Anda di halaman 1dari 9

PENYATUAN ITALI

Pengenalan

Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada
abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian
Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih di kuasai oleh
Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah
pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali Dengan
menggunakan amalan realpolitik, Count Camillio Benso di Cavour berusaha
menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio Cavour amat
menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha
mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi
menentang Austria pada tahun 1860.

Proses Penyatuan

1. Gerakan untuk menyatukan Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas
Pertengahan Itali.

2. Faktor pertama ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali
menyaksikan sistem pentadbiran yang berkesan perlu diwujudkan. Napoleon
memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas.
Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin
berusaha dinaikkan pangkat yang sama seperti golongan aristokrat.

3. Faktor kedua berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi


golongan saudagar, mereka percaya dengan penyatuan Itali, dapat memberi
faedah dalam bidang ekonomi. Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat
dihapuskan, pasaran lebih luas, pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali &
penyediaan prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali juga dapat menjadi
penghubung antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.

4. Faktor ketiga ialah semangat untuk menyatukan Itali dikuatkan lagi dengan
sentimen anti- Austria yang menguasai Lombardy & venetia serta menempatkan
tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua, Peschiera &
Legnano.

5. Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830, kemungkinan


berperang secara terbuka dengan penjajah Austria agak sukar dilakukan.
Mereka yang menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi
gelap. Kongsi gelap yang terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari
melakukan 2 kali penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan tersebut
mengalami kegagalan.

6. Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan Itali dapat


diperhatikan melalui beberapa gerakan yang dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo
Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.

Perjuangan Mazzini

1. Mazzini (1805-1872), berasal dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang


dikenali sebagai Itali Muda ( Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali
sebuah kerajaan republik. Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan
mempengaruhi pelbagai golongan seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh,
pegawai, petani,pengawai tentera & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan
60000 menjadi ahli gerakan ini.
2. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles
Albert di Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles
Albert.

Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor

1. Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor
(1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont
( Sardinia).

2. Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso tidak terlibat
dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count
Camillo Benso de Cavour terlibat secara langsung dalam bidang politik. Pada
tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850,
beliau menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau
menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.

3. Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan


menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera,
memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan
disusun semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa
gereja.

4. Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada
cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab itu, beliau telah menyusun semula
tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin
menghalau pemerintah Austria dari Itali .
5. Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan
Britain dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia. Namun ramalan Count
Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak
berlaku dan rancangan pertama ini gagal.

6. Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan


dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian
dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan
Austria.

7. Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria


dapat ditumpaskan di Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis
memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria.

8. Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu


Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena kerana kehilangan sokongan pihak
luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri

9. Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya


Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal.
Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri
tersebut jatuh ke tangan Sardinia kecuali Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour
berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.

10. Seorang lagi tokoh yang terlibat dengan penyatuan Itali ialah Giusepppe
Garibaldi (1807-1882) yang berasal dari Nice.

11. Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap
pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II.
12. Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam
masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai Sicily dan Naples.

13. Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali
Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17
Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.

14. Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria.
Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia. Perancis
mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi
menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki
Rom.

15. Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari
Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya.

PENYATUAN JERMAN
Pengenalan

1. Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah


pemerintahan masing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai
oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah
sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan
Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.

2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan
mereka bersetuju untuk mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja
(Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria,
Wurtemberg, Honaver dan Saxony.
3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa
faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan
antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman
disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada
yang telah menetap di Amerika.

4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman


tetap wujud bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon
melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan
Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini
mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam
bidang politik.

5. Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia.


Persatuan ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi
menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman
untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan
perdagangan ini telah menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia
sebagai pemimpin politik Jerman.

Proses Penyatuan Jerman

1. Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman,


apabila William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya
Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut
telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui
penambahan pegawai tentera, rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan
perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.
2. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von
Bismark, iaitu seorang junkers (tuan tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen
(1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik
sebagai Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah
menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya patuh kepada kehendak kerajaan
dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan William 1, Bismark telah
bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .

3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan


tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh
Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.

4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga


peperangan. Peperangan pertama Bismark ialah menentang Denmark atas isu
daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua
daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan
kepada Bismark. Untuk mencapai tujuan tersebut, Bismark telah memujuk
Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-Denmark
ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut
perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala
Prusia mengawal Schleswig.

5. Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya


Austria tidak dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark mula mendapat sokongan
daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan
bantuan kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland.
Manakala di Itali pula, Bismark telah menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu
Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang dikuasai
oleh Austria.
6. Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk
memerangi Austria namun ditentang oleh Parti Progresif yang menguasai
parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan
hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya
hanya kepada golongan lelaki bangsawan seperti yang diamalkan sebelum ini.
Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.

7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas


Austria apabila menghantar tentera ke Holstein pada 15 Jun 1866 dengan
menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah
melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini
mengambil masa selama 7 minggu, oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh
Minggu.

8. Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan
dengan Perjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria
dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan
wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark
mengabungkan semua negeri-negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman
Utara.

9. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri


Jerman. Napoleon III tidak akan menyokong rancangan Prusia memimpin
penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula bimbang
kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis
menuntut agar negeri-negeri Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai
balasan pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan Austria.

10. Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-
negeri Selatan Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk
sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan
misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870.
Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang ini
ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.

11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta
membayar ganti rugi perang sebanyak 3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya
mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar
Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.

12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala
Bismark menjadi Cancellor (Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri
mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan
pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa
untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.

13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk


mewujudkan keamanan di dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara
dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan
dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3
kuasa iaitu antara Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan
Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada Perancis menyerang Jerman.

14. Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan


menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja.
Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor
ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan
perdagangan serta pemulihan sosial.

Anda mungkin juga menyukai