Anda di halaman 1dari 4

Cinta Flora dan Fauna

Angin yang datang daripada arah laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, phon-pohon menghijau
yang tumbuh di tepi pantai kelihatann seperti menari-nari apabila ditiup angin laut.
Sekejap beralih ke kanan dan sekejap beralih ke kiri, mengikut rentak angin yang bertiup.

Cuaca kelihatan begitu cerah sekali. Butiran pasir yang halus kelihatan berkilauan
umpama Mutiara di dasar lautan apabila disinari matahari yang terik. Desiran ombak tak
putus-putus menghempas pantai. Buih-buih memutih yang berapungan membasahi gigian
pantai.

Hari ini Persatuan Pencinta Alam Sekitar mengadakan program membersihkan


pantai. Program ini bukan sahaja disertai oleh ahli persatuan malahan juga masyarakat
setempat. Selain daripada menjadi antara aktiviti utama persatuan program ini juga
adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai betapa
pentingnya menjaga alam sekitar.

“Alhamdulillah. Program yang kita adakan ini nampaknya mendapat sambutan


yang amat mengalakkan. Ramai yang hadir untuk bersama-sama dengan kita untuk
menjadikan pantai ini sentiasa bersih dan indah”, kata Rahim, Pengerusi Persatuan
Pencinta Alam Sekitar.

“ Tanggungjawab untuk memastikan pantai ini sentiasa menarik dan indah harus kita
pikul bersama-sama. Barulah timbul rasa cinta dan sayang dalam diri kita sebagai
masyarakat terhadap alam sekitar”, ujar Zainal, Timbalan Pengerusi Persatuan Pencinta
Alam Sekitar.

“Memang betul kata kau tu, Zainal!” Angguk Hisham, Setiausaha Persatuan Pencinta
Alam Sekitar.

“Siapa lagi yang harus menjaga alam sekitar ini jikalau bukan kita yang memikulnya
secara bersama-sama”, sambungnya lagi.
Suaran desiran ombak yang menhempas pantai jelas kedengaran. Walaupun dibakar terik
matahari, Rahim, Zainal, Hisham dan peserta program yang lain tetap bersemangat untuk
memastikan pantai bersih dan segar.

Rasa nyaman dan dingin angin lauy yang bertiup jelas terasa bagai mengigit-gigit
tubuhnya kerana seluruh kawasan adalah pantai. Daun-daun yang berwarna keperangan
dan kering yang jatuh berguguran apabila ditiup angin kelihatan bertaburan dan menutupi
permukaan pasir yang memutih dan halus.

“Itulah akibatnya apabila tiada mempunyai rasa kesedaran dan betapa pentingnya
menjaga alam sekitar ini” Hisham mencelah.

“Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita yang diberikan secara percuma.
Seharusnya kitalah yang menghargai dan jaga seperti harta yang amat berharga dan
bernilai,” ucap Rahim pula.

Demikianlah rancaknya mereka berbual-bual sambil membersihkan kawasan pantai.


Angin yang tadinya meniup sepoi-sepoi bahasa lalu bertukar menjadi kencang. Pohon-
pohon yang tumbuh di sekitar kawasan pantai kelihatan seperti melenggang-lenggok
apabila ditiup angin yang datang daripada arah laut yang membiru.

Aktiviti seumpama ini memang selalu diadakan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar.
Program yang diadakan bukan sahaja tertumpu di kawasan pantai tetapi juga di sungai.
Ini sejajar dengan objektif utama penubuhan persatuan untuk memastian alam sekitar
terutamanya pantai dan sungai sentiasa bersih dan terhindar daripada sebarang ancaman
yang bukan sahaja membawa kepada pencemaran malahan juga kemusnahan.

“Sebab itulah kita perlu mengadakan program ini secara berterusan. Ini bertujuan
agar masyarakat faham dan sedar mengapa kita tidak boleh mengabaikan alam sekitar”,
ujar Hisham.

“Akua mat bersetuju sekali denga napa yang kau katakn itu, Hisham!” sampuk
Zainal pula sambil mengangguk-angguk kepala.

“Melalui usaha yang berterusan yang kita lakukan akan dapat meningkatkan lagi
kesedaran di kalangan masyarakat akan betapa pentingnya untuk melindungi dan
menghargai alam sekitar ini,” dia menyambung lagi.

“Tumpuan kita bukan sahaja setakat pada laut dan sungai. Tetapi juga pada
kawasan rekreasi. Sebagai tempat orang ramai untuk berkunjung bersama-sama dengan
keluarga apabila bercuti,” tambah Rahim.
“Selain daripada itu, kita juga haruslah sentiasa ingat bahawa kawasan pantai dan
rekreasi turut menyumbang kepada daya tarikan utama produk pelanconga”, Zainal
mencelah.

“Itu memang tidak dapat dinafikan lagi!” balas Rahim pula dengan pantas sambil
mengangguk-anggukan kepala.

“Kawasan pantai dan rekreasi yang bersih bukan sahaja akan menjadikan kita
dapat menghirup udara yang segar malahan juga menjadi daya tarikan utama pelancong
untuk datang”, ujarnya lagi.

Sememangnya pantai dan kawasan rekreasi yang bersih menjadi antara faktor utama
untuk menggamit kedatangan pelancong terutamanya daripada luar negara. Selain itu,
suasana yang bersih dan cantik juga turut menjadi buah mulut kepada mereka untuk
dibawa pulang nanti dan menceritakannya kepada kaum keluarga dan sahabat handai.

Ini secara tidak langsung akan menarik minat kaum keluarga dan sahabat handai mereka
untuk datang melancong sambil menikmati keindahan dan kecantikan kawasan
peranginan pantai yang terdapat di negara kita.

Harus kita ingat bahawa sesuatu yang baik akan sentiasa menjadi sebutan pada setiap
waktu dan ketika. Lebih-lebih lagi kawasan pantai yang sentiasa menjadi tempat
pelancong untuk beristirehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Seharusnyalah usaha murni yang dilakukan oleh Persatuan Alam Sekitar disokong. Ini
demu untuk bukan sahaja memastikan kawasan pantai bersih daripada sebarang
kekotoran dan pencemaran malahan diangkat dan tertera dalam peta pelancongan dunia.

“Kita seharusnya berasa gembira dan bangga apabila kawasan pantai yang terdapat di
negara kita sentiasa mendapat tempat di hati pelancong”, kata Zainal.

“Pelbagai usaha perlu dilakukan. Untuk memastikan masyarakat bukan sahaja terlibat
dalam program seumpama ini. Tetapi juga dalam program yang lain”, ulas Hisham.

“Akua mat bersetuju sekali dengan apa yang kau katakan itu Hisham!” sokong Rahim
pula dengan menganguk-anggukan kepala.

“Sebenarnya tidak cukup dengan sekadar masyarakat hanya menyertai program seperti
ceramah, seminar, bengkel, pertandingan menulis puisi, esei dan lain-lain lagi. Untuk
meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan mereka mengenai alam sekitar,” dia
menyambung lagi dengan penuh panjang lebar.
Matahari kelihatan semakin meninggi di kaki langit. Cahayanya yang terang-benderang
menerangi seluruh kawasan pantai. Bahang matahari yang semakin panas memijar sedikit
pun tidak melemahkan semangat peserta yang menyertai program sejak daripada awal
pagi tadi.

Bagi mereka cuaca panas yang melanda pantai bukannya menjadi satu halangan mahupun
rintangan sepanjang menyertai program ini. Tetapi yang paling utama adalah untuk
memastikan alam sekitar terutamanya kawasan pantai sentiasa bersih dan sedap apabila
mata memandang. Sepertimana yang ditekankan Rahim dalam ucapan kata alu-aluan
sebelum program bermula tadi.

“Bagus sekali cadangan kau tu Rahim, nanti aku bantu kau bantu kau untuk
membuat kertas cadangan beserta dengan bajetnya sekali,” sambut Hisham pula.

“Kita bentangkan jugak dalam mesyuarat persatuan pada minggu hadapan. Kita
minta pandangan ahli-ahli yang lain,” celah Zainal.

“Insya-Allah!” angguk Rahim.

“Perkara yang baik pasti akan dipersetujui, sama-samalah kita berdoa. Semoga ap
yang telah kita rancangkan akan terlaksana dengan sepenuhnya,” dia berkata lagi.

Rahim kemudian memandang ke seluruh kawasan persekitaran pantai. Kelihatan begitu


bersih dan indah seklai. Dalam hatinya berasa begitu gembira sekali. Dengan komitmen
dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh ahli persatuan bersama-sama dengan
peserta yang lain dalam menjayakan program ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Dia kemudiannya meminta Hisham untuk
membuat pengumuman dengan meminta para peserta program untuk berkumpul di bawah
khemah masing-masing. Untuk majlis penutupan dan penyampaina sijil yang akan
disempurnakan oleh Rahim dan seterusnya diakhiri dengan jamuan makan.

Anda mungkin juga menyukai