Anda di halaman 1dari 15

Menabung untuk Kebahagiaan Masa Depan Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik.

Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Faedah Menabung Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan. Meningkatkan Pendapatan Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah. Meningkatkan Kualiti Hidup Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya: Membiayai Pendidikan Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita. Membeli Rumah Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini. Tanggungjawab Berumahtangga Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul

tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang. Membeli Barang Keperluan Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah. Keselesaan Hidup dalam Persaraan Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung. Menyediakan Payung Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka. Berdikari dari Segi Kewangan Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna. Menabung melalui Amalan Berhemat Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung. Berjimat Cermat

Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan. Merancang Perbelanjaan Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung. Amalan Bersederhana Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalakan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidupyang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukansahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan jugatidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaanuntuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagikerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah darirebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalamtabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikitlama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalanmenabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita padamasa hadapan. Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masadepan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku- buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yurankelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebihlagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akanmenyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menaraganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakintinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yangdiperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpanwang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabilakita bersiap sedia lebih awal lagi.Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikansebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang keskecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorangitu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulahdiambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahlikeluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguankesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanahruntuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kitasudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelumhujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi

Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitudapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depankehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akanmengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan dirisendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itumerupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wangkita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasiterhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dandigunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantukeluaga. Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapayang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaanyang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demimembesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anakanak ada menyimpan wangsejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagimengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini. Intihanya, sebagai anak adiwangsa negara Malaysia ini, kita mestilah bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budayamenabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelumkena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersamasama menabung wang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak telah melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu, amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita. Amalan menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk bila-bila masa. Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi semasa kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa bencana. Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan kita untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain itu, kita juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini disebabkan kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika kita tidak ada wang tabungan. Untuk

menyemai amalan yang murni ini dalam kalangan masyarakat, syarikat insurans telah menggalakkan masyarakat supaya menabung dengan cara menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan. Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua. Dengan adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-sengan kemudian. Kita harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Bagi umat Islam, wang yang ditabung boelh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan yang akan datang. Kita telah mempunyai wang yang secukupnya untuk membiayai apa-apa sahaja yang diperlukan. Kita tidak perlu meminjam wang daripada lintah darat dan berhutang selama beberapa tahun. Kini, kebanyakan harga barang telah meningkat dan perkhidmatan awam yang semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan ada tabunga, kita mampu membeli sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki. Kita juga dapat membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Selain itu, seseorang tidak mduah terjerat oleh lintah darat. Intihanya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah kerana mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.

Karangan bahagian A: Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Pengenalan: Amalan menabung -sejak kecil telah dididik oleh ibu bapa atau ibu bapa -pelbagai cara untuk memupuk amalan menabung -membuka akaun di bank atas nama anak-anak -contoh: Jabatan Pelajaran Sarawak Pengurusan Program Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan / atau Pihak Luar Program galakan menabung di kalangan pelajar _ Penyelarasan Skim Galakan Simpanan Pelajar (Urus Setia : BSN) _ Penyelarasan Kempen Galakan Menabung Di Kalangan Pelajar / Program Sekolah Angkat (Urus Setia : Bank Negara) _ Penyelarasan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah Kepentingan amalan menabung: 1Menyemai tabiat berjimat cermat -tidak boros dalam perbelanjaan seharian -separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan boleh ditabung -bekas tabung atau disimpan di bank -sikit-sikit lama-lama jadi bukit

2Mengatasi masalah kecemasan -sediakan payung sebelum hujan -membatu orang yang mendapat kemalangan atau ditimpa bencana -mustahil wang diperoleh dengan segera jjika tiada wang tabungan -membantu dalam yang tidak dijangka ke atas keluarga -conoth, syarikat Insuran menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan. 3Menabung pada hari tua -sikap rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua -pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian -bagi umat Islam wang yang ditabung boleh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan. 4. Memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan akan datang -kini, kebanyakan harga barang dan perkhidmatan mahal -dengan tabungan kita mampu membeli sesuatu -membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau berhutang -penggunaan kad kredit dapat dikurangkan kesimpulan -amalan ini amat mulia -setiap individu perlu mengorak langkah membuat tabungan -merealisasikan impian diri sendiri dan negara.

BAHAGIAN A. 1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH ) 1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan. 3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti. ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat. 6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun). 7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA. Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari. Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll. Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll Tarikh- 20 April 2007 Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll 8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan. 9. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.

Bahasa ( 10 markah ). - Bahasa amat baik dan cukup lancar. - Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis. - Penanda wacana yang sesuai. - Ejaan dan tanda baca yang betul. 10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan - Bahasa kurang lancar. - Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. - Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal. - Melebihi 80 patah perkataan. - Isi kurang. - Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%. 11. Contoh soalan ringkasan i. ii. iii. iv. v. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ). Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar. Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor para pelajar kurang berminat untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah. Tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan sukan di negara kita.

2. Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ). Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. 2 markah ) Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. ( 4 markah ) Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda.. 2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ).

BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).

1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 5/6 perenggan. 1 Perenggan- Pendahuluan. 3/4 Perenggan- Isi/huraian 1 Perenggan- Penutup. 3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ). 6. Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan. 7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak. 8. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ). - Ayat yang gramatis. - Kosa kata yang luas dan tepat. - Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. - Hanya kesalahan minimum pengunaan kata. - Isi menepati kehendak soalan - Huraian isi matang dan berkembang. - Pengolahannya yang menarik dan berkesan. PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN a. Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ). Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan. b. Cara menulis isi karangan. Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana. c. Cara penulisan penutup. Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH. 1. Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 5/6 perenggan. 1 Perenggan- Pendahuluan. 4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll 1 Perenggan- Penutup.

3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ). 6. Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan. 7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak. PEMBINAAN KARANGAN. Contoh Soalan Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang. i. Cara menulis pendahuluan. - Pastikan 1 perenggan sahaja. - Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis. - Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik perhatian pemeriksa. - Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab dll. Contoh pendahuluanKejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang. ii. Cara menulis isi karangan. - Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. - Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana. - Pastikan tidak berlaku pengulangan isi. - Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh ) Contoh Isi karangan Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa. iii. Cara menulis penutup karangan - Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan. - Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.

Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )

Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.

Soalan karangan yang popular. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi. Karangan Laporan. Karangan Perbincangan/Pendapat. Karangan Bertajuk Peribahasa. Karangan Cereka/keperihalan. Karangan Syarahan/perbahasan

BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH. 1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah. 2. Perenggan- 3 perenggan. 3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.

PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.


4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ). 5. Topik penting dalam Komsas 1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ) 2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ). Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ). 4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ). 6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ). 7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai. 9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ). 10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).

FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS ( BARNIAT HORJIN )

BAR = SABAR NI= BERANI AT= TAAT HOR= HORMAT JIN= RAJIN.
Novel yang saya kaji ialah Novel Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Persoalanpersoalan yang terdapat dalam novel ini antaranya persoalan kesabaran menghadapi cabaran hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang sabar menghadapi karenah bapanya Pak Salleh yang begitu membenci Cikgu Murad. Selain itu, Persoalan keberanian menghadapi pelbagai rintangan dan halangan hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang amat berani menghadapi bahaya bermalam di dalam sungai ketika mengikuti ekspedisi Gunung Itik. Dalam pada itu, ketaatan kepada orang tua antara persoalan yang terdapat dalam novel ini. Hal ini dapat pada watak Hadi yang taat kepada orang tuanya Pak Salleh dan Mak Jamilah.Begitu juga Hadi taat kepada arahan Pak Musa semasa berada di dalam hutan ketika mendaki Gunung Itik. Persoalan hormat kepada guru dan orang yang lebih tua. Hal ini dapat dilihat pada watak Hadi yang menghormati gurunya iaitu Cikgu Murad dengan mematuhi nasihatnya.Hadi juga hormat akan ibu bapa Pak Salleh dan Mak Jamilah dengan tidak meninggikan suara semasa bercakap. Persoalan kerajinan dalam menjalankan tugas. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang rajin membantu ibu bapa dengan membasuh pinggan selepas makan. Hadi juga rajin membuat kerja sekolah dan mengikuti aktiviti di sekolah. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai