Anda di halaman 1dari 1

Pada hari ini, isu amalan membaca di kalangan pelajar selalu diperkatakan.

Umum
mengetahui bahawa isu ini semakin penting dan hangat dibicarakan oleh pelbagai pihak.
Banyak kebaikan yang dapat diperolehi dengan membaca. Oleh itu, bagai aur dengan
tebing marilah kita bersama-sama memahami faedah-faedah amalan membaca.

Membaca merupakan suatu aktiviti yang berfaedah dan dapat mengisi masa lapang
pelajar-pelajar. Mereka boleh membaca bacaan yang paling sesuai untuk mereka pada
waktu lapang. Dengan ini, masa tidak lagi terbuang begitu sahaja. Mereka juga tiada
masa untuk melakukan aktiviti negatif.

Selain itu, membaca juga dapat meluaskan pengetahuan. Hal ini demikian kerana
membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat diperolehi dengan
membaca buku, surat khabar, atau novel. Banyak perkara baru dalam pelbagai bidang
ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan sastera juga dapat diketahui.

Di samping itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa di kalangan


pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu, Cina dan Inggeris,
pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan
terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen. Hal ini
dapat membantu mereka dalam menulis karangan dengan baik.

Kesimpulannya, pelbagai faedah yang boleh didapati daripada membaca terutamanya


dalam kalangan pelajar. Ilmu pengetahuan akan bertambah dan begitu juga gaya
pemikiran yang lebih luas mampu memacu negara ke arah kemajuan sejagat. Semoga
rakyat kita mampu menjadikan amalan membaca sebagai budaya yang menjadi
kebiasaan kepada generasi-generasi yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai