Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua (1939-1945)

Perang Dunia Kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945. Perang ini dikatakan
sebagai perang dunia sebenar kerana melibatkan hampir seluruh dunia, iaitu Eropah, Afrika, Asia
dan Asia Pasifik. Perang Dunia Kedua ini melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang
dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain dan Rusia dan Pakatan Paksi yang dianggotai oleh
Jerman, Itali dan Jepun. Berikut merupakan faktor-faktor yang membawa tercetusnya Perang
Dunia Kedua.

Faktor-faktor yang membawa tercetusnya Perang Dunia Kedua termasuklah, pertembungan


ideologi menentang Fasisme dan Nazisme. Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini yang
menjadi Diktator Itali antara tahun 1922 hingga 1943. Nazisme pula muncul di Jerman lewat
tahun 1920 dan menjadi ideologi negara setelah Adolf Hitler menguasai Jerman pada tahun
1933. Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan negara berbanding kepentingan individu
dan menekan dasar perluasan wilayah. Benito Mussolini telah menubuhkan satu pasukan tentera
khas bagi menghapuskan semua tentangan serta mengukuhkan penguasaannya sebagai ketua
parti dan ketua negara. Oleh itu, pertembungan ideologi antara kedua-dua fahaman tersebut
telah menyebabkan berlakunya persaingan antara Benito Mussolini dan ideologi Adolf Hitler.

Selain itu, faktor-faktor yang membawa kepada Perang Dunia Kedua termasuklah, kelemahan
Perjanjian Versailles. Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
pemimpin negara terutamanya Jerman. Adolf Hitler tidak berpuas hati dengan dengan Perjanjian
Versailles itu telah melanggar perjanjian tersebut. Pada tahun 1935, Hitler telah mengumumkan
pembentukan Tentera Udara Jerman. Hitler juga memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga
bagi membentuk pasukan tentera yang mempunyai 500 000 anggota. Oleh itu, Perjanjian
Versailles gagal memusnahkan negara Jerman sebaliknya negara Jerman hanya dapat dilemahkan
buat sementara waktu sahaja.

Seterusnya, faktor-faktor yang membawa kepada Perang Dunia termasuklah, desakan ekonomi.
Kejatuhan harga saham di Bursa Saham New York pada tahun 1929 telah dikatakan sebagai punca
bermulanya kemelesetan ekonomi dunia. Para Pemodal (pelabur) di Amerika Syarikat terjejas
teruk sehingga mereka terpaksa menarik balik semua pinjaman yang telah diberikan kepada
pelabur di Eropah. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan ekonomi dunia tidak stabil. Para
petani kecil menghadapi masalah memasarkan gandum sehingga ramai petani menjadi miskin.
Masalah pengangguran berlaku meluas terutamanya dalam kalangan kakitangan awam,
manakala graduan universiti pula ramai yang menjadi penganggur. Contohnya, di Jerman pada
tahun 1932 terdapat hampir 6 juta pekerja yang menganggur. Krisis sistem kredit dan institusi
bank turut menjejaskan perdagangan antarabangsa di Eropah. Pada tahun 1932, sebuah bank di
Austria telah mengamalkan dasar tutup pintu. Oleh itu, kemerosotan ekonomi menyebabkan
rakyat terdesak dan tercetusnya perang.

Anda mungkin juga menyukai