) Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Akan dijalankan oleh Unit Pendidikan Kesihatan meliputi
perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah, ukuran tinggi, berat
serta BMI.

b) Pameran
Pameran meliputi aspek perkhidmatan perawatan dan penjagaan
kanser yang terdiri daripada :
i. Jabatan/unit di IKN
ii. MAKNA
iii. KanWork serta;
iv. Pendermaan Organ

c) Kuiz Kesihatan
Berlangsung di booth pameran yang dijalankan oleh jabatan/unit
masing-masing mengikut keperluan
.
d) Khidmat Nasihat Kesihatan
Dijalankan bersama pameran dan setiap pengunjung yang datang
ke booth akan diberi penerangan dan konsultasi berkaitan.
6.3 Tanyalah Pakar
a) Ceramah penjagaan payudara
b) Demontrasi Pemeriksaan Sendiri Payudara-You Are My Pink
Reason
c) Pemakanan Sihat dan Kanser

7.0 CADANGAN JAWATANKUASA INDUK

1. Penasihat : Dr. Mohd Anis Bin Haron@Harun, Pengarah IKN

2. Pengerusi : Dr. Hasmah Binti Sahat , (Timb. Pengarah


(Perubatan)

3. Urusetia : Pn. Azlina binti Abdul Aziz, PPK


Pn. Sharifah Shahirah Binti Syed Mohamed, PPK
4. JK Persiapan : En. Mohamad Shahrir bin Hadzali, PT
Tempat

5. JK Pameran : Mohd Ismail Bin Rosli

6. JK Teknikal : En. Mohd Azlan bin Rahman, JAV


7. JK Promosi : Pn. Nurdiyana bt Al-Bakri, Pereka

8. JK Aktiviti :
8.0 TENTATIF SAMBUTAN

Masa Perincian Penyelaras


18 Oktober 2019 (Jumaat)
7.30 AM Pendaftaran peserta UPK

8.00 AM -Majlis perasmian Sambutan Hari Kanser


Sedunia Peringkat Institut Kanser Negara
oleh:
YBrs. Dr. Mohd Anis Bin Haron @ Harun
Pengarah, Institut Kanser Negara

-Tayangan Video Gimik Perasmian UPK


(Sempena Kanser Payudara)

8.30 AM Senamrobik Instruktor

10.00 AM Majlis bersurai

22 Oktober 2019 (Selasa)


‘Street Carnival’
9.00AM - 4.00 PM -Pameran & Khidmat Nasihat Kesihatan MAKNA, Kan
Work

-Pemeriksaan Kesihatan Percuma UPK

-Kuiz Kesihatan Jururawat

23 Oktober 2019 (Rabu)


‘Tanyalah Pakar’
8.30 AM Pendaftaran peserta / minum pagi

9.00 AM Ceramah I

-Payudara dan Penjagaannya


-Demonstrasi PSP

Ceramah II Unit Dietetik &


-Pemakanan dan Kanser Payudara Sajian

12.00 tgh/ hari Bersurai / makan tengahari


9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Perasmian & IKN Pink Get Fit!
-
2. Street Carnival
-
3. Ask For More
-

JUMLAH

10.0 KESIMPULAN

Melalui penganjuran Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Peringkat


Institut Kanser Negara ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada
perubahan tingkahlaku yang lebih positif dan pro aktif terutamanya dalam
usaha pencegahan kanser payudara dalam kalangan masyarakat secara
amnya dan kakitangan IKN khususnya.

Disediakan oleh :

(AZLINA BT. ABDUL AZIZ)


Ketua Unit
Unit Pendidikan Kesihatan
Institut Kanser Negara
Tarikh:

Disemak dan disahkan oleh : Diluluskan oleh :

(DR. ABDUL GHANI BIN ABDUL JALIL) (DR. MOHD ANIS BIN HARON@ HARUN)
Timb.Pengarah (Perubatan II) Pengarah
Institut Kanser Negara Institut Kanser Negara
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai