Anda di halaman 1dari 11

(AGAMA SEBAGAI PEDOMAN HIDUP)

KEPENTINGAN AGAMA
1. Memperjelaskan hubungan manusia dengan pencipta
2. Membentuk peraturan hidup manusia
3. Mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup
4. Menentukan keseimbangan di dunia dan akhirat
5. Mengawal nafsu manusia
6. Menjadikan manusia berakhlak mulia
7. Mengetahui tanggunjawab terhadap tuhan dan semua makhluk/ benda ciptaanNya
8. Membentuk jiwa/rohani yang bersih
9. Menidakkan ajaran sekularisme yang jauh terpesong
10. Menentukan tingkahlaku yang baik dan bermoral/beretika
Budaya Ketimuran Menjadi Ikutan

Nilai Timur



VS
Nilai Barat
Kepatuhan dan kesetiaan
Kerjasama
Menghormati orang tua
Memelihara adat
Mementingkan status quo
Merendah diri dan mengalah
Sedia berkorban kepentingan diri
Sabar (walaupun ditindas)
Bersifat feudal.
Demokrasi
Hak individu
Hak asasi manusia
Rasionalisasi
Pemikiran terbuka
Kebebasan
Sekularisme
Ekualiti
* Kebebasan pendapat

Konsep Akhlak dan Moral

Akhlak :
Merujuk kepada budi pekerti, kelakuan dan tabiat yang baik atau buruk.

Moral :
Merujuk kepada ukuran dan standard perlakuan; yang baik atau buruk, betul atau salah, boleh diterima atau tidak boleh diterima yang
diyakini seseorang berbanding undang-undang atau standard-standard yang lain.

Nilai Asas Yang Membentuk Malaysia

1. Kerjasama
2. Toleransi
3. Perpaduan dan Permuafakatan
4. Hormat-menghormati
5. Kesetiaan kepada negara
6. Keadilan

Apakah sekularisme ????

Satu doktrin yang menolak agama dalam hidup. Agama tiada tempat dalam kehidupan bermasyarakat.

Ciri-ciri sekularisme

1. Menumpukan hal-hal duniawi.
2. Mengagungkan kebolehan akal rasional.
3. Percaya kepada sains sebagai satu panduan yang utama.
4. Tidak percaya/ meragui kewujudan tuhan.
5. Percaya kepada teori evolusi.
6. Menonjolkan fahaman baru
7. Mengamalkan budaya materialism

Budaya Materialisme

Berorientasikan materialisme:
Perlumbaan mencari harta, wang, kemewahan adalah fokus utama hidup. Matlamat menghalalkan cara.

MEMBACA
Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui
pembacaan, seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat membantu memajukan negara.
Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja
hasrat masyarakat untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam kalangan
masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan
budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat
berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat
khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk
anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan
kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya
menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan
menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali
lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah mengenali
banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai
sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara
masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat
menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan
bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang
memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan
pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh
dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti
meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang
kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang
adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat
keputusan yang cemerlang.Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa
lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh
menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang
singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang
dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika
menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.Di
samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu
dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang sains dan
teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan
ilmu-ilmu yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor
dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan
layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah
rajin membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan
yang cemerlang malah dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan
membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk
budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari
Rebungnya. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak
kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen
membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara
yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat
dilahirkan.
GEJALA SOSIAL
Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah,
cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial
tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996
mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta
Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan
peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang
berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang
berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak
Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu
ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam
kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama
mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat
di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu,
73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47
adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan,
diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992
(2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih
dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di
kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari
1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun
1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa.
Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak
90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja
kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan
ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat
dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka
berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan
serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.
Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu
bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan
lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan
ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi
daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur,
perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang
tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan
merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia
anak sepanjang masa.
1. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam
menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya
menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di
pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
1. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana
tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang
bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan
kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya
ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah
memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa
juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan
mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,
emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara
bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti
penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di
kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan
merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
1. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di
peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa,
penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-
TINGGI
Kesimpulan-Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan
tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh
mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
KEPENTINGAN ILMU DALAM ISLAM
Islam umpama pokok, bermula daripada biji benih, kemudian mengeluarkan akar dan pucuk. Seterusnya, ia membesar dan membentuk
batang, dahan, cabang, ranting dan dedaun hingga menjadi sebatang pokok yang rendang, tegak dan kukuh. Namun, setiap helai daun
dihubungkan terus dengan akarnya.

Masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang
salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina
Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada
warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan
hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran.
Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam
setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan
dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".

Renung-renungkanlah:

Jawapan-jawapan daripada Saiidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya mengenai antara keutamaan ilmu dengan harta:
* "Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Firaun, dan lain-lain.
* "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.
* "Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan akan bertambah.
* "Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.
* "Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak.
* "Ilmu lebih utama daripada harta, karena diakhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafaat.
* "Harta akan hancur berantakan kerana lama ditelan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditelan zaman.
* "Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya.
* "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana pemilik harta bisa mengaku sebagai Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang
berilmu mengaku sebagai hamba kerana ilmunya.

Hamka pula berkata: Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta
jadi binatang.

Justeru, di situ letaknya kepentingan menuntut ilmu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang inginkan dunia, maka
hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka
hendaklah ia menuntut ilmu.

GEJALA RASUAH DAN KESAN
Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah
dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara
amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih
kasih dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil,
iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua
perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata
lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan
terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada
Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang
yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan
memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan
(jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya.
(al-
Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH
Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini
telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak
ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh
Ahmad yang bermaksud :
Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-
duanya.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada
penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.
PUNCA BERLAKUNYA RASUAH
Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang,
tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh
Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap
mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi
mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada
pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags"
/>Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari
perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan
penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan
terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan
yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para
kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau
pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan
hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi
rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan
sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi.
Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa
depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis
kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir
daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah
menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir.
Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya
rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan
sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH
Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu
bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati
diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik
benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi
akan datang yang bebas daripada rasuah.
3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika
tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba
melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
4.Memudahkan urusan menggunakan ICT
-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT.
Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para
peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata
untuk mempercepatkan proses.


PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA ?
Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara memang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya daripada pihak
masyarakat umum.
Huraikan peranan yang mampu dipikul oleh kaum wanita di negara ini.
Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Kita masih belum
menyedari bahawa dalam kelembutan wanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu buat
pembangunan negara kita. Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan
negara kini ini. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang berupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia.

Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan ini boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan lebih baik.
Kelembutan dan keprihatinan mereka terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan wanita paling sesuai dalam tugas mendidik
ini. Kejayaan mereka mendidik anak menjamin satu kelompok masyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka pada masa
hadapan. Jelaslah, wanita di negara ini berperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadi satu generasi yang memiliki semua cirri-ciri
yang diperlukan dalam kehidupan yang mencabar ini.

Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia. Wanita memiliki kemahiran yang
tertentu yang berguna untuk menjadikan diri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap. Sikap rajin bekerja dan tekun serta
memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini sasaran utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum
wanita memang mempunyai peranan besar dalam memastikan sumber manusia negara ini berupaya memenuhi keperluan pertumbuhan
ekonomi negara kita.

Pada masa yang sama wanita juga berperanan untuk menimba ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin. Usaha memperoleh ilmu ini
menjadikan wanita terdedah terhadap pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan diri wanita itu lebih baik dan berkeyakinan pula.
Sudah ada banyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjaya mendirikan pelbagai perniagaan yang kemudiannya menghasilkan
pelbagai produk yang berkualiti untuk pasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya, mencari ilmu itu menjadi tugas utama wanita
kerana dunia yang penuh persaingan ini memerlukan wanita yang berilmu tinggi pula.

Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga mereka dalam aspek keselamatan negara yang begitu penting itu. Sudah ramai wanita yang
menyertai perkhidmatan tentera dan polis dnegan mempamerkan keupayaan yang serupa dengan kaum lelaki. Kewujudan kaum wanita
dalam perkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluang kepada kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapat diselesaikan
dengan baik kerana ada tugas-tugas yang memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita juga berupaya menyumbangkan tenaga mereka
dalam bidang keselamatan negara yang amat penting itu.

Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negara ini begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklah memandang tinggi
dan member peluang kepada wanita untuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikap memandang enteng keupayaan wanita bukanlah satu
tindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh cabaran ini. Slogan pemuda harapan negara pemudi tiang negara harus menjadi
peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kemajuan negara itu.

RASUAH
DI NEGARA ini, rata-rata masyarakat telah mengetahui bahawa rasuah merupakan suatu perbuatan jenayah
dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda 5 kali nilai ganda suapan atau kedua-duanya sekali.
Di samping tindakan punitif tegas yang dikenakan kepada pesalah rasuah, pelbagai dasar, peraturan dan
program-program berbentuk pencegahan serta pendidikan masyarakat dilaksanakan bagi membendung gejala
ini.
Rasuah ibarat barah yang secara perlahan menyelinap ke seluruh setiap inci anggota tubuh manusia badan
dan akhirnya memusnahkan keseluruhan sistem yang ada. Natijah keburukan jenayah rasuah bilamana ianya
mula diserap menjadi budaya dalam sesebuah organisasi amatlah digeruni.
Jenayah rasuah sekiranya berleluasa dan menjadi budaya sesebuah organisasi akan memberi kesan serta
menjejaskan keseluruhan entiti dalam sistem sosial organisasi berkenaan. Ini termasuklah kesan terhadap
pekerja, pelanggan, interaksi sosial, perkhidmatan yang ditawarkan, sistem dan prosedur dan sebagainya.

Dalam konteks jenayah rasuah, golongan pekerja dalam sesebuah organisasi dapat dikategorikan kepada
tiga kumpulan iaitu koruptor, oportunis dan berintegriti.Koruptor merupakan golongan yang bijak mengambil
kesempatan atas kelemahan pemimpin, undang-undang dan peraturan, sistem dan prosedur bagi memenuhi
kepentingan peribadi termasuk mengaut keuntungan bersifat kedudukan, kewangan dan harta benda.
Golongan ini merupakan golongan minoriti tetapi amat berpengaruh dalam sistem sosial sesebuah organisasi.
Berani meminta dan memujuk rayu suapan rasuah dan menggunakan unsur-unsur ugutan serta penindasan jika
terdesak.
Oportunis merupakan kumpulan pekerja yang bersifat tunggu dan lihat. Tidak berani untuk membuat
keputusan dan sentiasa berhati-hati dalam tindakan. Tidak meminta atau memujuk rayu tetapi menerima jika
ditawarkan Golongan oportunis merupakan kumpulan majoriti dalam organisasi dan biasanya terdiri dalam
kategori pertengahan dan bawahan. Mudah terpengaruh dengan kemewahan yang ditonjolkan oleh golongan
koruptor dan dalam masa yang sama takut tertangkap.
Golongan berintegriti merupakan kumpulan yang mempunyai prinsip hidup yang utuh dan sentiasa
berpegang kepada undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakan. Akibatnya, golongan ini sentiasa
diketepikan dan diasingkan dalam sebarang proses membuat keputusan oleh pihak atasan yang korup.
Ada juga di sesetengah organisasi, golongan ini digunakan sebagai boneka untuk menutup segala kelemahan
dan keburukan yang berlaku dalam organisasi tersebut. Sebagai contoh, dilantik memegang jawatan berkaitan
pelaksanaan aktiviti integriti, pencegahan rasuah dan sebagainya yang mana program-program ini hanya untuk
golongan-golongan pekerja tertentu dan tidak pernah dihadiri oleh pegawai atasan.
Apakah petanda yang menunjukkan jenayah rasuah telah menjadi budaya dalam sesebuah organisasi?
Rasuah Menjadi Budaya bila mana:
*Tohmahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan semakin banyak ke atas organisasi;
*Pemusatan kuasa hanya kepada seorang individu sahaja;
*Kuasa budi bicara melebihi peraturan dan prosedur;
*Semakin ramai orang tengah berurusan di kaunter;
*Broker projek, orang tengah, pembekal bebas keluar masuk pejabat;
*Keistimewaan diberikan kepada sesebuah syarikat atau individu
*Wujud amalan cronyism dan favoritism dalam semua keputusan;
*Tiada dasar putaran kerja, pegawai berkhidmat di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama;
*Pegawai enggan bertukar walaupun dinaikkan pangkat;
*Kehidupan pegawai dan staf amat mewah;
*Produktiviti dan prestasi organisasi turun naik, ada proses kerja yang cepat tapi ada yang sengaja dilewat-
lewatkan;
*Birokrasi bertambah meruncing;
*Pelanggan dikenakan bayaran tambahan yang tidak sepatutnya;
*Pegawai meminta upah secara terang-terangan bagi mempercepatkan proses;
*Pembekal terpaksa membayar komisen dalam setiap pembekalan kepada pegawai;
*Rasuah berleluasa di setiap peringkat kakitangan bermula dari pengawal keselamatan hinggalah ke ketua
jabatan;
Bagaimana jenayah rasuah dapat memberi kesan dalam konteks pekerja? Kita biasa mendengar rungutan
dan rasa tidak puas hati golongan pekerja yang ditindas termasuk dari segi tidak diberikan peluang untuk
kenaikan pangkat malahan ditukarkan ke kawasan pendalaman hanya semata-mata enggan memenuhi arahan si
ketua yang mahu meluluskan sesuatu permohonan kepada kroninya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
Akan tetapi bagi golongan oportunis undang-undang dan peraturan diketepikan semata-mata untuk memenuhi
arahan ketua jabatan. Ada saja jalan pintas yang boleh dicipta menerusi peraturan yang lemah untuk memenuhi
hajat si ketua. Undang-undang dan peraturan yang lapuk dimanipulasikan bagi mengukuhkan asas tindakan.
Undang-undang dan peraturan diinterpretasikan mengikut kepentingan dan kehendak tertentu. Inilah kreativiti
yang berjaya dipupuk oleh organisasi yang mengamalkan budaya rasuah.Sebagai balasan kepada si oportunis,
pelbagai bentuk keistimewaan diberikan oleh si ketua termasuk yang biasa kita dengar seperti cepat naik
pangkat, bebas keluar masuk pejabat, tidak perlu buat kerja, hidup mewah, kekal selama-lamanya di tempat
yang sama dan berkuasa penuh sehingga tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun.
Kesannya perpecahan akan berlaku dalam sesebuah organisasi yang akhirnya mewujudkan perasaan
berpuak-puak antara golongan pekerja, menimbulkan rasa tidak puas hati, melemahkan semangat kerja,
mengabaikan peraturan serta prosedur dan yang paling membimbangkan bila mana orang luar yang tiada kena
mengena dengan jabatan pun bebas keluar masuk ke pejabat ketua jabatan dan boleh pula memberikan arahan
kepada pegawai dan staf untuk membuat itu dan ini.
Bagi golongan pekerja yang lemah psikologinya, akan mudah terjerumus dalam kancah jenayah rasuah. Rasa
tidak puas hati dilepaskan dengan turut sama meminta wang rasuah bagi melaksanakan tugas masing-masing.
Apa yang nak dihairankan, bos pun sama, kalau kita tak ambil orang lain akan ambil juga merupakan antara
kata-kata yang sering diungkapkan bagi memujuk hati dan perasaan untuk menghalalkan perbuatan yang haram.
Bila rasuah menjadi budaya dalam organisasi, kedudukan di bahagian-bahagian strategik seperti perolehan,
pelesenan, penguatkuasaan, pembangunan, teknikal dan sebagainya yang boleh dianggap sebagai lubuk emas
akan diletakkan pegawai-pegawai yang sehaluan demi melicinkan urusan peribadi.
Tidak hairanlah, kebelakangan ini muncul kes-kes di dada-dada akhbar yang berkaitan tangkapan BPR
terhadap ketua jabatan hingga ke pembantu am pejabat, penguat kuasa lapor kegiatan rasuah penguat kuasa lain
hanya kerana pembahagian wang rasuah dibuat secara tidak adil dan bermacam-macam kes panas yang
membimbangkan.
Salah satu lagi entiti penting yang terjejas bila rasuah menjadi budaya organisasi adalah golongan pelanggan.
Pelanggan terpaksa membayar lebih dari apa yang sepatutnya dibayar disebabkan caj-caj tertentu yang
dikenakan oleh pegawai mahupun orang tengah (perantara).Pemohon yang benar-benar layak akan diketepikan
disebabkan jenayah rasuah dan kronisme. Proses pembayaran bil yang sepatutnya diproses dalam tempoh 14
hari mengambil masa berbulan-bulan lamanya sehingga menjejaskan pembekal untuk membuat modal pusingan.
Pelanggan terpaksa datang awal untuk merebut nombor giliran dan beratur panjang sedangkan kenalan dan
kroni-kroni di biar masuk ikut pintu belakang. Pelbagai bentuk masalah dan tekanan seperti karenah birokrasi,
kelewatan proses, borang permohonan hilang, dokumen tak lengkap, pemeriksaan mengejut, saman dan
kompaun atas kesalahan yang sengaja diada-adakan, operasi bagi mengganggu perniagaan dan berbagai-bagai
cara dibuat bagi memaksa pelanggan membayar wang rasuah.Yang anehnya, bila duit kopi diselitkan pada
borang permohonan, pegawai dibawa berhibur di pusat-pusat karaoke, hadiah-hadiah berharga disedekahkan
dan perjanjian komisen ditetapkan kesemua proses berjalan dengan lancar, cepat, cekap dan efisien.
Kesan yang paling mengaibkan bila rasuah menjadi budaya adalah terhadap golongan pelanggan yang
kurang berkemampuan, masyarakat luar bandar, kurang berpendidikan yang cuba mendapatkan perkhidmatan
dan pembelaan daripada organisasi terbabit.
Kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai yang sepatutnya mengagihkan bantuan kebajikan kepada orang
kurang upaya dan warga emas telah menyelewengkan peruntukan terbabit untuk kepentingan diri masih berlaku.
Orang kurang upaya dan warga emas yang bergantung pada bantuan kewangan ini ditipu dengan cap jari dan
tandatangan diambil sebagai pengesahan palsu bahawa mereka telah menerima bantuan tersebut. Walhal
bantuan kewangan tersebut di seleweng untuk kemewahan individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Melihat kepada kesan jenayah rasuah bila ia menjadi budaya organisasi amatlah menggerunkan. Jenayah rasuah
harus diperangi kerana ia mengakibatkan kerosakan yang berpanjangan khususnya terhadap imej dan
kepercayaan masyarakat terhadap organisasi. Adalah mudah untuk kita mencapai kecemerlangan, tetapi sukar
untuk kita mengekalkan kecemerlangan tersebut ditambah pula apabila imej organisasi tercalar disebabkan
jenayah rasuah.

Anda mungkin juga menyukai