Anda di halaman 1dari 7

KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (922)

‘HIKAYAT PELANDUK JENAKA’


(Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa)
HIKAYAT PELANDUK JENAKA
SINOPSIS
Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat
binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai
Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang
raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang
Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah
Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana
berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika
berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa.
Kemudian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di
Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan
Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka
mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat
simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain
menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila
Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang
kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan
simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah.
Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah
menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut.
Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di
sungai Tinam.

TEMA
Hikayat Pelanduk Jenaka bertemakan kehidupan masyarakat rimba yang berhadapan dengan masalah
seperti manusia biasa. Aktiviti untuk mencari rezeki telah terhalang oleh ancaman raksasa. Pelbagai
cara dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut namun tidak berjaya. Akhirnya mereka terpaksa
memohon pertolongan Pelanduk Jenaka yang mempunyai kebijaksanaan yang tersendiri.

CIRI-CIRI
Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah
sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat (juga
dikenali sebagai sastera lisan).

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan
penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat
seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman.Cerita rakyat juga
sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan
berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem
kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut prosa.

Cerita binatang biasanya menceritakan sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan.
Golongan binatang ini boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat watak binatang yang unggul
dan menjadi hero di kalangan mereka sementara binatang yang lain adalah watak kecil yang sentiasa
mengharapkan bantuan. Binatang yang unggul itu biasanya dikaitkan dengan Sang Kancil dan
Pelanduk. Sang Kancil atau Pelanduk digambarkan sebagai binatang cerdik yang mampu mengatasi
sebarang masalah masyarakat binatang. Pada masa yang sama, terdapat pula ancaman daripada
golongan yang dianggap sangat kuat dan berkuasa. Biasanya golongan yang mengancam keharmonian
masyarakat binatang adalah seperti harimau, buaya, gergasi dan raksasa. Golongan yang dianggap
kuat dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh binatang kecil yang lebih cerdik akalnya.

Sesuai dengan genre sastera rakyat (sastera lisan), maka penceritaan tentang kisah binatang akan lebih
menarik sekiranya ia disertakan dengan intonasi suara binatang yang berbeza ketika cerita berkenaan
disampaikan. Khalayak yang biasa mendengar cerita binatang pula biasanya adalah golongan kanak-
kanak. Penyampai cerita pula tidak semestinya golongan profesional seperti penglipurlara. Ia mungkin
hanya disampaikan oleh golongan penyampai biasa secara turun temurun melalui orang-orang tua di
kampung.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. PELANDUK
 Bijak menyelesaikan masalah penghuni rimba. Walaupun pelanduk bersaiz kecil
tetapi ia bijak menggunakan akalnya untuk menyelesaikan masalah ancaman raksasa.
 Berani menghadapi musuh yang jauh lebih besar. Pelanduk tidak takut untuk melawan
raksasa yang jauh lebih besar darinya.
 Bertanggungjawab/prihatin dengan nasib penghuni rimba yang terancam dengan
raksasa.
 Berwibawa sebagai pemimpin. Seluruh isi rimba mengikut pandangan dan ideanya.
Contohnya, ketika pelanduk meminta semua binatang kumpulkan ikan ikan untuk
dijadikan perangkap raksasa.

2. BERUANG, SELADANG & HARIMAU


 Binatang yang sangat kuat tetapi tidak mampu menewaskan raksasa yang besar.semua
binatang ini adalah binatang yang besar kuat tetapi penakut dan suka menipu.binatang
ini takut akan raksasa dan akhirnya terbukti bahawa mereka adalah binatang yang
penakut kepada raksasa.

3. RAKSASA
 Besar dan menakutkan.raksasa ini digambarkan sangat tinggi bertubuh hitam dan
bermata merah. Susuk tubuhnya yang menakutkan itu menyebabkan raksasa ini di
takuti oleh binatang-binatang lain.
 Suka makan ikan yang ditangkap oleh binatang lain oleh sebab keduduknya yang
berhampiran dengan sungai, maka raksasa ini suka makan ikan.

ASPEK ESTETIK
1. KEINDAHAN GAYA BAHASA
 Cerita binatang menggunakan bahasa melayu klasik tetapi bahasanya mudah
difahami. Hal ini dikaitkan dengan cerita binatang lebih dikhususkan pada peringkat
kanak-kanak.

2. KEINDAHAN TEKNIK PENCERITAAN


 Cerita ini mempunyai jalan cerita berbentuk kronologi iaitu peristiwa yang berlaku
mengikut masa seperti permulaan,perkembangan,perumitan,dan kemuncak.

3. KEINDAHAN PENYAMPAIAN MESEJ


 Cerita ini mempunyai pelbagai mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat
untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

4. KEINDAHAN PEMILIHAN KATA


 Cerita ini menggunakan bahasa tradisional masyarakat melayu pada zaman dahulu
iaitu bbahasa melayu klasik.

KEPENTINGAN DALAM KONSEP SARWAJAGAT


1. MEMBERI NASIHAT KEPADA MASYARAKAT
 Cerita ini memberi nasihat kepada masyarakat agar sentiasa berkelakuan baik seperti
tidak meninggikan diri.

2. MEMBERI PENGAJARAN
 Memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak meninggikan diri pada orang lain
sedangkan kemampuan yang dimiliki tidaklh seberapa.

3. GAMBARAN MASYARAKAT
 Menggambarkan masyarakat yang bijaksana seperti Tuan syeikh alam di-rimba
(pelanduk) dan masyarakat yang sering berkerjasama untuk menagkap ikan.

4. SEBAGAI MOTIVASI
 Memberi motivasi agar bersiap sedia untuk menghadapi cabaran seperti pelanduk
yang mempersiapkan diri sebelum berhadapan dengan raksasa.

5. HIBURAN
 Cerita ini berunsurkan hiburan yang mampu menarik perhatian audions kerana cerita
ini mengaitkan unsur lawak.

PEMIKIRAN/MESEJ/PENGAJARAN/AMANAT/
IKTIBAR/TELADAN/WEJANGAN/PERINGATAN
1. KITA PERLU BERWASPADA PADA SETIAP MASA DENGAN ANCAMAN
BAHAYA
 Penghuni rimba mula rasa terancam apbila rezeki mereka diambil oleh raksasa.

2. KITA HENDAKLAH SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENYELESAIKAN


MASALAH
 Apabila masalah menimpa penghuni rimba terpaksa mencari jalan untuk menghalang
raksasa dari terus mengambil rezeki mereka.

3. JANGAN SESEKALI TAKBUR / BERCAKAP BESAR KERANA IA AKAN


MEMUDARATKAN DIRI SENDIRI
 Sikap harimau dan badak yang bercakap besar akhirnya memakan dirinya apbila
melihat rupa raksasa yang menakutkan.

4. JANGAN SESEKALI MENIPU KERANA PERBUATAN MENIPU BOLEH


MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI
 Sang badak berterusan menipu menyatakan tubuhnya cedera kerana berlawanan
dengan raksasa walaupun hakikat sebenarnya ia dicangkuk onak dan duri.

5. KITA HENDAKLAH MENGGUNAKAN AKAL YANG BIJAK UNTUK


MENYELESAIKAN MASALAH APBILA KEKUATAN FIZIKAL TIDAK
MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH
 Masalah rimba akhirnya dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan pelanduk.

PERSOALAN
1. KEBIJAKSANAAN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
 Pelanduk telah menggunakan akalnya yang bijak untuk menewaskan raksasa yang berbadan
besar.

2. KEBERANIAN MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN MASYARAKAT


 Sifat berani pelanduk terserlah untuk melawan raksasa yang mengancam keselamatan
binatang-binatang lain di rimba.

3. KERJASAMA UNTUK KESEJATERAHAN MASYARAKAT


 Apabila timbul masalah ancaman raksasa semua binatang mencari jalan untuk
menyelesaikannya walaupun tidak berhasil akhirnya pelanduk memberi pertolongan dengan
kerjasama binatang-binatang lain di rimba.

4. PEMBOHONGAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI


 Sifat berbohong merupakan satu kesalahan besar.sang badak telah menipu binatang lain
dengan mengatakan badannya luka kerana berlawan dengan raksasa walhal dia terkena duri
sewaktu melarikan diri.

5. SIFAT ANGKUH DAN SOMBONG AKAN MEMAKAN DIRI


 Sang beruang yang bercakap besar dan angkuh akhirnya mengaku kalah apbila tidak mampu
melawan raksasa.

6. PERLU BERWASPADA.
7. PERLU BERUSAHA MENYELESAIKAN MASALAH.
8. JANGAN TAKBUR.
9. JANGAN MENIPU.
10. BANTULAH RAKAN YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN.
11. GUNAKAN AKAL SEBAIKNYA KETIKA BERTINDAK.
12. PERLU BIJAK MERANCANG STRATEGI (KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH).

PLOT
 Plot kisah ini adalah kronologi,iaitu memaparkan cerita dalam bentuk urutan yang mudah
difahami.
 Kronologi ceritanya adalah:
 Pelanduk meramalkan bahawa kehidupan mereka ditimpa masalah.
 Kijang telah menemui Sungai Tinam yang mempunyai banyak ikan.
 Ikan yang ditangkap oleh binatang telah dimakan oleh raksasa walaupun ikan itu telah
diawasi oleh beruang,seladang,harimau dan badak.
 Binatang telah meminta pertolongan daripada pelanduk untuk menewaskan raksasa yang
makan ikan mereka.
 Raksasa akhirnya telah berjaya dibunuh oleh pelanduk dengan tipu muslihat.

LATAR
1. LATAR TEMPAT
 Hulu Sungai Tinam
 Tempat raksasa makan ikan yang telah ditangkap oleh binatang.

2. LATAR MASA
 Siang hari
 Semua kejadian dalam cerita ini digambarkan berlaku pada waktu siang hari.

3. LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang suka menipu
- Diwakili oleh badak yang menipu bahawa dia telah berlawan dengan raksasa sehingga
badannya tercalar untuk menutup malu terhadap rakan-rakan yang lain.

 Masyarakat Melayu lama yang kebal mempertahankan diri


- Diwakili oleh pelanduk ketika menewaskan raksasa yang tidak mampu ditewaskan oleh
binatang lain yang kuat dan gagah.

TAMBAHAN NOTA
PERISTIWA BAGAIMANA TUAN SYEIKH ALAM DI-
RIMBA MENGALAHKAN RAKSASA
1. Tuan Syeikh Alam pergi ke Sungai Tinam tempat raksasa dan mengarahkan isi rimba
mencari rotan untuk membuat simpai ( gelung rotan ).
2. Tuan Syeikh Alam mengarahkan isi rimba bersembunyi dan segera datang apabila
mendengar beliau bertempik.
3. Tuan Syeikh Alam menghidupkan api untuk membakar ikan dan apabila ditegur oleh
raksasa, dia membuat helah dengan mengatakan untuk  menyimpai tubuhnya yang sakit.
4. Raksasa mengatakan tubuhnya sakit dan meminta simpai untuk berubat tetapi Tuan
Syeikh Alam mendakwa simpai itu ubat pesaka peninggalan nenek moyangnya.
5. Raksasa meminta ikan daripada Tuan Syeikh Alam tetapi tidak diberi dengan alasan
tidak elok makan ikan sebelum berubat.
6. Tuan Syeikh Alam memasukkan simpai pada kedua-dua siku dan lutut sebanyak dua
kali sehingga raksasa tidak dapat bergerak lagi.
7. Tuan Syeikh Alam merenung muka dan kemudian mencakar mata raksasa sehingga
Pecah.
8. Kemudian Tuan Syeikh Alam bertempik menyebabkan semua isi rimba datang dan
terkejut melihat keadaan raksasa yang sedemikian rupa.
9. Akhirnya raksasa mati ditendang dan diterajang (disiksa ) oleh semua isi rimba.
NILAI KEMANUSIAAN
1. BIJAKSANA / CERDIK / PANJANG AKAL
- Tuan Syeikh Alam pandai membuat helah iaitu dengan menggunakan simpai dikatakan untuk
berubat bagi menghilang rasa sakit sehinggakan  raksasa tertipu dan tidak dapat bergerak lagi
yang akhirnya dibunuh oleh semua isi rimba.

2. BERANI
- Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh kecil tetapi berani berhadapan dengan raksasa yang
bertubuh besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti Sang Beruang,
Sang Seladang, Harimau dan Sang Badak kecut perut dan melarikan diri apabila melihat
raksasa.

3. BERTANGGUNGJAWAB
- Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai Raja di-Rimba
apabilamenolong isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh
raksasa melalui tipu muslihat agar keadaan rimba kembali aman.

4. PRIHATIN
- Tuan Syeikh Alam sebagai Raja di-Rimba bersifat simpati dan prihatin kepada segala
isi    rimba yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh raksasa. Oleh itu apabila
mendapat pengaduan daripada isi rimba dia berusaha mencari helah untuk membunuh
raksasa.

5. GAGAH PERKASA
- Tuan Syeikh Alam dikatakan mendapat kekuatan daripada baginda Ali
membolehkannyaberjaya mengalahkan raksasa yang bertubuh besar panjang.

6. SUKA BERTERUS TERANG


- Tuan Syeikh Alam mengatakan bahawa tubuh badak yang luka-luka dan comot-comot bukan
perbuatan raksasa seperti yang di dakwa badak tetapi kerana dikaitkan onak ketika melarikan
diri menyebabkan Sang Badak malu

Anda mungkin juga menyukai