Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan kelemahan-kelemahan yang menyebabkan Liga Bangsa gagal berfungsi dengan

berkesan

Selepas Perang Dunia Pertama berakhir, Woodrow Wilson telah mengemukakan Program Empat
Belas Perkara yang menjadi asas kepada pembentukan Liga Bangsa. Pada 25 Januari 1919,
Persidangan Damai Paris telah menerima cadangan untuk membentuk Liga Bangsa. Liga Bangsa
adalah badan antarabangsa ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama. Liga bangsa ditubuhkan
hasil desakan Woodrow Wilson. Berikut merupakan kelemahan-kelemahan yang menyebabkan
Liga Bangsa gagal berfungsi dengan berkesan.

Kelemahan-kelemahan yang menyebabkan Liga Bangsa gagal berfungsi dengan berkesan


termasuklah, pelucutan senjata. Kekuatan tentera negara-negara yang kalah dalam Perang Dunia
Pertama dikurangkan melalui Perjanjian Versailles. Perjanjian tersebut telah mengenakan sekatan
bagi negara-negara ini untuk menghasilkan peralatan perang. Sebagai contoh,Suruhanjaya
ditubuhkan bagi mengawasi rancangan mengurangkan senjata negara-negara yang terlibat.
Namun begitu, tiada usaha diambil oleh negara-negara yang terlibat untuk melaksanakan
cadangan mengurangkan senjata perang yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut.

Selain itu, kelemahan-kelemahan yang menyebabkan Liga Bangsa gagal berfungsi dengan
berkesan termasuklah, kuasa-kuasa besar menarik diri. Negara-negara bangsa tidak diwajibkan
untuk menjadi anggota Liga Bangsa. Namun begitu, mereka diberi pilihan sama ada untuk
menyertai Liga Bangsa ataupun tidak. Anggota Liga Bangsa juga tidak terikat untuk menerima
sebarang peraturan dan keputusan yang dibuat oleh Liga Bangsa dan juga boleh menarik diri
daripada organisasi tersebut pada bila-bila masa. Jepun dan Jerman telah meninggalkan Liga
Bangsa pada tahun 1933 manakala Itali menarik diri daripada Liga Bangsa pada tahun 1935.

Seterusnya, kelemahan-kelemahan yang menyebabkan Liga Bangsa gagal berfungsi dengan


berkesan termasuklah, kelemahan menangani krisis. Liga Bangsa menghadapi masalah dan
kekurangan sumber untuk melaksanakan keputusan yang dibuat oleh badan tersebut dalam
dalam menangani sebarang pertikaian. Sekatan ekonomi dan sosial yang dikenakan juga tidak
berkesan dan tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Misalnya, apabila Jepun
menakluk Manchuria dan mengisytiharkan perang terhadap China, Liga Bangsa tidak mengambil
sebarang tindakan terhadap negara tersebut. Hal ini menyebabkan negara-negara kecil
menganggap Liga Bangsa sebagai badan yang lemah dan tidak efektif.

Di samping itu, kelemahan-kelemahan yang menyebabkan Liga Bangsa gagal berfungsi dengan
berkesan termasuklah, kemunculan imperialisme di Jerman, Jepun dan Itali. Kelemahan Liga
Bangsa menyebabkan Jerman , Jepun dan Itali menjadi negara imperialis. Negara-negara ini
menjalankan dasar penaklukan untuk meluaskan empayar masing-masing. Pada tahun 1933,
Jepun ingin menguasai Asia dan menakluk Manchuria. Apabila Liga Bangsa bertindak untuk
menghukum Jepun, lalu Jepun membuat keputusan untuk menarik diri daripada Liga tersebut.
Jerman bertindak untuk mengukuhkan kuasa dengan menakluk Czechoslovakia, Poland dengan
Austria. Itali pula mahu meluaskan pengaruh di Afrika dan rantau Mediterranean.
Tambahan pula, kelemahan-kelemahan yang menyebabkan Liga Bangsa gagal berfungsi dengan
berkesan termasuklah, kelemahan Perjanjian Versailles. Syarat-syarat Perjanjian Versailles tidak
berasaskan unsur-unsur keadilan dan kesaksamaan tetapi berasaskan semangat membalas
dendam. Negara-negara yang kalah dalan peperangan serta menerima layanan buruk, membenci
perjanjian tersebut dan Liga Bangsa.

Kesimpulannya, Liga Bangsa ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama telah gagal memainkan
peranan dengan berkesan dan menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua (1939-1945).

Anda mungkin juga menyukai