Anda di halaman 1dari 4

Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan Dgn Raksasa)

Tema : Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia
biasa. Kegiatan mencari rezki telah terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah
berusaha menyelesaikan masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka
terpaksa memohon pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Mak
Pelanduk Jenaka merupakan pihak yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.

Pemikiran :
1. Tolong-menolong – Sikap suka menolong dan mmbantu mereka yg berada di dalam
kesusahan adalah satu amalan yg baik. Ini adalah kerana, dgn bantuan yg kita
hulurkan, munkin akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Cth
ms 232

2. Bercakap benar walaupun perit – Bercakap benarlah walaupun ianya pahit. Hal ini
adalah kerana dgn bercakap benar dan jujur akan mengundang kepercayaan org lain
terhadap diri kita. Sehubungan dgn itu, kejujuran dan kebenaraan dalam tutur kata
merupakan sesuatu amalan yg amat dituntut dlm kehidupan bermasyarakat. Cth ms
233

3. Menepati janji – Apabila mmbuat janji, ianya hendaklah ditepati walaupun sukar.
Janji adalah tanggungjawab yg harus ditunaikan. Sekiranya kita menunaikan janji yg
kita buat, maka kepercayaan org lain terhadap kita akan bertambah. Cth ms 233
Unsur Dikdaktik
i. Hendaklah bijaksana dalam menyediakan sesuatu masalah – Kebijaksanaan
penting dlm menyelesaikan suatu masalah yg dihadapi. Hal ini adalah kerana jika
kita menggunakan akal dan kebijaksanaan yg kita miliki, segala masalah yg kita
hadapi dapt dirungkaikan dgn sempurna. Apabila kita menggunakan
kebijaksanaan, sesuatu yg dirancang dapat dilaksanakan dgn baik dan sempurna.
Sebaliknya, apabila kita berhadapan dgn sesuatu masalah atau situasi yg rumit,
dan kita tidak menggunakann akal waras dan rasional, maka sudah pasti masalah
yg kita hadapi itu tidak dapat diselesaikan dgn baik dan sempurna.cth, ms240

ii. Hendaklah sentiasa merendah diri dan tidak takbur – Sikap merendah diri serta
tidak takbur akan menyebabkan diri kita dihormati dan disanjung tinggi oleh org
lain. selain dari itu juga, seseorang yg sentiasa merendah diri akan disenangi oleh
org sekeliling kita. Cth ms241

iii. Dalam hidup bermasyarakat kita seharusnya mmbantu mereka yg berada di dalam
kesusahan – Sikap suka menolong dan mmbantu mereka yg berada di dalam
kesusahan adalah suatu amalan yg baik. Hal ini adalah kerana, dgn bantuan yg
kita hulurkan, mungkin akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
meeka yg berada dalam kesusahan atau kesempitan hidup. Cth ms241

iv. Selebihnya ms 242 & 243


7/10/2021
Soalan : Berdasarkan watak Tuan Syeikh Alam Di Rimba dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.
Bincangkan unsur diduksi pada watak tersebut yang boleh dijadikan panduan dalam
kehidupan anda

Pengenalan :
Hikayat Pelanduk Jenaka merupakan cerita binatang. Cerita binatang merupakan kumpulan
cerita yg menjadi binatang sebagai watak-wataknya. Watak-watak binatang ini diberikan sifat
boleh bercakap berfikir dan bertindak seperti manusia biasa. Sarat dgn unsur moral dan
merupakan kiasan kpd tingkah laku manusia. Cerita binatang juga sbg alat hiburan khususnya
untuk kanak2. Tuan Syeikh Alam di Rimba adalah pemimpin dalam kalangan binatang.
Antara unsur diduksi yang terdapat dalam Hikayat Pelanduk Jenaka ialah bijaksana dalam
menyelesaikan masalah. Berani berhadapan dgn musuh, bertanggungjawab terhadap rakyat,
tidak bersikap terburu-buru & sbgnya

Isi2 ~ Bagaimana nk kembangkan bahagian isi:


Fakta:
1. Pemimpin perlu bijaksana dalam menyelesaikan masalah – Pemimpin yang bijak
menggunakan akal fikirannya mmpu mengalahkan musuh yg kuat. Jika tidak
menggunakan kebijaksanaan. Golongan yg lemah akan sentiasa ditindas . Cthnya Tuan
Syeikh Alam di Rimba bijak mmperdayakan raksasa dgn menggunakan simpai. Simpai
dikatakan mmpu mengubat sakit tubuh raksasa. Tuan Syeikh Alam di Rimba
memasukkan simpai pada siku dan lutut raksasa sehingga sukar bergerak. Kesempatan itu
diambil oleh Tuan Syeikh Alam di Rimba untuk mencakar mata raksasa & akhirnya
raksasa dibunuh oleh isi rimba.

2. Pemimpin hendaklah berani berhadapan dgn musuh – Pemimpin perlu mmpunyai jiwa yg
kental & teguh walaupun terpaksa menghadapi lawan yg kuat. Jika gagal mnyerlah sikap
berani sudah pasti seorang pemimpin sudah ditewaskan dan tidak akan dihormati. Cthnya
Tuan Syeikh Alam di Rimba tidak takut apabila berhadapan dgn raksasa yg bertubuh
besar apatah lagi melarikan diri seperti badak, seladang, harimau & beruang. Malah Tuan
Syeikh Alam di Rimba berjaya menipu raksasa menyebabkan beliau dihormati oleh isi
rimba.

3. Pemimpin perlulah bertanggungjawab keatas rakyatnya – Seorang pemimpin perlu


memikul tanggungjawab yg diamanahkan agar dapat melindungi rakyat di bawah
naungannya. Jika pemimpin tidak bertanggungjawab sudah pasti wujud keadaan tidak
harmoni @ rasa tidak puas hati. Cthnya Tuan Syeikh Alam mengambil bertanggungjawab
untuk bersemuka dengan raksasa & akhirnya berjaya mmbunuh raksasa yg menimbulkan
ketakutan kpd isi rimba

4. Pemimpin hendaklah sentiasa bersikap terus terang demi ketelusan – Sifat berterus terang
perlu ada pada seorang pemimpin supaya wujud perasaan saling percaya mmpercayai
antara satu sama lain. Jika pemimpin tidak telus pasti akan wujud perasaan prasangka
yang boleh menggugat keamanan. Cthnya Tuan Syeikh Alam berterus terang tentang
badak yg menipu mengatakan badanya luka-luka disebabkan berlawan dgn raksasa
sedangkan sebenarnya luka itu disebabkan terkena onak & duri ketika melarikan diri dari
raksasa.
5. Pemimpin perlulah bermuafakat dgn org bawahan dlm menjalankan sesuatu rancangan –
Seorang pemimpin berganding bahu dalam melakukan sesuatu perkara apatah lagi
melibatkan kepentingan umum & tidak mmpu dijalankan secara berseorangan. Jika tiada
kerjasama mungkin rancangan tersebut tidak akan berjaya. Cthnya Tuan Syeikh Alam &
segala isi rimba berkerjasama mencari & mengambil rotan untuk dijadikan simpai bagi
digunakan untuk memperdayakan raksasa & juga bekerjasama mengumpul ikan untuk
dijadikan umpan kpd raksasa.

6. Pemimpin tidak boleh bersikap teruburu-buru apabila mmbuat keputusan – Seseorang


pemimpin perlu mengelakkan sikap terburu-buru yang boleh mendatangkan implikasi yg
buruk. Sebaliknya setiap Tindakan perlulah berhati-hati agar setiap keputusan yg diambil
mendatangkan kebaikan. Cthnya Tuan Syeikh Alam di Rimba meminta tempoh tujuh hari
daripada isi rimba untuk memikirkan cara bagi mengalahkan raksasa memandangkan dari
segi fizikal tidak mungkin beliau mampu mengalahkan raksasa yg bertubuh besar.

7. Pemimpin hendaklah prihatin terhadap org bawahannya – Seseorang pemimpin perlu


mengambil berat keadaan org bawahannya supaya berada dalam keadaan harmoni.
Sekiranya pemimpin sentiasa mengabaikan orang bawahan maka akan berlaku
ketidakharmonian dalam masyarakay. Cthnya Tuan Syeikh Alam mengumpul segala isi
rimba dan menasihati mereka supaya jagn menganiayai, berdengki & mmbuat fitnah
diantara satu sama lain supaya tidak ditimba bala dan huru-hara

8. Pemimpin hendaklah menepati janji

9. Berusaha dgn gigih

Soalan

Anda mungkin juga menyukai