Anda di halaman 1dari 7

Drama Asiah Samiah

Tema : Ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat. pengarang menggambarkan kehidupan
masyarakat yg terdiri daripada golongan yang berpengaruh, berkuasa & mmpunyai harta kekayaan yg
melimpah ruah berhadapan dengan golongan bawahan yg tertindas. Golongan yg tertindas cuba
merubah keadaan tetapi tidak berjaya kerana mereka serba kekurangan sama ada dari sudut pengaruh,
kuasa & kekayaan. Akhirnya, perjuangan golongan ini tidak berjaya. Anas Samanda telah ditangkap
& dibunuh oleh Misa Sagaraga kerana cuba berjuang untuk menegakkan keadilan dan
mmpertahankan haknya. Mayatnya diarak dan digantung dalam perarakkan yang penuh dengan
penghinaan. Kematiannya dianggap wajar oleh pihak berkuasa kerana beliau dianggap sbg
pemberontak manakala kematian Anas membangkitkan kesedaran luar biasa yang tidak pernah
disaksikan oleh Marga Tua. Anas Samanda tumbang tetapi semangatnya tidak & dia adalah wira
sejati.
Persoalan :
1. Percintaan yang tidak kesampaian
- Perbezaan kedudukan @ status sosial mmbawa kegagalan dalam percintaan. Cthnya, perkahwinan
antara Asiah Samiah dengan Anas Samanda tidak kesampaian kerana Anas Samanda tidak
memiliki apa-apa sehingga ditolak oleh keluarga Asiah Samiah.

2. Setia dalam percintaan


- Perasaan cinta mmbuatkan seseorang sanggup menunggu biarpun tanpa jawapan yang pasti.
Contohnya, Asiah Samiah yg amat mencintai Anas Samanda sanggup menantinya walaupun masa
telah berlalu selama 15 tahun tanpa kepastian. Asiah Samiah telah berkahwin dengan Misa
Sagaraga tetapi tetap mencintai Anas Samanda & sentiasa menunggunya.

3. Pengaruh kuasa & wang ringgit


- Golongan yang mempunyai pengaruh kuasa dan wang ringgit akan dilihat sbg golongan yang
hebat. Tuan Setiawang Tanjung dan Puan Suari Alimi memilih Misa Sagaraga berbanding Anas
Samanda sbg suami Asiah Samiah kerana dia memiliki segalanya.

4. Kasih sayang
- Kasih sayang ibu terhadap anak tidak ada penghujungnya. Puan Suari Alimin sangat menyayangi
anaknya Asiah Samiah dan mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dia sanggup memilih orang
yan berharta agar masa depan anaknya terjamin dan Bahagia.

5. Perjuangan menuntut hak


- Kesanggupan untuk mengorbankan diri demi untuk mendapatkan hak. Contohnya, Anas Samanda
sanggup berjuang menentang Misa Sagaraga kerana hendak mendapatkan Kembali tanah yan
merupakan tanah hak keluarganya.

6. Perbezaan darjat
- Perbezaan kedudukan antara miskin dan kaya menyebabkan berlakunya kegagalan dalam
percintaan. Contohnya, Anas Samanda merupakan anak petani tidak diterima oleh keluarga Asiah
Samiah kerana perbezaan darjat antara mereka berdua.

7. Kepercayaan terhadap bomoh


- Masyarakat Melayu mempercayai bomoh boleh membantu menyelesaikan masalah berkaitan
dengan kejiwaan. Contohnya, Sari saribiru adalah anak buah Pawang Satam yg memiliki makhluk
halus yang dikatakan sangat membantu jika terkena sampuk.
- Contoh Soalan :Apakah makhluk halus yang dimiliki oleh Pawang Satam ?\

8. Salah guna kuasa


- Seseorang yang berpengaruh dan kuasa akan menggunakannya demi kepetingan diri.
Penyalahgunaan kuasa dan pengaruh. Kesalah gunaan kuasa boleh mempengaruh keharmonian
dalam masyarakat. contoh, Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh dan
berkuasa. Sebaliknyya, menyalahguna pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan
dirinya. Dengan pengaruh dan kuasa yang ada padanya, hak Anas Samanda dan Asiah Samiah
dinafikan.

9. Kepentigan tanah
- Tanah merupakan harta yang paling berharga bagi sesetengah individu kerana tanpa tanah
seseorang itu boleh merempat dilaman sendiri. Contohnya, ayah Marga Muda dan Anas Samanda
berjuang untuk mempertahankan haknya keatas tanah yang didudukinya. Perjuangan ayah Marga
Muda keatas tanah yg didukinya selama 50 tahun menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Ayah
Marga Muda dipenjara manakala keluarganya hidup merempat. Manakala bagi Anas Samanda
pula, tanah merupakan nyawa mereka sekeluarga, urat nadi ayahnya dan harga diri keluarganya.

10. Pendidikan
- Pendidikan boleh dikatakan sebagai suatu proses pembelajaran yang berlaku melalui aktiviti
pengajaran, latihan, pengajian dan sebagainya untuk memperoleh ilmu dan kepakaran oleh
seseorang individu atau kumpulan. Pendidikan biasanya berlaku dengan bantuan pengajaran oleh
orang lain. Pendidikan akan membawa perubahan kepada cara pemikiran seseorang individu atau
klompok masyarakat berdasarkan ilmu yang diperolehinya. Pendidikan berupaya memberi ruang
dan peluang kepada individu atau kelompok masyarakat untuk menghayati nilai-nilai, norma
sosial, adat resam dan budaya kehidupan. Dengan ini individu atau kelompok masyarakat akan
mengenali tentang kepentingan kebudayaan dan makna kehidupan duniawi. Pendidikan juga
dikatakan memberikan kuasa, prestej, kehormatan, pengaruh, kestabilan atau kekayaan dalam
ekonomi, kehidupan sosial yang serba sempurna, dan sebagainya. Keadaan ini juga dikatakan
membentuk ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat kerana orang yang berpendidikan
biasanya dipandang tinggi dalam kehidupan sosial berbanding dengan orang yang tidak
berpendidikan. Hal ini boleh dilihat melalui watak Tuan Setiawan Tanjung dalam drama “Asiah
Samiah.” Oleh kerana terlalu sayang kepada Asiah Samiah, Tuan Sitiawan Tanjung dan Puan
Suari Alimin mengambil keputusan untuk tidak menghantar Asiah Samiah ke sekolah, tetapi
sebaliknya menggaji guru, tutor, munsyi, dan guru mengaji untuk mengajar dan mendidik Asiah
Samiah di rumah. Marga Tua merupakan seorang munsyi kepada Asiah Samiah.

PUAN SUARI ALIMIN: Nak hantar sekolah luar awak tak suka. Nak hantar ke luar negeri awak
tak mahu.

TUAN SETIAWAN TANJUNG: Anak kita cuma satu. Intan payung, jantung hati kita. Molek
pula tu. Di luar banyak buaya. Hancur anak kita. Rosak buah hati kita.

WATA PERWATAKAN
K
Asiah Samiah - Puteri tunggal Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin.
- Gadis sunti berusia 17 tahun
- Isteri Misa Sagaraga yang ke 20
- Kekasih Anas Samanda
- Luar biasa
- Setia
- Meminati bahasa dan sastera
- Anak yang taat perintah orang tua
- Kurang waras
- Penyayang
- Tiada ketahanan diri
- Tidak dapat menerima hakikat sebagai isteri kepada lelaki
bukan pilihan hati.

- Berbudi bahasa/bersopan santun


- Cerdik/ terang hati/ bijak
- Tidak sombong
- Seorang anak yang baik
- Seorang yang cantik - Kecantikkan Asiah Samiah rasanya tidaklah
kalah dengan Puteri Gunung Ledang, Charlitz Theron, kalaupun
tidak semontok Monica Lewinsky.
- Tidak berputus asa/gigih – 15 tahun mencari/menunggu Anas dan
anaknya Lalila Anurisah
- Mudah mengikut perasaan – ugut Sari Saribiru akan terjun dari
Bukit Gondol sebagai penyelesaian masalah
perkahwinannya dengan Misa Sagaraga.

Anas Samanda - Anak petani


- Kacak
- Perkasa
- Baik budi bahasanya
- Kekasih Asiah Samiah
- Miskin
- Seorang yang romantis
- Bertanggungjawab terhadap keluarga
- Pejuang gerakan gerila – senyap ii
- Keras hati
- Menjadi pelarian yang diburu pihak berkuasa
- Bercita-cita menjadi wira pembela mereka yang teraniaya
- Seorang Idealis - hidup dalam angan-angan tanpa melihat
kenyataan – mengubah masyarakat, memerangi ketidak adilan,
hapus sistem bobrok masyarakat
- Bergerak secara gerila : senyap-senyap
- Mati dibunuh - mayatnya diarak sebagai pemberontak

Misa Sagaraga - Mengahwini Asiah Samiah – isteri ke 20


- Gelaran : Tuan Besar Misa Sagaraga Tuan Malim Di timur
Malim Di barat
- Usahawan yang berjaya
- Tokoh yang berpengaruh
- Berkuasa dan dihormati
- Bersedia membantu rakyat dalam pelbagai masalah
- Kejam/rakus terhadap Asiah
- Mementingkan nafsu
- Pentingkan imej diri/penampilan diri – mmberi barang branded
- Benci / memusuhi Laila Anurisah
- Anak pembesar
- Dikelilingi kekayaan dan kemewahan
- Minat cerita Hindustan
- Tokoh koporat berjaya

- Berpengetahuan luas – sejarah & sastera Melayu Tradisi


Marga Tua / Marga - Berpendidikan tinggi - belajar hingga ke menara gading
Muda - Pernah menjadi seorang guru - Sebagai guru bahasa Asiah
Samiah
- Suka memberi nasihat kepada Anas Samanda
- Pekerja yang setia – 20 th bekerja
- Bertanggungjawab sebagai anak sulung – jaga adik2, harta, tanah
keluarga semasa ayah dalam penjara dan mati Sanggup berkorban
untuk keluarga - pinjam beras, ambil upah gali parit…
- Belas kasihan terhadap Laila Anurisah – menjaganya selepas
dihalau oleh Misa Sigaraga
- Dituduh bersubahat dengan Anas Samanda
- Seorang guru – dalam bidang sastera & bahasa
- Seorang realis
- Anak Petani
- Anak Sulung
- Pernah tinggal rumah kebajikan
- Mencintai Asiah dalam diam
- Perokok
- Pejuang yg Liberal – berlawanan dgn perjuangan Anas Samanda

- Berkedudukan tinggi dalam masyarakat


Tuan Setiawan - Pentingkan pendidikan anak - sediakan guru mengaji dan tutor
Tanjung untuk anaknya
- Mementingkan jodoh anaknya – cari yang setaraf dgnya
- Amat menyayangi anaknya Asiah samiah
- Tegas/degil – nekad kahwinkan Asiah Samiah dengan Misa Sigaraga
walaupun membinasakan anaknya
- Mementingkan kekayaan /materialistik – sanggup kahwinkan
anaknya dengan lelaki yang tidak dicintai kerana kekayaan, kuasa
dan pangkat
- Bangga dengan kedudukan – bermenantukan orang kaya

Meseg :
(i) Cendikiawan dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan maju
- Masyarakat yang mundur, tidak bepelajaran, tertindas, malah masyarakat yang maju sekalipun amat
memerlukan golongan cerdik pandai untuk membantu anggota masyarakatnya mencapai matlamat dan cita-cita
yang diidam-idamkan. Anas Samanda dalam drama ini amat kecewa dengan sikap Marga Muda, seorang
cendekiawan yang berilmu tetapi memilih untuk memencil dan mendiamkan diri daripada membantunya dalam
perjuangan menuntut haknya dan menentang ketidakadilan yang berlaku dalam maasyarakat. Contohnya;

ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih
untuk memencilkan diri.

(ii) Keyakinan dan semangat teras perjuangan


- Seseorang yang terlibat dalam perjuangan, sama ada berjuang untuk mempertahankan agama, bangsa,
negara, atau pun hak diri dan keluarga, hendaklah menanam semangat yang tinggi dan penuh dengan
keyakinan. Kedua-dua aspek ini amat penting sebagai suntikan untuk menjayakan apa jua yang
diperjuangkan. Walaupun kadang kala perjuangan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, malah
mungkin akan mengambil masa yang amat panjang, seorang pejuang tidak sepatutnya menjadikannya sebagai
halangan. Menyedari akan hakikat inilah maka, seseorang pejuang wajar menanam keyakinan dan semangat
yang tinggi dalam diri agar perjuangannya tidak berhenti di pertengahan jalan. Hal ini boleh dilihat melalui
watak Anas Samanda dalam drama ‘Asiah Samiah’. Anas Samanda tidak patah semangat dalam
perjuangannya menuntut hak terhadap tanah yang didiaminya. Hal ini adalah kerana dia yakin tanah milik
keluarga yang didiaminya selama 50 tahun dapat dipertahankan. Keyakinan yang tinggi dan semangat kental
yang ditunjukkan oleh Anas Samanda mempertahankan haknya, menyebabkan beliau sanggup mengenepikan
hal-hal lain termasuklah cintanya terhadap Asiah Samiah. Contohnya;

MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?

ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan
pengorbanan!

(iii) Tanpa pengorbanan, perjuangan akan menemui kegagalan


- Pengorbanan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan, khususnya dalam perjuangan, sama ada
perjuangan menpertahankan agama, tanah air, maruah, hak dan sebagainya. Oleh hal yang demikian,
seseorang perlu berkorban untuk mencapai hajat atau impian dalam perjuangan yang diyakininya benar.
Apabila berjuang, seseorang itu harus sanggup berkorban, sama ada harta benda, masa, tenaga, pemikiran,
nyawa, dan sebagainya demi untuk mencapai impian dalam perjuangan. Seorang pejuang juga harus
mengenepikan semua kepentingan peribadi demi untuk merealisasikan sebuah perjuangan. Ayah Marga Muda
sanggup mengorbankan dirinya untuk mempertahankan tanah hak miliknya sehingga beliau dipenjarakan.
Marga menceritakan kisah ayahnya yang dipukul, dilanyak, dihina, dan dipenjara semata-mata kerana dia
mahu mempertahankan haknya kepada Anas Samanda. Apa yang menyedihkan, ibu Marga lari dengan lelaki
lain setelah ayahnya dipenjarakan. Adik-adik Marga keluar masuk dari sebuah rumah kebajikan ke rumah
yang lain. Mengikut kata Marga, itulah harga perjuangan yang harus dibayar oleh ayahnya dan beliau adik-
beradik. Begitu juga dengan Anas Samanda. Anas Samanda sanggup menolak cinta Asiah Samiah semata-
mata untuk menjadi pejuang dan mempertahankan haknya yang dicabuli. Beliau juga sanggup mati dalam
perjuangan semata-mata untuk mempertahan haknya ke atas tanah yang didudukinya selama ini dari dirampas
oleh Misa Sagaraga.

MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur? ANAS SAMANDA: Dengan …
dengan pengorbanan!

(iv) Keimanan membentuk jati diri pejuang


- Selain daripada semangat, keyakinan, dan pengorbanan, apa yang lebih penting bagi seorang pejuang ialah
keimanan. Seseorang pejuang yang berjuang atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, akan
mendapat perlindungan dan rahmat-Nya. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang pejuang itu berjuang atas
dasar kepentingan peribadi atau ingin membalas dendam semata-mata tanpa disusuli dengan keimanan
kepada Allah, maka perjuangan yang didepaninya mungkin akan menjadi sia-sia. Perjuangannya mungkin
berjaya, tetapi tidak mendapat rahmat dan perlindungan daripada-Nya. Contohnya, Anas Samanda menjawab
pertanyaan Marga Muda dengan mengatakan bahawa dia akan merubah dunia ini dengan kekuatan, dengan
iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dan dengan pengorbanan. Contohnya;

MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?

ANAS SAMANDA: …, dengan iman, …

(v) Kelemahan membuatkan kita jadi penakut


- Kurangnya keimanan, ilmu, keyakinan, dan semangat membuatkan seseorang pejuang itu lemah dan bacul.
Kekurangan yang dinyatakan di atas menyebabkan mereka mudah menyerah kalah dan akan bergantung
kepaada takdir semata-mata tanpa berusaha untuk memperjuangkan apa yang diyakini menjadi haknya. Hal
ini boleh dilihat melalui watak Marga Muda. Marga Muda yang tidak mahu ikut serta dalam perjuangan Anas
Samanda telah dianggap bacul oleh Anas Samanda. Hal ini adalah kerana Marga Muda dikatakan lemah dan
tidak sanggup berjuang serta berkorban demi untuk mempertahankan haknya dari dicabuli. Contohnya;

MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada
ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta!

ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!

(vi) Kasih sayang membuatkan rasa tenang dan damai


- Setiap orang memerlukan kasih sayang, sama ada daripada ibu bapa, suami atau isteri, teman, dan
masyarakat. Sifat kasih sayang yang hadir dalam diri seseorang, lalu dicurahkan kepada orang lain akan
menjadikan kehidupan seseorang itu penuh ketenangan dan kedamaian. Selain dari itu, kasih sayang yang
terjalin dalam kalangan masyarakat akan mewujudkan suasana yang harmoni. Oleh yang demikian sifat kasih
sayang perlu ada dalam diri setiap manusia. Contohnya, Puan Suari Alimin dan Tuan Setiawan Tanjung amat
sayangkan anak mereka iaitu Asiah Samiah. Selain dari itu juga, Asiah Samiah juga mendapat belaian kasih
sayang dari orang di sekelilingnya. Kasih sayang yang diterima oleh Asiah Samiah dari ibu bapa dan orang di
sekelilingnya telah menjadikannya anak gadis yang ceria dan disenangi oleh semua orang. Begitu juga dengan
Marga Muda dan Anas Samanda, amat amat kasih kepada Asiah Samiah.

MARGA TUA: Ah, beruntung Si Asiah Samiah. Sangat beruntung. Dia ditatang bagai minyak yang penuh.
Lihatlah belaian kasih sayang di sekelilingnya. Ibu bapa yang mengasihi. Orang-orang gaji yang sentiasa
memberi khidmat. Ah, apa lagi yang diharapkan daripada seorang anak…. (hlm. 200)

SITI BUNIRAH: Kata orang, membela seorang anak dara lebih susah daripada menjaga kambing sekandang.
Kami sayang kau, Siah. Kami mahu kau bahagia…. (hlm. 209)

(vii) Dayus, bacul dan tidak berprinsip seandainya membenarkan maruah dan hak dicabuli
- Setiap daripada kita mempunyai maruah dan hak masing-masing dalam hidup ini. Dalam kehidupan ini,
antara hak yang mungkin dimiliki oleh setiap manusia ialah hak untuk mendapatkan kebebasan, hak bersuara,
berkeluarga, memiliki harta, dan sebagainya. Hak berkenaan adalah maruah seseorang. Oleh hal yang
demikian, hak yang kita miliki perlu dipertahankan daripada dirampas atau dinafikan oleh orang lain agar
maruah kita tidak tercalar. Seandainya kita membiarkan atau membenarkan hak dan maruah kita dicerobohi
atau dirampas oleh orang lain, maka maruah kita akan tercalar, malah kehidupan kita mungkin akan terancam.
Ayah Marga telah mempertahankan tanah yang didudukinya selama lebih tiga generasi daripada dirampas
atas nama pembangunan sehingga beliau ditangkap lalu dipenjarakan. Ayah Marga telah dituduh sebagai
pengkhianat, pengacau, dan perosak. Akhirnya ayah Marga diseret bagai penjenayah, dihina, dikasari dan
diseksa kerana mahu mempertahankan haknya. Anas Samanda juga sanggup berjuang menentang Misa
sagaraga kerana hendak mendapatkan kembali tanah yang merupakan hak keluarganya walau pun terpaksa
berhadapan dengan maut.
ANAS SAMANDA: Ini soal maruah, soal harga diri. Tanah itu nyawa kami, urat nadi ayahku, harga diri
keluarga kami. (hlm. 211)

Sikap yang ditunjukkan oleh Marga Muda terhadap perjuangan Anas Samanda mmpertahankan hak dan maruah,
menyebabkan Anas Samanda amat kecewa dan menuduh Marga Muda sebagai bacul. Katanya;

AMAS SAMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini! (hlm. 215)

(viii) Ilmu pengetahuan mengangkat darjat seseorang


- Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan. Dengan adanya ilmu pengetahuan, ianya dapat
mengangkat martabat atau darjat seseorang ke tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian, setiap orang perlu
berusaha untuk memiliki atau mencari ilmu pengetahuan sama ada ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Antara
ilmu yang wajar dipelajari oleh setiap insan ialah ilmu agama seperti ilmu tauhid, fiqah, usuluddin, al-Quran,
dan sebagainya. Ilmu agama yang dipelajari lalu diamalkan akan melahirkan seorang insan yang berakhlak
mulia dan beriman kepada- Nya. Selain daripada ilmu agama, ilmu keduniaan seperti ilmu pertanian,
ekonomi, politik, perubatan, dan sebagainya juga wajar dipelajari. Ilmu ini akan melahirkan insan yang
berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kuat. Contohnya, Asiah Samiah merupakan seorang anak gadis
yang amat mencintai ilmu berdasarkan minatnya terhadap buku, kitab, karya sastera serta ajaran daripada
gurunya iaitu Marga.

MARGA TUA: Ah, beruntung Si Asiah Samiah …. Saya mengagumi anak itu. Hatinya terang. Kata kawan
saya, guru yang mengajarnya mengaji, hatinya cukup terang….

Saya mula mendampinginya apabila saya diminta mengajarnya…ah, sebenarnya bagai seorang munsyi
mengajar bahasa. Tetapi minatnya melimpah hingga hal-hal yang lain. Dia banyak bertanya tentang sejarah dan
sastera. Dia suka sekali mendengar cerita. Saya sebenarnya kehabisan cerita kerana Asiah mahu cerita baru
setiap kali saya datang mengajarnya. Saya ceritakan kisah Pak Kadok, Lebai Malang; saya ceritakan cerita
penglipur lara seperti Malim Dewa, Malim Deman, Anggun Cik Tunggal dan cerita kegemarannya Awang
Sulung Merah Muda. Saya ceritakan juga cerita 1001 Malam, atau Hikayat Burung Bayan, atau cerita teladan
seperti Bawang Putih Bawang Merah, Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup. Saya dongengkan riwayat
dari Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai, Selindung Bulan Kedah Tua atau Merong Mahawangsa. Saya
bawakan juga cerita dari China, India, malah dari pelosok dunia. (hlm. 200-201)

Selain daripada Asiah Samiah, Marga Muda juga merupakan seorang pemuda yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi. Beliau berusaha mendapatkan ilmu hingga ke peringkat universiti. Ilmu yang
diperolehi oleh Marga Muda, membolehkan mendapatkan pekerjaan yang baik. Beliau pernah bekerja sebagai
guru selama 20 tahun. Beliau juga pernah menjadi munsyi mengajar bahasa kepada Asiah Samiah.

MARGA MUDA: Kau tahu Anas, aku selalu menceritakan hal ini pada teman- teman, malah pada para
pelajarku, juga pada anak buahku. Cerita tentang ayahku yang tidak pernah ke sekolah. Dia buta huruf.
Sedangkan aku anaknya, terdidik hingga ke menara gading…. (hlm. 212)

TUAN SETIAWAN TANJUNG: Tapi dah ada guru, ada munsyi, ada tutor, ada guru mengaji. Semua cukup.
Lagi pula dia tu cerdik, terang hati, Saya dengar Si Marga yang mengajar dia kata. Asiah tu bagus, cekap,
ingatannya baik. Terang hati. (hlm. 222)

Sari Saribiru juga memperolehi dan menguasai ilmu permomohan melalui gurunya, Pawang Satam.

SARI SARIBIRU: Nama sebenarnya Mahfuzah binti Ahmad Ghazali. Tapi nama gelaran Lehot. Anak Pak
Ghazali Cendul, maknya Peah Pekak. Pak Zali yu sepupu Dol Kiram, yang kena kelar orang di Kuala Baru!
Alah, Peah tu cucunya Pawang Udung yang ada bela orang halus, Benidun namanya! Wah, bukan main hebat
orang halusnya! Murid Pawang Udung tu guru abang! Namanya Pawang Satam!

Anda mungkin juga menyukai