Anda di halaman 1dari 2

KEBANGKITAN NASIONALISME

Maksud Nasionalisme
Maksud
 Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
 Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa
dan negara
 Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada
kuasa asing

Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan (1688) – England


 Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
 Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
 Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya,
Raja William of Orange dari Belanda
 Raja James II melarikan diri ke Perancis
 Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
 Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan
semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
 Bill of Rights digubal

Revolusi Amerika (1766)


 Menentang penjajahan British
 Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
 Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
 Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan
Akta Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
 Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil
Amerika dalam parlimen
 Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang terhadap
British demi kemerdekaan
 Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson
 Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin
hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk berhak untuk
membentuk kerajaan baharu
 Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan

Revolusi Perancis (1789)


 Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis
 Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
 Jean Jacques Rousseau
o Menulis The Social Contract
 – Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan
rakyat
 – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
 – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi
raja dan birokrasi
 Golongan revolusi
o Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan
bangsawan
o Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
o Menggulingkan Raja Louis XVI
 Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir

Anda mungkin juga menyukai