Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN SEJARAH DUNIA

NAMA : FRED HULKSON ANAK LEONARDO

TARIKH : 29 / 9 / 2021

KELAS : 6SS3-1

MATA PELAJARAN : SEJARAH

SOALAN : Jelaskan proses penyatuan negara bangsa Jerman pada abad ke-19

BAHAGIAN HURAIAN CATATAN


PENGENALA Konsep negara bangsa adalah satu proses yang melahirkan
N bangsa yang baharu, yakni sebuah negara yang mempunyai
kedaulatan, di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan-
ikatan seperti bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain yang
membentuk bangsanya. Pembinaan negara bangsa ini bertujuan
melahi perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesebuah
negara. Setiap penyatuan negara bangsa mestilah mempunyai
proses-proses penyatuan. Oleh itu, Negara Jerman mempunyai
proses penyatuan negara bangsa pada abad ke-19.

ISI 1 Antara proses penyatuan negara bangsa Jerman pada abad ke-
19 adalah dengan melancarkan peperangan menentang
Denmark pada 1864. Beliau menlancarkan peperangan tersebut
untuk menguasai dua buah wilayah, iaitu Holstein dan Schleswig
yang berada di bawah pemerintahan Raja Denmark sejak 1940.
Pada tahun 1863, Denmark mengeluarkan perlembagaan untuk
menyatukan negeri-negeri tersebut dengan Denmark. Tindakan
raja Denmark ialah bertentangan dengan rancangan Bismarck
untuk menyatukan negeri-negeri tersebut dengan Jerman.
Bismark menuntut supaya Denmark mengembalikan Schleswig
dan Holstein kepada Jerman. Apabila Denmark enggan berbuat
demikian, Bismarck mengisyriharkan perang. Sebelum
memulakan peperangan, Bismarck menggunakan pendekatan
diplomasi yang bijak untuk mengajak Austia membantu Prussia,
dalam peperangan tersebut Prussia berjaya menewaskan
Denmark dengan mudah. Pada Ogos 1865, Perjanjian Gastein
telah ditandatangani. Menurut penjanjian tersebut, Schleswig
diserahkan kepada Prussia manakala Holstein diserahkan kepada
Austria. Oleh itu, melancarkan penentangan terhadap Denmark
ialah proses menyatuan negara bangsa Jerman.

ISI 2 Selain itu, proses penyatuan negara bangsa Jerman pada abad
ke-19 adalah melancarkan peperangan menentang Austia.
Selepas mengalahkan Denmark, Bismarck mengalihkan
tumpuannya kepada Austria. Beliau melancarkan peperangan
dengan Austria bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh negara
tersebut. Bismarck berpendapat Austria merupakan penghalang
kepada rancangannya untuk menyatukan Jerman. Tambahan
pula, banyak wilyah jajahan Jerman berada di bawah penguasaan
Austria. Bismarck mendapati peperangan dengan Austria tidak
dapat dielakan bagi merealisasikan imipiannya untuk
menyatukan Jerman. Sebelum melancarkan peperangan,
Bismarck menggunakan kebijaksanaannnya bagi memujuk
Perancis, Italy dan Russia agar menyokongnya. Bismarck
menggunakan dasar diplomasi yang bijak, beliau berjaya
memencilkan Austria. Seterusnya, Bismarck mencari alasan
untuk memulakan peperangan dengan Austria. Beliau menuduh
Austria memberikan layanan yang buruk kepada orang Jerman di
negaranya. Pada Jun 1886, Tentera Prussia memasuki jajahan
Holstein dan menguasainya. Perkembangan ini menyebabkan
tercetusnya peperangan secara besar-besaran antara Prussia dan
Austria. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Tujuh
Minggu kerana berlangssung selama tujuh minggu. Prussia
berjaya mengalahkan tentera Austia dalam medan pertemputan
di Sodawa. Perjanjian Prague telah ditandatangani antara
Prussia dengan Austria pada tahun 1866. Tegasnya, melancarkan
peperangan terhadap Austria ialah langkah untuk menyatukan
negara bangsa Jerman pada abad ke-19.

ISI 3 Di samping itu, melancarkan peperangan menentang Perancis


ialah proses penyatuan negara bangsa Jerman pada abad ke-19.
Selepas menyatukan negeri-negeri Jerman Utar, Bismarck
mengatur langkah untuk melancarkan peperangan dengan
Perancis. Perancis bimbang terhadap kebangkitan Prussia
sebagai kuasa besar benua Eropah. Selepas perang antara
Prussia dan Austria, Perancis menuntut agar negeri-negeri
Jerman Selatan diserahkan kepadanya. Perancis mengemukakan
tuntutan tersebut sebagai balasan kepada kerjasama yang
diberikan semasa perang Prussia-Austria 1866. Tuntutan
tersebut menyebabkan Bismarck bertindak segera mendatangani
perjanjian dengan negeri-negeri Jerman Selatan. Menerusi
perjanjian tersebut, Negeri-negeri Jerman Selatan bersetuju
untuk bergabung dengan Prussia. Bismarck menggunakan tipu
helah untuk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan dengan
Prussia. Beliau menedahkan surat yang ditulis oleh Perancis
mengenai tuntutan terhadap negeri-negeri Jerman Selatan
kepapada pemimpin-pemimpin negeri tersebut. Tindakan
Bismarck menyebabkan negeri-negeri Jerman Jerman Selatan
membuat keputusan untuk bergabung dengan Prussia.
Selanjutnya, Bismarck melancarkan peperangan ke atas Perancis
pada bulan Julai 1870 bagi menyempurnakan penyatuan negeri-
negeri Jerman. Beliau menggunakan kebijaksanaannya bagi
memencilkan Perancis dengan menjalinkan perjanjian-perjanjian
sulit dengan negara-negara lain. Prussia berjaya mengalahkan
Perancis pada tahun1871 dan perjanjian Frankfurt
ditandatangani. Menurut perjanjian tersebut, Perancis terpaksa
menyerahkan wilyah Alsace dan Lorraine kepada Prussia.
Perancis juga terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 3 ribu juta
kepada Prussia. Oleh itu, peperangan dengan Perancis ialah
faktor penyatuan negara bangsa Jerman.

ISI 4 Seterusnya, proses penyatuan negara bangsa Jerman ialah


merealisasikan penyatuan. Selepas menewaskan Perancis,
Bismarck bertindak menyatukan negeri-negeri Jerman dan
menubuhkan Empayar Jerman. Empayar Jerman yang
ditubuhkan terdiri daripda gabungan 39 buah negeri kecuali
Austria. Pada 18 Januari 1871, Raja William I telah dilantik
sebagai kaiser empayar Jerman yang baharu ditubuhkan. Di
samping itu, Bismarck dilantik sebgai Caselor iaitu Perdana
Menteri pertama Empayar Jerman. Oleh itu, merealisasikan
penyatuan adalah antara langkah untuk menyatukan negara
bangsa Jerman.

KESIMPULAN Kesimpulannya, berikut adalah penjelasan proses-proses


penyatuan negara bangsa Jerman. Proses-Proses tersebut
terbukti berjaya untuk menyatukan negara bangsa Jerman pada
abad ke-19

Anda mungkin juga menyukai