Anda di halaman 1dari 22

Sejarah Dunia

4.15 (Ilmu Bakti Hijau/ Lama)

Jelaskan kesan2 Pemberontakan Boxer di China pada abad ke-20.

Pendahuluan

Pemberontakan Boxer merupakan satu tindak balas orang Cina secara militan terhadap tekanan kuasa2 asing
dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Ia merupakan satu usaha orang Cina menyelamatkan China dpd
pencerobohan asing dengan menghalau keluar orang2 asing.
Pemberontakan Boxer dipimpin oleh kongsi gelap yang dikenali sbg I Ho Chuan. Para pengikut Boxer
menganggap kehadiran orang asing menyebabkan segala kepincangan yang berlaku di negara China.
Antara faktor yang mencetuskan Pemberontakan Boxer ialah sentimen anti-Kristian dalam kalangan
masyarakat Cina. Selain itu, gerakan ini mendapat sokongan kerajaan Manchu, iaitu Maharani Dowager.
Kemerosotan ekonomi akibat pembukaan negara China kepada perdagangan Barat dan defisit perdagangan
China menyebabkan kesengsaraan hidup. Bencana alam menjelang tahun 1890 menambahkan penderitaan
hidup rakyat.
Pemberontakan tercetus di wilayah Shantung pada tahun 1897. Secara beransur-ansur pemberontakan
merebak ke wilayah2 lain. Mereka membunuh orang Cina, Kristian, pekerja2 Barat dan merosakkan
kemudahan asas. Pembunuhan Canselor Kedutaan Jepun dan Menteri Jerman mendorong orang Barat
membentuk tentera bersekutu. Pada akhir tahun 1900, pemberontakan dapat dipatahkan dan Protokol
Boxer ditandatangani pada 1 September 1901.

Isi-isi Penting

1. Kemerosotan Kerajaan Manchu


Kejayaan tentera bersekutu dan Jepun membuktikan kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu. Kuasa2 Barat
berlumba-lumba untuk mendapatkan wilayah dan konsesi di China.
Pada tahun 1902, Rusia menguasai Manchuria secara kekerasan dan mendesak China supaya mengadakan
perjanjian sulit. Masyarakat China sedar bahawa untuk memodenkan negara China, Dinasti Manchu perlu
digulingkan. Kesedaran ini mengakibatkan kemunculan golongan revolusioner.
Kesedarakan kelemahan Dinasti Manchu telah membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun
1911 di bawah kepimpinan Dr. Sun Yat Sen. Pada bulan Februari 1912, Dinasti Manchu telah digulingkan dan
berakhir dengan rasminya setelah memerintah selama 300 tahun. Sistem beraja di China digantikan degan
sistem bercorak republik.

2. Termeterainya Protokol Boxer 1901


Pemberontakan Boxer diakhiri dengan rundingan antara pemimpin China dengan kuasa Barat. Protokol Boxer
1901 yang dipersetujui oleh pihak China menjejaskan maruah dan imej China. Kedaulatan negara China juga
tercabar. Kerajaan China terpaksa tunduk kepada pelbagai tekanan dan desakan kuasa2 asing.
Antara syarat Protokol Boxer 1901 yang menjejaskan maruah ialah kerajaan Manchu dikehendaki
menjatuhkan hukuman mati ke atas pegawai China yang terlibat termasuklah golongan yang menurut
perintah Maharani Dowager. Kerajaan China juga terpaksa membenarkan kuasa2 asing menempatkan
tentera di kawasan2 yang strategik. Kerjaaan China menaikkan taraf hubungan dengan kuasa2 asing ke taraf
kedutaan. Dengan adanya Protokol Boxer 1901, kuasa2 Barat mengukuhkan kedudukan mereka di China.
Sejarah Dunia

3. Perang Rusia-Jepun
Pemberontakan Boxer juga meletakkan asas bagi perang antara Jepun dengan Rusia. Perang Rusia-Jepun ini
tercetus pada tahun 1904.
Semasa pemberontakan, Rusia berjaya menguasai kawasan Manchuria dengan alasan menjaga kepentingan
orang Rusia di situ. Orang China juga dilarang bekerja di pelabuhan baharu di Manchuria dan hanya orang
Rusia sahaja dibenarkan.
Pencerobohan Rusia telah mencetuskan kemarahan Jepun kerana tindakan Rusia bertentangan dengan
kepentingan mereka. Hubungan antara Rusia dengan Jepun menjadi semakin tegang apabila Rusia cuba
meluaskan pengaruh di Semenanjung Korea. Perselisihan antara mereka mencetuskan Perang Rusia-Jepun
pada tahun 1904-1905.

4. China mengalami kemerosotan ekonomi


China menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi peperangan kepada kuasa2
asing termasuk Jepun. Kedudukan ekonomi negara China semakin kritikal kerana China terpaksa membayar
ganti rugi sebanyak 450 juta tael yang menambahkan beban kerajaan China. Ganti rugi ini terpaksa dijelaskan
secara ansuran selama 40 tahun dengan kadar faedah sebanyak empat peratus. Kesulitan yang dihadapi oleh
China dalam membayar ganti rugi ini memberi kesempatan kepada Rusia untuk menduduki wilayah
Manchuria.
Kegagalan Pemberontakan Boxer memberi peluang yang luas kepada kuasa Eropah untuk
mengeksploitasikan ekonomi China dalam bidang perkapalan, perusahaan tekstil, perlombongan besi dan
perkhidmatan kereta api.

5. Gerakan Pembaharuan
Pemberontakan Boxer dan kegagalannya menimbulkan kesedaran kepada kerajaan Manchuria tentang
kepentingan memperkenalkan gerakan pembaharuan. Golongan cerdik pandai mendesak kerajaan
Manchuria melaksanakan pembaharuan. Pembaharuan amat diperlukan bukan sahaja untuk memodenkan
China tetapi pada masa yang sama untuk menghapuskan ancaman revolusioner.
Gerakan pembaharuan Ching diumumkan oleh Maharani Dowager pada 29 Januari 1901. Antara bidang yang
dimodenkan ialah pendidikan, ketenteraan, perlembagaan ekonomi dan sosial. Walau bagaimnapun,
langkah2 ini menemui jalan buntu.

6. Kebangkitan semangat nasionalisme orang China


Pemberontakan Boxer juga membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang China. Pada
peringkat awal, gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat tetapi kekalahan kerajaan Manchuria dalam
beberapa siri peperangan serta kegagalan rancangan pembaharuan melahirkan perasaan anti-Manchu.
Masalah-masalah ekonomi dan kesengsaraan sosial menimbulkan perasaan tidak puas hati. Apabila gerakan
pemulihan dan pembaharuan gagal menguatkan China dpd pencerobohan asing, Pemberontakan Boxer
berjaya meletakkan asas kukuh kpd pencetusan Revolusi China 1911.

Kesimpulan
- Kesimpulannya, Pemberontakan Boxer memberi peluang kepada golongan revolusioner yang dipimpin oleh Dr.
Sun Yat Sen utk merancakkan perjuangan mereka dan menggulingkan dinasti Manchu. Sejak Perjanjian Nanking,
China telah menunjukkan tanda2 kelemahan dan Dinasti Manchu tidak layak lagi untuk memerintah China.
- Segala penghinaan yang diterima dan dicatatkan dalam sejarah negara China sejak pertengahan abad ke-19
memberi keyakinan kepada orang China bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat dari syurga. Gerakan
revolusioner berjaya menamatkan sistem beraja dan Dr Sun Yat Sen dilantik sebagai Presiden Sementara
Republik China pada 29 Disember 1911.
Sejarah Dunia

4.15 (Oxford Lama)

Analisiskan faktor2 yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi India pada tahun 1857

Pendahuluan

Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi2 untuk menentang pemerintahan
British.
Orang India menganggap Dahagi India sebagai perjuangan membebaskan negara dpd pemerintahan British.
Selain sepoi, golongan putera raja, nawab serta pembesar yang kehilangan gelaran tanah dan kuasa turut
menyertai pemberontakan tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi India pada tahun 1857.

Isi-isi Penting
1. Penghapusan Amalan Suttee
Salah satu faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi India ialah tindakan British campur tangan dalam
adat resam dan budaya penduduk tempatan.
Sebagai contoh, British menghapuskan amalan Suttee. Suttee merupakan adat yang diamalkan oleh
penduduk beragama Hindu di India sejak turun-temurun. Pada tahun 1828, Lord William Bentick telah
menggubal undang2 yang mengharamkan amalan Suttee. Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan penduduk yang beragama Hindu terhadap pemerintahan British di India.

2. Penghapusan Amalan Thuggee


Lord William bentick turut mengharamkan amalan Thuggee., yakni perbuatan merompak dan membunuh
yang dilakukan oleh kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan pengembara.
Kumpulan ini menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali. Tindakan beliau menimbulkan
kemarahan golongan agama yang terlibat.

3. Penghapusan Amalan Membunuh Bayi Perempuan


Selain itu, tindakan British menghapuskan amalan meembunuh bayi perempuan turut menimbulkan rasa
tidak puas hati penduduk.
Amalan membunuh bayi perempuan diamalkan oleh masyarakat India sejak turun temurun. Masyarakat
India menganggap bayi perempuan akan menjadi beban kepada keluarga apabila mereka membesar kelak.
Tindakan Lord William Bentick mengharamkan amalan ini menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat India.

4. Pengenalan Akta Kahwin Semula


Tindakan British memperkenalkan Akta Kahwin Semula mendapat tentangan dpd penduduk tempatan.
Akta ini membenarkan perkahwinan semula balu2 dalam masyarakat India. Tindakan British memperkenalkan
akta ini dianggap sebagai percubaan unutk menghina amalan tradisi masyarakat India yang beragama Hindu.

5. Pengenalan Pendidikan Barat


Perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam sistem pendidikan juga menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk tempatan. Ekoran perubahan ini, jawatan2 penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk
tempatan yang berpendidikan Inggeris.
Perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Malah, perubahan ini dianggap sebgai percubaan
British untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat India.
6. Pengenalan Teknologi Barat
Sejarah Dunia

Tindakan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan moden seperti kereta api dan
telegraf juga merupakan faktor pencetus peristiwa Dahagi India. Pengenalan sistem pengangkutan moden
mengancam amalan kasta yang diwarisi oleh masyarakat India sejak turun temurun.
Semasa pemerintahan British, masyarakat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ketiga dan ini
bermakna mereka yang berkasta tinggi terpaksa duduk bersama-sama dengan golongan berkasta rendah.
Pengenalan teknologi Barat ini dianggap sebagai usaha British untuk mencemarkan adat resam dan agama
Hindu.

7. Dasar Pengilhakan
Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhousie menyebabkan penduduk India menentang British.
Melaui dasar pengilhakan wilayah, hak dan kedaulatan pemerintah tempatan dirampas.
Lord Dalhousie bertindak mengilhakan wilayah2 spt Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Bhagat, Jaitpur. Oudh
dan Sambalpur. Tindakan British ini telah menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga mereka
menyertai penentangan terhadap British.

8. Perasaan dendam sepoi2 India


Tindakan British menghantar sepoi2 India ke luar negara menimbulkan kemarahan sepoi2 yang berkasta tinggi.
Sepoi2 berkasta tinggi percaya bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka menyeberangi
lautan. Perkembangan ini menyebabkan sepoi2 India yang diarahkan berkhidmat di Burma enggan mematuhi
arahan tersebut.

9. Pengenalan Peraturan Baharu


Tindakan British memperkenalkan peraturan2 baharu turut melahirkan perasaan tidak puas hati penduduk
tempatan. Sebagai contoh, Akta Penjajahan Punjab 1907 yang diperkenalkan oleh British menimbulkan
kemarahan penduduk.
Melalui akta ini, kerajaan bertindak menaikkan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air yang
disalurkan ke kawasan pertanian. Dasar dan peraturan baharu ini menjejaskan kehidupan penduduk dan
menambahkan beban golongan petani.

10. Akta Pengambilan Khidmat Awam


Akta Pengambilan Khidmat Awam yg diperkenalkan oleh Lord Canning juga dibantah oleh sepoi2 India.
Mengikut akta ini, sepoi2 India yg berkhidmat di luar negara x diberi elaun tambahan. Selain itu, sepoi2 India
juga menentang amalan diskriminasi dlm pemberian gaji & kenaikan pangkat dalam tentera. Perkembangan
ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sepoi2 India terhadap pemerintahan British.

11. Kes Senapang Riffle Royal Enfield


Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi India ialah kes senapang Riffle Royal
Enfield. Sepoi2 India yang beragama Islam dan Hindu berasa marah apabila mendapat tahu bahawa minyak
yang digunakan untuk membersihkan senapang tersebut mengandungi lemak babi dan lembu. Sepoi2 India
menganggap British sengaja melakukan perkara tersebut unutk menghina penganut kedua-dua agama.

Kesimpulan
- Kesimpulannya, terdapat bbrp faktor yang mencetuskan Dahagi India. Faktor serta merta yang menyebabkan
tercetusnya peristiwa ini ialah kes senapang Riffle Royal Enfield.
- Walupun pd peringkat awal glgn sepoi mencapai kejayaan, namun menjelang tahun 1958, British berjaya
mengawal Dahagi India dpd tersebar ke seluruh India. Selepas berjaya menumpaskan Dahagi India, British
melakukan rombakan besar2an dlm sistem pe
Sejarah Dunia

4.15 (Oxford Lama)

Jelaskan faktor2 yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Kedua (1856-1860)

Pendahuluan

Perang Candu Kedua yang tercetus pada tahun 1856 merupakan rentetan dpd Perang Candu Pertama.
Tindakan China yang tidak menghormati syarat2 perjanjian yang dipersetujui dengan kuasa Barat
menyebabkan hubungan menjadi renggang.
Selain itu, China juga x mematuhi hubungan diplomatik berdasarkan persamaan taraf dgn kuasa2 Barat.
Perkembangan ini menyebabkan tercetus peprangan antara kuasa2 Barat dengan China.

Isi-isi Penting

1. Kepentingan perdagangan
Kuasa2 Barat tidak puas hati terhadap pelbagai sekatan yang dikenakan oleh China terhadap pedagang2 asing.
Kuasa2 Barat mahu meluaskan kepentingan perdagangan selaras dengan dasar perdagangan bebas yang
diamalkan oleh mereka.
Mereka tidak puas hati terhadap China kerana enggan membuka pelabuhan lain (selain dpd lima buah
pelabuhan mengikut persetiaan awal) kepada pedagang asing.
Selain itu, pedagang asing juga tidak dibenarkan menjalin hubungan perdagangan secara langsung dengan
saudagar tempatan.
Dasar antiperdagangan yg diamalkan oleh China menimbulkan rasa x puas hati dlm kalangan pedagang asing.

2. Hubungan diplomatik yang renggang


Hubungan diplomatik semakin renggang ekoran sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh orang Cina
terhadap kuasa2 barat.
Malah, percubaan kuasa2 barat untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China turut menemui jalan
buntu.
Tambahan pula, tindakan China yang enggan menerima perwakilan asing memburukkan lagi keadaan.

3. Sikap anti orang asing


Pegawai2 kerajaan di China berperanan membangkitkan perasaan antiorang asing dalam kalangan penduduk
tempatan.
Hsu Kuang Ching dan Yeh Ming Chen (Pegawai hal Ehwal Luar Canton) menghasut orang Cina menghalang
kemasukan pedagang British ke pelabuhan Canton.
Perkembangan ini menyebabkan hubungan China dengan British menjadi semakin renggang.

4. Rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Nanking


Syarat2 Perjanjian Nanking menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kuasa2 Barat.
Pembukaan lima buah pelabuhan kpd kuasa2 Barat tidak memuaskan hati pedagang2 asing. Kuasa2 Barat
mendesak agar lebih banyak pelabuhan dibuka kpd mereka untuk menjalankan perdagangan.
British juga mendesak China memberikan lebih banyak hak istimewa kepada mereka.
Rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Nanking menyebabkan hubunagan antara China dgn kuasa2 Barat
bertambah buruk.
Sejarah Dunia

5. Perdagangan Candu
Salah satu faktor yang mencetuskan permusuhan antara China dengan kuasa2 Barat ialah perdagangan
candu.
China mengambil tindakan mengharamlan perdagangan candu selepas Perang Candu Pertama.
Namun demikian, kuasa2 Barat masih meneruskan perdagangan candu kerana mendapatkan keuntungan yg
lumayan.
Sikap kuasa2 Barat yg mengaut keuntungan melalui perdagangan candu menimbulkan rasa x puas hati China.

6. Penyemakan semula perjanjian


Kuasa2 Barat x puas hati terhadap China kerana enggan menyemak semula perjanjian2 yang telah dimeterai.
China enggan menyemak semula perjanjian dengan alasan syarat2 perjanjian tersebut berat sebelah.
China berpendapat, perjanjian2 tersebut dipaksa terhadap mereka dan harus dibatalkan.
Pada tahun 1854, British berpendapat China harus menyemak semula Perjanjian Nanking.
Perbincangan yg diadakan atr perwakilan British, Perancis & Amerika Syarikat dgn China menemui kegagalan.
Perkembangan ini menyebabkan pedagang British mendesak agar kerajan memaksa China untuk menyemak
semula perjanjian.

7. Pembunuhan mubaligh Perancis


Pada bulan Februari 1856, seorang mubaligh Perancis, iaitu Augustus Chapdelaine dijatuhi hukuman bunuh
oleh China.
Mubaligh tersebut dituduh menghasut orang Cina supaya memberontak terhadap kerajaan.
Pembunuhan mubaligh tersebut menyebabkan Maharaja Napoleon III bertindak menggunakan kekerasan
terhadap China.

8. Peristiwa Lorcha Arrow


Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Kedua ialah peristiwa kapal Lorcha Arrow.
Pada 8 Oktober 1856, ketika kapal tersebut berlabuh di pelabuhan Canton, anggota polis China telah
memberkas 12 orang anak kapal atas tuduhan penyeludupan dan pelanunan.
Sir Harry Parkes menuntut supaya orang tawanan tersebut dibebaskan dan China memohon maaf atas
kejadian tersebut.
Pada 22 Oktober 1856, anak2 kapal tersebut dibebaskan tetapi China enggan meminta maaf atas peristiwa
tersebut.
British mengambil kesempatan ini untuk melancarkan serangan ke atas China.

Kesimpulan
- Perang Candu Kedua berakhir apabila China menyerah kalah dan terpaksa menandatangani Konvensyen Peking
apda 24 Oktober 1860.
- Konvensyen Peking telah menyebabkan kedaulatan dan maruah China tercabar.
Sejarah Dunia

4.15 (Oxford Lama)

Jelaskan secara kritis kesan Perang Candu Pertama (1839-1842) dalam bidang politik dan ekonomi

Pendahuluan

Perang Candu Pertama juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China Pertama.


Peperangan ini tercetus ekoran pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan.
Peperangan ini meletakkan asas untuk kuasa2 Barat bertapak dan mengukuhkan kedudukan mereka di China.
Peperangan ini meninggalkan kesan yg amat mendalam dalam bidang politik dan ekonomi.

Isi-isi Penting

1. Kesan Politik
a) Kedaulatan negara terjejas
Perang Candu Pertama menjejaskan maruah dan kedaulatan China
China terpaksa menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa2 Barat
Melalui perjanjian tersebut, China terpaksa memberi konsesi kepada kuasa2 Barat.
China terpaksa akur kepada tekanan dan desakan dpd kuasa2 Barat.

b)Perjanjian dengan kuasa2 Barat


Selain Perjanjian Nanking, China terpaksa menandatangai perjanjian2 lain dengan kuasa2 Barat.
Antara perjanjian yang ditandatangani oleh China dengan kuasa2 Barat ialah Perjanjian Tambahan
Bogue (British), Perjanjian Wanghia (Amerika Syarikat) dan Perjanjian Whampoa (Perancis).
China juga terpaksa menandatangani perjanjian dengan Norway, Sweden dan Rusia.
Perjanjian2 ini dipaksa oleh kuasa2 Barat terhadap China.

c) Dasar tutup pintu tamat


Perjanjian Nanking menyebabkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China tamat.
Sebaliknya, China terpaksa buka pintu kepada kuasa2 Barat yang ingin menjalankan aktiviti
perdagangan dengan bebas tanpa sekatan.
China terpaksa menjalin hubungan politik, ekonomi dan undang2 dgn kuasa2 Barat berdasarkan prinsip
sama taraf.

d)Kemerosotan kerajaan Manchu


Perang Candu Pertama menyebabkan kerajaan Manchu mengalami kemerosotan yg amat ketara.
Kekalahan China dalam perang tersebut menunjukkan bahawa kerajaan Manchu tidak mempunyai
keupayaan untuk menghadapi kemaraan kuasa2 barat.
Kelemahan kerajaan Manchu menyebabkan rakyat mula menentang kerajaan hingga tercetusnya
Pemberontakan Taiping.

e) Kemunculan Gerakan Menguatkan Diri


Perjanjian Nanking menunjukkan kelebihan kuasa2 Barat dalam bidang sains dan teknologi.
Perjanjian ini menyedarkan rakyat China tentang kepentingan menguasai ilmu pengetahuan dari Barat.
Kesedaran ini membangkitkan minat rakyat China untuk memulakan Gerakan Menguatkan Diri
Sejarah Dunia

2. Kesan Ekonomi
a) Monopoli Co-hong dimansuhkan
China bertindak memansuhkan monopoli perdagangan oleh Co-hong.
Perkembagan ini menyebabkan pedagang2 asing dapat menjalankan perdagangan dengan bebas.

b)Muncul golongan pedagang baru


Penghapusan Co-hong menyebabkan muncul golongan pedagang baru di China.
Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan.
Perkembangan ini menyebabkan muncul sistem ekonomi moden menggantikan sistem eknomi
tradisional.

c) Perniagaan candu meningkat


Perniagaan candu meningkat secara mendadak selepas Perang Candu Pertama.
Perjanjian Nanking yang menamatkan Perang Candu Pertama tidak menyentuh tentang sekatan
terhadap perdagangan candu.
Keadaan ini menyebabkan jumlah candu yang dibawa masuk ke China oleh pedagang Barat semakin
meningkat.

d)Ekonomi China terjejas


Syarat2 Perjanjian Nanking yang berat sebelah menyebabkan ekonomi China terjejas.
Pengaliran keluar wang perak yang banyak menyebabkan China mengalami imbangan perdagangan
negatif.
Selain itu, ekonomi China terjejas ekoran kemasukan barangan buatan Barat secara berleluasa.
Barangan buatan China tidak mampu menyaingi barangan keluaran Barat kerana barangan dari Barat
lebih bermutu dengan harga yang murah.
Di samping itu, penguasaan ekonomi oleh orang asing juga telah menyebabkan pengusaha2 temaptan
kehilangan sumber pendapatan.

e) Konsep perdagangan bebas diterima


China terpaksa akur dengan desakan kuasa2 Barat yang mahu menjalankan perdagangan dengan bebas.
Selepas Perang Candu Pertama, lima buah pelabuhan dibuka kepada pedagang2 asing.
Malah, kuasa2 barat juga memaksa China menetapkan kadar cukai import dan eksport.

Kesimpulan
- Perang Candu Pertama menandakan kerajaan Manchu mula mengalami kemerosotan.
- Selepas peperangan tersebut, kuasa2 Barat mula mengukuhkan kedudukan mereka di China.
- Perkembangan ini menimbulkan rasa tidak puasa hati China sekali gus mengeruhkan hubungannya dengan
kausa2 Barat.
- Hubungan yang semakin renggang menjadi asas kepada tercetusnya Perang Candu Kedua.
Sejarah Dunia

3.13 (pelangi)

Charles Louis Montesquie telah menghasilkan karya-karya yang membawa banyak perubahan
kepada landskap politik di Eropah pada abad ke-19 masihi. Bincangkan.

Pendahuluan

Charles Louis Montesquie dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari 1689.
Montesquei merupakan ulusan undang-undang dari Universiti Cordeaux dan Berjaya menjadi peguam pada
1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan dan idea semasa
Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sebagai Presiden Parlimen Bordeaux
menggantikan bapa saudaranya.
Antara karya beliau ialah The Considerations on thae Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans
(1734) dan Letters Persanes (1721). Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang
diterbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad
ke-19.

Isi-isi Penting

3. Ketiadaan pemimpin yang cekap

Penyingkiran Putera Kung berlaku pada tahun 1875 kerana tidak mendapat sokongan istana.
Malahan, kerajaan pusat juga tidak memberi bantuan dan kerjasama keapda gabenor-gabenor wilayah yang
menjalankan pemodenan kerana Maharani Dowager yang memegang tampuk pemerintahan adalah bersifat
anti-pemodenan.

Tentangan golongan Konservatif

Golongan konservatif di istanan Ching menyingkirkan Putera Kung


Dalam masa yang sama, golongan sarjana dan pegawai-pegawai kerajaan China tidak menyokong program
pemodenan kerana mereka dikongkong oleh adat resam tradisional dan ajaran Confucius.
Pegawai kerajaan China tidak menyokong program pemodenan yang dilakukan oleh kerajaan wilayah.
Pemimpin-pemimpin di peringkat wilayah seperti Li Hung-Chang, Tseng Kuo Fan dan Tso Tsung Tang tidak
memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat.

Masalah kewangan

Permasalahan kewangan ini adalah disebabkan oleh malapetaka alam yang menimpa negara China seperti
banjir dan kemarau yang melanda pada tahun 1840-an.
Maka banyak bagi peruntukan kewangan disalurkan kepada perbelanjaan bagi menangani bencana alam ini.
Kerajaan China pula dalam masa yang suntuk terpaksa memperuntukkan perbelanjaan dalam menangani
peperangan dan pemberontakan yang berlaku.
Kerajaan juga terbeban dengan pembayaran ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat selepas kekalahan dalam
Prang Candu Pertama dan Perang Candu Kedua.
Sejarah Dunia

Pemerintahan Maharani Dowager pula membelanjakan wang yang dikutip unutk memodenkan negara bagi
mengindahkan istananya.

Pemodenan terhad.

Kerajaan China tidak bersedia unutk melakukan pembaharuan radikal bagi memodenkan negara.
Malahan juga tidak bersedia untuk melakukan rombakan serta menyusun semula institusi-institusi tradisional
bagi memodenkan negara secara keseluruhannya.
Pemodenan yagn dilakukan adalah dengan hanya meminjam teknologi Barat dalam bidang ketenteraan dan
teknologi sahaja.

Kelemahan Kerajaan Manchu

Kerajaan Manchu tidak mempunyai system pentadbiran yang teratur dan sistermatik.
Malahan tidak dapat mengawal amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasa dalam kalangan
pegawai-pegawai kerajaan.
Ditambah pula dengna penyalahgunaan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan
program pemodenan.

Kesimpulan
- Kegagalan China dalam usaha Gerakan Menguatkan Diri ini jelas disebabkan pemodenan yang tidak menyeluruh
dan tidak mendapat kerjasama dari pentadbiran istana.
- Keadaan ini membawa kepada kejatuhan pemerintahan Manchu apabila China terus diperkotak-katikkan oleh
Barat.
Sejarah Dunia

4.15

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) di China


menemui kegagalan.

Pendahuluan

Gerakan Menguatkan Diri dilaksanakan dengan tujuan membendung kemaraan dan penguasaan kuasa Barat
dan menghalang pemberontakan dalaman Kerajaan China pada tahun 1860-an.
Kerajaan pusat dan pegawai-pegawai di peringkat wilayah ingin menguatkan negara dengan meinjam unsur-
unsur tamadun Barat.
Antara bidang yang mengalami pembaharuan adalah hubungan diplomatic, pendidikan, ketenteraaan,
ekonomi dan pentadbiran.
Namun, Gerakan Menguatkan Diri ini tidak Berjaya dilaksanakan sepenuhnya di China atas pelbagai faktor.

Isi-isi Penting

4. Ketiadaan pemimpin yang cekap

Penyingkiran Putera Kung berlaku pada tahun 1875 kerana tidak mendapat sokongan istana.
Malahan, kerajaan pusat juga tidak memberi bantuan dan kerjasama keapda gabenor-gabenor wilayah yang
menjalankan pemodenan kerana Maharani Dowager yang memegang tampuk pemerintahan adalah bersifat
anti-pemodenan.

Tentangan golongan Konservatif

Golongan konservatif di istanan Ching menyingkirkan Putera Kung


Dalam masa yang sama, golongan sarjana dan pegawai-pegawai kerajaan China tidak menyokong program
pemodenan kerana mereka dikongkong oleh adat resam tradisional dan ajaran Confucius.
Pegawai kerajaan China tidak menyokong program pemodenan yang dilakukan oleh kerajaan wilayah.
Pemimpin-pemimpin di peringkat wilayah seperti Li Hung-Chang, Tseng Kuo Fan dan Tso Tsung Tang tidak
memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat.

Masalah kewangan

Permasalahan kewangan ini adalah disebabkan oleh malapetaka alam yang menimpa negara China seperti
banjir dan kemarau yang melanda pada tahun 1840-an.
Maka banyak bagi peruntukan kewangan disalurkan kepada perbelanjaan bagi menangani bencana alam ini.
Kerajaan China pula dalam masa yang suntuk terpaksa memperuntukkan perbelanjaan dalam menangani
peperangan dan pemberontakan yang berlaku.
Kerajaan juga terbeban dengan pembayaran ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat selepas kekalahan dalam
Prang Candu Pertama dan Perang Candu Kedua.
Pemerintahan Maharani Dowager pula membelanjakan wang yang dikutip unutk memodenkan negara bagi
mengindahkan istananya.
Sejarah Dunia

Pemodenan terhad.

Kerajaan China tidak bersedia unutk melakukan pembaharuan radikal bagi memodenkan negara.
Malahan juga tidak bersedia untuk melakukan rombakan serta menyusun semula institusi-institusi tradisional
bagi memodenkan negara secara keseluruhannya.
Pemodenan yagn dilakukan adalah dengan hanya meminjam teknologi Barat dalam bidang ketenteraan dan
teknologi sahaja.

Kelemahan Kerajaan Manchu

Kerajaan Manchu tidak mempunyai system pentadbiran yang teratur dan sistermatik.
Malahan tidak dapat mengawal amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasa dalam kalangan
pegawai-pegawai kerajaan.
Ditambah pula dengna penyalahgunaan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan
program pemodenan.

Kesimpulan
- Kegagalan China dalam usaha Gerakan Menguatkan Diri ini jelas disebabkan pemodenan yang tidak menyeluruh
dan tidak mendapat kerjasama dari pentadbiran istana.
- Keadaan ini membawa kepada kejatuhan pemerintahan Manchu apabila China terus diperkotak-katikkan oleh
Barat.
Sejarah Dunia

4.19 (Pelangi)

Gerakan 4 Mei dicetuskan oleh ketidakstabilan politik di China. Jelaskan.

Pendahuluan

Demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti Peking pada 4 Mei 1919.
Gerakan ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat China terhadap kegiatan imperialisme yang berlaku
di China.
Pada 4 Mei 1919, seramai 5 000 pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan demonstrasi
membantah keputusan Perjanjian Versailles.
Demonstrasi ini mendapat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat China.

Isi-isi Penting

Ketidakstabilan Politik

Pemimpin China gagal membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dengan program-program pembangunan
yang membangunkan negara akibat tiada persefahaman.
Perselisihan faham antara Presiden Yuan Shih-Kai dengan Dr. Sun Yat Sen memburukkan politik China.
Keadaan semakin meruncing dengan munculnya zaman hulubalang selepas kematian Yuan Shih-Kai.

Golongan Saudagar dan Pekerja

Golongan saudagar yang mengusahakan perindustrian besi dan keluli tidak puas hati dengan pergolakan
politik yang berlaku di China dan juga amalan rasuah serta penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-
pegawai kerajaan.
Situasi yang wujud ini menyebabkan permintaan bekalan besi dan keluli terjejas.

Perkembangan Intelektualime

Antara tahun 1903 hingga 1919, semakin ramai pelajar China dari luar negara pulang ke tanah air. Mereka
mula menyedari pelbagai kepincangan yang berlaku di dalam negara mereka dan telah mengatur langkah
unutk melaksanakan pembaharuan bagi pembangunan negara.
Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dari Perancis.

Faktor Luar negeri

Situasi luar negara juga menjadi penyumbang keapda gerakan ini.


Peristiwa penting yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada tahun
1917. Kejayaan Revolusi Bolshevik menggulingkan kerajaan Tsar dan membentuk sebuah kerajaan yang
moden telah menjadi inspirasi.
Selan itu, revolusi social yang tercetus di Finland, Jerman, Sustralua dan Hungary turut memperngaruhi
pencetusan Gerakan 4 Mei.
Sejarah Dunia

Wilayah Shantung

Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung dari Jerman pada Pernag Dunia Pertama dan menempatkan
pasukan tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut. Jepun telah mengalahkan JErman di
Shantung dan merampas konsesi Jerman di Shantung.
Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan 21 Perkara untuk dilaksanakan oleh China dan
menjadikan negara China sebagai protektorat Jepun.
Antara perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut ialah China tidak menyerahkan atau memajak
mana-mana wilayahnya kepada kuasa ketiga, China dikehendaki melantik penasihat-penasihat Jepun dalam
bidang kewangan, ketenteraan dan pasukan polis dan China harus menerima keputusan yang dicapai oleh
Jepun dengan Jerman berhubung dengan hak-hak Jerman di wilayah Shantung.

Kesimpulan
- Pelbagai faktor yang mendorong tercetusnya Gerakan 4 Mei.
- Gerakan ini meninggalkan kesan positif terhadap pergerakan politik di China, membawa kepada kemunculan
Parti Komunis China dan akhirnya penubuhan Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.
Sejarah Dunia

4.20

Ketidakpuasan terhadap Perjanjian Versailles telah membawa kepada berlakunya Perang Dunia
Kedua. Bincangkan.

Pendahuluan

Perang Dunia Kedua berlaku sekitar tahun 1939 hingga 1945.


Perang ini melibatkan dua pihak, iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan
Rusia serta Pakatan Paksi yang disertai oleh Jerman, Itali dan Jepun.

Isi-isi Penting

1. Rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles


Pemimpin dan penduduk Jerman tidak puas hati terhadap syarat-syarat Perjanjian Versailles yang
menyebabkan Jerman kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahan luar negara.
Mereka juga menganggap perjanjian tersebut tidak adil dan menjejaskan maruah serta kedaulatan negara.
Kesannya, membentuk tentera dan melaksanakan kerahan tentera.
Buktinya, pada rahun 1938, Hitler mara ke Austria dan menaklukinya dengan mudah pada bulan Mei 1938,
Sudetenland di Czechoslovakia dan pada bulan Mei 1939, seluruh Czechoslavakia dikuasai oleh Jerman.
Jelas, rasa ketidakpuasan terhadap syarat-syarat perjanjian Versailles merupakan factor utama tercetusnya
Perang Dunia Kedua.

2. Kemunculan Adolf Hitler


Adolf Hitler memulihkan semangat kebangsaan dengan menghapuskan syarat-syarat Perjanjian Versailles.
Beliau juga membangunkan Jerman sebagai kuasa besar dengan menubuhkan angkatan tentera darat,
laut dan udara yang dilengkapi dengan senjata canggih.
Pada bulan Oktober 1934, Hitler menarik Jepun keluar dari Ikatan Bangsa serta melancarkan perluasan
kuasa. Menakluki pada bulan Mei 1938, menubuhkan Kesatuan Jerman Austria pula dinamakan sebagai
Anchkuss. Seterusnya, Sudetenland di Czechoslavakia. Pada bulan Mei 1939, seluruh Czechoslavakia
dikuasai oleh Jerman.
Hitler telah menuntut Bandar Danzig dan Polish Corridor diserahkan keapda Jerman supaya mempunyai
tempat yang lebih besar untuk hidup dan pelabuhan bebas tetapi ini telah ditolak.
Pada 1 September 1939, tentera Jerman telah melanggar Poland, keadaan ini telah memaksa Britain dan
Prancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman, dengan ini bermulalah Perang Dunia Kedua.

3. Kepentingan Imperialisme
Dasar imperialisme Jerman, Itali dan Jepun telah mendorong peperangan untuk menguasai tanah-tanah
jajahan.
Jerman melancarkan peperangan menawan Rhineland, Austria, dan Czechoslovakia.
Itali menguasai Habsyah dan Albania manakala Jepun menawan Manchuria (China) pada tahun 1932.

4. Kemunculan ideologi baru


Kemunculan fahaman Fasisme dan Nazisme merupakan factor yang menyebabkan tercetusnya Perang
Dunia Kedua.
Perkembangan Fasisme di Itali menyebabkan negara tersebut menjalankan dasar imperialisme.
Perkembangan Nazisme menyebabkan muncul semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Jerman.
Sejarah Dunia

Kemunculan Fasisme melahirkan semangat nasionalisme melampau yang menyebabkan tercetusnya


Perang Dunia Kedua.

5. Kebangkitan golongan tentera di Jepun


Nasionalisme melampau atau Ultranasionalisme telah meresap di Jepun.
Kemunculan nasionalisme dalam kalangan tentera telah membawa kepada rampasan kuasa pemerintahan
dan menjalankan dasar peluasan kuasa bagi mendapatkan tanah-tanah jajahan.
Ditambah pula dengan tindakan Jeun menguasai Manchuria (China) turut memainkan peranan dalam
mencetuskan Pernag Dunia Kedua.

6. Kemelesetan ekonomi
Jerman mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk sehingga sukar memasarkan hasil pertania dan
kadar pengangguran tinggi selepas Perang Dunia Pertama.
Hal in membawa sokongan rakyat ke atas dasar ketenteraan Hitler yang menawan Austrian dan
Czechoslovakia uneuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi Jerman.
Penyerahan tanah jajahan Jepun selepas tamatnya Perang Dunia Pertama telah menyebabkan Jepun
menghadapi kekurangan bahan mentah.
Oleh itu, di bawah kepimpinan tentera melancarkan keganasan dan penjajahan dengan menggunakan
slogan Asia untuk Orang Asia. Pada tahun 1931 dan tahun 1933, Jepun menyerang Manchuria dan China
Utara walaupun dibantah oleh China dan Rusia.

7. Kegagalan Liga Bangsa


Liga Bangsa gagal memainkan peranan dengan berkesan bagi menyekat peperangan.
Liga Bangsa gagal menyekat Jerman, Jepun, dan Itali meluaskan kuasa dan menakluk megara-negara lain
dan membawa kepada Perang Dunia Kedua.

Kesimpulan
- Jeals bahawa ketidakpuasan terhadap Perjanjian Versailles telah membawa keapda berlakunya Perang Dunia
Keuda dan ditambah dengan pelbagai factor lain.
- Perang ini membawa kepada perubahan sepmadan dan kuasa besar dunia yang baru muncul.
Sejarah Dunia

3.13 (Oxford Lama)

Analisiskan perubahan2 yang berlaku terhadap ekonomi pada Zaman Pencerahan.

Pendahuluan

Selepas Gerakan Renaisans berakhir, bermula perkembangan dalam bidang intelektual di Eropah Barat.
Perkembangan dalam bidang intelektual menyebabkan bermulanya zaman yang dikenali sebgai Zaman
Pencerahan.
Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh tokoh2 pemikir dlm bidang
politik, ekonomi dan sosial.
Tokoh pemikir ekonomi mengemukakan pelbagai pandangan bagi membangunkan ekonomi negara bangsa.
Ekoran dpd itu, para pemerintah melakukan perubahan dalam bidang ekonomi bagi membangunkan negara
masing2.

Isi-isi Penting

1. Memajukan sector pertanian


Kerajaan mengambill langkah2 memajukan bidang pertanian.
Langkah2 telah diambil bagai membersihkan kawasan berpaya dan membuka kws2 baharu bagi menjalankan
aktiviti pertanian.
Kerajaan menempatkan golongan imigran utk mengusahakan kws2 yg baharu diteroka.
Selain itu, kaedah pertanian baharu turut diperkenalkan bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Kerajaan juga memperkenalkan tanaman baharu dan kaedah penterakan yang lebih baik.

2. Menghapuskan serfdom
Kerajaan menghapuskan system perburuhan serfdom yang dianggap tidak ekonomik.
Para pemerintah di Eropah Timur dan Eropah Tengah mengambil langkah2 untuk menghapuskan system ini.
Raja2 di Eropah berjaya menghapuskan system ini dalam wilayah masing2.

3. Menggalakkan Perindustrian
Langkah2 diambil utk menghapuskan segala bentuk sekatan yg dikenakan demi membangunkan sector
perindustrian.
Antara langkah2 yang diambil bagi membangunkan perindustrian ialah menghapuskan monopoli persatuan;
keistimewaan provinsi; imuniti bandar; dan peraturan merkantil negara.
Kerajaan juga menggalakkan penubuhan syarikat dengan mendapatkan modal dpd institusi perbankan.
Langkah2 spt menjamin, mengadakan system timbangan dan mata wang yagn seragam turut diambil oleh
kerajaan.

4. Perdagangan bebas
Kerajaan juga mengamalkan dasar perdagngan bebas bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh yg demikian, kerajaan menghapuskan sekatan kastam yg dikenakan bagi perdagngan dlm negeri dan
antara bandar.
Sejarah Dunia

5. Memajukan masyarakat tani


Pemerintah pada Zaman Pencerahan juga mengambil langkah utk melahirkan masyarakat tani yg bebas,
maju dan dinamik.
Mereka memasarkan barangan yang dihasilkan oleh petani.
Mereka juga mendapatkan hak untuk petani meninggalkan manor dalam usaha melibatkan diri dalam
industry bandar.

Kesimpulan
- Berdasarkan huraian di atas, tenyata Zaman Pencerahan menyaksikan perubahan dalam bidang ekonomi.
- Para pemerintah menjalankan pelbagai usaha bagi membangunkan sector pertanian dan perindustrian di negara
masing2.

1.2 (Oxford Lama)


Sejarah Dunia

Bincangkan faktor2 yang mendorong kemajuan yang dicapai oleh masyarakat agraria di China
pada abad ke-16 dan abad ke-17.

Pendahuluan

Menjelang abad ke-16 dan abad ke-17, berlaku kemajuan yagn pesat dalam bidang pertanian di China.
Masyarakt di China merupakan masyarakat agrarian yang telibat dalam aktiviti bercucuk tanam secara kecil-
kecilan.
Mereka menjalankan kegiatan ekonomi bercorak sara diri.
Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh beberapa factor.

Isi-isi Penting

1. System pentadbiran tanah


Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh system pentadbiran tanah yagn cekap.
Menjelang Zaman Ching, tanah pertanian ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja.
Semasa pemerintahan Maharaja Jiaqing, jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta Mu.
Kawasan pertanian yg dimiliki oleh golongan bangsawan ialah 1.3 juta Mu.

2. System percukaian
Terdapat system percukaian yg sistematik dan teratur di China.
Petani2 yg tidak memiliki tanah dikehendaki menyewa tanah dpd tuan tanah.
Petani2 dikehendaki membayar sejumlah wang sebagai sewa tanah kepada tuan tanah.
Menjelang Zaman Ming-Ching, petani2 membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian.
Petani2 dikehendaki menyerahkan 50-60% dpd hasil pertanian sbg cukai.
Pada tahun 1581, system cukai baharu yg dikenali sbg cukai tunggal diperkenalkan.
Mengikut system cukai tersebut, rakyat tidak perlu membayar pelbagai jenis cukai.
Mereka hanya dikehendaki membayar satu jenis cukai sahaja dan membayarnya dalam bentuk wang perak.

3. System pengairan
Kemajuan dalam pertanian disebabkan oleh perkembangan dalam reknologi pengairan.
Petani2 mempunyai kemahiran membina terusan dan mengawal aliran sungai.
Terusan dibina utk menyalurkan air bagi mengairi kawawan peratanian dan mengawal banjir.
Mereka mempunyai kemahiran membina ters di lereng2 bukit utk penanaman padi.
Selain itu, mereka juga menggunakan pam yg digerakkan dengan menggunakan tenaga binatang atau
manusia utk mengepam air ke kawasan pertanian.
Empangan juga dibina untuk membekalkan air yang mencukupo bagi mengairi kawasan pengairan.
Projek2 pengairan juga dijalankan oleh pemerintah bagi mengairi kawasan pertanian.

4. Kemajuan dalam teknologi pertanian


Kemajuan dalam teknologi pertanian menyebabkan pelbagai jenis peralatan baharu dicipta.
Tenggala penabur benih diperkenalkan utk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah.
Sejarah Dunia

Tenggala penabur benih juga digunakan untuk menabur benih dalam barisan yg lurus.
Selain tenggala, peralatan lain spt penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda dicipta.
Kereta sorong beroda dua dicipta utk memudahkan petani mengangkut hasil pertanian.

5. Pengenalan kaedah baharu pertanian


Petani2 di China turut memperkenalkan kaedah baharu dalam pertanian.
Pengenalan kaedah baharu menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
Antara kaedah baharu yang diperkenalkan ialah system penanaman bergilir yang telah diamalkan di China
sejak zaman Han.
Selain itu, system penanaman dua pusingan dan pengkhusussan pengeluaran diamalkan.
Penggunaan kaedah2 baharu menyebabkan tanah2 baharu dapat diteroka bagi menjalankan aktiviti
pertanian.

Kesimpulan
- Menjelang abad ke-16 dan ke-17, pertanian merupakan sumber ekonomi utama masyarakat di China.
- Kemajuan dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baharu dalam pertanian menyebabkan berlaku
peningkatan dalam pengeluaran.

1.2 (Oxford Lama)


Sejarah Dunia

Jelaskan faktor2 yang mendorong kemunculan masyarakat industry di Jerman pada abad ke-19.

Pendahuluan

Masyarakat industry merujuk kpd masyarakat yg terlibat dalam bidang perindustrian


Masyarakat industry terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
Kemunculan masyarakat industry bermula dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di England.
Menjelang abad ke-19, Revolusi Perindustrian tersebar dan berkembang dengan pesat di Jerman.
Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat industri di Jerman.

Isi-isi Penting

1. Penyatuan Jerman, 1871


Penyatuan Jerman pada tahun 1871 memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industry di Jerman.
Selepas penyatuan Jerman, kerajaan memberi perlindungan dalam bidang perindustrian.
Malah, kerajaan juga turut memberi galakkan kepada perkembangan sector tersebut.
Perkembangan ini memainkan peranan dalam kelahiran masyarakat industry di Jerman.

2. Kemajuan pertanian
Kemajuan dalam bidang pertanian memainkan peranan dalam melahirkan industry di Jerman.
Perkembangan pesat dalam bidang pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi pertanian.
Penemuan kaedah2 saintifik telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
Pengguanaan kaedah pertanian saintifik meletakkan asas bagi kelahiran masyarakat industry Jerman.

3. Pengenalan system guild


System guild memainkan peranan melahirkan pekerja2 industri yang mempunyai kemahiran
Pekerja2 dikehendaki bekerja dan menimba pengalaman dalam sesebuah guild sebelum melibatkan diri
dalam pekerjaan.
System guild telah melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang industry.
Walau bagaimanapun, keistimewaan dan monopoli yang dimiliki oleh guild dihapuskan melalui Peraturan,
1811.

4. Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar


Kemunculan masyarakat industry didorong oleh penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar.
Selepas penyatuan Jerman, ramai penduduk dari kawasan luar bandar berhijrah ke bandar2 besar.
Perkembangan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam bilangan penduduk di bandar.
Kebanyakan dpd penduduk yg tinggal di bandar bekerja dalam sector perindustrian.

5. Dasar kerajaan
Pada tahu 1879, Jerman bertindak menamatkan dasar perdagangan bebas.
Selaras dengan perubahan ini, kerajaan mula memberi perlindungan kepada sektorperindustrian.
Perubahan dalam dasar ini turut melahirkan ramai golongan pekerja industry di Jerman.
Sejarah Dunia

6. Penubuhan institusi koperatif


Penubuhan institusi koperatif memainkan peranan dalam kelahiran masyarakat industry.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada penduduk di kawasan
luar bandar.
Bantuan kewangan yang diberi menyebabkan banyak industry yang muncul di Jerman.
Perkembangan ini meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industry di Jerman.

Kesimpulan
- Terdapat beberapa factor yang mendorong kemunculan masyarakat industry di Jerman.
- Masyarakat industry memberi sumbangan dalam membangunkan sector perindustrian di negara tersebut.
- Perkembangan ini menyebabkan Jerman mengumgguli negara2 lain dalam bidang perindustrian.

Anda mungkin juga menyukai