Anda di halaman 1dari 14

Usaha-usaha memartabatkan golongan OKU

Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau
mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini
menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan.
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu
kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang
ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan
kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan
dengan sempurna.

Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang
upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat
perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak
untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana
mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan
dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan
tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan
sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni
seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan
seikhlas hati.

Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam
membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang
OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah
sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan
tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana
dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan
kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada
masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.

Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk
mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang
mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan
kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain
institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja
sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk
samarendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang
lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan elaun
dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan
kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan
sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati
mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk
memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang
susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada
semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu,
bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi
mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar
supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu,
kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan
pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi
pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu
yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam syarikat
mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran
yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai
operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh
pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus
daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada OKU dan
membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan
memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak
terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya
kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan
negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh
masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Cara melahirkan masyarakat penyayang

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang
semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial
yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini dapat
dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang merupakan
masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur, bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat
beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas
kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian
kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya,
kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal,
atau pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Dengan berbuat
demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam
menyumbangkan harta yang dimiliki.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk
masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu
bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa,
“ melentur buluh biarlah dari rebungya “. Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia
mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu
mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang.
Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan
masyarakat penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-tempat yang
sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Dengan itu, usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan
dapat melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan.
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama membimbing golongan
masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara,
menjadi tenaga untuk memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan
masyarakat akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan masyarakat
penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “.
Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 1 Malaysia
dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan.

Kepentingan telefon bimbit dalam kehidupan harian

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Pada masa
kini telefon bimbit dianggap sebagal satu keperluan dalam kehidupan seharian. Telefon bimbit
telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita pada masa ini. Sebenarnya terdapat beberapa
kebaikan telefon bimbit.

Antara kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagal alat perhubungan. Contohnya,
telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang berja uhan berhubung untuk bertanya khabar.
Telefon bimbit juga penting kepada pemandu kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan di
jalan raya. Jika berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh menghubungi bengkel
membaiki kenderaan atau juruteknik untuk m embalki kenderaan tersebut.

Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagal alat untuk melayari internet. Pada masa
kini, perkhidmatan internet amat penting kepada para peniaga. Ramai pelajar universiti dan
orang awam juga turut menggunakan perkhi dmatan internet ini. Dengan menggunakan telefon
bimbit, kita boleh melayari internet di mana sahaja, pada bila -bila masa dan dapat
memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat.

Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan seba gai alat hiburan. Dengan
memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu dan rancangan di radio. Pada masa kini,
telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton rancangan di televisyen. Di dalam telefon
bimbit ini juga ada pelbagai jenis permainan dan permainan ini amat disukai o le h go lo n ga n m u d a
b a g i m e ng is i m as a la pa n g m e rek a .

D i s am p i n g i tu , tel efo n bim b it ju g a bo le h dig u n aka n se ba g ai kam e ra . K it a bo l eh mengambil


pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh disimpan di dalam komputer atau dicetak. Telefon
bimbit juga boleh berfungsi sebagal alat perakam video. Dengan memiliki telefon bimbit, kita
boleh menjimatkan wang kerana kita tidak perlu lagi membeli alat perakam video.
Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagal jenis pertandingan. Kita
berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila menyertal pertandingan tersebut. Kita
juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menderma wang melalui sistem pesanan ringkas
(SMS). Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perka ra dengan mudah
dalam kehidupan seharian.

Kebaikan dan Keburukan telefon bimbit kalangan pelajar

Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi yang
dinamakan sebagai telefon. Ciptaan beliau ini telah dimajukan dan dimodenkan melaui penciptaan telefon
bimbit atau dikenali juga sebagai telefor selular. Dalam era yang serba canggih dengan kemajuan sains dan
teknologi, telefon bimbit adalah satu kemestian untuk dimiliki oleh semua orang terutamanya pelajar zaman
sekarang. Telefon bimbit merupakan satu alat komunikasi yang sangat popular dan semakin meluas dengan
kecanggihannya tanpa mengira harganya. Hal ini kerana pelajar zaman sekarang mampu untuk mendapatkan
atau memiliki telefon bimbit yang canggih dengan teknologi sekarang. Terdapat pelbagai jenama telefon bimbit
di pasaran di negara kita seperti telefon bimbit jenama nokia, samsung, iphone, blackberry dan lain-lain. Jika
diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan implikasi yang pelbagai
kepada para pelajar. Persoalannya, apakah-apakah implikasi yang akan diterima oleh para pelajar jika mereka
menggunakan telefon bimbit dengan bijak atau sebaliknya?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit banyak memberikan faedah kepada
para pelajar. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit boleh digunakan untuk
menghubungi insan tersayang yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Dewasa ini, terdapat para pelajar
yang melanjutkan pelajaran di sekolah yang berjauhan dari tempat tinggal mereka dan mereka akan tinggal di
asrama. Mereka terpaksa berenggang dengan ahli keluarga tersayang mereka demi melunaskan tanggungjawab
mereka sebagai pelajar dan merealisasikan impian keluarga untuk mencapai kejayaan. Jadi, hanya sebuah
telefon bimbit yang dapat menjadi medium untuk mereka melepaskan kerinduan. Mendengar suara ibu dan
bapa pastinya membuatkan jiwa pelajar lebih tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan insan yang paling
mengenali diri anaknya. Apabila para pelajar bakal menduduki peperiksaan, mereka akan menghubungi ibu bapa
mereka melalui telefon bimbit untuk mendapatkan kata-kata motivasi. Oleh hal yang demikian, penggunaan
telefon bimbit oleh para pelajar pastinya dapat mengukuhkan ikatan silaturahim antara ahli keluarga bagai isi
dengan kuku walaupun tinggal berjauhan. Tegaslah bahawa telefon bimbit merupakan medium yang berkesan
sebagai alat perhubungan antara pelajar dengan ahli keluarganya.

Lain daripada itu, penggunaan telefon bimbit dapat membantu para pelajar untuk bertanyakan hal-hal
yang berkaitan persekolahan. Sebagai seorang pelajar, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
merupakan satu kewajipan penting bagi seseorang pelajar yang ingin berjaya. Dalam masa yang sama juga, ada
pelajar yang perlu berada di luar kawasan sekolah untuk mengharumkan nama sekolahnya dengan menyertai
pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan atau Kementerikan Pendidikan. Hal ini menyebabkan
pelajar tersebut tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pelajar itu akan
menghubungi rakan-rakannya melalui telefon bimbit untuk bertanyakan tugasan yang perlu disiapkan waima
tidak berada di sekolah. Secara tidak langsung, segala perkara penting yang disampaikan oleh guru ketika pelajar
tidak boleh hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera melalui penggunaan telefon bimbit. Budaya tolong-
menolong ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing antara pelajar sekolah juga dapat dipupuk dalam
kalangan pelajar. Ringkasnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar dapat memudahkan urusan
pembelajaran mereka.
Malangnya, di sebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal
ini dikatakan demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya terutama
kepada para pelajar. Salah satu kesan negatifnya ialah penyalahgunaan telefon bimbit dapat menatijahkan
prestasi akademik dalam kalangan pelajar semakin merosot. Hal ini memanglah serius kerana pendidikan
merupakan teras kekuatan masyarakat supaya mampu berdaya saing dengan pasaran global pada era globalisasi
yang pantas berubah. Misalnya, pelajar telah mengabaikan pelajaran mereka kerana fokus pelajar semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Menurut kajian, rata-rata generasi muda menggunakan aplikasi
dalam telefon pintar untuk melayari laman sembang dan aplikasi permainan maya sehingga ketagihan. Secara
implisit, prestasi akademik pelajar akan merosot kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang membara bagai
hilang kapak berganti beliung selepas ketagihan dalam perisian telefon bimbit yang semakin canggih. Jelaslah
bahawa ketagihan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menjejaskan prestasi akademik
mereka.

Jika ditinjau dari pandangan perancangan masa, pelajar yang menggunakan telefon bimbit tanpa
batasan telah mensia-siakan masa hadapan mereka. Pengurusan masa memanglah penting untuk membentuk
sahsiah diri yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang menghargai setiap detik yang dikurniai oleh Tuhan.
Masa bagai mata pedang yang akan memancung kita jika tidak dimanfaatkan dengan bijak. Jadi, usia remaja
perlulah diisi dengan sebaik-baiknya dalam aktiviti yang berfaedah dan bukannya menghabiskan masa berkualiti
mereka dengan menatap skrin telefon bimbit. Menurut tinjauan terkini, generasi muda telah menghabiskan
sekurang-kurangnya 19 jam seminggu dalam penggunaan peranti mewah seperti telefon pintar, tablet dan
sebagainya. Ironinya, pelajar kini lebih cenderung membazirkan masa untuk menghantar khidmat pesanan
ringkas(SMS), bersembang dalam talian dan bermain permainan maya yang tidak membawa manfaat dari segi
perkembangan jiwa dan minda. Jadi, pengurusan masa penting kerana semakin lama kita melayani perkara yang
membazir, semakin jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Izharnya, penyalahgunaan telefon bimbit
akan membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, penggunaan telefon bimbit dapat memudaratkan kesihatan
pelajar. Akibat perkembangan arus perdana tanpa batasan, pelajar kini semakin pasif dalam pergerakan fizikal
dan mental. Kebanyakan masa telah dihabiskan di depan telefon bimbit atau tablet kerana tidak ingin
ketinggalan dalam arus globalisasi yang pantas bergolek. Natijahnya, kadar metabolisme yang rendah akan
menggangu sistem peredaran darah dan proses perkumuhan. Pada era atom ini, kadar radioaktif atau ultraungu
telah menjejaskan penglihatan pelajar. Mengikut kajian, masalah penyakit dalam kalangan pelajar seperti
penyakit lelah, asma, penyakit mata dan telinga semakin kronik dan seakan-akan tiada penghujung. Mengikut
kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan
telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini kerana gelombang
elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang
berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan
kanser otak. Jika hal ini berlaku sudah pasti pelajaran dan masa hadapan pelajar akan terjejas kerana tidak dapat
hadir ke sekolah seperti pelajar yang tiada masalah kesihatan. Pendek kata, penggunaan telefon bimbit yang
terlampau oleh para pelajar akan menjejaskan tahap kesihatan mereka.

Sebagai penghias penutup bicara, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diterima oleh para
pelajar daripada penggunaan telefon bimbit, para pelajar juga akan menerima kesan negatif daripada
penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jika tidak digunakan untuk kebaikan,
perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran pelajar itu sendiri. Sewajarnya para pelajar yang
merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara
sebelum dilakukan bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera. Oleh itu, para pelajar perlu bijak menggunakan
apa-apa sahaja gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Ibu bapa juga
perlu menyelamatkan para pelajar daripada ketagih kepada telefon bimbit. Memandangkan penggunaan telefon
bimbit dalam kalangan pelajar lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu bapa berhak
mengawal penggunaan telefon bimbit. Jika tidak, pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud sebaik sahaja
pelajar yang belum keras ubun-ubunnya mula menggunakan telefon bimbitnya. Kita sebagai manusia sepatutnya
menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah sebaliknya. Diharapkan usaha untuk melahirkan generasi
muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang di negara kita dalam pelbagai aspek dapat direalisasikan.

Langkah untuk menggalakkan budaya membaca

Budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada pada takuk lama. Bilangan mereka
yang membaca kini boleh dihitung menggunakan jari. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa
purata membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah sehelai muka surat untuk satu tahun. Contoh
negara yang boleh kita jadikan teladan ialah Negara Jepun. Kadar membaca di negara matahari terbit ini
dikatakan paling tinggi di Asia. Namun, di negara kita lain pula kisahnya. Masyarakat Malaysia kurang cenderung
ke arah pembacaan buku. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang lebih efektif yang harus kita lakukan agar
budaya membaca di Malaysia setanding dengan negara Jepun.
Ibu bapa merupakan elemen yang signifikan dalam usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan
generasi muda. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak dan banyak meluangkan masa
bersama-sama mereka. Ibu bapa harus menyediakan bahan bacaan yang menarik dan berunsur positif kepada
anak-anak mereka serta menggalakkan mereka supaya membaca dan menggunakannya secara maksimum. Di
samping itu, ibu bapa harus sepatutnya memberikan nasihat kepada anak-anak tentang kepentingan ilmu
pengetahuan dan peranan mereka pada masa hadapan yang penuh cabaran. Selain itu, ibu bapa juga harus acap
kali membawa anak-anak ke perpustakaan awam dan ke kedai buku untuk memberikan peluang kepada anak-
anak mereka mencari buku-buku yang disukai mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat menyemarakkan semangat
membaca dalam kalangan mereka dan mengajak mereka berjinak-jinak dengan bidang ilmu. Lebih mudah
sekiranya ibu bapa dapat mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah bin
Ahmad Badawi sering menyeru ibu bapa supaya mengamalkan sikap bapa borek, anak rintik dalam usaha
memupuk tabiat membaca dalam kalangan anak-anak. Oleh sebab itu, pada pendapat saya ibu bapa memainkan
peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
Para guru dan pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam usaha meningkatkan budaya
membaca dalam kalangan pelajar. Hal ini adalah kerana guru merupakan individu yang kedua selepas ibu bapa
yang mampu menjadi contoh dalam tanggungjawab mendidik, seperti peribahasa Melayu, bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Guru kelas contohnya, perlulah mewujudkan suasana bacaan di dalam kelas seperti
menyediakan perpustakaan mini. Perpustakaan mini ini boleh dibina bersama-sama dengan pelajar agar pelajar
dapat memahami fungsi sebenar perpustakaan mini ini di dalam kelas. Selain itu pihak sekolah perlulah
memainkan peranan dalam menganjurkan program membaca. Antara program yang boleh diketengahkan ialah
program NILAM bacaan waktu pagi dan program Akhbar Dalam Bilik Darjah atau singkatannya ADD. Pihak
sekolah juga boleh menawarkan hadiah sebagai motivasi dalam menjadikan program-program tersebut berjaya.
Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Bin Hussein juga menyokong agar intensif diberikan kepada para
pelajar yang banyak membaca. Dengan itu, para guru dan pihak sekolah haruslah menggiatkan usaha-usaha
yang telah sedia ada.
Peranan penerbit buku itu sendiri penting untuk menarik minat para pembaca. Mereka seharusnya lebih
peka dalam menjadi kanak-kanak dan pelajar sekolah sebagai sasaran mereka. Penerbit-penerbit buku perlu
bijak menggunakan kecenderungan ataupun kegemaran generasi muda masa kini. Sebagai contoh, minda anak-
anak akan lebih tertarik dengan buku-buku yang mempunyai gambar dan berwarna-warni. Hal ini adalah kerana
anak-anak mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan sudah pasti mereka mahukan sesuatu bahan bacaan yang
berwarna-warni agar mereka dapat berimaginasi. Selain itu, genre buku yang digemari para pelajar ataupun
remaja pula perlu diambil berat. Remaja masa kini gemar akan buku-buku dan novel-novel yang berbentuk
seram dan mencabar minda mereka. Saya berpendapat bahawa genre-genre buku yang baik mampu menarik
minat masyarakat kita untuk membaca. Oleh sebab itu, pihak penerbitan buku perlulah mengambil langkah
dengan kadar segera untuk menjadikannya satu realiti.
Selain peranan penerbit buku, media massa juga mempunyai pengaruh yang besar untuk menyebarkan
sesuatu berita ataupun info terkini. Selaras dengan itu, pengaruh media massa mampu membantu memupuk
budaya membaca dalam masyarakat. Misalnya, media elektronik seperti radio, televisyen dan Internet perlulah
mampu memberikan kesan kepada penonton atau pendengar dan menepati kehendak dalam memupuk budaya
membaca. Bagi media cetak pula, mereka hendaklah menyediakan artikel-artikel yang menarik dan secara tidak
langsung para pembaca akan membaca dan terus membaca sehingga ke muka surat yang terakhir. Berita-berita
dan isu semasa yang dipaparkan dalam media massa haruslah merangkumi semua peringkat umur. Hal ini dapat
merangsang minat golongan ramaja untuk membaca bahan-bahan itu. Sesungguhnya, peranan media massa
mampu menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat yang cinta akan buku.
Secara intihannya, budaya membaca di negara kita akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara Jepun dengan adanya kerjasama semua pihak. Kita harus menggembleng tenaga untuk bersama-
sama berusaha mencari alternatif terbaik bagi mengalakkan masyarakat kita membaca. Masyarakat kita harus
disemai dengan budaya membaca sebagai satu rutin hidup yang mendatangkan manfaat yang amat berguna.
Oleh sebab itu, semua pihak terutamanya ibu bapa perlulah menjalankan tanggungjawab memupuk budaya dan
membaca agar generasi masa hadapan lebih efektif dan berkeupayaan. Sesungguhnya, generasi muda yang
berilmu pengetahuan tinggi ini merupakan aset penting untuk pembangunan negara yang lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Faktor-faktor menyebabkan semangat kejiranan luntur dan cara-cara mengatasinya

Semangat kejiranan merujuk satu perasaan yang mengutamakan jiran tetangga dalam kehidupan seseorang itu.
Pengamalan semangat ini melibatkan sikap sering berbual dengan jiran, mengunjungi mereka ketika perayaan
atau kecemasan serta membantu apabila diperlukan tanpa sebarang pertanyaan. Media massa turut
menyiarkan pelbagai kemelut yang melibatkan aspek kejiranan di negara ini sehingga menimbulkan polemik
yang meluas itu. Akibatnya, pelbagai punca kemelut ini berlaku dan kaedah untuk mengatasinya harus difahami
segera.

Punca utama yang membawa lunturnya semangat kejiranan ini ialah perubahan dalam pola kehidupan
masyarakat kita itu. Masa bekerja masyarakat zaman moden sudah berubah berbanding masa kerja zaman
dahulu dan kesibukan bekerja itu membawa masyarakat melupakan jiran mereka. Kesibukan bekerja ini telah
membawa kesukaran masyarakat untuk bertemu dan berbual sesama sendiri untuk mengukuhkan semangat
kejiranan itu. Sesungguhnya, perubahan dalam gaya hidup terutama masa bekerja telah menjadikan konsep
kejiranan itu semakin terhakis dalam jiwa manusia.

Selain itu, kepupusan semangat kejiranan turut dikaitkan dengan jurang status sosioekonomi masyarakat. Sudah
wujud sesetengah ahli masyarakat kita yang berstatus tinggi atau bergaji tinggi yang memandang rendah jiran
mereka yang bergaji kecil itu. Persepsi yang mengutamakan status diri menyebabkan kurangnya interaksi
sesama jiran yang berbeza status tersebut sehingga boleh menimbulkan perasaan tidak selesa pula. Jadi,
semangat kejiranan di negara ini semakin renggang kerana ada ahli masyarakat kita yang mengutamakan status
sosioekonomi apabila cuba menjalin sebarang hubungan kejiranan itu.

Tambahan pula, kajian membuktikan bahawa semangat kejiranan semakin hilang disebabkan oleh sikap
mengutamakan perkauman begitu menebal. Ada ahli masyarakat kita yang tidak suka apabila mempunyai jiran
yang berbeza kaum daripada diri mereka sendiri itu. Situasi ini menyebabkan interaksi tidak akan berlaku
sesama jiran itu kerana sudah wujud pandangan serong terhadap jiran yang berlainan bangsa itu. Lantaran itu,
rasa hormat terhadap jiran yang berlainan bangsa akan hilang sehingga menjejaskan konsep kejiranan yang
mulia tersebut.

Kemelut kejiranan ini boleh ditangani apabila pihak berkuasa mengadakan lebih banyak program berunsur
kemasyarakatan di peringkat kebangsaan. Antara program itu melibatkan majlis rumah terbuka setiap kali
perayaan yang disambut oleh rakyat di negara ini kerana program sebegini mewujudkan peluang rakyat untuk
berinteraksi sesama sendiri. Semakin kerap program sebegini dianjurkan oleh kerajaan semakin rapatlah
hubungan yang boleh dijalin sesama ahli masyarakat di negara ini yang berbilang kaum itu. Ringkasnya, program
kemasyarakatan harus menjadi agenda utama kerajaan dalam melaksanakan sebarang program mereka itu.

Ibu bapa juga berperanan dalam memupuk semangat kejiranan ini dengan menyuburkan konsep jiran yang
positif dalam jiwa anak mereka. Golongan tua ini boleh membawa anak mereka menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh persatuan kejiranan mereka itu seperti aktiviti kenduri-kendara dan gotong-royong itu. Apabila
anak-anak didedahkan dengan amalan yang murni ini sudah pasti jiwa mereka akan terbuka lalu memahami
keperluan mempunyai jiran yang rapat itu dalam kehidupan moden ini. Maka, ibu bapa mempunyai tugas berat
dalam usaha memastikan semangat kejiranan di negara ini terus wujud tanpa sebarang masalah.

Kesimpulannya, semangat kejiranan di negara ini sedang mengalami satu krisis yang besar tetapi masih sempat
untuk diubah situasinya itu. Semua pihak mempunyai tugas berat dalam usaha mengekalkan semangat kejiranan
di negara ini kerana dugaan yang menanti begitu hebat pula. Ketiadaan semangat kejiranan boleh menyebabkan
pelbagai masalah melanda Malaysia seperti perselisihan kaum, kejatuhan ekonomi, dan kemungkinan
berlakunya peperangan itu amat besar. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa
semangat kejiranan penting dalam mengekalkan keharmonian di negara ini untuk dinikmati oleh generasi akan
datang itu.

Cara meningkatkan kualiti kesihatan rakyat

sedasawarsa ini, taraf kesihatan tidak lekang di bibir ahli masyarakat. Peningkatan kadar menghidap penyakit
kronik semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Pelbagai penyebab penyakit kronik dan penyakit berjangkit telah
dikenal pasti melalui kajian daripada pihak berkenaan. Namun, kesedaran masyarakatan tentang bahayanya
penyakit kronik dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk yang rendah. Persis kata pujangga,
"mencegah lebih baik daripada mengubati", sering ternging-nging di telinga kita bahawa pelbagai usaha telah
dijalankan oleh pelbagai pihak, tetapi, persoalannya, sejauh manakah pendekatan untuk meningkatkan taraf
kesihatan rakyat ini berkesan? Tepuklah dada tanya selera. Oleh itu, sebelum kuman menjadi barah, taraf
kesihatan mestilah ditingkatkan sejajar dengan aspirasi negara, yakni "badan sihat otak cerdas".
memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa media massa mestilah memainkan peranan sebagai penyebar
maklumat signifikan untuk meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan masyarkat yag berbilang kaum. Hal ini
dibuktikan bahawa arus perdana ini merupakan wadah paling berkesan untuk menganjak paradigma generasi
muda dan golongan tua tentang pentingnya gaya hidup dalam dunia mayapada ini. Secara implisit, rancangan
motivasi dan khidmat nasihat melalui pelbagai media massa dapat mendominasi minda mereka daripada
terhanyut dalam dunia hedonisme yang alpa tentang kesihatan diri. Cotohnya, rancangan kesihatan, forum,
iklan , dan dokumentasi yang ditayangkan mampu menyedarkan masyarakat di seantero ceruk negara tentang
kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sudah terng lagi bersuluh bahawa Lembaga Filem Negara mestilah
menapis rancangan yang mengagung-agungkan budaya hedonisme dan kebaratan yang hanya akan
memudaratkan kesihatan diri.

Peranan kerajaan memanglah tidak dapat dikesisikan lagi. Umum mengetahui bahawa kesihatan mencerminkan
citra masyarakat yang maju dan bertamadun, Semakin tinggi kadar kematian semakin mundurlah masyarakat ini.
Pihak kerajaan yang mewara-warakan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" memanglah
menunjukkan integriti dan komitmen untuk membangunkan negara kita, waima dari segi lahiriah mahupun dari
segi batinian. Produk 1 Malaysia telah berjaya membantu berjuta-juta msyarakat marhaen yang mungkin serba
daif dan kesesakan hidup. Oleh itu, peruntukan yang berterusan dalam bentuk subsidi, pengecuaian cukai, dan
insentif semasa pembelian alatan kesukanan atau rawatan terapi emerupakan satu modus operandi yang
amatlah digalakkan. Contohnya, sebanyak 200 buah klinik 1 Malaysia yang terbina di kawasan luar bandar
dengan bayaran hanya RM1 telah membantu rakyat yang terbelenggu dengan kemiskinan dan kejahilan. Sudah
bersuluh di tengah hari, kerajaan mestilah berpegang pada prinsip, berkuah sama menghirup, bersambal sama
mencolek supaya taraf dan kualiti hidup dapat dirapatkan.

Selain itu, peranan penyelidikan dan pembangunan juga mesti dipergiat oleh pihak kerajaan supaya taraf
kesihatan dapat dimartabatkan. Hal ini memanglah wajar kerana teknologi perubatan bukan sekadar omong-
omong kosong, tetapi mestilah secara praktik dengan penyelidikan yang berterusan. Sebagai analogi,
penceburan pihak kerajaan dalam penyelidikan dan pembangunan herba semakin diiktirafkan. Penyakit kronik
seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis mestilah dirawati sehingga akar umbinya.
Sesungguhnya, kata pujangga" tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata" , herba dan perubatan
tradisional yang telah digunakan sejak zaman leluhur menjamin bahawa taraf kesihatan akan dimartabatkan
sekiranya setiap individu mengutamakan gaya hidup sihat.

Umum diketahui bahawa sukan menjana kesihatan yang tidak terhingga. Maka, pihak kerajaan seyogianya
mengorak langkah untuk memberikan peruntuk kepada pemaju perumahan supaya membina taman rekreasi
sejajar dengan peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman dicecah. Hal ini memanglah patut kerana
kemudahan di negara kita masih jauh ketinggalan sekiranya berbanding dengan negara maju seperti Singapura.
Kemudahan yang disediakan masih menunjukkkan kedaifan dan kekurangan yang terserlah. Sekiraya negara kita
ingin meraih kejayaan menjelang ambang 2020, kemudahan kesihatan seperti velodrom, pusat gimnasium,
stadium, gelanggang serba guna mestilah dinaik taraf supaya segenap lapisan masyarakat marhaen berpeluang
menikmati kemudahan yang disediakan. Persoalannya, mengapakah hanya golongan berada berpeluang untuk
bersantai-santai di pusat gimnasium, gelanggang renang, gelanggang golf? Tepuk dahi fikirlah minda?
Peruntukan berjuta-juta tidak wajarlah sekadar bagai mencurahkan garam ke laut, namun implementasi yang
menyeluruh wajiblah sejajar dengan aspirasi negara, yakni 1 Malaysia.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kerajaan mestilah melabur berjuta-juta ringgit lagi untuk menaik taraf
hospital negara kita. Latihan, dan kursus perubatan mestilah diberikan supaya menggarap lebih tenaga mahir
dan panel doktor supaya membangunkan modal insan yang seimbang. Pakar perubatan ini tidak semestiny
abersikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Walhasil, merekalah mesti ebrsikap pasrah dan
berdedikasi untuk berkhidmat kepada pesakit di kawasan luar bandar. Hospital di negara kita masih jauh
ketinggalan. Kos perubatan yang tinggi telah menyebabkan pesakit menunggu-nunggu giliran untuk menjalani
pembedahan dan rawatan di hospital kerajaan. Persis kata mutiara. " bergelanggang di mata orag banyak",
sekiranya rakyat menghadapi masalah kesempitan kewangan, segala harapannya hanyalah bertukar kosong
kerana terbelenggu oleh kemiskinan dan kesakitan. Sememangnya, peruntukan dan subsidi yang berterusan
daripada kerajaan mestilah menunjukkan kesungguhan supaya barisan pamel perubatan mestlah diltih atau
diimport dari negara maju supaya kesihatan di negara kita mencerminkan peningkatan yang melonjakkan.

Kesimpulannya, sekiranya komitmen dan integriti dipamerkan oleh semua pengusaha, taraf kesihatan di negara
kita akan sejajar dengan pembangunan fizikal di negara kita. Kesihatan asas kebahagiaan, hanyalah dengan jiwa
raga yang sihat, hidup kita akan menerobos sempadan kecemerlangan. Janganlah biarkan ajal melambai-
lambaikan tangan barulah kita insaf kerana terlajak perahu masih boleh berundur, tetapi kesakitan tidak akan
terubat jika sudah membarah. Ayuhlah kita menghayati bahawa kesihatan bukanlah perkara yang boleh
diperlekeh, slogan" kesihatan menjamin kejayaan", inilah pedoman kita sepanjang hayat sehingga ke hari akhirat.

Langkah mengukuhkan perpaduan kaum


Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah negara. Sudah terang lagi
bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan
pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Isu perpaduan kaum bukanlah sesuatu isu yang baharu
di negara kita bahkan telah menjadi fokus perbincangan dalam media massa dan buah mulut dalam kalangan
rakyat. Senario ini amat mengecewakan kerana pembangunan negara kita yang pesat sejak merdeka akan
terjejas disebabkan pergaduhan dan pergolakan politik dalaman. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka
langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik haruslah dijalankan secara berterusan agar masalah ini
boleh dibasmi hingga akar umbi.

Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi masa hadapan yang
mementingkan keharmonian antara kaum. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan entiti mithali kepada
anak dan perlu menunjukkan teladan baik. Contohnya, ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran
setangga dengan mesra tanpa mengira bangsa, kaum dan anutan agama. Maka, sejak usia muda anak akan
terpengaruh untuk meneladani sikap ibu bapa yang menghormati kaum lain, bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan signifikan dalam menerapkan
nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Melalui pengajaran subjek pendidikan moral dan sivik
kewarganegaraan, barisan pendidik dapat memberikan bimbingan dan nasihat yang berterusan untuk
membentuk sahsiah positif dalam para murid. Yang kita pastikan ialah gabungan usaha antara ibu bapa dengan
barisan pendidik dapat memupuk nilai perpaduan dalam generasi muda.

Selain itu, pada masa ini juga aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.
Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur
dengan tebing untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti
sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang
komunikasi antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara
kita. Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan
masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat
diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti
kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa merupakan rangkaian perhubungan yang
banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan perpaduan kaum, media massa
seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang
kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang
berunsur perpaduan dan mempunyai pelakon yang berbilang pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti dapat
menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur hiburan
turut diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan tercapai dengan lebih mudah
melalui peranan media massa.

Dalam sistem perundangan negara kita, rakyat diberikan hak kebebasan bersuara. Namun demikian, rakyat
Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Rakyat negara
kita haruslah mengawal nafsu diri dan tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu sensitif dan
kontroversi. Hal ini dapat mengelakkan muhibah dan perpaduan kaum daripada terjejas kerana bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Justeru, peranan rakyat sendiri tidak boleh dinafikan
kepentingannya dalam usaha memupuk perpaduan kaum di negara kita.

Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua pihak haruslah menggembleng
tenaga dan berganding usaha untuk memainkan peranan masing-masing dalam menerbitkan semangat
perpaduan dalam sanubari sendiri dan orang lain. Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perpaduan rakyat dapat dicapai dan diggenggam erat. Dengan ini
diharapkan peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang kembali. Demi
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama menyeru sahutan kerajaan dan berusaha
untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu.

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik dalam kalangan Masyarakat


Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan. Kemukakan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang
berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan
menjejaskan kemakmuran negara kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Antranya ialahmemupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara
ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan
dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –
anak. Ibu bapa harus sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan
kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mestimenjadi contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika
sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah
tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran
tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media
massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu,
Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan
untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat
patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik
itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan
dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya
dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru,
semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Peranan ibu bapa melahirkan generasi muda nilai berjimat-cermat

Dalam era pascakemerdekaan ini, imej negara tercinta kita semakin harai semakin disanjung tinggi di persada
dunia. Pembangunan secara global yang dialami oleh negara kita menyebabkan kita berasa gah dan
membolehkan kita menikmati kemajuan tersebut. Namun begitu, masyakat kita acap kali tersentak apabila
pihak media massa sering memaparkan kenaikan harga pada dada-dada akhbar dan disiarkan melalui media
elektronik. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat cermat semasa berbelanja amat penting diterapkan dalam
kalangan generasi muda memandangkan golongan ini sering dikaitkan dengan sikap boros ketika membeli-belah.
Dalam hal ini, ibu bapa harus turun padanng bagi mengambil usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran
berbelanja secara berhemat dalam kalangan anak-anak.

Antara usaha dominan yang pragmatik untuk menyemai amalan berjimat cermat dalam diri seseorang
termasuklah ibu bapa harus menerapkan didikan agama dalam kalangan anak-anak. Hal ini demikian kerana,
setiap agama menuntut umatnya supaya mempunyai nilai-nilai yang baik termasuklah amalan berjimat cermat.
Selain itu, didikan agama turut membolehkan seseorang menaakul baik buruk tindakannya, terutamanya dalam
aspek perbelanjaan. Maka, anak-anak akan sentiasa bersikap selaras dengan peribahasa, 'beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis'. Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus memberi didikan agama yang sempurna baik
secara formal mahupun secara tidak formal. Dengan pendidikan agama, anak-anak akan lebih didedahkan
dengan cara-cara membuat perancangan sebelum membeli-belah kerana 'sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna'. Malahnan, anak-anak akan berbelanja mengikut kemampuan dan tidak bersikap boros
yang dianggap sebagai amalan syaitan dalam sesetengah agama. Deduksinya, didikan agama harus diterapkan
dalam sanubari anak-anak bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara berhemat.

Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa harus menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak
dengan menjadikan dirinya sebagai suri teladan yang terbaik ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana, apa-apa
perkara yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan atau jejak langkah ank-anak. Situasi ini bertepatan
dengan peribahasa 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya' dan 'bapa borek, anak rintih'. Sejajar dengan itu, anak
anak selalu membuat pemerhatian terhadap cara ibu bapa berbelanja. Maka, ibu bapa haruslah mencerminkan
sikap berjimat cermat ketika berbelanja dengan meungutamakan barangan dan perkhidmatan yang menjadi
keperluan harian serta tidak membeli barangan mengikut perasaan kerana 'ikut rasa binasa, ikut hati mati'.
Malahan, ibu bapa harus memberi keutamaan kepada produk tempatan yang lebih murah dan bermutu tinggi
daripada produk import. dengan demikian, ibu bapa dapat mempamerkan sikap berjimat cermat di sampin
memberi sambutan kepada produk tempatan. Hal ini seumpama peribahasa 'serampang dua mata'. Tuntasnya,
ibu bapa harus menjadi inspirasi yang terbaik kepada anak-anak bagi memupuk amalan berjimat cermat.

Bukan itu sahaja, ibu bapa turut perlu memberi bimbingan dan nasihat kepada anak-anak ketika berbelanja
sebagai usaha menyemai amaln berjimat cermat. Malahan, hal ini perlu dilakukan apabila anak-anak masih kecil
lagi bak kata pepatah 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus
mendedahkan anak-anak kepada cara membeli-belah secara bijak. sebagai analoginya, cara-cara .
membandingkan harga barangan sebelum membeli. hal ini demikian kerana, harga sesuatu barang berbeza-beza
mengikut lokaliti tempat. Contohnya, harga barangan di kedai kecil jauh lebih murah berbanding dengan
kompleks beli-belah bertaraf lima bintang. Selain itu, ibu bapa harus membimbing anak-anak supaya membeli
produk yang bermutu dan harganya berpatutan. Dengan demikian, anak-anak yang setampuk darah, setahun
jagung dapat mengadaptasi amalan berjimat cermat semasa berbelanja di samping dapat mengelak diri
daripada diseleweng oleh para peniaga.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu memupuk amalan berjimat cermat semasa berbelanja dengan
memberi kesedaran kepada anak-anak. Hal ini demikian keran, menurut pakar psikologi, anak-anak yang masih
muda tidak boleh dipaksa bagi mengamalkan sesuatu amaln. Sebaliknya, anak-anak perlu diberi kesedaran
bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam diri seseorang. Malahan, anak-anak perlu didedahkan
kepada kesan-kesan buruk jika seseorang itu bersikap boros ketika berbelanja. Secara langsung, anak-anak dapat
mengetahui cara-cara membeli barangan secara berhemat kerana 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Di
samping itu, anak-anak dapat memastikan kehidupan yang bahagia dan tidak akan berhutang keliling pinggan.
Tegasnya, ibu bapa harus memberi mesej yang jelas kepada anak-anak melalui kesedaran berbelanja secara
berhemat.

Sebelum menyentuh konklusi, ibu bapa harus membimbing anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan gaya
hidup rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, anak-anak lebih mudah dipengaruhi dengan segala tindakan rakan
sebaya yang mempunyai prinsip, identiti dan persepsi yang sama. Namun begitu, status ekonomi setiap individu
berbeza. Walau bagaimanapun, anak-anak yang masih tidak dapat membezakan antara kaca dan permata akan
mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan kawan yang kaya dan suka berbelanja mewah. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa perlu menanam sikap 'mengukur baju di badan sendiri' sebagai prinsip hidup dan
menerangkan status ekonomi keluarga supaya anak-anak dapat mengetahui cara-cara berbelanja mengikut
kemampuan. Malahan, anak-anak dapat hidup dengan sejahtera pada masa hadapan tanpa sebarang masalah
ekonomi keluarga. Jelaslah bahawa, ibu bapa harus mengawasi pengaruh rakan sebaya terhadap anak-anak bagi
meningkatkan kesedaran berbelanja secara hemah.

Kesimpulannya, ibu bapa sebagai individu yang terdekat dengan anak-anak perlu memikul tanggungjawab bagi
menyemai amalan berjimat cermat dalam sanubari anak. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang diibaratkan
sebagai insan kerdil ciptaan Tuhan merupakan tunjang negara yang harus mengenggam amalan berjimat cermat.
Jika tidak. anak-anak akan dibelenggu oleh pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan. Maka, sebelum
nasi memjadi bubur ibu bapa harus peka dalam usaha menerapkan amalan berjimat cermat dalam kalang anak-
anak.

Anda mungkin juga menyukai