Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1

Beri pendapat anda tentang kebaikan budaya membaca.

Membaca merupakan suatu amalan mulia yang perlu diamalkan oleh semua
orang. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh dibaca seperti buku, majalah,
surat khabar dan sebagainya. Budaya membaca banyak kebaikannya.

Antara kebaikan membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Pelbagai bidang ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui membaca seperti
bidang keagamaan, kebudayaan, sosial, hiburan, pelajaran dan sebagainya.

Selain itu, perbendaharaan kata seseorang juga dapat ditambah melalu


pembacaan. Hal ini demikian kerana , banyak kosa kata yang baharu dapat diketahui
dengan membaca pelbagai bahan bacaan seperti lestari, hakikat, sahsiah, patriotik,
duniawi dan sebagainya sangat menarik untuk diketahui.

Seterusnya, membaca pelbagai bahan bacaan terutama buku-buku teks dan


buku-buku rujukan merupakan suatu persediaan kepada pelajar untuk menghadapi
peperiksaan. Sekiranya budaya membaca menjadi amalan hidup seseorang pelajar,
mereka akan sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk
menghadapi peperiksaan.

Pada masa kini, terdapat segelintir golongan remaja yang mengisi masa lapang
dengan perkara-perkara yang sia-sia kurang berfaedah seperti bermain permainan
komputer dan melayari internet dalam tempoh yang lama. Justeru, sekiranya
membaca menjadi amalan hidup, golongan remaja ini dapat mengisi masa lapang
dengan perkara yang berfaedah.

Kesimpulannya, semua pihak terutama generasi muda mestilah mengamalkan


budaya membaca ini demi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan
berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai