Anda di halaman 1dari 4

Selasa (17/8/2021)

Talibun
Definisi Talibun :
Talibun merupakan ikatan puisi bebas. Talibun juga disebut sebagai sesomba(bahasa berirama) atau
“runs”. Dari segi maksud talibun didifenisikan sebagai puisi berangkap yang memperintikan sesuatu
objek atau peristiwa dan umumnya terdapat dalam general. Puisi ini memakai kata-kata yang
menimbulkan gambaran masa kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan
pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Talibun selalu diungkapkan dalam sastera
rakyat menjadikan cerita lebih menarik.
Talibun mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Sebagai puisi bebas kerana ia tidak mempunyai bentuk dan struktur tertentu kerana jumlah
baris,jumlah perkataan sebaris dan rima akhir dia bebas.
2. Terdapat sisipan ungkapan puisi lain seperti pantun, syair, peribahasa berangkap, gurindam
seloka, seromba atau mantra.
3. Fungsi peranan atau kedudukan talibun adalah sebahagian sisipan dalam sesebuah cerita.
4. Tema dan isi Talbun merupakan perincian atau pemerian sesuatu objek, peristiwa, atau
pemikiran.
5. Memerikan keindahan sesebuah negeri , kota, kecantikan putera atau puteri, keajaiban,
keadaan sesuatu perlakuan dan sebagainya.
6. Disusun dengan menggunakan gaya bahasa yang indah khususnya penggunaan bahasa
berulang.
7. Teknik perpulangan bukan sahaja boleh dilihat dari sudut bahasa tetapi juga pengulangan
seluruh puisi tersebut.
Fungsi Talibun :
1. Menggambarkan sesuatu suasana, bentuk, sifat manusia, pemikiran masyarakat dalam bentuk
yang ringkas teliti dan menyeluruh.
2. Menunjukkan ketelitian dan kepekaan masyarakat Melayu terhadap unsur-unsur alam dan
persekitaran.
3. Sebagai selingan dan hiasan dalam perbualan dan ucapan atau pembuka kata dalam sesuatu
majlis.
4. Sebagai selingan dan pemerian dalam cerita-cerita yang lebih panjang umumnya dalam
bentuk prosa dan tergolong dalam cerita-cerita pelipur lara. Contohnya dalam Hikayat
Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggul Che Tunggal, Hikayat Malim Deman, Hikayat
Malim Dewa dan sebagainya.
5. Sebagai persembahan seni seperti dalam nyanyian “gubang panjang” yang merupakan
pendahuluan kepada permainan donat donai.

Talibun “Keindahan & Kemakmuran Negeri”


Ciri-ciri Talibun “Keindahan & Kemakmuran Negeri”
i) Ikatan puisi bebas – Talibun ‘Keindahan & Kemakmuran Negeri’ tidak
mmpunyai bentuk @ struktur tertentu dari segi jumlah baris dalam
serangkap,jumlah perkataan & suku kata dlm baris, serta tidak mmpunyai sistem
rima yg tertentu

ii) Tema & isi talibun “Keindahan & Kemakmuran Negeri” merupakan perincian
tambahan kpd konteks yg tertentu. Tema & isi puisi di atas merupakan
ungkapan2 pemerian, berulang-ulang & tipikal sifatnya, dlm cerita2 lipur lara @
sbg nyanyian dlm suatu persembahan seni. Umumnya tema & isi berkenaan.
Puisi talibun di atas memerikan keindahan & kemakmuran sebuah negeri yg
Bernama Teluk Bidung Kota Lama sebagaimana yg tergambar dlm Hikayat
Malim Deman

iii) Fungsi peranan @kedudukan talibun “Keindahan & Kemakmuran Negeri” adalah
sbg sisipan @ selingan dlm sesebuah cerita. Talibun “Keindahan & Kemakmuran
Negeri” = sisipan dlm cerita lipur lara Hikayat Malim Deman. Talibun
“Keindahan & Kemakmuran Negeri” merupakan ungkapan pemerian kpd cerita
berkenaan & adalah sbg sebahagian drpd cerita tersebut

iv) Pemerian tentang keindahan & kemakmuran sebuah negeri. Talibun “Keindahan
& Kemakmuran Negeri” menggambarkan negeri yg indah & Makmur. Keindahan
negeri Teluk Bidung Kota Lama yg digambarkan dlm puisi di atas dapat dilihat
melalui pemerian tentang keadaan rantaunnya, tebingnya, pesirnya & lain2 lagi.
Begitu juga pemerian tentang kemakmuran negeri Teluk Bidung Kota Lama yg
beruntung, bandar rayanya yg bertuah, ayam itik penuh di reban & sbgnya

v) Baris-barisnya mmberi 2 macam gambaran. Baris-baris Talibun “Keindahan &


Kemakmuran Negeri” mmberi gmbaran bunyi yg seolah-olah kita mendengarnya
& gambaran objek2 dlm situasinya masing2. Kedua-dua gambaran ini
berlatarbelakangkan alam Melayu. Contohnya,
Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Gaya Bahasa:
1. Asonansi
Huraian : pengulangan huruf vokal a,e,I,o,u
Contoh : “ Medannya indah bukan kepalang “
(baris di atas adalah pengulangan vokal a sebanyak 6 kali )
2. Aliterasi
Huraian : pengulangan huruf konsonan
Contoh : cari didarat boleh didarat, cari dilaut boleh dilaut
(baris di atas adalah pengulangan konsonan a sbyk 4 kali)
3. Citra alam -
4. Simile - Rantau yang luas bagai dibentang
5. Inversi-kecil pohon buahnya besar (terbalik)
6. Anafora- JIikalau untung,kena kebalai
7. Jikalau tidak cari ketanah
8. Responsif
Huraian : pengulangan di tengah baris
Contoh : ~ baris 7 & 8~
Jikalau untung kena ke balam,
Jikalau tidak kena ke tanah
~baris 14 & 15~
Cari didarat boleh di darat
Cari di laut boleh dilaut
~baris 16,17&18~
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan

9. Citra alam-pasir ,batu,ayam,labu


10. Repitasi-Cari didarat boleh didarat,cari dilaut boleh dilaut
11. Epifora-Yang kecil pelontar balam,Jikalau ke tanah

18/8/2021
1. Gambaran Keindahan Negeri Teluk Bidung Kota Lama :

i. Negeri yang luas dan indah – Negeri Teluk Bidung Kota Lama yang digambarkan dalam
Talibun adalah luas dan indah dengan Teluk Rantau jajahan yang diperintahkan oleh rajanya.
Contohnya, Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang

ii. Tebingnya yang indah dan cantik-Keadaan tebing negeri Teluk Bidung Kota Lama adalah
tinggi dan bagai diraut cantik dan halus. Contohnya, Tebing tinggi bagai diraut

iii. Pasir yang ada dalam negeri Teluk Bidung Kota Lama juga indah dan cantik- Pasir yang ada
dalam sungai di negeri Teluk Bidung Kota Lama juga tersangat cantik. Pasirnya serong
berbentuk taji yang mungkin dibentuk oleh aliran air mengalir di sungai dalam negeri
tersebut.Contohnya, Pasirnya serong bentuk taji

iv. Batu yang terdiri dari pelbagai saiz. Padanpasir yang terbentang luas itu terdapat batu-batu
yang indah dan cantik, ada kecil dan ada yang besar. Batu-batu ini ada gunanya. Batu yang
kecil digunakan untuk melontar burung balam. Digambarkan juga jika batu yang dibaling itu
tidak mengenai burung makai a jatuh ke tanah. Sewaktu ia jatuh ke tanah ia akan disambut
oleh bunyi ibu ayam.Contohnya, Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
v. Negeri yang sejuk dan dingin. Cuaca negeri ini nyaman dan permai sesuai untuk dijadikan
tempat tinggal. Negeri Teluk Bidung Kota Lama digambarkan sejuk dan singin seperti ular
cintamani.
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama

2. Gambaran Kemakmuran Negeri :

i. Kaya dengan tumbuhan atau negeri yang subur- Negeri Teluk Bidung Kota Lama merupakan
sebuah negeri yang Makmur dan subur. Kemakmuran dan kesuburan negeri ini mendatangkan
kesenangan atau keuntungan kepada penghuninya. Kesuburan bumi negeri ini digambarkan
dengan hasil tani seperti kundru dan labu. Kundor walaupun pohonnya kecil tetapi buahnya
besar kerana ditanam diatas tanah yang subur.
Seumpama kundor dengan labu,
Kecil pohon besar buahnya
ii. Sumber kekayaan/kemewahan yang melimpah ruah sama ada di daratan atau di
lautan.Kemakmursn negeri ini digambarkan apabila negeri ini dianugerahkan dengan sumber
kekayaan/kemakmuran sama ada yang terdapat di didaratan atau di lautan. Rakyat di negeri
ini boleh mendapatkan kemewahan /kekayaan sama ada di laut atau di darat
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut

iii. Kaya dengan binatang ternakan. Negeri Teluk Bidung Kota Lama kaya dengan binatang
ternakan yang boleh dijadikan sumber pendapatan kepada rakyatnya. Kemakmuran negeri ini
digambarkan dengan ayam itik penuh di reban dan lembu kerbau penuh di tengah padang.
Ayamitik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
iv. Kaya dengan hasil hutan. Negeri Teluk Bidung Kota Lama juga kaya dengan hasil hutan yang
boleh menjana pendapatan kepada penduduknya. Kekayaan hasil hutan seperti gajah dan
badak menjadikan negeri ini Makmur.
Gajah badak penuh tengah hutan

v. Bandar rayanya bertuah/ maju/ besar/ Makmur. Kemakmuran negeri Teluk Bidara Kota Lama
digambarkan melalui Bandar raya yang bertuah/maju/besar.
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah

Soalan
1. Jelaskan 4 nilai masyarakat yang terdapat dalam Talibun tersebut ?
2. Huraikan 2 meseg yang terdapat dalam Talibun ?

Anda mungkin juga menyukai