Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : AKTIVITI-AKTIVITI BERFAEDAH UNTUK MENGISI MASA LAPANG

PENDAHULUAN

Masa lapang merupakan masa terluang atau masa senggang dalam kehidupan seseorang.
Media massa sering memaparkan berita-berita berkaitan dengan masa lapang di televisiyen, radio dan
sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masa lapang perlu diisi dengan pelbagai aktiviti
berfaedah. Sehubungan dengan itu, golongan remaja perlu memanfaatkan masa lapang dengan
sebaik-baiknya.

ISI 1
Antaranya termasuklah mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah. Hal
ini demikian kerana/disebabkan pembelajaran dan pengajaran di luar kelas dapat dijalankan secara
tidak langsung. Murid-murid akan berasa lebih seronok dan ceria . Selain itu, boleh menanam
perasaan berbangga dengan sejarah tanah air sendiri. Misalnya, murid-murid boleh dibawa melawat
ke Melaka yang mempunyai tempat-tempat bersejarah seperti Kota A Famosa, Bangunan Standhurst
dan sebagainya. Oleh itu, aktiviti melawat sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah perlu diadakan
supaya murid-murid dapat melihat sendiri tinggalan sejarah dan secara tidak langsung dapat
memahami fakta-fakta sejarah yang diajar oleh guru-guru di dalam kelas.

ISI 2
Seterusnya, kita boleh mengulangkaji pelajaran atau membaca bahan-bahan bacaan
berfaedah untuk mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana/disebabkan mereka akan dapat
menambah ilmu pengetahuan. Misalnya, membaca surat khabar, novel dan majalah ringan. Kesannya,
individu tersebut akan berfikiran matang, kreatif dan kritis kerana “membaca jambatan ilmu”

ISI 3
Selain itu, masa lapang boleh diisi dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Hal
ini demikian kerana akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Misalnya, membersihkan persekitaran rumah atau tempat
tinggal secara bergotong royong di taman perumahan dan kampong-kampung. Kesannya, kawasan
kediaman dan persekitaran menjadi bersih, udara segar dan nyaman dan tiada pencemaran bau .

ISI 4
Dalam pada itu, aktiviti riadah bersama-sama keluarga atau rakan-rakan boleh mengisi masa
lapang. Hal ini demikian kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-
anak. Misalnya, berkelah di pantai atau berkhemah di hutan lipur. Kesannya, minda menjadi lebih
terbuka dan anak-anak berani meluahkan masalah mereka kepada ibu bapa.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan untuk mengisi masa
lapang. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua pihak untuk memastikan golongan remaja
mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah amat diperlukan supaya mereka tidak terlibat
dengan gejala sosial yang merugikan remaja kerana “ masa itu emas”.

norm.jun2018
smkkjss

Anda mungkin juga menyukai