Anda di halaman 1dari 18

Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua

Puisi:
Melankoli di Atas
Rumput
Sinopsis
Pengarang menggunakan ganti diri ‘Aku’ seolah-olah mewakili
dirinya yang digambarkan sedang berada di atas sebuah tanah
perkuburan atau di atas padang datar yang dipenuhi dengan
rumput. ‘Aku’ sedang mengenang dan membayangkan keadaan
ibunya di dalam liang lahad yang sedang tidur aman. ‘Aku’
mengharapkan roh ibunya selamat dan mendapat balasan
syurga. ‘Aku’ turut memikirkan untung nasib hidupnya sesudah
mati. ‘Aku’ turut bersyukur kerana dikurniakan usia yang
panjang. ‘Aku’ tersedar daripada tidur dan seolah-olah sedang
berada dalam dunia yang asing. ‘Aku’ melakukan ibadat
daripada waktu malam hingga ke petang. ‘Aku’ terbayang akan
korban umat Islam di seluruh dunia seperti di Palestin, Iraq,
Afghanistan dan Selatan Thailand.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 2
Tema

Pengabdian seorang hamba kepada Maha Pencipta

Watak ‘Aku’ menggambarkan seorang hamba yang


telah mengabdikan dirinya kepada ALLAH dengan
melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Bukan setakat itu sahaja, malah ‘Aku’
juga berharap agar nafas terakhirnya diredai dan
diterima oleh ALLAH.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 3
Persoalan
1 Ganjaran yang dinikmati di alam barzakh
Dialog yang tidak diketahui siapa yang mengucapnya telah
memberikan gambaran tentang keadaan kehidupan alam
barzakh apabila melakukan perbuatan terpuji.

2 Dunia hanya pinjaman


Aku telah menerangkan bahawa dunia ini hanyalah suatu
pinjaman manakala nyawa pula umpama kelapa setandan yang
gugur buahnya tanpa mengira sama ada ia masih muda atau
tua. Namun begitu, manusia mula lalai mengejar keduniaan dan
bergelumang dengan perkara negatif.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 4
3 Pengalaman hidup melalui perjalanan usia
Aku telah menceritakan kisah dia sedari bayi hinggalah dia
berumur sekitar 60 tahun. Dia mengharungi hidup sebagai
seorang ibu tunggal yang berpendidikan tinggi dan pernah
merantau ke negara orang.

4 Menunaikan solat sunat


Aku amat rajin menunaikan solat Qiamullail sambil menghayati
ayat suci al-Quran dan juga melembutkan lidah dengan berzikir.
Dia melaksanakan solat sunat itu sehingga waktu siang. Bukan
setakat itu sahaja, malah aku juga solat sunat Isyraq, solat sunat
duha.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 5
5 Keadaan saat kematian
Aku kerap kali menimbulkan tanda tanya berkenaan perihal cara
kematiannya nanti. Pada awalnya, dia bermonolog sama ada
jasadnya masih elok selepas dia meninggal dunia atau
sebaliknya. Dia juga ada berdoa supaya tiada sesiapa menziarahi
kuburnya nanti.

6 Amalan memfitnah yang merosakkan maruah sejagat


Selepas membangkitkan persoalan kematian, aku kemudian
bermonolog tentang amalan memfitnah yang mampu
melahirkan risiko negatif terhadap pemfitnah tersebut. Sebagai
contoh, mereka akan menanggung dosa yang lebih berat
daripada dosa membunuh manusia.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 6
Plot
1 Eksposisi
Aku tertanya-tanya sama ada selepas dia meninggal dunia,
adakah dia akan hidup selesa di dunia seterusnya dengan
berbekalkan amalan-amalannya.

2 Konflik
Aku terpisah daripada ibu bapa dan sanak saudara ketika
masih remaja.
 Sepanjang hidup, aku berusaha mengumpul segala amalan
dalam mencari keredaan dan rahmat Allah.
Aku terpaksa berlawan dengan godaan syaitan sewaktu
bangun dari tidur untuk melakukan qiamullail.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 7
 Penjual perabot merayu kepada aku agar membeli jualannya
untuk menampung pembiayaan anak-anaknya.
 Si anak kecil bernama Uzaiq terpaka memakan ketulan darah
ibu bapanya bagi meneruskan hidup.

3 Klimaks
Aku melihat banyak haiwan jinak dan liar berjalan seiringan,
perarakan tentera Islam dan Yahudi serta rakyat Kashmir dan
Pakistan yang digambarkan sangat gembira. Hidupan laut
juga tidak terkecuali. Mereka menuju ke sesuatu tempat yang
aku sendiri tidak pasti kedudukannya.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 8
Bangun sahaja daripada tidur, aku berada di tempat yang asing
yang menyebabkan dia terfikir bahawa dia sudah mati.
Aku melihat air terjun telah menjadi darah tetapi tidak tahu
bagaimana ia boleh terjadi.
Aku tertanya-tanya sebab matahari tidak muncul-muncul
padahal dia telah menunggu agak lama.

4 Peleraian
Aku akhirnya dapat merasai nikmat yang Allah janjikan, iaitu
seseorang yang mengikut ajaran-Nya akan diberikan
kesenangan hidup di akhirat nanti.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 9
Watak dan Perwatakan

Aku

Seorang wanita berstatus ibu tunggal


berumur lingkungan 60-an, berpendidikan tinggi
dan merupakan bekas pensyarah.
Seorang yang rajin menunaikan solat sunat.
Seorang yang sangat merendah diri.
 Seorang yang mengambil berat.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 10
Latar
1 Latar Tempat

 Syurga
 Permukaan laut
 Tak Bai
 Kota Baghdad
 Afghanistan
 Palestin
 Tebing yang menghadap lautan
 Jalan Kerawang Bikasi

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 11
2 Latar Masa
Tengah malam – aku melakukan qiamullail.
Fajar – aku selesai melakukan solat subuh dan menyambung
solat sunat.
Senja – cerpen diakhiri dengan latar waktu senja dan
gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan
mencapai kedamaian.

3 Latar Masyarakat
Masyarakat yang suka memfitnah.
Masyarakat beragama Islam yang kerap menunaikan solat
sunat.
Masyarakat berpendidikan tinggi.
Masyarakat yang sanggup berkorban demi agama Islam.
Masyarakat yang bertawakal kepada Tuhan

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 12
Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Penggunaan bahasa asing
Bahasa Indonesia karet daerahku, deru tjampur debu, mbak
Bahasa Arab al-isra’, ya ilahi rabbi, allahumma-ajirni-minan-
nar, al-quran al-karim, allahu-rabbil-alamin,
iliyyin, sijjin, subhanallah

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 13
Teknik Penceritaan
Teknik Contoh
Penceritaan
Dialog + “Bagaimanakah hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan sembahyang ...”
+ “Bagaimanakah hendak jadikan ruang kubur terang benderang?”
- “Bacalah al-Quran malam dan siang …”
+ “Bagaimanakah hendak hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa-apa yang Allah suruh, tinggalkan apa-apa yang Allah
larang”. (hal. 139)
Imbas Seperti yang Engkau tahu, ya Ilahi Rabbi-ku, kedua-dua ibu bapaku
kembali pernah kematian tiga orang anak mereka yang lahir terdahulu
daripadaku. Yakni sepasang anak kembar yang belum matang. Juga
seorang bayi lelaki. Aku yakin kedua-dua ibu bapaku tidak
mensyirikkan-Mu. (hal.139-140)

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 14
Teknik Contoh
Penceritaan
Imbas hadapan Aku kemaskan diri. Aku betulkan telekung dan kain
sembahyang yang Aku selalu pakai sebagai pakaian tidur.
Dengan itu sekiranya waktu matiku telah tiba, Izrail yang
datang hendak mengutip nyawaku tidak melihat auratku.
Inilah yang menyedarkan Aku. Bahawa hayat ini terlalu
rapuh. ... (hal. 141)

Monolog “Ya Rabbi-ku” Kataku lagi. “Mungkin tidurku yang


terakhir dalam hayatku. Dengan itu, perkenankanlah
doaku. Terimalah segala taubatku. Terimalah segala
ibadatku. Terimalah segala doaku. Ampunilah dosa-dosa
kedua-dua ibu bapaku….” (hal. 142)

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 15
Teknik Penceritaan Contoh

Petikan sumber “Tidak ada Muslim yang kematian tiga orang anak kecil
(belum baligh) nescaya Allah akan memasukkannya ke
dalam syurga, disebabkan kelebihan yang Allah berikan
kepada anak-anaknya itu”.
(Bukhari/Muslim, Riadhus-Salihin, Jld.5, hlm. 5)
(hal. 139)

Petikan puisi Halia ini tanam-tanaman,


Di barat juga tempat tumbuhnya;
Hidup ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga tempat sungguhnya
(hal. 141)

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 16
Sudut Pandangan

 Cerpen ini menggunakan sudut


pandangan orang pertama.
 Pengarang menggunakan watak ‘aku’
bagi menggambarkan pengalaman
pengarang sendiri.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 17
Nilai
Nilai Huraian
Ketaatan ‘Aku’ tidak pernah lekang daripada melakukan ibadat kepada Allah
seperti menunaikan solat-solat sunat, berzikir dan berselawat
kepada Rasulullah SAW.
Simpati ‘Aku’ bersimpati akan nasib umat Islam yang dilanda peperangan
seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand.
Keinsafan ‘Aku’ insaf melihat penderitaan umat manusia lain kerana dirinya
juga pernah melalui saat-saat sukar kerana dilahirkan dalam
keluarga yang miskin.

Ace Ahead STPM Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 1, 2 & 3 Edisi Kedua Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Penggal 1: 18

Anda mungkin juga menyukai