Anda di halaman 1dari 13

ULBS BM SPM Contoh Forum: KEMALANGAN JALAN RAYA Pengerusi (NAJMA) : Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera saya

ucapkan kepada pengerusi majlis, ahli panel yang hadir bersama dengan kita pada hari ini iaitu saudari Noor Sima bt Ismail, dari Kelab Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri Terengganu, saudari Nor Fatin Najwa bt Mohd Rani, dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, serta saudari Syafiqah bt Abdul Wahab, pengarang Majalah Remaja Bestari, serta hadirin dan hadirat sekalian. Saya Wan Fatin Najma bt. Wan Abdullah, selaku pengerusi forum pada kali ini akan bersama-sama ahli-ahli panel kita untuk membicarakan tajuk pada kali ini. Sebagai pembuka kata, ingin saya perkenalkan tajuk forum remaja yang didalami dan diselami oleh barisan panel iaitu KEMALANGAN JALAN RAYA. Dalam dekad ini, perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Fenomena yang tidak sihat ini nescaya mengundang pelbagai akibat yang buruk kepada Negara memandangkan setiap kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal, kecederaan atau kematian. Untuk mengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya, saya mempersilakan saudari Noor Sima Ismail untuk menerangkannya. NOOR SIMA : Terima kasih, saudari pengerusi. Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kehilangan nyawa akan menggugat produktiviti negara. Golongan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. Kumpulan ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran dan kemahiran yang tinggi kepada pembangunan negara. Belia yang meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan menjejaskan produktiviti Negara. Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan raya itu terdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor misalnya memerlukan 6 hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian seorang doktor tidak dapat diganti dengan serta merta oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara kita akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jika kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa pekerja kilang. Dengan kata lain, kemalangan jalan raya akan memudaratkan pembangunan negara dari segi sumber tenaga manusia. FATIN NAJWA : Tepat sekali pendapat saudari Noor Sima tadi. Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alnagkah baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara. SYAFIQAH : Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya tinggi. Pelabur asing dan pelancong akan berasa was-was untuk melabur atau melancong ke Malaysia. Pelabur asing akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan apabila mereka

melabur di Malaysia. Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhan atau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Berasaskan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran atau pengankutan awam, pelancong asing akan teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika keselamatankeselamtan mereka terancam semasa menggunakan kenderaan awam. Tiada sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk melancong di Negara kita. Ringkaskan, sector perindustrian dan sektor pelancongan akan menerima tamparan yang hebat sekiranya kemlaangan jalan raya di negara kita tidak dibendung dengan baik. Pengerusi (NAJMA) : Seperti kata peribahasa ada angin, ada pokoknya, justeru, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya amat membimbangkan sekarang ini. Apakah pandangan panel-panel kita. NOOR SIMA : Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna tidak mematuhi arahan keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi papan tanda-papan tanda jalan raya, memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan serta tidak mematuhi lampu isyarat. Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini yang mementingkan diri sendiri menjadi penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan raya. FATIN NAJWA : Pengerusi, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itu sendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada bahu jalan, jalan berbengkangbengkong dan jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan raya. SYAFIQAH : Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi penyumbang kes kemalangan jalan raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaan melaluinya dengan kelajuan yang tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur dan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan. Pengerusi (NAJMA) : Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat? NOOR SIMA : Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelu m memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukupcukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana terlelap sesaat membawa maut. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak bersms ketika memandu. Pemandu juga jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan. FATIN NAJWA : Saudari pengerusi, berada di atas kenderaan beroda dua, penunggang motosikal memang mudah terbabas apabila dilanggar oleh sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu jalan dengan kenderaan berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan

mereka akan terancam. Selaras dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang motorsikal, lorong khas patut dibina untuk kegunaan mereka sahaja. Hasilnya kenderaan besar lain tidak akan menghampiri motorsikal semasa berada di atas jalan raya. SYAFIQAH : Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar kenderaan tersebut diberhentikan pada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Di kawasan yang dilalui oleh orang ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had laju kenderaan mestilah dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang berlekuk-lekuk juga membahayakan penunggang motorsikal dan basikal. Selekoh tajam di jalan raya menggugat keselamatan pengguna jalan raya secara amnya jika mereka memandu dengan laju. Kelemahan dan kerosakan jalan raya perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna tidak menjadi mangsa. Pengerusi (NAJMA) : Terima kasih kepada ahli-ahli panel kita pada kali ini. Keselamatan jalan raya, tanggungjawab bersama. Api kecil baik dipadamkan. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi. Lantaran itu, semua pihak hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh menangani masalah kemalangan jalan raya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang gigih terutamanya daripada pihak berwajib pasti penting untuk mengurangkan nahas di jalan raya. Sekian sahaja perbincangan pada kali ini. Assalamualaikum wbt.

TAJUK FORUM : INTERNET BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini INTERNET baik buruknya Internet dalam kalangan pelajar. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (NurMaizatul Akmam Matusin). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (Halimaton Nadzirah Rahman). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Najwa Mahmood). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang di uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini? Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud penghubung di antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn internet pada msa kini untuk bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan kita dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan . Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat

mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakn internet? Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk menghubungkan talian tersebut. Seperti emel , facebook , myspace dan sebagainya . walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunan komuniti ini bagus , ada juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk di gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan internet , apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan? Silakan saudari. Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang bermanfaat. Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja mencari kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan internet. Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet? Panel Pertama: Daripada sudut negatif pada penggunaan internet memang ada. Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian bermaharajalela. Bagi yang tidak

mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagai-bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang boleh anda dapati melalui laman web. Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang kedua . Silakan . Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang terdapat dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi. Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman web yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka semasa menggunakan internet. Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua. Pengerusi: Silakan saudari. Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik anakanak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negatif. Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan menggunakan internet . Silakan saudari . Panel Ketiga : terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang

diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya, benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan penggunaan yang baik. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya pengguaan internet bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi internet . pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam, Orang putih, orang Pakistan, Terima kasih syukran jaziilan. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

DIMENSI DIRI TEMA: KELEBIHAN MEMPELAJARI BAHASA ASING SOALAN: ANDA SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN. BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA, ANDA MENYEDARI BAHAWA SESEORANG PERLU MENGUASAI LEBIH DARIPADA SESUATU BAHASA. SEBAGAI ABANG YANG BERTANGGUNGJAWAB, ANDA INGIN MENASIHATI ADIK ANDA YANG MASIH BELAJAR SUPAYA BERUSAHA MENGUASAI PELBAGAI BAHASA. TULIS SEPUCUK SURAT KEPADA ADIK ANDA

UNTUK MENCERITAKAN KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA. Rangka Soalan Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi Pendahuluan: - Berasa terasing kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris - Mengelakkan diri daripada bercampur gaul dengan pelajar lain yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. - Dinasihati rakanrakan agar menggunakan bahasa tersebut dalam perbualan seharian. Isi 1: Memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi.. Isi 2: Meneroka pelbagai maklumat Isi 3: Memupuk semangat perpaduan Isi 4: Mudah mendapat pekerjaan Isi 5: Mengisi masa lapang Kesimpulan: - Ilmu penyuluh kehidupan - Sambil menyelam minum air. _________________________________________________________________________ Afiq Bin Abu Bakar, No 2 Blok C, Kolej Pertama, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor Darul Ehsan. Ke hadapan adinda Adib yang berada di Taiping semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar adinda dan keluarga di kampung? Kekanda berharap agar adinda dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kekanda di sini berada dalam keadaan sihat dan gembira. Adinda, Bagaimanakah keputusan peperiksaan adinda yang lalu? Kekanda berharap agar adinda mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya dan dapat mengikut jejak langkah kakanda di menara gading ini. Adinda yang dikasihi,

Kakanda mempunyai ramai kenalan baru di sini. Kebanyakan mereka berasal dari luar negara. Sebagai contoh, negara Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Mereka menggunakan bahasa Inggeris apabila berbual. Dalam hal ini, penguasaan bahasa asing amat penting untuk memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi. Oleh itu, adinda perlu menguasai bahasa asing agar membantu adinda untuk berkomunikasi. Mempelajari bahasa asing dapat membantu kita meneroka maklumat dalam pelbagai bidang. Oleh itu, dengan menguasai pelbagai bahasa, adinda akan dapat mengumpul maklumat yang ditulis dalam semua bahasa yang adinda kuasai. Sebagai contoh, maklumat yang terkandung dalam buku, jurnal, akhbar dan internet. Maklumat ini menggunakan bahasa lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Arab. Jelaslah bahawa, adinda mempelajari bahasa asing dapat membantu adinda untuk menimba ilmu pengetahuan.

Adindaku, Bahasa asing juga dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi. Sekiranya bahasa kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan di luar negara dapat dipelajari dan difahami, sudah tentu kita dapat mengenali budaya dan adat resam kaum tersebut. Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Kadazan atau bahasa Iban, lebih mudah perpaduan dapat dipupuk. Konklusinya, bahasa dapat memupuk semangat perpaduan sesuai dengan peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Adinda,

Untuk pengetahuan adinda , kelebihan seseorang yang menguasai lebih daripada satu bahasa adalah lebih mudah mendapat pekerjaan. Hal ini adalah kerana pada hari ini persaingan untuk mendapat pekerjaan semakin sengit. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kelulusan yang baik, ketrampilan yang menarik dan kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa yang akan dapat menjawat sesuatu pekerjaan dengan mudah . Hal ini bermakna, adinda perlu menguasai lebih daripada satu bahasa .

Selain itu, menguasai bahasa asing dapat mengisi masa lapang. Sesungguhnya, mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang sukar. Adinda boleh mempelajarinya pada waktu terluang. Sebagai contoh, menghadiri kelas bahasa asing seperti bahasa Cina,bahasa Jepun, bahasa Arab, dan bahasa Perancis. Selain itu, kemahiran tersebut boleh mendatangkan nilai komersial bak kata pepatah sambil menyelam, minum air. Jelaslah bahawa bahasa asing mudah untuk dipelajari dan dikuasai.

Adinda yang dikasihi, Jika diikutkan hati, memang kakanda ingin menulis dengan lebih panjang. Namun memikirkan kakanda akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan kakanda terpaksa menutup bicara pada kali ini. Pesanan kakanda yang terakhir, pelajari dan kuasai bahasa asing kerana ilmu penyuluh kehidupan. Akhir kata, sampaikanlah salam kakanda kepada semua ahli keluarga di kampung. Sekian, terima kasih.

Kakandamu. ..

LATIHAN SOALAN: ANDA SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN. BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA, ANDA MENYEDARI BAHAWA SESEORANG PERLU MENGUASAI LEBIH DARIPADA SESUATU BAHASA. SEBAGAI ABANG YANG BERTANGGUNGJAWAB, ANDA INGIN MENASIHATI ADIK ANDA YANG MASIH BELAJAR SUPAYA BERUSAHA MENGUASAI PELBAGAI

BAHASA. TULIS SEPUCUK SURAT KEPADA ADIK ANDA UNTUK MENCERITAKAN KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA. Afiq Bin Abu Bakar, No 2 Blok C, Kolej Pertama, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor Darul Ehsan. Ke hadapan adinda Adib yang berada di Taiping semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar adinda dan keluarga di kampung? Kekanda berharap agar adinda dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kekanda di sini berada dalam keadaan sihat dan gembira. Adinda, Bagaimanakah keputusan peperiksaan adinda yang lalu? Kekanda berharap agar adinda mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya dan dapat mengikut jejak langkah kakanda di menara gading ini. Adinda yang dikasihi, Kakanda mempunyai ramai kenalan baru di sini. Kebanyakan mereka berasal dari luar negara. Sebagai contoh, negara Singapura, (1) ________________, (2)____________ dan (3) ___________. Mereka menggunakan bahasa Inggeris apabila berbual. Dalam hal ini, penguasaan bahasa asing amat penting untuk (4)___________________________________. Oleh itu, adinda perlu menguasai bahasa asing agar membantu adinda untuk berkomunikasi. Mempelajari bahasa asing dapat membantu kita (5)___________________________________. Oleh itu, dengan menguasai pelbagai bahasa, adinda akan dapat mengumpul maklumat yang ditulis dalam semua bahasa yang adinda kuasai. Sebagai contoh, maklumat yang terkandung dalam (6)_____________, jurnal, (7)______________ dan (8)_____________. Maklumat ini menggunakan bahasa lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Arab. Jelaslah bahawa, adinda mempelajari bahasa asing dapat membantu adinda untuk menimba ilmu pengetahuan. Adindaku, Bahasa asing juga dapat (9) _________________________________________. Sekiranya bahasa kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan di luar negara dapat dipelajari dan difahami, sudah tentu kita dapat mengenali budaya dan adat resam kaum tersebut. Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Kadazan atau bahasa Iban, lebih mudah perpaduan dapat dipupuk. Konklusinya, bahasa dapat memupuk semangat perpaduan sesuai dengan

peribahasa, (10)_____________________________. Adinda, Untuk pengetahuan adinda , kelebihan seseorang yang menguasai lebih daripada satu bahasa adalah lebih (11)___________________________. Hal ini adalah kerana pada hari ini persaingan untuk mendapat pekerjaan semakin sengit. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kelulusan yang baik, ketrampilan yang menarik dan kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa yang akan dapat menjawat sesuatu pekerjaan dengan mudah . Hal ini bermakna, adinda perlu menguasai lebih daripada satu bahasa .

Selain itu, menguasai bahasa asing dapat (12)________________________ . Sesungguhnya, mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang sukar. Adinda boleh mempelajarinya pada waktu terluang. Sebagai contoh, menghadiri kelas bahasa asing seperti bahasa Cina,bahasa (13)____________, bahasa (14)________________, dan bahasa (15)____________. Selain itu, kemahiran tersebut boleh mendatangkan nilai komersial bak kata pepatah sambil menyelam, minum air. Jelaslah bahawa bahasa asing mudah untuk dipelajari dan dikuasai. Adinda yang dikasihi, Jika diikutkan hati, memang kakanda ingin menulis dengan lebih panjang. Namun memikirkan kakanda akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan kakanda terpaksa menutup bicara pada kali ini. Pesanan kakanda yang terakhir, semoga adinda pelajari dan kuasai bahasa asing kerana ilmu itu (16)____________________. Menguasai bahasa asing dapat memberi banyak faedah kepada adinda. Akhir kata, sampaikanlah salam kakanda kepada semua ahli keluarga di kampung. Sekian, terima kasih.

Kakandamu. ..

JAWAPAN (1) Indonesia (2)Filipina (3) Thailand

(4) Memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi (5) Meneroka maklumat dalam pelbagai bidang (6) Buku (7) Akhbar (8) Internet (9) Memupuk semangat perpaduan yang tinggi (10) Tak kenal maka tak cinta (11) Mudah mendapat pekerjaan (12) Mengisi masa lapang (13) Jepun (14) Arab (15) Perancis (16) Penyuluh kehidupan Untuk membaca dengan lebih lanjut berkenaan dengan pengalaman belajar di luar negara dan menguasai bahasa asing, anda boleh klik pada pautan ini: Kepentingan Menguasai Bahasa Asing

Karangan Bahagian A Tajuk : Sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa banjir.

Mangsa banjir merupakan golongan yang terlibat dengan bencana alam iaitu banjir. Biasanya mereka terdiri daripada golongan ________________________________. Bencana banjir yang melanda Malaysia terdapat di _________________________. Mangsa banjir menghadapi masalahmasalah seperti _____________________________________. Oleh itu, mereka sewajarnya diberikan bantuan untuk meringankan beban mereka. Terdapat beberapa sumbangan yang boleh diberikan untuk membantu mangsa banjir. Antara sumbangan yang boleh diberikan ialah bantuan kewangan. ( Apa ) Bantuan kewangan berupa __________________ boleh diberikan kepada mangsa banjir . ( Siapa ) Pihak __________________ yang biasanya memberikan sumbangan ialah ________________________. ( Bila ) Mereka memberi sumbangan ___________________________. ( Di mana ) Sumbangan ini akan disampaikan di _______________ . ( Bagaimana ) Mereka memberi sumbangan melalui _____________________________. Selain itu, sumbangan lain yang boleh diberikan ialah barangan keperluan harian. ( Apa ) Barangan keperluan harian yang diberikan ialah ______________________. ( Siapa ) Sumbangan ini biasanya diberikan oleh _______________________. ( Mengapa ) Barang keperluan ini amat penting kerana ______________________________________________________ Bentuk sumbangan lain ialah pembersihan rumah dan kawasan sekitar. ( Apa ) Pembersihan rumah dan alam sekitar bermaksud ___________________________________. ( Siapa ) Biasanya pihak yang membantu ialah _________________________________. ( Bila ) Mereka akan membersihkan rumah dan kawasan sekitar apabila ____________________________________. ( Bagaimana ) Mereka membersihkan rumah dan kawasan sekitar dengan ______________________________________. ( Mengapa ) Ini penting kerana ____________________________________________________________. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama membantu mangsa banjir. Ini kerana mereka merupakan golongan yang berhadapan dengan musibah atau bencana yang melibatkan ______________________________________. Jika mangsa banjir ini tidak dibantu , mereka akan ___________________________________________. Diharapkan dengan bantuan atau sumbangan yang diberikan, _________________________________________________ bak kata peribahasa __________________________________________.