Anda di halaman 1dari 10

CADANGAN SKEMA 922/1 STPM 2020

1.Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Taat Setia Raja dan Rakyat

Raja muafakat dengan menteri


Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja,

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

(a) Berdasarkan puisi, jelaskan ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan kepada
rakyat. [9]

Jawapan Cadangan :

F1-Pemimpin yang bekerjasama / bermuafakat dengan para menteri

F2-Adil

F3-Mengutamakan ilmu

F4-Menghormati golongan bijak pandai

F5-Prihatin

F6-Beriman

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah (1 markah fakta , I markah huraian , 1 markah contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

(b) Bincangkan empat kesan daripada ketaatsetiaan raja dan rakyat. [16]

F1- Wujud suasana aman damai / negara selamat

F2- Rakyat menumpahkan taat setia kepada raja

F3- Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada raja tidak berbelah bagi

1
F4- Raja akan mendapat kelebihan dari segi ilmu / dirahmati

F5-Raja berupaya membuat keputusan

F6-Raja boleh membezakan buruk dan baik

2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Menyongsong Arus
(mengenang Bahaman dan Mat Kilau)
Kemala

Sesekali arus wajar kusongsong


kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala
di hulu sungai ada negeri sejuta tahun
beribu pohon belum disentuh
sejuta erang cengkerik di liang-liangnya
aroma daun dibasahi embun
gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung
"tak kulihat bayang pengembara jauh
menyelam di jeram dugaan
tak kutatap sayang meranum
dan berahiku gigil sendiri"
selasih di genggaman
dan kasih di pautan.

Sesekali arus kusongsong


untuk kukenal wajah kilatan maut
ambil cemuh, simpan di peti-peti besi
menunda-nunda serapah tuk batin
jejak pendekar padam sudah
batu-batu dihakis sejarah
seribu kerikil dengan gigi tajamnya
menyeringai menepis gerimis
"dialah yang melandai tubuhku
dentum peluru sepoi Inggeris
meringgis kulit, hanya desis
menyibak kebal embun tuju subuh
dia berwajah meninggal bayang
tak berwajah, hanya dentuman

menerjah cengal, membalik


berdebur ke sungai
penuntun mata angin
taufan dalam diri
serigala mengilau di mata
"nyeberang kuala trenggan!"

Sesekali arus wajar kusongsong


merempuh jeram

2
batu-batu hidup, angin berdarah
membawa alamat
"masih belum kiamat, dik
kau tiba pada senja
lewat seribu musim
aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!"

Sesekali arus wajar kusongsong


untuk kembalikan kilat diri
ke padang sasar sejarah.
Untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan
rintih sejuta cengkerik
di liang-liang rumahnya
di hutan purbawi ini.

Ada cermin
di dasar kali
ada amin di dasar hati
menyongsong kali
menyongsong diri.

Kuala Tahan
Taman Negara
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan pemikiran yang terdapat dalam sajak [9]

Cadangan Jawapan :

F1 : Mengenang jasa Pahlawan


Huraian : Ketokohan pahlawan Melayu yang berjuang demi kemerdekaan tanah air. Paparan
juga tentang isu mengenang jasa orang terdahulu dalam meperjuangkan hak mereka daripada
dirampas oleh penjajah.

Contoh : Rangkap 2, baris 9-14


Dialah yang…
….berwajah, dengan dentuman….

F2 : Pengorbanan
Huraian : Perjuangan dan pengorbanan insan yang sangup berkorban walaupun terpaksa
mengharungi kehidupan.
Contoh : Rangkap 4, baris 1-4
Sesekali arus …
Membawa alamat

3
F3 : Mensyukuri nikmat keamanan
Huraian : manusia harus mensyukuri nikmat keamanan yang telah dimiliki melalui
pertumpaha darah pahlawan pada zaman dahulu
Contoh : Rangkap 1, baris 1-6
Sesekali aur….
… daun divasahi embun

F4 : Kepentingan mematuhi undang-undang


Huraian : Manusia perlu bertindak mengikut perturan sebelum melakukan melakukan sesuatu
bagi memastikan mereka tidak menyesal di kemudian hari.
Contoh : Ada cermin …
menyongsong diri

a) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat gaya bahasa dan kesannya. [16]
F1 : Metafora
Huraian : Gabungan kata abstrak dan konkrit yang membawa maksud kelaziman.
Contoh : jeram dugaan (R1,B9)
Kesan : meninggalkan kesan estetika/ keindahan yang tinggi.

F2 : Personifikasi
Huraian : memberi sifat manusia kepada benda atau objek/ benda bukan hidup.
Contoh : untuk kukenal wajah kilatan maut (R2,B2)
angin berdarah
Kesan : menimbulkan kesan imaginasi dan menperjelaskan tangapan terhadap sesuatu yang
abstrak.

F3 : Hiperbola
Huraian : perbandingan yang dibuat secara berlebih-lebihan
Contoh : taufan dalam diri (R3,B4)
Kesan : memberi kesan penegasan/ penekanan

F4 : Inversi
Huraian : pembalikkan perkataan
Contoh : tak kulihat bayang pengembara jauh (R1, B8)
Kesan : menjadikan bahasa lebih menarik/ indah

F5 : Anafora
Huraian : pengulangan kata di awal baris dan sepatutnya secara berturutan
Contoh : menyongsong kali (R6,B5)
menyongsong diri (R6, B6)
Kesan : menegaskan maksud yang ingin disampaikan.

4
Bahagian B: Prosa Tradisional [25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.

3. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh menteri
sebagai mana yang terdapat dalam teks “Taj Us-Salatin” [25]

Cadangan Jawapan :

Pendahuluan : Kesusasteraan ketatanegaraan menjelaskan petunjuk, panduan, amalan, dan


peraturan bagi golongan pentadbir termasuk raja dan pengawal istana
seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat, hulubalang dan ulamak dalam
urusan serta pentadbiran sesebuah kerajaan atau negara.

F1 : Memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.


Huraian : Menteri memegang amanah dan kuasa yang besar dalam pentadbiran negeri. Sikap
dan kelakuan menteri haruslah menunjukan sikap yang baik dengan memberikan khidmat
yang baik kepada rakyat sehingga menimbulkan rasa hormat dalam kalangan rakyat

F2 : Berterima kasih atas pemberian raja dan anugerahnya


Huraian : Menteri haruslah berterim kasih dan bersyukur atas kurniaan anugerah dan dajat
yang dikurniakan oleh raja kepadanya.

F3 : Hendaklah berbelanja dengan kebenaran raja.


Huraian : menteri haruslah meminta kebenaran raja untuk menggunakan wang kerajaan
kerana perbelanjaan yang dilakukan perlulah mengikut keperluan dan tidak membazir.

F4 : Hendaklah mencari sumber harta bagi raja


Huraian : menteri haruslah berusaha menambah sumber pendapatan dan kekayaan bagi raja
dan negerinya. Seseorang menteri yang bijak akan disukai dan disayangi oleh rajanya.

F5 : Menyediakan segala keperluan raja seperti pakaian dan kenderaan raja.


Huraian : Menteri yang setia dan bijak akan memastikan segala keperluan raja disediakan
kerana bertanggungjawab menjaga segala keperluan raja.

F6 : Hendaklah mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak.


Huraian : Raja memerlukan pembantu atau penasihat untuk mengingatkan tugas dan
tanggungjawab raja dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah. Oleh itu penting bagi
seorang menteri memastikan tanggungjawab menegur raja agar mematuhi hukum syarak agar
raja tidak melakukan kesilapan.

Penutup : Cadangan/ kesimpulan / harapan.

5
1. Berdasarkan inilah Hikayat Menyatakan Nabi Wafat”, jawab soalan yang berikut :

a) Bincangan nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam hikayat tersebut. [16]

Cadangan Jawapan :

F1 : Kasih sayang
Huraian : Ketua yang baik menunjukan sikap kasih sayang dan teladan yang baik sehingga
meninggalkan kesan kepada pengikutnya.
Contoh : Nabi Muhammad S.A.W sangat sayangkan umatnya. Baginda bertemu dengan
umatnya dengan bersolat jumaat bersama dan meninggalkan pesanan kepada umatnya
sebelum baginda mangkat.

F2 : Hormat menghormati
Huraian : Sikap hormat menghormati kepada ketua atau pemimpin akan mewujudkan
hubungan yang baik dan membantu kepada wujudnya kerjasama dalam sesuatu urusan.
Contoh : Masyarakat Arab sangat menghormati baginda Rasulullah dengan mendengar
nasihat baginda walaupun baginda berada dalam keadaan uzur.

F3 : Tolong-menolong
Huraian : Sikap suka tolong menolong dan bantu membantu akan mewujudkan suasana yang
harmoni dalam masyarakat.
Contoh : Abu Bakar, Ali dan Siti Fatimah membantu menguruskan kehidupan Rasulullah
SAW dengan baik pada waktu baginda uzur.

F4 : Bertanggungjawab.
Huraian :Sikap bertanggungjawab seorang ketua kepada umatnya akan meninggalkan
hubungan yang baik antara keduanya.
Contoh : Rasulullah berusaha menjalankan tanggungjawabnya dengan memberikan amanat
dan pesanan terakhir kepada umatnya walaupun pada saat banginda sedang uzur.

b) Huraikan perwatakkan Siti Fatimah. [9]

Cadangan Jawapan :

F1 : Penyayang.
Huraian :Sikap kasih sayang merupakan jati diri seseorang yang dapat dilihat dengan tingkah-
lakunya. kasih-sayang sesama insan akan menyebabkan seseorang rasa dihargai.
Contoh : Siti Fatimah sangat sayangkan Rasulullah. Beliau menangis ketika Rasulullah
meminta Akasyah memalu tubuh Rasulullah untuk melunaskan hutang Rasulullah terhadap
Akasyah

F2 : Seorang anak yang patuh.


Huraian : Seorang anak yang patuh kepada ibu bapa menjadi harapan kepada kehidupan pada
masa depan.
Contoh : Siti Fatimah sangat patuh kepada pemintaan ayahandanya iaitu Rasulullah SAW.

6
F3 : Seorang yang taat kepada Allah SWT.
Huraian : Sebagai hamba kita haruslah sentiasa taat kepada perintah dan suruahan Allah SWT
agar kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Nya.
Contoh : Siti Fatimah sentiasa beribadat kepada Allah SWT.

Bahagian C: Prosa Moden [25 markah]


Jawab satu soalan sahaja

5. Berdasarkan petikan cerpen “Melankoli Diatas Rumput” yang termuat dalam teks
Permata Sastera Melayu, jawab soalan dibawah ini.

a) Bincangan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. [16]


Cadangan Jawapan :
F1 : Mengingati dan mendoakan ibu bapa.
Huraian : Seorang anak haruslah sentiasa mengingati dengan mendoakan kesejahteraan ibu
bapa mereka.
Contoh : “Aku” sentiasa mendoakan ibu bapanya yang kematian tiga orang anak supaya
dimasukan ke syurga nanti.

F2 : Manusia perlu bersedia menghadapi kematian.


Huraian : Setiap manusia yang hidup akan menemui kematian. Oleh itu setiap manusia
haruslah bersiap sedia mengingati kematian yang datang tanpa kita ketahui masanya.
Contoh : “Aku” sentiasa meningati kematian dengan selalu mengamalkan amalan bertasbih,
membaca al-Quran dan sentiasa berdoa agar nyawanya dicabut dengan kebaikan.

F3 :Manusia perlu menyedari asal usul jati diri sendiri.


Huraian : Manusia harus menyedari asal usaul kejadian manusia dari kuasa Allah SWT.
Contoh : “Aku” menyedari asal usulnya yang datang dari barzakh dan akan kembali ke alam
barzakh. “Aku” juga menyedari bahawa dirinya dicipta didunia ini hanya untuk sementara
yang boleh dicabut nyawanya.

F4 : permasalah yang menimpa manusia.


Huraian : Manusia hari ini ditimpa musibah dan dibelenggu dengan pelbagai masalah yang
menyebabkan manusia hari ini berbalah dan bersengketa semasa manusia.
Contoh : “Aku” mengambarkan umat Islam seluruh dunia yang sering berlaku pergolakkkan
dan pertumpahan darah seperti di Thailand, Afganistan. Iraq dan lain-lain.

b) Berdasarkan petikan tersebut, huraikan tiga perwatakan “Aku” [9]


Cadangan jawapan :

F1 : Seorang yang insaf


Huraian : Manusia perlu sentiasa menginsafi segala kesilapan yang telah dilakukan supaya
mendapat keampunan dari Allah SWT.
Contoh : “Aku” menginsafi dan merasakan dirinya semakin hampir dengan kematian dan
sentiasa berdoa agar dirinya dijemput dengan kebaikkan.

F2 : Seorang yang tabah.


Huraian : Ketabahan dalam melalui ranjau kehidupan akan menyebabkan seseorang menjadi
kuat dan berani menempuhi dugaan.

7
Contoh : “Aku” tabah menempuhi liku-liku kehidupan sejak kecil hingga dewasa.

F3 : Seorang yang bijak


Huraian : Manusia yang pernah menjawat jawatan yang baik biasanya mempunyai
kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
Contoh : “Aku” menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah yang telah bersara.

F4 : Taat kepada suruhan Tuhan.


Huraian : Seseorang insan perlu mentaat segala suruhan Tuhan dan meninggalkan segala
laranganya.
Contoh : “Aku” selalu beribadat kepada Tuhan dengan bersembahyang malam dan mengaji
al-Quran

6.Teliti petikan berikut dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

MARGA MUDA : Aku hanya menceritakan apa yang aku tahu, Anas. Apa yang aku
faham dan apa yang aku lihat. Ini kisah keluarga aku. Kisah malang yang menyebabkan
ibu serba salah, dan akhirnya adik-adikku menjadi anak terbuang. Aku faham perjuangan
ayah. Tapi ibuku? Adik-adikku? Pernah salah seorang adikku bertanya, mengapa ayah
tidak akur kepada pemaju, menerima ganti rugi dan hidup senang lenang sampai ke tua.
Aku memeritahunya, ayah ada harga diri. Ayah memberitahunya, ayah ada harga diri. Ayah
ada maruah. Tapi kata adikku, kita bagaimana? Nasib kita bagaimana? Mengapa ayah
membiarkan kedegilannya membinasakan kami sekeluarga? Aku mahu berdepan dengan
ayah!
Aku mahu mendesaknya untuk melihat kami, bukan dirinya saja dalam
perjuangannya. Tapi setiap kali aku berdepan dengannya aku tidak tergamak setiap kali aku
melawatnya di penjara dia akan bertanya bagaimanakah tanah kita!tanah kita, anas! Dia
menanyakan tanah kita! Apakah yang boleh aku beritahu pada adik-adikku? Bahawa ayah
hero? Ayah pejuang? Menegakkan kebenaran? Kau tahu Anas, setiap malam, adikku yang
paling kecil akan memanggil nama mak. Tangisannya menyakitkan aku, Anas. Setiap malam
aku tidak boleh tidur kerana racau dan tangisannya kau mahu aku memberitahu ayah? dia
dengan wajah bangganya seolah-olah berkata, ini ayah kamu, pejuang sebenar, kalian harus
bangga!
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

a) Huraikan latar masyarakat tergambar dalam petikan di atas. [9]


Cadangan Jawapan :
F1 : Masyarakat yang gigih berusaha.
F2 : Masyarakat yang bertangungjawab
F3 : Masyarakat yang penyanyang
F4 : Masyrakat yang tabah.

b) Berdasarkan drama, jelaskan perwatakan Marga Muda. [16]


Cadangan jawapan :
F1 : Seorang anak yang baik.
F2 : Seorang yang bertanggungjawab

8
F3 : Seorang yang sangup berkorban untuk keluarga.
F4 : Seorang yang prihatin

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.


SULIT*

9
10

Anda mungkin juga menyukai