Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

KURSUS MEMBUAT
KEK LAPIS SARAWAK

TARIKH:
24 OGOS 2013

TEMPAT:
MINI RTC BUKIT TUKANG JUSOH
KOTA KUALA MUDA, KEDAH

DISEDIAKAN OLEH:
UMMI KALSUM BINTI SUKIMI
1.0 PENGENALAN

Kek Lapis yang dahulunya terkenal dengan masyarakat Sarawak kini juga boleh
dihasilkan serta dikomersialkan oleh masyarakat semenanjung. Ianya mampu menjana
pendapatan yang lumayan. Salah satu caranya ialah dijadikan sebagai produk untuk
diiklankan di laman sesawang bagi menjana pendapatan seharian. Namun begitu ianya
masih amat kurang diusahakan oleh penduduk luar bandar di bahagian Semenanjung
Malaysia. Oleh yang demikian, Mini RTC Bukit Tukang Jusoh mengambil inisiatif untuk
menganjurkan kursus membuat Kek Lapis Sarawak ini. Peserta kursus ini akan ditunjuk
ajar oleh seorang individu yang berpengalaman dalam bidang penghasilan kek lapis ini.
Dengan adanya pendedahan asas membuat kek lapis ini, diharapkan mampu
mentransformasikan dan meningkatkan kepelbagaian kegiatan di Mukim Bukit Meriam
ini.

2.0 OBJEKTIF

i. Memberi pengetahuan dan kefahaman asas tentang teknik membuat kek


lapis dan fungsi-fungsi alatan yang digunakan.
ii. Mempelajari asas pembuatan kek lapis.
iii. Menghasilkan produk yang bermutu dan boleh dipasarkan serta dapat
menambahkan pendapatan harian.
iv. Membancuh dan menyediakan adunan kek lapis dengan resepi yang enak.

3.0 MAKLUMAT KURSUS

Kumpulan Sasaran : Kaum wanita, peniaga dan yang berminat


Bilangan Kursus : 1 siri
Tarikh kursus : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Jumlah Peserta : 45 orang
Jurulatih : Subihah bt Abd Wahab
Pengusaha bakeri
4.0 MAKLUMAT AKAUN

Nama Akaun : PENGURUS MID BUKIT TUKANG JUSOH


Nombor akaun : 0206-0013210-05-5
Nama bank : BANK CIMB
Cawangan : SG PETANI, KEDAH.

5.0 TENTATIF KURSUS

1.00ptg
Hari / 8.30 pg – 9.00pg - 11.00pg - 11.30pg - 2.00 ptg –
-
Masa 9.00 pg 11.00pg 11.30pg 1.00ptg 5.00 ptg
2.00ptg

Motivasi dari Dr
Hari Pendaftaran Penerangan Minum Praktikal Dan
Rehat (H) Azlina bt
Pertama & Taklimat. Dan Praktikal Pagi Persembahan
Abdul Latiff

6.0 PERINCIAN PEMBELAJARAN

Penerangan mengenai teknik membuat kek lapis dengan baik dan betul.
Penerangan berkaitan dengan penggunaan peralatan yang bersesuaian dalam
membuat kek lapis.
Demonstrasi dan praktikal membuat kek lapis kepada peserta.
7.0 PERINCIAN PERBELANJAAN KURSUS

Bil Perkara Nilai (RM)

Menyediakan makan dan minuman peserta kursus


1 450.00
45 orang x 1 Hari x RM10.00

Elaun Tenaga Pengajar


2
2 orang pengajar x RM225.00 450.00

3 Penyelenggaraan Mini RTC 100.00

JUMLAH 1,000.00

8.0 PENUTUP

Memberikan khidmat Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar Bandar


merupakan hasrat KKLW menerusi insiatif RTC bagi memberi peluang kepada
masyarakat untuk berdaya saing dalam menjalani kehidupan yang semakin
mencabar ini. Kursus seperti penyediaan dan pembuatan kek lapis ini
diharapkan dapat menarik minat masyarakat untuk mengubah nasib dan taraf
ekonomi mereka. Sehubungan dengan itu, Mini RTC yang bersandarkan tagline
“Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan” dijadikan sebagai platform untuk
menyebarkan peluang keemasan ini kepada penduduk luar Bandar. Di harap
kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan.

Anda mungkin juga menyukai