Anda di halaman 1dari 17

Keindahan dan

Kemakmuran
Negeri
Ester Alih
Isi kandungan

Tema dan persoalan 0


1
Maksud
02

Gaya Bahasa
Talibun
 Talibun atau juga dikenali sebagai sesomba adalah satu puisi yang bentuknya,
rangkapnya, jumlah baris dalam rangkap, jumlah kata dalam baris, irama, yang
tidak tetap. Talibun merupakan bentuk puisi yang terdiri daripada beberapa
rangkap dan setiap baris dapat melengkapkan keseluruhan idea.
Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada  besar kecil

Keindahan
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah

dan Menderu selawat ibu ayam


Helang disambar punai tanah

Kemakmuran Seumpama kundur dengan labu


Kecil pohon besar buahnya

Negeri
Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh di tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.
Tema
Talibun Keindahan dan Kemakmuran Negeri memerihalkan secara
teperinci tentang keindahan sebuah negeri yang bernama Teluk Bidung
Kota Lama. Keindahan tersebut dilihat dari aspek bentuk muka bumi ,
masyarakat yang tinggal di situ, rezeki yang melimah ruah dan ekosistem
yang baik dan nyaman .
1. Persoalan tentang keindahan sebuah negeri
 contoh
Medannya indah bukan kepalang
(R:1, B1)
Rantaunya luas bagai dibentang
(R:1, B2)
Tebingnya tinggi bagai diraut
(R:1, B3)
Pasirnya serong bentuk taji
(R:1, B4)
Persoalan
Persoalan
Talibun di atas memaparkan tentang keindahan sesebuah negeri
bernama Teluk Bidung Kota Lama.
Keindahan tersebut dilihat dari aspek persekitaran dan sempadan yang
ada. Keadaan kawasan negeri

Maksud mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan tempat lain.


Perkataan medan dan boleh
diertikan sebagai persempadanan bagi sesebuah negeri yang
diperintah. Rantau pula adalah gambaran
keluasan kawasa negeri berkenaan.
Tebing pula dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut. Keadaan ini menambah
keindahan pemerian
sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga boleh bermaksud kawasan
yang boleh
menjadi pertahanan sesebuah negeri. Keadaan tersebut boleh juga dimaksudkan dengan
jaminan
keselamatan kawasan tersebut. Disebut juga tentang sifat objek yang besar seperti batu
dan objek yang
paling kecil seperti pasir.
Batu menggambarkan objek-objek yang berguna untuk dimanfaatkan bagi mendapatkan
sumber negeri.
Kegunaannya adalah pelbagai perkara seperti boleh digunakan untuk melontar sesuatu
objek atau boleh
juga menjadi peluru/senjata untuk menumpaskan musuh. Pada masa yang lain batu juga
boleh
berfungsi untuk kegunaan lain
Batu yang kecil dijadikan alat untuk melontar burung-burung yang boleh dijadikan
makanan dan jika
tidak terkena burung , ia akan jatuh ke tanah yang penuh dengan binatang ternakan
seperti ayam dan
lain-lain.
Helang menyambar punai tanah menunjukkan rezeki di situ yang melimpah ruah
umpama buah kundur
dan labu yang kecil pokoknya tetapi buahnya besar. Walaupun pokok tersebut kecil
tetapi menghasilkan
buah yang banyak. Ini menggambarkan bahawa sesebuah negeri yang makmur itu ialah
negeri yang
mempunyai hasil mahsul yang banyak.
Negeri ini cukup beruntung dan bertuah. Sumber rezekinya ada di mana-mana tak
kira di darat
mahupun di laut. Ayam dan kerbau banyak di reban dan dipadang begitu juga
dengan binatang
dihutannya seperti gajah dan badak. Udaranya dingin, nyaman dan segar seperti
kulit ular cintamani.
Itulah negeri Teluk Bidung Kota Lama.
Responsi

Maksud : pengulangan kata di tengah baris

Gaya Bahasa contoh : Cari di darat boleh di darat


( R :1, B14)

Cari di laut boleh di laut


( R :1, B15)
Gaya Bahasa

2. Simile
Maksud : Bahasa perbandingan yang menggunakan istilah
bagai, umpama, bak, seperti , laksana , macam dan ibarat
Contoh : Rantaunya luas bagai dibentang
( R:1, B2 )
Tebingnya tinggi bagai diraut
( R:1, B3 )
Unsur alam

Maksud : alam sekeliling ciptaan Tuhan yang


merangkumi bentuk muka bumi, haiwan dan
tumbuhan

Gaya Bahasa contoh : Ayam itik penuh reban ( R : 1, B11)

: Seumpama kundur dengan labu (R:1, B12)


Soalan

Anda mungkin juga menyukai