Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan tahap-tahap penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck pada abad ke 19

Sebelum abad ke-19, Jerman terdiri daripada 360 negeri kecil yang mempunyai pemerintahan
masing-masing dan ditawan oleh tentera Perancis di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte pada
awal abad ke-19. Pemerintahan Napoleon berakhir apabila pakatan tentera Eropah berjaya
menewaskan Perancis pada tahun 1815 dan satu persidangan diadakan oleh pemimpin-
pemimpin Eropah bagi menamatkan Perang Napoleon yang dikenali sebagai Kongres Vienna.
Pemimpin dari Austria dilantik sebagai ketua Pergabungan Negara Jerman. Bismarck mula
menjalankan dasar permusuhan dengan Austria. Beliau dilantik sebagai Duta Prussia ke Rusia
pada tahun 1859 dan dihantar untuk berkhidmat sebagai Duta Prussia ke Paris selepas tamat
berkhidmat di Rusia. Berikut merupakan tahap-tahap penyatuan Jerman.

Pada tahap pertama penyatuan Jerman, Bismarck melancarkan serangan terhadap Denmark
pada tahun 1864 untuk menguasai dua buah negeri, iaitu Holstein dan Schleswig. Pada tahun
1863, kerajaan Denmark mengeluarkan perlembagaan untuk menyatukan negeri-negeri tersebut
dengan Denmark namun tindakan raja Denmark bertentangan dengan rancangan Bismarck.
Bismarck menggunakan pendekatan diplomasi yang bijak untuk mengajak Austria membantu
Prussia dan Prussia berjaya menewaskan Denmark dengan mudah. Perjanjian Gastein
ditandatangani pada bulan Ogos 1865.

Bismarck berpendapat Austria merupakan penghalang kepada rancangannya untuk menyatukan


Jerman. Bismarck menggunakan kebijaksanaannya bagi memujuk Perancis, Itali, dan Rusia agar
menyokongnya. Dengan menggunakan dasar diplomasi yang bijak, Bismarck berjaya
memencilkan Austria. Bismarck mencari alasan untuk memulakan peperangan dengan Austria
dengan menuduh Austria memberi layanan buruk kepada orang Jerman. Pada tahun 1886,
tentera Prussia memasuki jajahan Holstein sehingga mencetuskan peperangan besar-besaran
antara Prussia dengan Austria yang dikenali sebagai Perang Tujuh Minggu yang berlangsung
selama tujuh minggu. Prussia berjaya mengalahkan Austria di Sadowa dan Perjanjian Prague
ditandatangani pada tahun 1866.

Perancis bimbang akan kebangkitan Prussia sebagai kuasa besar Eropah dan menuntut agar
negeri-negeri Jerman Selatan diserahkan dengan mengemukakan tuntutan tersebut sebagai
balasan iaitu Perang Prussia dengan Austria 1866. Tuntutan Perancis menyebabkan Bismarck
bertindak segera menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri Jerman Selatan. Bismarck
menggunakan tipu helah dengan mendedahkan surat yang ditulis oleh Perancis mengenai
tuntutan terhadap negeri-negeri Jerman Selatan. Bismarck melancarkan peperangan ke atas
Perancis pada bulan Julai 1870 bagi menyempurnakan penyatuan negeri-negeri di Jerman.
Prussia berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1871 dan Perjanjian Frankfurt ditandatangani.
Perancis terpaksa menyerahkan wilayah Alsace dan Lorraine kepada Prussia serta membayar
ganti rugi tiga ribu juta kepada Prussia.

Selepas Tahun 1871, Bismarck mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi membangunkan
Jerman pada tahap kedua penyatuan Jerman. Mereka mengamalkan dasar berhati-hati dalam
menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain. Pada tahun 1882, Bismarck
mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga dengan
harapan Perancis tidak akan memulakan peperangan terhadap Jerman.

Bismarck juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman. Perlembagaan Jerman


memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah parlimen yang terdiri daripada Majlis
Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reichstag). Majlis Persekutuan terdiri daripada
wakil-wakil semua negeri di Jerman manakala Diet Maharaja terdiri daripada 400 orang ahli yang
dilantik oleh rakyat Jerman. Diet Maharaja mempunyai kuasa terhad dalam meluluskan undang-
undang manakala Majlis Persekutuan, Kaiser dan Canselor mempunyai kuasa membatalkan
keputusan. Canselor melantik menteri-menteri dan bertanggungjawab terhadap Kaiser. Kaiser
mempunyai kuasa dalam ketenteraan, hubungan luar, meluluskan undang-undang dan
menguasai parlimen (melantik ahli parlimen).

Kesimpulannya, Bismarck merupakan tokoh yang menyatukan negeri-negeri kecil dan


membentuk Jerman. Beliau juga telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan
orang Jerman menerusi kemenangan dalam peperangan. Beliau turut menjadikan Jerman sebuah
negara yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan. Bismarck meninggal dunia pada tahun
1898. Beliau tetap disanjung tinggi oleh rakyat Jerman atas sumbangan beliau kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai