Anda di halaman 1dari 1

Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Berkembang akibat tentangan terhadap pemerintahan beraja.


Simbol penindasan dan ancaman hak dan kebebasan rakyat.
Idea nasionalisme juga berhubung dengan pergelutan untuk mendapat kemerdekaan seperti Revolusi Amerika.

Revolusi Keagungan (1688) - England

Nama lainnya adalah Glorious Revolution.


Berlaku akibat ingin menengakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
Raja James II membelakangkan parlimen.
Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda disokong oleh ahli parlimen.
Raja James II lari ke Perancis.
Revolusi berjaya kerana tiada pertumpahan darah berlaku.
Mary II  dan William of Orange menjadi pemerintah.
Kedaulatan parlimen dan sisten raja berperlembagaan dimantapkan.
Bill of Rights digubal - parlimen mempunyai hak untuk menggubal undang-undang dan mengutip cukai.
Pemikiran John Locke (Two Treatises of Goverment ) - menolak konsep raja berkuasa mutlak dan menegaskan pemerintah membuat persetujuan dengan
rakyat. Undang-undang perlu digubal.

Revolusi Amerika (1776)

Rakyat Amerika menentang penjajahan British.


British tidak melindungi hak rakyat Amerika.
Rakyat Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh yang digunakan untuk menuntut cukai.
Slogan "Tiada Cukai Tanpa Perwakilan" - tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
George Washington mengetuai kongres dan isytiharkan perang demi kemerdekaan Amerika.
Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefforson.
Pengisytiharan menegaskan jika kerajaan gagal menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan - menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan
baharu.
Revolusi tamat pada 1783 - 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan, diberi nama baharu iaitu Amerika Syarikat dan sistem pemerintahan demokrasi
digunakan.

Revolusi Perancis (1789)

Idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis (Jean Jacques Rousseau dan Voltaire).
Perjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan.
Jean Jacques Rousseau (the Social Contract) 
Suara rakyat merupakan "hasrat umum".
Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi daripada institusi raja dan birokrasi.
Golongan revolusi
Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan - memonopoli banyak keistimewaan, rakyat dibebani dengan
pelbagai cukai.
Menggempur penjara Bastile, bebaskan tahanan politik
Menggulingkan Raja Louis XVI
Kemunculan Republik Perancis dan mengakhiri sistem pemerintahan beraja.

© 2023 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

Anda mungkin juga menyukai