Anda di halaman 1dari 2

HIKAYAT HANG TUAH (BAB 7)

"Hikayat Hang Tuah (Bab IV)” menceritakan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang
Tuah sewaktu di Majapahit. Kisah bermula apabila Seri Betara (Betara Majapahit)
membuat persiapan untuk mengahwinkan Raden Galuh Emas Ayu dengan Raja
Melaka. Majlis Perkahwinan ini didatangi oleh segala raja-raja dan adipati yang
berada di bawah jajahan takluk Majapahit di tanah Jawa. Mereka datang bersama
dengan anak isteri masing-masing. Betara Majapahit menitahkan Patih Gajah Mada
membuat persiapan untuk memulai adat berjaga-jaga bagi menyambut perkahwinan
Raja Melaka dengan Raden Galoh Emas Ayu. Setelah itu, Patih Gajah Mada pun
mengarahkan segala raja-raja, adipati, pegawai, priayi berhimpun dan masuk ke
peseban. Patih Gajah Mada juga mengarahkan segala raja-raja dan rakyat memalu
bunyi-bunyian seperti gendang, serunai, medali, nafiri, samping dan ceracap.
Setelah itu, Patih Karma Wijaya pun memaklumkan kepada Raja Melaka bahawa
Seri Betara telah memulai adat berjaga-jaga. Patih Karma Wijaya mencadangkan
kepada Raja Melaka supaya menghantar belanja. Cadangan Patih Karma Wijaya ini
dipersetujuai oleh Hang Tuah. Hang Tuah bersetuju dengan cadangan Patih Karma
Wijaya kerana bimbang Raja Melaka dikatakan miskin dan dipungut oleh Seri Betara
untuk dijadikan menantu. Setelah mendengar kata-kata Hang Tuah dan Patih Karma
Wijaya, Raja Melaka pun membuat persiapan untuk menghantar belanja yang terdiri
daripada emas tujuh bahara,, kain tujuh peti, dayang-dayang yang baik seramai
tujuh puluh orang, dan kain bersuji dan tepi tujuh helai. Persembahan tersebut
dibawa oleh Tun Utama, Patih Karma Wijaya, Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja.
Setelah Betara Majapahit menerima persembahan daripada Raja Melaka, makanan
pun dihidangkan kepada semua yang hadir. Permainan dan hiburan pun mula
dimainkan orang. Seterusnya Patih Gajah Mada memerintahkan seorang penjurit
yang yang pandai bermain tombak dan keris untuk membunuh Hang Tuah semasa
majlis menghadap Raja di peseben. Penjurit tersebut dititahkan oleh Patih Gajah
Mada untuk mencabar Hang Tuah bertarung di hadapan Seri Betara, Raja Melaka
dan segala raja-raja yang hadir. Setelah itu berlakulah pertarungan antara Hang
Tuah dan penjurit tersebut. Namun begitu, Hang Tuah mampu mematahkan
serangan penjurit dengan mudah. Akhirnya dengan kebijaksanaan dan ketangkasan
Hang Tuah, penjurit tersebut dapat di bunuh. Betara Majapahit berterima kasih dan
memberi anugerah kepada Hang Tuah kerana berjaya membunuh penjurit. Muslihat
Patih Gajah Mada dikhabarkan oleh Raden Aria kepada Raja Melaka. Walau
bagaimanapun Raja Melaka hanya tersenyum. Pada malam berjaga-jaga ke-38,
seorang perajurit yang terkenal bernama Taming Sari mengamuk di luar pintu
peseben. Tindakan Taming Sari ini menyebabkan ramai yang terbunuh. Tun Tuah,
Tun Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu menyelak keris penduanya
untuk melindungi Raja Melaka. Seterusnya Betara Majapahit menarik tangan Raja
Melaka dibawa masuk ke dalam Istana. Melihat akan keadaan tersebut, Hang Tuah
menyindir Patih Gajah Mada yang dikatakan berani, tetapi telah melarikan diri.
Akhirnya berlakulah pertarungan yang sengit antara Hang Tuah dengan Taming
Sari. Dalam pertarungan ini, sekali lagi Hang Tuah dapat membunuh Taming Sari
dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari yang sakti. Betara
Majapahit memuji keberanian Hang Tuah dan memberi gelaran "Laksamana”
kepada Hang Tuah serta menganugerahkan Jemaja kepada Hang Tuah. Hang Tuah
juga dianugerahi keris Taming Sari.

Anda mungkin juga menyukai