Anda di halaman 1dari 13

Seloka Pandai Pak

Pandir
Muhammad Azfar b. Zulkipli
5 sains 2

Puan Norshimah bt Salleh


Seloka Pandai Pak
Pandir
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
Maksud
1. Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan
anak sendiri tetapi anak orang luar disanjunginya.
Pak Pandir membuat kerja yang sia-sia dan
merugikan diri sendiri.
2. Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa
menyedari dirinya yang miskin. Sebagai akibatnya,
Pak Pandir tiada apa-apa harta kecuali dirinya
sendiri.
3. Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu
keuntungan yang belum pasti hinggakan apa-apa
yang ada dipersia-siakan.
4. Pak Pandir telah leka dengan kata manis orang
dagang yang berniat jahat. Kata-kata manis itu
sungguh bersopan tetapi amat tajam makna di
sebaliknya.
5. Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan apa-
apa hasil sedangkan Pak Pandir sendiri yang rugi
atau menerima akibatnya.
Tema
Tema bagi Seloka Pak Pandir ialah sikap
manusia yang tidak sedar akan kelemahan
diri sendiri dan juga sikap mengutamakan
orang luar hingga sanggup melakukan apa
sahaja.
Persoalan
1. Watak dungu masyarakat Melayu dahulu.
2. Kebodohan merugikan diri sendiri.
3. Sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari
kemampuan diri.
4. Sikap tamak membawa rugi.
5. Sikap tidak sedar akan kelemahan diri sendiri.
Soalan Pemahaman I
1. Apakah yang dimaksudkan oleh baris-baris yang
berikut:
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
2. Pada pendapat anda, apakah yang perlu ada pada diri
setiap anggota masyarakat semasa berhadapn dengan
orang asing? Berikan pendapat anda bagi setiap
pendapat yang anda kemukakan.
3. Huraikan gaya bahasa seloka tersebut.
Jawapan Pemahaman I
1. Maksud baris seloka tersebut ialah terburu-buru dalam
bertindak sebelum mendapat kepastian tentang sesuatu
perkara.
2. Pada pendapat saya, kita perlu berhati-hati dan berwaspada
terhadap orang asing. Hal ini demikian kerana kita belum
kenal akan hati budi dan latar belakangnya yang sebenarnya.
Selain itu, kita juga hendaklah mengehadkan pergaulan kita.
Hal ini demikian kerana kemesraan yang melampaui had
akan memudahkan orang asing yang berniat serong sambil
mengambil kesempatan terhadap diri kita.
3. Gaya bahasa seloka itu indah dengan adanya
penggunaan peribahasa yang meluas. Contoh
peribahasa yang digunakan ialah “Mulut kena suap
pisang, buntut kena cangkuk onak” dan “Mendengar
guruh di langit, air di tempayan dicurahkan”. Selain itu,
terdapat penggunaan gaya bahasa anafora. Contohnya,
“Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia
haram” yang mengulas kata “Orang”.
Soalan Pemahaman II

1. Kedungunan Pak Pandir berasas. Berikan


alasannya.
2. Gambarkan sikap buruk Pak Pandir yang
boleh dijadikan pengajaran kepada
pembaca.
3. Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat
dalam seloka ini.
Jawapan Pemahaman II

1. Kedungunan Pak Pandir berasaskan tindakannya tidak


wajar/aneh/banyak yang merugikan dirinya sendiri. Selain
itu, Pak Pandir tidak menyedari kelemahan diri/mudah
terpengaruh oleh tindakan orang lain.
2. Salah satu sikap buruk Pak Pandir yang boleh dijadikan
sebagai pengajaran ialah Pak Pandir lebih mengutamakan
orang luar berbanding dengan keluarga sendiri. Selain itu,
melakukan sesuatu tanpa menggunakan fikiran yang waras.
3. Tiga nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah
teliti iaitu berfikir sebelum melakukan sesuatu
perkara. Selain itu, berhati-hati seperti tidak
terpedaya oleh muslihat orang yang yidak dikenali.
Akhir sekali, sedar diri iaitu mengukur kemampuan
diri apabila melakukan sesuatu perkara.
~TamaT~
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai