Anda di halaman 1dari 3

Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat

Sinopsis
Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan
Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada
anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu
semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang
terakhir. Baginda telah membaca khutbah dan mengimamkan solat. Setelah itu Rasulullah pun
membuat pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tertentu
termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada seorang
sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika
perang. Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama
tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan
niatnya. Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan cemeti.
Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat
beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda
yang bercahaya. Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid
ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Setelah sampai
waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda.
Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikahbarkan bahawa segala bidadari dan malaikat
sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala Fatimah, nabi pun wafat.

Fungsi Hikayat ini :


1. Menyebarkan agama Islam supaya mudah di terima oleh masy setempat sewaktu
perkembangan agama Islam di alam Melayu di mana pengaruh hindu masih lagi tebal. Tokoh-
tokoh pahlawan hindu menjadi kebanggaan masy setempat. Dgn penyebaran dan meluasnya
agama dan pengaruh Islam di alam Melayu, Islam perlu menunjukkan keistimewaan yg
dimiliki oleh tokoh-tokoh di alam Melayu, Islam perlu menunjukkan keistimewaanCth
Setelah itu Rasulullah pun bangunlah drpd tempat tidurnya, lalu keluar melihat Jibril itu
datang. Maka jibrail pun mmberi salam kpd baginda SAW demikia bunyinya, “Assalamu
‘alaikum ya Rasulullah SAW”. Maka Rasulullah pun menjawab kpd Jibrail itu,
‘Wa’alaikumusalam.” Maka ujar Rasulullah kpd Jibrail, “Siapakah yg serta tuan hamba turun
ke dunia.” Maka sahut Jibrail, “Ya Rasululla, hmba turun ke dunia sertaku inilah yg Bernama
Malikul Maut.”

2. Pengajaraan dan teladan – Dgn unsur moral bagi mengatur kehidupan masy yg baik dan
mengikut lunas-lunas Islam. Sifat-sifat yg ada pada Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh lain
seperti baik, merendah diri, tabah, berusaha, beriman, cekal dan sentiasa bertakwa kpd Allah
SWT itu dapat dijadikan cth teladan dan pengajaran kpd org Islam. Juga terdapat kisah-kisah
yg boleh jadi panduan dan mnyebabkan manusia sentiasa takut pada balasan tuhan di akhirat
nnti. Cth
Hai sekalian umat Rasulullah, hendaklah kita percaya akan Allah Taala sedangkan Rasulullah
lagikan disuruh Allah Taala mengambil nyawanya istimewa pula kita dan hendaklah sekalian
mmberatkan ibadat kpd Allah Taala di dalam dunia ini dan menjauhi segala maksiat kerana
kita ini akan mati sekalian dan janganlah meninggalkan sembahyang lima waktu.

Pemikiran
i) Percaya kpd Allah Taala. Kepercayaan kpd Allah ialah keyakinan kita kpd Allah dgn
beriman kpd-Nya. Inilah adalah termasuk salah satu drpd rukun iman. Mereka yg
beriman kpd Allah akan dijanjikan ganjaran pahala

ii) Beribadat kpd Allah – Soal beribadat kpd Allah tidak boleh dipandang ringan
sebaliknya perlu kesungguhan dan keikhlasan mengabdi di kpd-Nya. Seseorang yg
sentiasa mmberati ibadat akan melaksanakan segala tuntutan Allah dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Cthnya Rasulullah walaupun dalam keadaan sakit dan hampir
kpd kewafatan masih lagi solat berjemaah di masjid.

iii) Menjauhi segala maksiat – Seseorang yg menjaga imannya akan cuba menghindari
diri drpd melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah mereka yg mmbuat maksiat
hidupnya tidak mndapat keberkatan dan akan mndapat balasan dosa

iv) Kasih sayang – Nabi sangat menyayangi ahli insan yg menerima takdir atau
ketentuan Ilahi bahawa umurnya akan berakhir

v) Sikap pemaaf – Akasyah adalah insan yg pemaaf dan tidak berniat untuk
menganiayai nabi Muhammad

Nilai kemanusiaan
i) Nilai kasih sayang – Rasulullah SAW amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh
Malikul Maut berita kemangkatannya, baginda terus menangis. Baginda menangis bukan
kerana sayangkan dunia atau sayang untuk meninggalkan ahli keluarganya, tetapi baginda
menangis kerana bimbangkan umatnya akan terpesona keimanannya setelah ketiadaan
baginda. Baginda juga amat menyayangi puterinya Fatimah dan meminta untuk mencium
rambut puterinya

ii) Bertanggungjawab/Amanah – Seorang pemimpin yg bertanggungjawab akan


menjalankan tanggungjawab walau dalam apa keadaan sekalipun. Rasulullah SAW
walaupun baginda mengetahui bahawa baginda akan Kembali ke rahmatullah, baginda
masih lagi menjalankan tangunggjawabnya iaitu mengimamkan solat dan menyampaikan
khutbah kpd siang jumaah. Baginda juga berwasiat kpd siding jumaah/umatnya agar
sentiasa beriman kpd Allah, mnjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim.

iii) Redha dan takdir Allah – Insan yg beriman sentiasa redha dgn ketentuan yg telah
ditetapkan oleh-Nya. Rasulullah SAW redha dgn ketentuan Allah bahawa masanya sudah
sampai.

iv) Prihatin – Rasulullah SAW adalah seorang rasul yg amat prihatin terhadap umatnya.
Beliau sentiasa mengingatkan umatnya supaya sentiasa beriman kpd Allah SWT.
Sehingga pada saat akhir hidupnya, baginda masih lagi berpesan kpd umatnya agar
sentiasa hidup dgn berpegang pada anjaran agama Allah

Pengajaran
1. Kita hendaklah sedar tentang kematian – Setiap benday g hidup di atas uka bumi ini pasti
akan mati. Ianya tidak terkecuali sama ada manusia biasa atau para Nabi. Tidak ada satu
benda hidup pun di dunia ini akan kekal selamanya. Sedangkan Nabi Muhammad yg menjadi
kesayangan Allah SWT itu juga terpaksa menjalani proses kematian dan nyawanya juga
dicabut oleh Malikul al-Maut
2. Ms 256 dan 257\

Anda mungkin juga menyukai