Anda di halaman 1dari 12

Masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17 adalah masyarakat pertanian. Bincangkan.

Pendahuluan

Masyarakat agraria merupakan sebuah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan
pemungutan hasil hutan serta sungai. Tempat tinggal masyarakat agrarian adalah di sekitar kawasan tanah
pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Pada abad ke-16 hingga abad ke-17,
masyarakat agraria di Belanda adalah maju dan giat berkembang.

Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda adalah pertanian dan penternakan. F
Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan bijirin spt barli, C
gandum dan oat.
Masyarakat petani pada abad ini mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasar tempatan H
dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda.
Di samping itu, kegiatan penternakan juga dijalankan dan masyarakat Belanda juga melibatkan diri dalam H+C
industri tenusu seperti industri menghasilkan mentega dan keju.
Sesungguhnya, masyarakat agraria di Belanda giat melibatkan diri dalam bidang pertanian dan PI
penternakan pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

Memandangkan kegiatan utama masyarakat agrarian adalah pertanian dan penternakan maka F
petempatan masyarakat tersebut tertumpu di kawasan lembah sungai yang subur.
Mendapan tanah lanar yang subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi tumpuan masyarakat H
agrarian.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah seperti wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect. C
Tegasnya, petempatan masyarakat agraria di kawasan lembah sungai memudahkan kegiatan pertanian PI
dijalankan.

Selain itu, peranan masyarakat agraria sebagai sebuah masyarakat pertanian boleh dilihat melalui F
kemahiran pengairannya.
Masyarakat tersebut mempunyai pengetahuan membina terusan, kolam, takungan air, dan tali air bagi C
mengairi kawasan pertanian.
Kemajuan dalam sistem pengairan menyebabkan kegiatan pertanian dapat dijalankan dengan intensif. H
Contohnya, kincir angin yang didirikan dapat mengalirkan air dpd tanah yang ditebus guna untuk tujuan H+C
pertanian.
Jelaslah bahawa kemahiran dalam pengairan telah melahirkan masyarakat pertanian di Belanda. PI

Tambahan pula, masyarakat agrarian di Belanda mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan F


tanahnya.
Masyarakat agraria Belanda mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah. H
Misalnya, baja asli dpd binatang ternakan di samping kaedah pemugaran tanah untuk mengekalkan C
kesuburan tanah.
Sistem penggiliran tanaman juga diperkenalkan untuk mengekalkan kesubuaran tanah. Antara tanaman C
yang digilirkan adalah tanaman sengkuang, kekacang berselang dan tanaman bijirin.
Tegasnya, pengetahuan memelihara kesuburan tanah di kalangan masyarakat Belanda membawa kepada PI
kelahiran masyarakat pertanian di Belanda.

Di samping itu, masyarakat agraria di Belanda juga mempunyai kemajuan dalam teknologi pertanian. F
Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan yang membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara besar- H
besaran.
Contohnya, peralatan pertanian seperti tugal dan tenggala dicipta untuk memugar dan membajak tanah C
pertanian.
Justeru, kemajuan dalam teknologi pertanian telah melahirkan masyarakat pertanian di Belanda. PI

Kesimpulannya, masyarakat agraria di Belanda mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang pertanian. Pelbagai
jenis peralatan telah dicipta membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran. Kaedah dan
teknik pertanian yang diamalkan oleh masyarakat agraria di Belanda menjadi ikutan petani-petani di negara lain
di benua Eropah.
Huraikan faktor-faktor pembentukan pemerintahan Raja Berperlembagaan di England pada abad ke-17.

Pendahuluan

Sebelum pemerintahan Raja Berperlembagaan di England, England mengamalkan sistem pemerintahan


berkuasa mutlak di bawah Dinasti Tudor. Namun begitu, kekuasaan Raja Dinasti Tudor bukanlah mutlak
sepenuhnya memandangkan baginda berpegang kepada prinsip perbatasan pemerintah yang terkandung dalam
Magna Carta. Walau bagaimanapun, Raja Dinasti Stuart yang mengenepikan Magna Carta ini telah mencetuskan
konflik di kalangan pemerintah dengan parlimen. Perkembangan ini telah meletakkan asas bagi kemunculan
pemerintahan raja berperlembagaan di England.

Antara faktor yang menyumbang kpd pembentukkan pemerintahan raja berperlembagaan di England F
adalah dasar pemusatan kuasa Raja James I.
Raja James I bertindak menegaskan bahawa tidak ada perkongsian kuasa dengan mana-mana institusi H
pemerintahan serta mengenepikan peranan dan suara ahli Parlimen.
Contohnya, Raja James I telah mendokong prinsip Devine Right of Kings bagi mengukuhkan C
kekuasaannya.
Keadaan bertambah parah apabila Raja James I bertindak campur tangan dalam kegiatan ekonomi H+C
dengan memberi hak monopoli dan keistimewaan kepada syarikat yang disukainya. Ini telah
menimbulkan konflik antara baginda dengan golongan saudagar.
Sesungguhnya, dasar pemusatan kuasa Raja James I telah menyumbang kepada pembentukkan PI
pemerintahan raja berperlembagaan di England.

Selain itu, tindakan Raja Charles I yang meneruskan dasar ayahandanya, Raja James I juga merupakan F
penyumbang kepada pembentukkan raja berperlembagaan di England.
Semasa pemerintahan Raja Charles I, hubungan antara raja dengan Parlimen semakin tegang. H
Raja Charles I telah meminggirkan peranan ahli Parlimen dalam pemerintahan dan pentadbiran dan juga H+C
bertindak menahan serta mengepung kediaman ahli Parlimen yang menentangnya.
Walaupun ahli Parlimen mengisytiharkan Petition of Rights bagi mengkritik tindakan raja yang H
memungut cukai tanpa kelulusan Parlimen namun Raja Charles I mengabaikannya.
Tegasnya, tindakan Raja Charles I telah memburukkan lagi hubungan antara raja dengan Parlimen yang PI
kemudian membawa kepada kelahiran raja berperlembagaan di England.

Pertelagahan atr penyokong raja dgn penyokong ahli Parlimen menyebabkan tercetusnya Perang F
Saudara.
Dalam perang tersebut, penyokong ahli Parlimen pimpinan Oliver Cromewell berjaya menewaskan H
tentera Raja Charles I dan membentuk pemerintahan republik di England.
Namun, pemerintahan Cromwell gagal mendapat sokongan rakyat England menyebabkan pemerintahan H
monarki dihidupkan semula.
Buktinya, Raja Charles II telah ditabalkan sbg raja England dgn syarat beliau perlu menghormati Parlimen. H+C
Jelaslah bahawa Perang Saudara yang tercetus telah menjadi asas kepada pembentukan raja PI
berperlembagaan di England.

Wbp, dasar James II yang menghidupkan semula pemerintahan raja mutlak telah menyebabkan F
kedudukan Parlimen terancam.
Contohnya, beliau telah menghidupkan semula prinsip Devine Rights of Kings, menjalankan dasar C
agama prokatolik dan enggan mendukung mazhab Anglican.
Tindakan Raja James II yang mengisytiharkan Declaration of Indulgence tanpa merujuk kepada H
Parlimen telah membimbangkan Parlimen England.
Tegasnya, dasar James II yang menghidupkan semula pemerintahan raja mutlak telah membawa PI
kepada pemerintahan raja berperlembagaan di England.

Ekoran daripada tindakan Raja James II, beliau telah digantikan oleh William of Orange melalui Revolusi F
Cemerlang.
Willam of Orange merupakan suami Mary (anak Raja James II) yang bermazhab Anglican. H
Revolusi Cemerlang membawa kepada pengisytiharan beberapa undang2 oleh Parlimen seperti H+C
keutamaan kuasa Parlimen, hak Parlimen mengutip cukai, raja tidak boleh memansuh atau menggubal
undang-undang tanpa kelulusan Parlimen dan sebagainya.
Justeru, Revolusi Cemerlang telah membawa kepada kelahiran pemerintahan raja berperlembagaan di PI
England.

Kesimpulannya, konflik serta hubungan tegang antara raja dengan ahli Parlimen telah melahirkan sistem
pemerintahan raja berperlembagaan di England. Revolusi Cemerlang bukan sahaja mengembalikan kedaulatan
Parlimen malah ia dapat mengawal kuasa raja dpd bertindak sewenang-wenangnya.
Bincangkan struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat selepas tahun 1783.

Pendahuluan

Orang Inggeris merupakan orang Eropah yang paling akhir menduduki Amerika selepas orang Sepanyol,
Portugis dan Perancis. Atas galakkan Raja England, orang Inggeris mengasaskan beberapa tanah jajahan di
Amerika Utara. Menjelang abab ke-18 Masihi, terdapat 13 buah koloni British di Amerika. Koloni-koloni ini
kemudian bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada orang Inggeris melalui Perang Kemerdekaan. Pada
tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika tamat dan struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat
dibentuk selepas itu.

Selepas mencapai kemerdekaan, 13 buah koloni telah berusaha untuk menggubal satu perlembagaan F
baharu.
Menurut perlembagaan tersebut, badan eksekutif, perundangan dan kehakiman masing2 memainkan H
peranan dalam kerajaan persekutuan Amerika Syarikat.
Pemerintahan di Amerika Syarikat juga berdasarkan konsep pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan H
kerajaan negeri.
Contohnya, kerajaan pusat menguasai pertahanan dan mata wang manakala kerajaan negeri mengawal C
hal2 tempatan.
Sesungguhnya, perlembagaan baharu yang digubal telah mencirikan struktur organisasi kerajaan PI
persekutuan Amerika Syarikat.

Dalam struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, badan eksekutif diterajui oleh F
seorang presiden.
Presiden dipilih sebagai pemimpin untuk tempoh empat tahun. Selepas tamat tempoh ini, presiden boleh H
dipilih semula untuk penggal kedua.
Presiden yang dilantik memainkan peranan penting dalam pentadniran persekutuan Amerika Syarikat. H+C
Contohnya, beliau merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera dan berkuasa menolak menandatangani
sesuatu undang2 yang diluluskan oleh badan perundangan.
Tegasnya, badan eksekutif yang diterajui oleh presiden memainkan peranannya dalam struktur PI
organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat.

Badan perundangan atau Kongres di Amerika Syarikat juga memainkan peranannya dalam struktur F
organisasi kerajaan persekutuan.
Tugas utama badan ini adalah untuk menggubal undang2. Contohya, undang2 syariah, agama, jenayah H+C
dan sebagainya.
Terdapat dua dewan dalam Kongres iaitu Dewan Senat dan Dewan Rakyat. H
Ahli bagi kedua-dua Dewan ini dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Setiap negeri akan memilih dua H
ahli Dewan Senat manakala bilangan ahli Dewan Rakyat adalah bergantung kepada jumlah penduduknya.
Jelaslah bahawa badan perundagan merupakan salah satu ciri dalam struktur organisasi kerajaan PI
persekutuan Amerika Syarikat.

Badan kehakiman di Amerika Syarikat pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah2 lain. F
Badan kehakiman ini merupakah sebuah badan yang bebas dpd kawalan badan eksekutif dan badan H
perundangan.
Buktinya, mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap presiden sekiranya beliau melanggar undang2. C
Tegasnya, badan kehakiman memainkan peranannya dalam struktur organisasi kerajaan persekutuan PI
Amerika Syarikat.
Tambahan pula, struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat selepas tahun 1873 juga boleh F
dilihat melalui amalan pilihan raya yang dijalankan.
Pilihan raya dijalankan bagi memberi kebebasan kepada rakyat memilih pemimpin2 Amerika Syarikat. Ini H
membuktikan bahawa amalan demokrasi diguna pakai di Amerika Syarikat.
Contohnya, melalui pelaksanaan pilihan raya umum, presiden dan ahli2 Kongres Parti Republikan dan C
Federalis telah bertanding untuk memilih presiden.
Justeru, amalan pilihan raya ini menampakkan struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syariakt PI
selepas tahun 1873.

Kesimpulannya, struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat selepas tahun 1873 telah
melahirkan perlembagaan baharu Amerika Syarikat. Perlembagaan tersebut telah menggariskan secara terperinci
badan2 yang memerintah Amerika Syarikat seperti badan eksekutif, perudangan dan kehakiman. Amalan
demokrasi melalui pilihan raya turut membolehkan pemindahan kuasa secara aman.
Nyatakan sumbangan ilmu pada Zaman Pencerahan dalam bidang politik dan ekonomi.

Pendahuluan

Zaman Pencerahan ialah zaman yang mendukung gerakan pemikiran dan kepercayaan yang berkaitan
dengan konsep sebab-musabab, alam dan manusia. Ia adalah satu revolusi intelektual yang melahirkan pemikiran
yang liberal dan moden. Antara tokoh yang muncul pada zaman ini ialah seperti Voltaire, Rousseau, Montesquieu
dan Locke. Zaman ini meninggalkan beberapa kesan dalam bidang politik dan ekonomi.

Dari segi politik, muncul enlightened Despot iaitu raja2 yang ingin memerintah dengan penuh kesedaran F
ekoran perkembangan ilmu pada zaman Pencerahan.
Contohnya, Peter the Great dan Frederich the Great. C
Golongan tersebut percaya bahawa perangai manusia yg mengikut undang2 boleh diaplikasikan dalam H
aspek2 lain spt moral, kerajaan dan ekonomi. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk
mempraktikkan undang2 dgn tegas.
Pemerintah pada zaman tersebut juga menjustifikasikan pemusatan kuasa dan memberikan perhatian H
untuk membaiki taraf hidup manusia melalui kuasa politik yang ada pada mereka.
Sesungguhnya, kemunculan enlightened despot ini merupakan salah satu sumbangan ilmu pada zaman PI
Pencerahan.

Selain itu, pemerintah pada zaman ini juga melaksanakan pemusatan kuasa kerajaan dengan F
menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh pengusaha provinsi.
Pelbagai langkah telah diambil untuk memajukan pendidikan awam dan mewujudkan sistem H
pentadbiran yang efisien.
Contohnya, pegawai2 tradisi telah digantikan dengan birokrat yang terlatih. Jentera pentadbiran moden H+C
juga dibina untuk melicinkan pentadbiran.
Tegasnya, pemusatan kuasa kerajaan pada zaman ini merupakan salah satu sumbangan ilmu pada zaman PI
pencerahan.

Tambahan pula, satu lagi kesan politik zaman Pencerahan adalah reformasi kehakiman. F
Reformasi ini melibatkan pengumpulan kod2 jenayah dan sivil. H
Kod undang2 yang seragam bagi seluruh provinsi berasaskan prinsip rasional diperkenalkan. Contohnya, H+C
penyeksaan dan hukuman berat ditolak oleh pemerintah. Selain itu, mahkamah rayuan juga dibentuk.
Melalui reformasi kehakiman, keistimewaan perundangan yang sebelum ini dinikmati oleh golongan H
tertentu telah dihapuskan dan wujud persamaan undang2 bagi semua rakyat tanpa mengira warna kulit
dan bangsa.
Jelaslah bahawa reformasi kehakiman merupakan salah satu kesan politik zaman Pencerahan. PI

Di samping itu, bidang pertanian juga mengalami perubahan akibat zaman Pencerahan. F
Kerajaan Eropah telah bertindak memaju dan mengembangkan kegiatan pertanian. H
Contohnya, membersihkan kawasan paya, membuka kawasan pertanian baru, mengajar kaedah C
pertaninan baharu dan memajukan tanaman baharu. Pemerintah juga menghapuskan sistem serfdom dan
mendapatkan pasaran yang lebih luas bagi produk tempatan.
Tegasnya, bidang pertanian telah mula berkembang ekoran daripada sumbangan ilmu pada zaman PI
Pencerahan.

Lebih-lebih lagi, perkembangan ilmu pada zaman Pencerahan juga memberi impak dalam bidang F
perindustiran dan perdagangan.
Raja2 menggalakkan perdagangan bebas dan menghapuskan semua bentuk sekatan yang boleh H
menjejaskan ekonomi negara.
Contohnya, sekatan seperti serfdom, persatuan monopoli dan imuniti bandar telah dihapuskan bagi C
membolehkan perdagangan dijalankan secara bebas.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan infrastruktur seperti gudang, jalan raya, terusan pelabuhan dan H+C
sebagainya bagi memudahkan kegiatan ekonomi.
Tegasnya, zaman Pencerahan telah membawa kepada perkembangan dalam bidang perindustrian dan PI
perdagangan.

Kesimpulannya, zaman Pencerahan telah menyumbang kemajuan dalam kehidupan manusia. Zaman ini
juga melahirkan ramai pemikir yang mengemukakan idea2 yang bernas dalam bidang politik, ekonomi dan social.
Idea2 dpd tokoh2 ini telah menyediakan Eropah ke era yang lebih progresif.
Ketidakpuasan terhadap Perjanjian Versailles telah membawa kepada berlakunya Perang Dunia Kedua.

Bincangkan.

Pendahuluan

Perang Dunia Kedua meletus selepas 20 tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama. Perang ini berlaku
sekitar tahun 1939 hingga 1945 yang melibatkan dua pihak iaitu Kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain, Perancis,
Rusia ) dan Kuasa Paksi (Jepun, Jerman, Itali). Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya
perang tersebut dan faktor ketidakpuasan terhadap Perjanjian Versailles merupakan salah satu faktor utamanya.

Kelemahan Perjanjian Versailles telah menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua. F


Selepas Perang Dunia Pertama, Perjanjian Versailles telah ditandatangani menyebabkan Jerman H
kehilangan banyak wilayah di samping membuat bayaran ganti rugi yang tinggi.
Perjanjian ini dianggap tidak adil dan menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman. Kesannya, H
Jerman membentuk dan melaksanakan kerahan tentera.
Buktinya, pada tahun 1936, Jerman berjaya menawan kembali daerah Saar dan Rhineland yang diberikan H
kepada Perancis. Selain itu, Jerman juga bertindak menyerang Poland pada tahun 1939.
Sesungguhnya, rasa ketidakpuasan terhadap syarat2 perjanjian Versailles merupakan faktor utama PI
tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Selain itu, kemunculan Adolf Hitler di Jerman juga membawa kepada berlakunya Perang Dunia Kedua. F
Parti Sosialis Kebangsaan pimpinan Adolf Hitler telah berjaya mengatasi masalah pengangguran dan H
memulihkan keadaan ekonomi di Jerman.
Hitler juga memulihkan semangat kebangsaan rakyat Jerman dengan menghapuskan syarat 2 Perjanjian H
Versailles di samping membangunkan Jerman sebagai kuasa besar.
Contohnya, angkatan tentera darat, udara dan laut telah ditubuhkan di bawah pimpinan Adolf Hitler. C
Tegasnya, tindakan Adolf Hitler telah menimbulkan kebimbangan negara2 Eropah dan meletakkan asas PI
bagi tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, faktor kepentingan imperialisme juga menyumbang kepada tercetusnya Perang Dunia F
Kedua.
Kepentingan imperialisme telah mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan untuk H
menguasai tanah jajahan.
Contohnya, Jerman telah melancarakan peperangan menawan Rhineland, Austria dan Czechoslovakia. C
Itali pula menyerang dan menguasai Habsyah dan Albania manakala Jepun menawan Manchuria.
Jelaslah bahawa atas kepentingan imperialisme, Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939. PI

Di samping itu, kemunculan ideologi baru juga merupakan faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua. F
Ideologi Fasisme di Itali dan juga ideologi Nazisme di Jerman yang muncul mengutamakan kepentingan H
negara dan menekankan dasar perluasan kuasa.
Contohnya, perkembangan ideology Fasisme di Itali menyebabkan negara tersebut menjalankan dasar C
imperialisme untuk meluaskan kuasa manakala perkembangan semangat Nazisme melahirkan semangat
kebangsaan dalam kalangan rakyat Jerman.
Tegasnya, kemunculan ideologi Fasis dan Nazi telah melahirkan semangat nasionalisme melampau yang PI
menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Lebih-lebih lagi, kegagalan Liga Bangsa juga membawa kepada berlakunya Perang Dunia Kedua. F
Liga Bangsa ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan dunia dan memastikan syarat perjanjian damai H
dipatuhi.
Namun, Liga Bangsa gagal memainkan peranan denan berkesan bagi menyekat peperangan. H
Ini dapat dilihat apabila Liga Bangsa gagal menyekat pencerobohan Jerman, Jepun dan Itali ke atas negara C
lain.
Tegasnya, kegagalan Liga Bangsa dalam menjaga keamanan dunia telah menyumbang kepada PI
berlakunya Perang Dunia Kedua.

Kesimpulannya, ketidakpuasan terhadap Perjanjian Versailles telah membawa kepada berlakunya Perang
Dunia Kedua di samping faktor-faktor yang lain. Perang tersebut menyaksikan kerakusan pemimpin2 negara
tertentu yang cuba bertindak menyaingi antara satu sama lain. Peperangan tersebut telah meninggalkan banyak
kesan sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun social.
Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911.

Pendahuluan

Revolusi China 1911 merupakan satu gerakan untuk menggulingkan dinasti Manchu kerana wujud
kepercayaan di kalangan orang Cina bahawa dinasti ini telah kehilangan mandat untuk memerintah negara.
Revolusi China berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja Hsuan-tsung turun daripada takhta
pada 12 Februari 1912. Dr Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam memimpin dan menggerakkan
revolusi di China.

Peranan Dr Sun Yat Sen dalam Revolusi China dapat dikesan dpd penubuhan pertubuhan2 revolusioner. F
Contohnya, pertubuhan Hsing Chung-hui yang ditubuhkan di Honolulu, Hawaii pada tahun 1894. C
Matlamat utama pertubuhan ini adalah untuk mendapatkan sokongan dpd rakyat untuk menggulingkan H
kerajaan Manchu.
Pertubuhan Hsing Chung-hui ini menerima sokongan padu dpd orang Cina di seberang laut untuk H
melancarkan pemberontakan. Ini telah mendorong beliau menubuhkan cawangannya di Yokohama, Jepun
kemudian.
Sesungguhnya, pertubuhan2 revolusioner yang ditubuh oleh Dr Sun Yat Sen pada akhir abad ke-18 telah PI
menyumbang kepada gerakan Revolusi China 1911.

Selain itu, Dr Sun Yat Sen juga menubuhkan sebuah Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng-hui F
di Tokyo pada tahun 1905.
Matlamat utama pertubuhan ini adalah menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan H
republik di China. Selain itu, pertubuhan ini juga memperjuangkan tanah sebagai hak kerajaan dan
menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.
Tung Meng-hui juga membuka cawangan2 di seberang laut bagi mengukuhkan pengaruhnya. H
Contohnya, cawangan2 Tung Meng-hui telah memungut wang dan merekrut sukarelawan bagi C
melancarkan pemberontakan.
Tegasnya, pertubuhan Tung Meng-hui telah berjaya menanam benih revolusi dalam kalangan rakyat PI
China.

Tambahan pula, Dr Sun Yat Sen juga memainkan peranan menyebarkan perasaan anti-Manchu dalam F
kalangan rakyat China.
Contohnya, beliau telah menulis pelbagai rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo dan C
menyampaikan ceramah berkaitan dengan kelemahan kerajaan Manchu.
Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen mendapat sokongan dpd kalangan pelajar dan rakyat yang tidak H
puas hati dengan kezaliman Manchu.
Selain itu, gerakan beliau juga mendapat sokongan dpd kongsi2 gelap dan anggota tentera yang H
mendapat latihan di Barat.
Jelaslah bahawa perasaan anti-Manchu yang disalurkan oleh Dr Sun Yat Sen berjaya membangkitkan PI
semangat dalam kalangan rakyat Cina untuk menumbangkan kerajaan Manchu.

Di samping itu, Dr Sun Yat Sen turut mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan beliau. F
Hal ini dapat dilihat apabila beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu I), iaitu nasionalisme, H+C
demokrasi dan kebajikan sosial kepada masyarakat China.
Prinsip2 ini menjadi ideology utama revolusi Tung Meng-hui dan berjaya mempengaruhi orang ramai. C
Tegasnya, ideologi tersebut meletakkan asas kepada perkembangan gerakan revolusioner di China. PI
Lebih2 lagi, Dr Sun Yat Sen juga melancarkan pemberontakan bagi menggulingkan pemerintahan F
Manchu.
Antara tahun 1895-1911, Dr Sun Yat Sen dan pengikut2nya telah merancang dan melancarkan 10 C
pemberontakan di negara China.
Pemberontakan2 tersebut ternyat menjejaskan martabat dan maruah kerajaan Manchu. H
Tegasnya, pemberontakan yang dijalankan telah meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu. PI

Kesimpulannya, Dr Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan paling penting dalam Revolusi
China 1911. Beliau telah mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di China secara bersungguh-sungguh.
Kemuncak kejayaan beliau tercapai apabila tentera revolusioner berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan
sebuah kerajaan republik telah ditubuhkan di negara China pada tahun 1912.

Anda mungkin juga menyukai