Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Dunia STPM

Pembentukan monarki kebangsaan England bermula daripada pemerintahan Henry VII yang
menggunakan kebijaksanaan dan kewibawaannya manamatkan Perang Bunga Ros. Henry VII
telah memulakan era pemerintahan Dinasti Tudor dan mengamalkan monarki kebangsaan
namun ianya agak berbeza dengan keadaan di Perancis disebabkan beliau berpegang kepada
tradisi politik England yang menghormati kedaulatan Magna Carta(piagam politik yang
mengawal kuasa raja). Dinasti ini juga tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam
pemerintahan. Konflik mula berlaku apabila takhta pemerintahan dipegang oleh pengganti
Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I yang telah mengabaikan kepentingan Magna Carta serta
mewujudakan konflik dengan ahli Parlimen. Selain itu,Raja James juga telah mewujudkan
konflik dengan Golongan Puritan (golongan yang x berpuas hati dengan dengan amalan
Gereja Anglican) ekoran tindakannya yang mendokong prinsip Devine Of Kings serta
tindakannya yang mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab
Katolik. Sebagai pemerintah berkuasa mutlak, James I menyatakan semua institusi yang
diwujudkan adalah untuk berkhidmat untuk raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.

Dasar pemerintahan Raja James I telah diteruskan oleh puteranya Charles I yang juga
mempunyai sikap anti golongan Puritan. Raja Charles I telah menunjukkan kekuasaannya
dengan mengetepikan Petition of Right sebaliknya bertindak membubarkan Parlimen dan
menjalankan pemerintahan tanpa Parlimen selama 11 tahun.Raja Charles I juga telah
mengenakan pelbagai cukai dan terlibat secara langsung dalam ekonomi dengan memonopoli
penjualan barangan pengguna sehingga kan harga barangan tersebut melambung
tinggi.konflik semakin tegang apabila berlakunya perang saudara antara golongan raja
dengan golongan ahli Parlimen yang telah memberikan kemenangan kepada golongan
Parlimen yang diketuai oleh Oliver Cromwell sekaligus menamatkan era pemerintahan beraja
mutlak di England

Setelah tamat perang saudara antara golongan raja dengan golongan parlimen, Parlimen telah
mengisytiharkan England sebagai negara republik dengan Oliver Cromwell sebagai
pemerintah. Sewaktu pemerintahan dipegang oleh Oliver Cromwell, beliau terpaksa
menghadapi perjuangan golongan Levellers yang menuntut agar semua golongan diberi hak
untuk mengundi serta dari golongan Diggers yang memperjuangkan persamaan dalam soal
pemilikan harta yakni tanah merupakan hak bersama.Setelah menangani 2 golongan
ini.Oliver Cromwell telah membubarkan Parlimen malah membentuk kerajaan baru yang
dikenali sebagai Protectore dengan memegang jawatan Lord Protectore(ditaktor ketenteraan).

Pemerintahan Oliver Cromwell telah disambung oleh anaknya, Richard Cromwell namun
mendapat kegagalan dalam mendapat sokongan ahli Parlimen menyebabkan beliau meletak
jawatan dan digantikan oleh Raja Charles II yang ditabalkan sebagai raja baharu England
sekaligus menghidupkan semula pemerintahan monarki.di awal pemerintahan lagi Parlimen
telah mengingatkan Charles II agar mewujudkan pemerintahan Raja Berperlembagaaan. Raja
Charles II juga telah
mengisyhtiharkan Declaration of Indulgence yang memansuhkan undang undang yang
menyekat golongan Katolik mengamalkan tradisi mereka dan tiada sekatan untuk golongan
ini menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan tentera. Namun begitu,ahli Parlimen
telah meluluskan Test Act iaitu undang undang yang melarang orang Katolik memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam.Habeas Corpus Act juga digubal yang membolehkan
rakyat mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa jika ditangkap. Malah timbul juga parti
yang memperjuangkan Parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi seperti parti Whigg.

Setelah tamat pemerintahan Raja Charles II, Raja James II pula menggalas tugas sebagai
pemerintah England menggantikan Raja Charles II merupakan seorang pemerintah yang tidak
cekap serta gagal menghormati parlimen disebabkan tindakannya yang berusaha
menghidupkan kembali konsep Divine Right of Kings.Sebagai seorang bermazhab Katolik,
beliau enggan mendokong Mazhab Anglican di bawah naungan Church of England malah
menjalankan dasar agama yang pro Katolik. James II sekali lagi mencabar Parlimen dengan
mengisytiharkan Declaration of Indulgence(kebebasan beragama @ bermazhab).
Kebimbangan ahli Parlimen kian ketara apabila James II memperoleh seorang putera hasil
perkahwinannya dengan puteri Perancis bermazhab Katolik. Pada tahun 1688,rakyat inggeris
telah menjemput anak perempuan James II,Mary yang bermazhab Anglican yang telah
berkahwin dengan William of Orange untuk menggantikan ayahandanya. Willian dan Mary
bersama angkatan tenteranya yang seramai 15000 orang telah mendarat di England manakala
Raja James II telah melarikan diri ke Perancis. Revolusi Cemerlang ini telah mengembalikan
kedaulatan Parlimen dan secara tidak langsung pemerintahan Raja Berperlembagaan
diperkenalkan semula. Parlimen juga telah mengatur langkah dengan meluluskan Bill of
Right yang menekankan perkara perkara seperti keutamaan kuasa parlimen dan haknya
memungut cukai,raja tidak boleh memansuhkan sebarang undang undang tanpa kelulusan
parlimen,raja tiada hak dalam menetukan ahli parlimen dan wujudnya undang undang
toleransi yang memberi kebebasan kepada golongan Puritan mendirikan gereja serta
menjalankan amalan agama dengan bebas.

Kesimpulannya,golongan raja dan golongan Parlimen di England telah mengalami banyak


konflik dalam menjalankan pemerintahan terutama apabila bermulanya tampuk pemerintahan
Raja James I.

Anda mungkin juga menyukai