Anda di halaman 1dari 7

1 | P a g e

Destinasi Pelancongan di Malaysia: Pulau Langkawi



1.0 Pendahuluan
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan dari produk
pelancongan tanah tinggi seperti Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit
Fraser, pakej pelancongan pulau seperti Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau
Kapas sehinggalah pakej pelancongan dasar laut seperti Taman Laut di Langkawi
dan Pulau Sipadan di Sabah. Kepelbagaian pakej pelancongan menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkenal.

2.0 Latar belakang Pulau Langkawi
Pulau Langkawi merupakan sebuah daerah di Kedah Darul Aman. Pulau yang
mendapat status pulau bebas cukai pada tahun 1987, menawarkan pakej
pelancongan melalui keindahan semula jadi fauna dan flora yang masih terpelihara
dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada
destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia.
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai
barat laut Semanjung Malaysia dengan keluasan 528 km
2
(204 batu persegi). Jarak
antara pulau dengan Semenanjung Malaysia adalah kira-kira 30km dari Kuala Perlis
dan 51km dari Kuala Kedah. Pulau ini mendapat namanaya dari cantuman
perkataan Lang yang merujuk kepada satu sepsis burung helang dan Kawi yang
2 | P a g e

merujuk kepada warna merah hati spesis helang yang terdapat di sekitar pulau
tersebeut.

Gambarajaha 1 : Peta Pulau Langkawi

Gambar 2 (a) dan (b) : Dataran Helang mercu tanda Langkawi



3 | P a g e

3.0 Destinasi Pelancongan

Kepelbagaian produk pelancongan di Langkawi menjadikan ia sebagai
sebuah destinasi sehenti yang menjadi satu kemestian untuk dikunjungi. Selain
daripada produk pelancongan semulajadi seperti Taman Laut di Pulau Payar, ia
menjanjikan percutian yang serba lengkap bukan sahaja syurga membeli-belah
malah ia juga menawarkan pakej pelancongan geo-park yang diiktiraf UNESCO
sebagai tinggalan sejarah yang bernilai.

4.0 Jaringan Pengangkutan
Pulau Langkawi boleh dihubungkan melalui jalan laut, udara dan rangkaian
jalan darat yang menyeluruh. Pelancong boleh sampai di langkawi melalui laluan
udara menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Mat Sirat.
Terdapat beberapa penyedia perkhidamatan udara yang menjadikan Langkawi
sebagai salah satu destinasi penerbangan seperti MAS, Firefly, Air Asia dan
beberapa syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines, Silk Air dan Thai
Airways.
Pulau ini juga boleh dijagkaui melalui perkhidmatan feri daripada Pulau Pinang,
Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Terdapat juga perkhidmatan kapal pesiaran mewah
seperti Star Cruises yang mempunyai jadual perjalanan dari Pelabuhan Klang ke
Langkawi dan Krabi di Thailand. Selain daripada jaringan jalan udara dan laut
terdapat juga jaringan jalanraya yang menyeluruh juga memungkinkan destinasi
4 | P a g e

pelancongan menarik di seluruh Langkawi boleh dituju menggunakan perkhidmatan
kereta sewa dan teksi.

5.0 Tempat-tempat menarik
5.1 Perkhidmatan Kereta Kabel
Antara tarikan pelancongan yang terdapat di sini seperti perkhidmatan kereta
kabel di Gunung Mat Chincang. Kereta kabel yang mula beroperasi pada 27
Februari 2005 merupakan kereta kabel yang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang
919.5 meter dengan ketinggian 713 meter dari paras laut. Melalui menara tinjau di
puncak gunung, pelancong boleh menikmati pemandangan secara keseluruhan
Pulau Langkawi serta panorama keseluruhan bukit dan gunung batu kapur pada
zaman geologi Cambrian yang lebih kurang 500 juta tahun.
Perjalanan menggunakan jalan raya hanya mengambil masa 15 minit
daripada pecan kuah untuk sampai di Berjaya oriental Village yang teretak di kaki
Gunung Mat Chincang.


Gambar 3: Perkhidmatan Kereta Kabel di Gunung Mat Chincang
5 | P a g e


5.2 Underwater World
Peluang menyaksikan hidupan akuatik melalui akuarium ketiga terbesar di
Asia Tenggara boleh dinikmati apabila pelancong berkunjung ke Underwater World
yang terletak di Pantai Chenang iaitu kira-kira 14 kilometer dari pekan Kuah.
Terdapat lebih 135 spesis hidupan laut yang dipamerkan di sini termasuk spesis ikan
Arapaima Gergasi dari Amazon serta beberapa spesis haiwan akuatik, reptilian dan
amfibia yang dikategorikan sebagai hidupan atau spesis terancam.


Gambar 4: Underwater World,Langkawi

5.3 Destinasi Sejarah
Hikayat dan lagenda Mahsuri yang melatari sejarah Langkawi dari pulau
sumpahan kepada destinasi pelancongan terkenal juga boleh ditelusuri melalui
beberapa tempat seperti Makan Mahsuri, Beras Terbakar dan juga Pulau Dayang
Bunting membolehkan pengunjung mendalami sejarah Langkawi.

6 | P a g e

Makan Mahsuri yang terletak di Ulu Melaka iaitu kira-kira 12km dari Kuah. Makam
Mahsuri ini juga dipercayai ialah tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya
dikuburkan di Pulau Langkawi.


Gambar 5: Makan Mahsuri


Gambar 6: Beras Terbakar

5.4 Kedai Bebas Cukai
Terdapat banyak destinasi beli belah bebas cukai terutamanya di Pekan
Kuah, Pantai Chenang dan di Kompleks Kraftangan Malaysia. Kedai milik keluarga
Haji Ismail Group (HIJ) merupakan salah satu kedai bebas cukai yang terkenal di
7 | P a g e

Langkawi. Antara produk bebas cukai yang di tawarkan adalah barangan seramik
seperti pinggan mangkuk import, pelabagai jenis coklat import serta pelbagai
barangan import bebas cukai ditawarkan dengan harga yang murah.

5.5 Destinasi Perkelahan
Langkawi juga terkenal dengan keindahan pantai yang cantik dan menawan
sesuai untuk aktiviti rekreasi dan sukan air seperti Pantai Chenang yang bukan
sahaja terkenal sebagai destinasi membeli-belah, perniagaan, makanan dan
pelancongan. Ia juga merupakan salah sebuah pantai yang landai sesuai untuk
aktiviti mandi-manda dan rekreasi air.
Langkawi juga menawarkan tempat perkelahan dan pelancongan pesisir
pantai lain yang menarik seperti di Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam dan beberapa
pantai milik perniagaan dan persendirian seperti di Teluk Datai dan Andaman.

6.0 Penutup
Pulau Langkawi merupakan satu destinasi pelancongan sehenti yang
menawarkan pakej pelancongan yang lengkap sesuai dengan kehendak dan
keinginan pelancong seperti destinasi membeli-belah, sukan dan rekreasi, sejarah,
kecantikan flora dan fauna semulajadi, taman laut, geo-park dan juga destinasi
perkelahan keluarga yang lengkap. Akses ke pulau ini juga merupakan pemangkin
terhadap kemasukan pelancong dari dalam dan luar negeri untuk menikmati pakej
pelancongan yang disediakan di sini.

Anda mungkin juga menyukai