Anda di halaman 1dari 3

Ujian Lisan Bahasa Melayu

Tajuk:Kemalangan Jalan Raya

Ahli kumpulan: Yau Zhi Ling , Yeoh Zhi Mei, Cheng Kah Yee, Lee
Zhien Hui

Pengerusi (Zhi Mei) : Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, ahli panel yang
hadir bersama dengan kita pada hari ini iaitu saudari Yau Zhi Ling,saudari Lee Zhien Hui dan
saudari Cheng Kah Yee serta hadirin dan hadirat sekalian. Saya Yeoh Zhi Mei ,selaku
pengerusi forum pada kali ini akan bersama-sama ahli-ahli panel kita untuk membicarakan
tajuk pada kali ini. Sebagai pembuka kata, ingin saya perkenalkan tajuk forum remaja yang
didalami dan diselami oleh barisan panel iaitu KEMALANGAN JALAN RAYA. Dalam
dekad ini, perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia
sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-
lebih lagi pada musim perayaan apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya
bertambah pada suatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut
melonjak. Fenomena yang tidak sihat ini nescaya mengundang pelbagai akibat yang buruk
kepada Negara memandangkan setiap kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal,
kecederaan atau kematian. Untuk mengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya, saya
mempersilakan saudari Noor Sima Ismail untuk menerangkannya.

Zhi Ling : Terima kasih, saudari pengerusi. Kemalangan jalan raya yang menyebabkan
kehilangan nyawa akan menggugat produktiviti negara. Golongan yang berusia dalam
lingkungan 18 hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. Kumpulan
ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran dan kemahiran yang tinggi kepada
pembangunan negara. Belia yang meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya
akan menjejaskan produktiviti Negara. Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi
andainya korban nahas jalan raya itu terdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam
bidang kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor misalnya memerlukan 6
hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian seorang doktor tidak dapat diganti dengan serta merta
oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara kita akan terjejas. Pengeluaran
hasil sesebuah kilang akan terjejas jika kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang
membawa pekerja kilang. Dengan kata lain, kemalangan jalan raya akan memudaratkan
pembangunan negara dari segi sumber tenaga manusia.

Zhien Hui : Tepat sekali pendapat saudari Zhi Ling. Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan
akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat
dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang
yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan juga
terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada
kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans
dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa
kemalangan jalan raya itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan
oleh kerajaan dan syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di
Malaysia. Alnagkah baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan
prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan
mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara.

Kah Yee : Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya tinggi.
Pelabur asing dan pelancong akan berasa was-was untuk melabur atau melancong ke
Malaysia. Pelabur asing akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan apabila mereka
melabur di Malaysia. Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai
ke pelabuhan atau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinngi. Berasaskan kes
kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran atau pengankutan awam, pelancong
asing akan teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika keselamatan-keselamtan mereka
terancam semasa menggunakan kenderaan awam. Tiada sesiapa pun yang ingin
mempertaruhkan nyawa untuk melancong di Negara kita. Ringkaskan, sector perindustrian
dan sektor pelancongan akan menerima tamparan yang hebat sekiranya kemlaangan jalan
raya di negara kita tidak dibendung dengan baik.

Pengerusi (Zhi Mei) : Seperti kata peribahasa ada angin, ada pokoknya, justeru, apakah
faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya amat membimbangkan sekarang ini.
Apakah pandangan panel-panel kita.

Zhien Hui : Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat pengguna jalan raya itu sendiri.
Kebanyakan pengguna tidak mematuhi arahan keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi
papan tanda-papan tanda jalan raya, memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan
serta tidak mematuhi lampu isyarat. Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan
dipengaruhi alkohol dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini
yang mementingkan diri sendiri menjadi penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan
raya.

Zhi Ling : Pengerusi, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itu
sendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada bahu jalan, jalan berbengkang-bengkong dan
jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan
raya.

Kah Yee : Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi penyumbang kes kemalangan jalan
raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaan
melaluinya dengan kelajuan yang tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi
kabur dan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan.

Pengerusi (Zhi Mei) : Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan raya
daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan. Pihak
berkuasa mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah
ini daripada terus meningkat?
Kah Yee : Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah
kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu
memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan
perjalanan. Sebelu m memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-
cukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat
sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana terlelap sesaat membawa maut. Selain itu,
pemandu juga perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan
papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit
semasa memandu dan tidak bersms ketika memandu. Pemandu juga jangan lupa memakai
tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.

Zhi Ling : Saudari pengerusi, berada di atas kenderaan beroda dua, penunggang motosikal
memang mudah terbabas apabila dilanggar oleh sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu
jalan dengan kenderaan berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan mereka akan
terancam. Selaras dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang motorsikal, lorong khas
patut dibina untuk kegunaan mereka sahaja. Hasilnya kenderaan besar lain tidak akan
menghampiri motorsikal semasa berada di atas jalan raya.

Zhien Hui: Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar kenderaan tersebut diberhentikan
pada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda pengguna jalan raya pada bila-bila masa.
Di kawasan yang dilalui oleh orang ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had
laju kenderaan mestilah dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan dapat
mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang berlekuk-lekuk juga
membahayakan penunggang motorsikal dan basikal. Selekoh tajam di jalan raya menggugat
keselamatan pengguna jalan raya secara amnya jika mereka memandu dengan laju.
Kelemahan dan kerosakan jalan raya perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna tidak
menjadi mangsa.

Pengerusi (Zhi Mei) : Terima kasih kepada ahli-ahli panel kita pada kali ini. Keselamatan
jalan raya, tanggungjawab bersama. Api kecil baik dipadamkan. Jika tidak, kemalangan
jalan raya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber
manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar
kerja memabik pulih dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa
padah kepada ekonomi. Lantaran itu, semua pihak hendaklah berusaha dengan bersungguh-
sungguh menangani masalah kemalangan jalan raya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang
gigih terutamanya daripada pihak berwajib pasti penting untuk mengurangkan nahas di jalan
raya. Sekian sahaja perbincangan pada kali ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai