Anda di halaman 1dari 3

KUIZ 3 : [BADAN KEHAKIMAN DAN PILIHAN RAYA]

NAMA : ____________________________________ TING : __________________

1. Yang manakah tugas Badan Kehakiman?


A Meluluskan undang-undang negara
B Menggubal undang-undang negara
C Melaksanakan undang-undang negara
D Menentukan kesahan undang-undang negara
2. Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
A Perbuatan rasuah
B Perbuatan minum arak
C Pengambilan anak angkat
D Pembahagian harta pusaka

Peraturan peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen
3. Penyataan di atas merujuk kepada
A Ordinan C Perundangan Kecil
B Enakmen D Doktrin duluan kehakiman
4. Mahkamah yang manakah perlu dirujuk sekiranya berlaku pertikaian antara tuan rumah dengan penyewa?
A Mahkamah Seksyen C Mahkamah Rayuan
B Mahkamah Tinggi D Mahkamah Persekutuan
5. Yang manakah benar mengenai Pesuruhjaya Kehakiman?
A Berkuasa melaksanakan fungsi hakim di Mahkamah Tinggi
B Dilantik oleh Ketua Hakim Negara atas nasihat Hakim Besar
C Tidak boleh dipecat melainkan mendapat sokongan Majlis Peguam
D Mempunyai kuasa melaksanakan fungsi hakim di semua mahkamah
6. Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membatalkan
A keputusan pilihan raya
B pelaksanaan undang-undang adat
C pelaksanaan undang-undang Syariah
D keputusan mahkamah yang lebih tinggi
7. Yang manakah kuasa Peguam Negara dalam prosiding Mahkamah Khas?
A Menjadi pemerhati
B Menjadi Peguam bela
C Memulakan pendakwaan
D Mencabar keputusan mahkamah

8. Yang manakah benar tentang pelantikan ahli panel bagi badan pengadilan?

Pelantikan ahli panel Pihak yang terlibat


I Mahkamah Tentera Menteri Dalam Negeri
II Mahkamah Perusahaan Menteri Sumber Manusia
III Tribunal Tuntutan Pengguna Menteri Kewangan
IV Mahkamah Juvenil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Seorang murid lelaki yang berumur 10 tahun telah melakukan kesalahan mencuri dan dibicarakan di
mahkamah X.
9. Yang manakah penyataan yang berkaitan dengan perbicaraan kes di atas?
A Keputusan mahkamah X adalah muktamad
B Mahkamah X menjalankan perbicaraan secara terbuka
C Jika didapati bersalah murid tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara
D Persidangan mahkamah X diketuai oleh seorang majistret dan dibantu oleh dua orang penasihat
10. Yang manakah benar tentang Ketua Hakim Negara?
A Mengetuai Mahkamah Persekutuan
B Menjadi penasihat undang-undanh kerajaan
C Menghakimkan perbicaraan di Mahkamah Tinggi
D Meluluskan undang-undang yang dibahaskan di Parlimen
11. Yang manakah pihak yang mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian tentang tafsiran
Perlembangaan
A Mahkamah Khas
B Mahkamah Tinggi
C Mahkamah Rayuan
D Mahkamah Persekutuan
12. Dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang memerintahkan pihak pembela supaya hadir pada masa dan
dalam tempoh yang ditetapkan disebut
A Writ C Saman
B Waran D Afidavit
13. Yang manakah yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen?
I Mengendalikan kes rayuan
II Membicarakan semua kes jenayah
III Memeriksa rekod kes sivil mahkamah yang lebih rendah
IV Mengeluarkan writ atau saman berkaitan dengan tuntutan sewa
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Encik X membuat rusuhan di tempat awam


14. Encik X boleh dihadapkan ke mahkamah melalui
A saman C writ mahkamah
B waran tangkap D tangkapan tanpa waran

Seorang anggota tentera yang berpangkat Staf Sarjan telah mengemukakan saman terhadap ketuanya
yang menipu berhubung dengan penjualan sebidang tanah.
15. Antara mahkamah berikut, yang manakah yang akan mendengar kes tersebut?
A Mahkamah Khas C Mahkamah Tentera
B Mahkamah Syariah D Mahkamah Sesyen
16. Antara yang berikut, yang manakah situasi yang membolehkan kes rayuan didengar di Mahkamah Rayuan?
A Rayuan dibuat untuk mengurangkan kos perbicaraan mahkamah
B Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan dalam kes berkenaan
C Mahkamah Tinggi sudah menjalankan siasatan awal untuk kes berkenaan
D Kes rayuan sivil mesti melibatkan wang tidak melebihi RM 100 ribu atau dengan keizinan khas

17. Pesalah-pesalah yang berikut dipertimbangkan untuk dijatuhi hukuman sebat. Pesalah - pesalah yang manakah
yang akan dilepaskan daripada hukuman tersebut?
I Pesalah perempuan
II Pesalah lelaki yang berumur 45 tahun ke atas
III Pesalah remaja yang berumur 21 tahun
IV Pesalah lelaki yang akan menjalani hukuman mati mandatori
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
18. Mengapakah perbicaraan di Mahkamah Kanak-kanak dijalankan secara tertutup?
A Bidang kuasa Mahkamah Kanak-kanak adalah terhad
B Pesalah-pesalah muda dilindungi daripada publisiti
C Kehadiran orang ramai akan menjejaskan perjalanan perbicaraan
D Mahkamah terbuka akan menjana simpati orang ramai semasa kes dibicarakan
19. Yang manakah benar tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah?
I Memutuskan jumlah permohonan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan
II Menyelesaikan isu dalam Perjanjian Jual Beli yang melibatkan rumah kediaman
III Memberikan kelulusan dan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki untuk rumah yang baharu
IV Mendengar kes tuntutan kerosakan rumah baru dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
20. Yang manakah perkara yang termasuk dalam bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah?
A Zakat C Perceraian
B Wasiat D Pewarisan harta

BAHAGIAN B

1. Jelaskan dua cara tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah. (4m)


i) ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
ii) __________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
2. Berikan tiga cara seseorang itu dihadapkan ke mahkamah. (3m)
i) ________________________________________________________________________
ii)________________________________________________________________________
iii)_______________________________________________________________________
3. Berikan tiga fungsi Badan Kehakiman di Malaysia. (3m)
i) ________________________________________________________________________
ii)________________________________________________________________________
iii)_______________________________________________________________________
4. Nyatakan tiga kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. (3m)
i) ________________________________________________________________________
ii)________________________________________________________________________
iii)_______________________________________________________________________
Disediakan oleh: Pn. Kasturi/HZA/2016

Anda mungkin juga menyukai