Anda di halaman 1dari 1

FAEDAH MEMBACA

Dewasa ini,terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam atau dari
luar negara.Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah surat
khabar,majalah,komik dan sebagainya.Bahan bacaan ini boleh didapati di kedai-kedai buku.

Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.Antara
kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa
seperti ekonomi,politik,dan sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa boleh
membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk
minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan
sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih
gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti
melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan
sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan
merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Di samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan lebih mendalam apabila
membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati
dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin
dan sebagainya.Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui pembacaan
tersebut.

Oleh itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan membaca sebagai
amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat
menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai