Anda di halaman 1dari 3

Satu Malaysia/Perpaduan

Bumiku Malaysia
Tanah tumpah darah tercinta
Pelbagai warna budaya di dalamnya
Damai, harmoni, permai sentiasa
Di bawah naungan payung mahkota
Kita bangsa Malaysia
Bakal menerajui dunia.

Pimpinan kita disegani merata
Rakyatnya berpadu mencipta sejarah
Melakar Malaysia di pentas dunia
Dengan semangat
Satu Malaysia

Maka!
Bersatulah bangsaku
Kita kibar nama bangsa
Berpadulah bangsaku
Kita gegarkan dunia
Ayuh!!
Kita berganding bahu
Menuju satu Malaysia
Cemerlang, gemilang, terbilang di dunia...

Biarpun kita berbeza adat
Biarpun kita berlainan pendapat
Kita tetap satu,
Satu hati, satu jiwa, satu rasa
Nikmatnya kita kongsi bersama
kerana kita satu
Satu Malaysia

Jangan Biarkan peristiwa 13 Mei muncul kembali,
Ingatlah,
Bersatu hati dalam membentuk perpaduan,
Demi kemajuan Negara tercinta.









Perjuangan
Peritnya perjuangan mereka
Berjuang atas nama tanah air
Rela berkorban segala-galanya

Jasa dan keringat yang dicurahkan
Kini makin dilupakan
Telah lama menghirup
Sisa-sisa nafas yang terpendam
Perasaan langsung tidak dijaga
Inilah nasib pejuang
Biar anak cucu hidup senang
Aman, damai, permai
Tanpa sengsara
Seperti yang dirasa

Namun,
Dalam kelupaan terhadap jasa mereka
Usah dipuja
Musuh yang pernah menjahanamkan
Kedaulatan bangsa ini!

Tidak ada yang lebih menyayatkan
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari melihat bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta dipinggirkan
Dipersenda dan dilupakan

Bagi yang belum sedar
Ingatlah sejarah mungkin berulang
Jika tidak ditaudani



















Aku Anak Merdeka

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku tidak rela
Maruah bangsaku dipijak
Kerna.
Tidak ada yang lebih menyayatkan
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyadihkan
Dari melihat bangsaku dihina

Air mata yang berderai tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Jika bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Aku anak merdeka
Anak harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang
Yang membuat angkara
Di tanah airku.

Anda mungkin juga menyukai