Anda di halaman 1dari 4

Sulalatus Salatin Bab 1

Ringkasan bab:
Menjunjung Titah Raja

Merupakan sebahagian daripada “Mukadimah” teks Sulalatus Salatin. Bahagian ini


menceritakan tentang Sultan Abdullah Ma’ayah Syah Ibn Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Syah, iaitu Yang Dipertuan di hilir ketika itu. Baginda bertitah tentang sebuah
Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa. Baginda meminta agar hikayat itu diperbaiki
“supaya diketahui semua anak cucunya”. Titah baginda telah diterima oleh
Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau nama timangannya Tun Seri Lanang.
Hikayat yang diperbaiki itu diberi nama oleh Tun Seri Lanang sebagai Sulalatus
Salatin iaitu “Pertuturan Segala Raja-Raja”.

Catatan penting:

Tujuan penulisan teks:

 Mengagungkan raja yang berketurunan suci, mulia dan berdaulat


 Memberi pengajaran kepada anak cucu daripada peristiwa-peristiwa yang
berlaku
 Mengagungkan negara kota (Melaka) yang diperintah oleh raja-raja
 Mengsahih/mengikhtiraf kedudukan raja-raja dengan memberi maklumat
tentang keturunannya
 Memberi panduan tentang etika pemerintahan dan moral seperti tugas-tugas
raja dan pembesar dalam menjalankan pemerintahan dan membangunkan Negara
Kota.

Penaklukan Iskandar Zul-karnain

Raja Iskandar ialah putera Raja Darab. Baginda berbangsa Rom dan berasal dari
Makadunia (Macedonia). Baginda mengembara untuk “melihat negeri matahari
terbit”, telah menyebabkan baginda sampai ke negeri Hindi yang diperintah oleh raja
Kida Hindi. Baginda telah menyerang dan berjaya menakluki negeri tersebut, serta
disuruh memeluk agama Islam. Raja Iskandar kemudiannya berkahwin dengan
Syahrul Bariah puteri Raja Kida Hindi.

Catatan penting:

 Raja Iskandar sebagai tokoh legenda


 Mitos asal-usul keturunan raja-raja Melaka
 Unsur pengembaaan (unsur lipur lara dan Hindu)

Perkahwinan Puteri Syahrul Bariah

Raja Iskandar dan Puteri Syahrul Bariah telah dinikahkan oleh Nabi Khidir a.s.
Majlis perkahwinan itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan telah
dihadiri oleh para pemerintah dan pembesar yang menaburkan hadiah emas
permata begitu banyak seperti “busut dua tiga timbunan”. Tidak lama kemudian,
raja Iskandar meneruskan perjalanan dan pengembaraannya. Isterinya ditinggalkan
di Hindi atas permintaan Raja Kida Hindi.

Catatan penting;

 Kepentingan peristiwa yang menggambarkan kemuliaan dan kesucian Raja


Iskandar yang dikaitkan dengan asal-usul keturunan raja-raja Melaka.

Zuriat Iskanar Zul-karnain

Puteri Syahrul Bariah melahirkan seorang putera yang diberi nama Raja Aristun
Syah. Baginda kemudiannya dikahwinkan dengan Puteri Raja Turkistan dan
dikurniakan seorang putera yang diberi nama Raja Aftus. Raja Aristun Syah menaiki
takhta kerajaan setelah kemangkatan Raja Kida Hindi dan memerintah negeri Hindi
selama 350 tahun. Keturunan baginda memerintah negeri Kida Hindi sehingga
sampai kepada Raja Tersi Berderas. Raja Tersi Berderas berkahwin dengan anak raja
Sulan, raja negeri Amdan Negara yang dikatakan sebagai anak cucu “Raja Nusyirwan
Adil”. Hasil perkahwinan tersebut, baginda telah dikurniakan dengan tiga orang
putera, iaitu Raja Hiran, Raja Suran dan Raja Fardin.

Perjalanan hendak menakluk negeri China

Raja Suran menaiki takhta selepas kemangkatan Raja Sulan. Baginda berhasrat
menyerang dan menakluk negeri China. Dalam perjalanan, Raja Suran telah
menyerang dan menakluki negeri Gangga Negara yang diperintah oleh Raja Gangga
Shah Johan. Kemudian Raja Suran menakluki negeri Langgiu yang diperintah oleh
Raja Chulan. Hasrat Raja Suran untuk menakluki negeri China telah dibatalkan
kerana kebijaksanaan raja China . Raja China telah membuat muslihat (helah)
dengan menghantar sebuah pilu/pilau (sejenis kapal) yang diisi dengan orang tua
yang tanggal gigi, jarum seni yang berkarat, dan pohon kayu kesmak dan bidara yang
berbuah.

Catatan penting:

 Unsur tipu muslihat

Hendak mengetahui isi Laut

Raja Suran mengalihkan pandangan untuk melihat dan mengetahui isi laut. Jesteru
itu, baginda telah menempa “sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam”
daripada seorang tukang. Dengan menaki peti kaca tersebut, Raja Suran turun ke
laut dan jatuh ke bumi bernama Dika yang diperintah oleh Raja Aktabul Ard. Negeri
Dika didiami oleh kaum Bu Sum yang sebahagiannya beragama Islam dan
sebahagiannya kafir.

Catatan penting:
 Mitos asal-usul keturunan raja-raja Melaka
 Mitos latar tempat/latar tempat fantasi
 Unsur pengembaraan
 Unsur Hindu (nama-nama watak dan latar)
 Kepentingan mitos (menunjukkan unsur kesaktian dan keluarbiasaan watak)

Zuriat Raja Suran

Raja Akhtabul Ard mengahwinkan anaknya tuan puteri Mahtabul Bahri dengan Raja
Suran. Hasil perkahwinan tersebut, baginda dikurniakan dengan tiga orang putera,
iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pendita dan Nila Utama. Raja Suran menitahkan Raja
Jin Asmaghiah Peri membuat tiga biji mahkota. Setelah mahkota itu siap, Raja Suran
mewasiatkan mahkota tersebut kepada Raja Akhtabul Ard, supaya diberikan kepada
ketiga-tiga orang puteranya. Kemudian Raja Suran naik ke darat dan kembali ke
benua Keling. Baginda telah membuat kota di sana dan diberi nama Bijaya Negara.

Catatan penting;

 Unsur wasiat

Watak & Perwatakan: Raja Iskandar Zulkarnain


• Raja Iskandar Zulkarnain merupakan seorang yang sangat gagah berani dan
menaikkan martabat Islam di dunia.
• Beliau merupakan seorang yang ikhlas. Beliau tidak menjadikan Raja Kida
Hindi sebagai tawanannya malah meng-Islamkan beliau.
• Raja Iskandar Zulkarnain juga berhati mulia, beliau menyedekahkan hadiah
perkahwinan beliau kepada fakir miskin.
• Seorang yang bersyukur, beliau menerima dengan seadanya dengan mas
kahwin yang telah ditetapkan oleh nabi Khidir sebanyak 300,000 dinar.
• Raja Iskandar Zulkarnain seorang yang berdedikasi kerana sanggup
mengembara jauh dari tempat asalnya. Sifat ini menyebabkan beliau berjaya
menawan beberapa buah negara.

Raja Suran :

• Raja yang kuat semangat , berani.. Tidak gentar berperang walaupun negeri
yang lebih besar dan kuat.
• Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa depan
angkatannya dan membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu
jauh mengambil masa yang lama.
• Memiliki kesaktian. Boleh berhubung dengan makhluk halus seprti jin dan
peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri membawa
ketiga tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut.
• Sifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat supernatural. Boleh hidup dalam
dunia daratan dan dunia bawah laut, berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-
Bahri di kurniakan 3 putera iaitu Nila pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila
Utama.
• Raja yang gagah perkasa. Ketua angkatan perang yang gagah berani.
Menawan negeri Gangga Negara.

Pembangunan Negara:

• Raja Iskandar Zulkarnain yang berkerajaan di Makaduniah telah berjaya meluaskan


penaklukan beliau hingga ke arah matahari terbit iaitu timur. Baginda berjaya sampai
ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi.
• Apabila raja Iskandar Zulkarnain berpindah semula ke Makaduniah dan Raja Kida
Hindi mati, Aristun Syah telah menggantikan tempat Raja Kida Hindi.
• Setelah lama menduduki takhta maka Raja Aristun Syah berpindah ke tempat lain dan
tempatnya digantikan pula oleh anaknya iaitu Raja Aftuslah.
• Takhta kerajaan Hindi diganti oleh beberapa raja antaranya, Raja Aska’inat, Raja
Kasdas, Raja Amtabus, Raja Zaman Yus, Seka’inat, Raja Arkhad Seka’inat, Raja
Kudar Zakuhun anak kepada Raja Amtabus

Anda mungkin juga menyukai