Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Perang dunia kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945. Perang dunia kedua
melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain,
Perancis dan Rusia manakala Pakatan Paksi yang dianggotai oleh Jerman, Itali dan Jepun. Perang
dunia kedua melibatkan kawasan yang lebih luas,iaitu di Eropah, Asia, Afrika, dan Kepulauan
Pasifik. Terdapat beberapa faktor berlakunya Perang Dunia Kedua.

Antara faktor berlakunya Perang Dunia Kedua adalah disebabkan Pertembungan Ideaologi
Demokrasi Menentang Fasisme/Nazisme. Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini yang
menjadi dictator Itali antara tahun 1922 hingga tahun 1943.Nazisme pula,muncul di Jerman lewat
tahun 1920-an dan mejadi idealogi negara setelah Adolf Hitler menguasai Jerman pada tahun
1933. Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan
individu.Benito Mussolini menubuhkan satu pasukan tentera khas bagi menghapuskan semua
tentangan serta mengukuhkan penguasaanya sebagai ketua parti dan ketua negara.Fasisme
menekankan dasar perluasan wilayah. Adolf Hitler telah dilantik sebagai Canselor (Perdana
Menteri) pada tahun 1933, mempunyai tentera peribadi (Parti Nazi) telah mengetepikan
perlembagaan dengan menumpaskan semua tentangan dalam negeri dan melantik dirinya sebagai
dictator Jerman sehingga tahun 1945. Nazisme juga mengutamakan kepentingan
negara,mengagungkan bangsa Jerman (bersifat anti-Yahudi dan anti-Slav),dan menyatukan bangsa
Jerman yang berselerak di Eropah Tengah dan Timur. Bagi Nazisme, Eropah Tengah dan Eopah
Timur merupakan kawasan penting bagi bangsa dan negara Jerman.

Selain itu, faktor berlakunya Perang Dunia Kedua adalah disebabkan Kelemahan Perjanjian
Versailles. Perjanjian Versailles telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
negara terumanya Jerman. Justeru itu, perang dunia kedua sering disebut “World War 2 resulted
from the unfinished business of World War 1”. Adolf Hitler yang tidak berpuas hati dengan
Perjanjian Versailles telah melanggar perjanjian tersebut.Pada tahun 1935,Hitler telah
mengumumkan pembentukan Tentera Udara Jerman.Seminggu selepas itu, Jerman
memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera yang
mempunyai 500 000 anggota.Pada tahun 1936,tentera Jerman menawan kembali daerah Saar dan
Rhineland yang diberikan kepada Perancis. Adolf Hitler seterusnya beralih ke Poland. Tindakan,
Adolf Hitler itu membimbangkan Britain dan Perancis,dan kedua-dua kuasa itu memberi jaminan
akan membantu Poland jika diserang oleh Jerman. Pada bulan September 1939,seperti diduga
Jerman menyerang Poland. Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.Dengan
itu bermulalah Perang Dunia Kedua. Perjanjian Versailles gagal memusnahkan negara Jerman
seblaliknya Jerman hanya dapat dilemahkan buat sementara waktu sahaja.Ada dalam kalangan
pemimpin Eropah yang tidak mahu Jerman dilemahkan terus kerana Jerman boleh member
sumbangan kepada kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik di Eropah. Selain itu, Itali yang
berada di pihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap Perjanjian Versailles. Hal ini kerana Itali tidak diberikan ganjaran yang sewajarnya
seperti tanah jajahan.
Seterusnya, faktor berlakunya Perang Dunia Kedua adalah disebabkan Desakan Ekonomi.
Kejatuhan harga saham di Bursa Saham New York pada tahun 1929 dikatakan menjadi punca
bermulanya kemelesetan ekonomi dunia. Para pemodal (pelabur) di Amerika Syarikat terjejas
teruk sehingga mereka terpaksa menarik balik semua pinjaman yang telah berikan kepada pelabur
di Eropah. Keadaan ini menyebabkan keadaan ekonomi dunia tidak stabil. Semasa kemelesetan
ekonomi,para petani kecil menghadapi masaalah memasarkan gandum sehingga remain petani
menjadi miskin. Masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian turut memberi kesan kepada
industri pengguna dan kerajaan. Masalah pengangguran berlaku dengan meluas terutamanya
dalam kalangan kakitangan awam, manakala graduan universiti pula ramai yang menjadi
penganggur.Di Jerman,pada tahun 1932 terdapat hampir enam juta pekerja yang menganggur.
Krisis sistem kredit dan institusi bank turut menjejaskan perdangangan antarabangsa di
Eropah.Pada tahun 1932, sebuah bank di Austria telah mengamalkan dasar tutup pintu.
Pengunduran Britain daripada melibatkan diri dalam perdangangan di Eropah memberi peluang
kepada Jerman mengukuhkan kedudukan ekonominya di Eropah Timur dan Eropah Tengah yang
kemudiannya menyebarkan pengaruh politiknya.

Akhir sekali, faktor berlakunya Perang Dunia Kedua adalah disebabkan Imperialisma juga
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus. Negara-negara
seperti Jerman , Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguasai tanah-
tanah jajahan. Negara-negara tesebut ingin bersaing dengan Amerika Syarikat, Britain dan
Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas. Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman,
Itali dan Jepun melancarkan peperangan untuk menguasai tanah-tanah jajahan. Pada tahun 1936
Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland. Pada tahun 1938
Jerman menguasai Austria dan seterusnya Czechoslovakia ditawan pada tahun 1919. Pada bulan
Oktober Itali menyerang Habsyah dan menguasai Albania pada tahun 1939. Pada tahun 1931,
Jepun menyerang Manchuria dan berjaya menawannya 1932. Pada tahun 1937 Jepun menyerang
China untukmenguasai seluruh negara tersebut. Tindakan Jerman, Itali dan Jepun melancarkan
dasar imperialime telah menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus.

Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua berlaku disebabkan wujudnya 2 pemimpin iaitu Benito
Mussolini yang mempunyai fahaman Fasisme dan Adolf Hitler yang mempunyai fahaman Nazism.
Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman kerana kehilangan tanah jajahan
dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai