Anda di halaman 1dari 7

1.

3 IMPLIKASI PERISTIWA BOSTON TEA PARTY


1.3.1 Revolusi Amerika

Revolusi kemerdekaan Amerika Syarikat yang berjaya melahirkan


semangat liberalisme dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat, dengan
menjunjung tinggi hak-hak asasi manusia telah membawa pengaruh yang
besar bagi negara-negara di dunia. Revolusi Perancis misalnya, rakyat telah
menuntut adanya pengakuan hak-haknya dan menuntut kebebasan dari
pemerintahan Aristokrasi. Manakala Fahaman kebebasan di Perancis mendapat
pengaruh daripada fahaman kebebasan Amerika yang dibawa oleh Jendral Laffayette
dan pasukannya. Ketika membantu kaum koloni Amerika yang berperang melawan pihak
British, mereka menyaksikan satu kehidupan yang berbeza dengan negaranya. Salah
satunya perkembangan liberalisme iaitu sebuah bentuk fahaman kebebasan. Setelah
kembali ke Perancis, mereka mengembangkan dan akhirnya terjadinya Revolusi Perancis
1
.

Manakala bagi Bagi Indonesia yang ketika itu masih dikuasai oleh Belanda,
Revolusi Amerika yang berakhir dengan kalahnya pihak British telah menimbulkan
perubahan dalam bidang politik dan ekonomi negara mereka. Hal itu disebabkan oleh
pihak British yang telah mengkonsikkan koloni-koloni di Amerika yang masih setia ke
Australia. Daerah Australia dikunjungi oleh James Cook dari arah timur pada tahun
1774. Pada Tahun 1784, terjadi perjanjian sulit antara pihak British dengan Belanda di
Eropah. Perjanjian tersebut mengatur bahawa Belanda harus membuka perairan
Indonesia untuk kapal-kapal British yang menuju ke Australia. Hak monopoli VOC di
Indonesia telah dihapuskan dengan adanya keizinan daripada kapal-kapal British untuk
mengunjungi Batavia atau sekarang dikenali sebagai Betawi.Kesan daripada pembukaan
perairan Indonesia adalah VOC mendapat saingan daripada pedagang-pedagang asing
daripada British dan juga Perancis. Selanjutnya hal ini mennyebabkan VOC dibubarkan
pada tahun 1799 2.

1
Sir Reginald Coupland.1990.The American revolution and The British Empire .J.B.Lippincott Co. ,New
York.Hlmn 312-314.
8
2
Ibid.Hlm 312-314.
1.3.2 Kongres Benua I dan II

Pada tahun 1774, kongres Benua yang pertama telah dijalankan di


Philadelphia dan dihadiri oleh kesemua wakil daripada ketiga belas tanah
jajahan melainkan Georgia. Kongres diadakan untuk memikirkan dan
menentukan langkah-langkah kebebasan yang wajar dan bijak bagi
mendapatkan semula dan mewujudkan hak-hak yang adil dan kebebasan
mereka, orang awam, dan memulihkan kesatuan dan perasaan berbaik-baik
diantara Great Britain dan tanah jajahan. Kongres itu menghantarkan satu
bantahan kepada George III dan mengesa penduduk-penduduk tanah jajahan supaya
taat kepada persatuan Amerika dalam hal tidak Mengimport barang-barang British 3.

Tidak ada satu pihak pun sama ada Raja ataupun penduduk tanah jajahan itu
mahu mengalah. William Pitt yang bergelar Earl of Chantham kini, telah bercakap dalam
dewan pertuanan tentang perdamaian dan Edmund Burke seoang ahli Whig yang
terkenal mendesak ahli-ahli dewan rakyat supaya memulihkan semula perasaan berbaik-
baik diantara kedua-dua belah pihak tersebut. Tetapi, sebagaimana Raja mereka,
kebanyakkan ahli-ahli parlimen British masih berdegil dan mereka tahu bahawa tuntutan
tanah jajahan tersebut itu murni dan bersifat revolusi dan percaya kekerasan akan
mengakibatkan tanah jajahan itu menarik diri. Bagi pihak tanah jajahan, terdapat
segolongan penduduknya yang digelar Patriot sedang memperciapkan diri sebagai
pemberontak. Sehingga pada april 1775, berlaku satu pertempuran diantara penduduk-
penduduk Amerika dengan tentera British di Lexington, Massachusetts. Sebulan
kemudian, Kongres benua kedua telah diadakan dan kali ini kesemua tiga belas tanah
jajahan tersebut menghantar wakil. Mereka telah menghantar satu bantahan akhir
kepada George III memintanya menghapuskan penderitaan anak jajahan dan
menyerahkan kuasa memerintah angkatan bersenjata bersekutu tanah
jajahan kepada seorang bumiputera dari Virginia, George washington 4.

3
R.L. Schuyler.1954.The Fall of The Colonial system 1770-1870.Harvard University Press.Hlmn 168-
172.
4
Ibid.Hlmn 168-172.
9
1.3.3 Kemunculan Golongan Setia Raja(Loyalist) dan The Patriot

Tidak semua penduduk di tanah jajahan di amerika yang mmemberontak.


Terdapat satu golongan yang sederhana besar yang bergelar setia Raja atau ahli Tory
yang masih taat setia kepada Raja dan melakukan apa yang patut untuk
mempertahankan kepentingan British di amerika. Golongan Patriot Pula sangat
aktif dan yakin dan sekiranya terpaksa mereka sanggup membelakangkan
parlimen British dan Raja british. Dalam semangat mereka yang berkobar-kobar,
golongan Patriot mengedarkan risalah yang meniupkan semangat keseluruh tanah
jajahan tersebut. Salah sau risalah yang terkenal ialah risalah Yang bertajuk
common sense yang ditulis oleh Thomas Paine. Beliau menegaskan bahawa
masanya telah tiba untuk Amerika berpisah terus dengan England kerana
tiada sebab yang pasti bagi mereka terus setia kepada raja British. Raja
sebenarnnya tidak memiliki kuasa ketuhanan untuk memerintah orang mengikut
kemahuannya dan Raja sebenarnya hanyalah disifatkan sebagai Penjara yang
Dimahkotakan 5.

Risalah Paine tersebut dieluarkan di Philiadelphia dalam bulan januari


1776, pada saat George III memekakkan telinganya daripada mendengar Semua
bantahan tanah jajahan dan rayuan perdamain dan sedang mengumpulkan tentera
untuk menghancurkan pemberotakan di Amerika. Dalam keadaan tersebut, Common
Sense dan lain-lain risalah yang serupa ketika itu telah dibawa dan dibaca oleh beribu-
ribu orang anak tanah jajahan yang kemudiannya tidak lagi menghormati Raja dan
Empayar Briitish. Malah mereka merasa mereka sepatutnya berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan yang penuh untuk amerika. Apa yang dimulakan dengan bantahan
ke atas pelbagai undang-undang cukai kini telah berubah kepada suatu
pemberontakan politk 6.

5
Halven Koht.1949.The American spirit In europe: A survey of Transatlantic Influences .Random
House, New York.Hlmn 354-359.
6
Ibid.Hlmn 354-359.
10
1.3.4 Pengisytaharan Kemerdekaan Amerika syarikat

Pada awal ketegangan dengan pihak British, permasalahan tersebut


masih menjadi urusan koloni masing-masing. Belum terfikir untuk
membicarakan masalah persatuan, apalagi kemerdekaan untuk Amerika
Syarikat. Hal ini boleh kita fahami kerana, seperti yang telah dijelaskan pada
pembentukkan koloni, kaum koloni di Amerika terdiri dari berbagai kaum dan budaya.
Namun, pada saat nasib mereka sama-sama diperlakukan tidak adil oleh
pihak British, maka mereka telah bersatu membuat sebuah kongres. Dari
ketiga belas koloni, ada empat tokoh yang sangat gigih mempersatukan kaum koloni
untuk mencapai kemerdekaan Amerika. Mereka adalah Thomas Jefferson, John
Adams, James Wilson, dan Alexander Hamilton. Berkat mereka Kongres I berhasil
diadakan di kota Philadelpia pada tahun 1775 dan di dalam kongres itu
dinyatakan kesepakatan kemerdekaan. Kemudian Kongres II tanggal 2 Julai
1776, secara tegas mengambil sikap tidak akan mengakui kuasa Parlimen
British di Amerika dalam bentuk apapun 7.

Selanjutnya dalam Kongres III di Philadelpia tanggal 4 Julai 1776, kaum


kolonis mula mengharapkan kemerdekaan. Hal tersebut bererti 13 koloni Amerika
lepas dari kekuasaan British. Pengisytaharan kemerdekaan Amerika tersebut telah
diwujudkan naskah Declaration of Independence. Rumusan isi kandungan
naskah pengisytaharan kemerdekaan tersebut disusun oleh Thomas
Jefferson. Naskah deklarasi kemerdekaan ditandatangani oleh 56 orang wakil dari 13
koloni Amerika. Tanda tangan pertama dari John Hancock. Yang pada Saat itu
menjawat jawatan sebagai ketua Kongres. Kemudian pada bahagian akhir deklarasi,
mereka menyatakan pertama kalinya secara rasmi nama negara yang disebut United
States of America (USA). Penamaan negara tersebut adalah hasil dari Idea
pemikiran Oleh Thomas Jefferson. Sebahagian isi dari Declaration of Independence
yang berkaitan dengan hak-hak asasi manusia tidak hanya berlaku di Amerika Syarikat
tetapi juga berpengaruh bagi negara lain di luar Amerika Syarikat. Isi pernyataan
kemerdekaan itu diantaranya adalah 8:
7
C.L. Becker.1972.Declaration of Independence: A study in The History of Political Ideas( edisi
ke-3). Weindenfeld & Nicolson: London.Hlmn 63-67.
8
Ibid.Hlmn 63-67.
"We hold these truth to be selvident, that all men are created equal, that they
are endowed by their Creator with certain an alienable right, that among these
are life, liberty, and persuit of happiness ..."

(Bahawasanya kami berpegang kepada kebenaran ini dengan suatu keyakinan


bahawa semua orang diciptakan dalam keadaan sama darjat, mereka diberkati
oleh Pencipta-nya, beberapa hak asasi yang tidak dapat diganggu atau digugat,
bahawa diantara hak-hak asasi itu ialah hak untuk hidup, hak untuk merdeka,
dan hak mencari kebahagiaan) 9.

Para patriot menyambut baik oleh kesemua Patriot dimana mereka telah
meruntuhkan patung Raja George di New York yang diperbuat daripada Timah hitam
dan membentuknya kembali menjadi peluru. Mereka juga memasukkan golongan
Tory(loyalist) ke dalam penjara ataupun melemahkan mereka. Selain itu, mereka juga
merevolusikan beberapa buah kerajaan penjajah, dan mereka menegaskan bahawa
Amerika Syarikat bukan lagi kumpulan tanah-tanah jajahan yang derhaka tetapi sah
sebagai sebuah negara yang patut diiktiraf oleh negara lain. Manakala, di Britain,
parlimen dan raja mengutuk pengisytaharan kemerdekaan tersebut sebagai suatu
perbuatan menderhaka dan menganggap penduduk tanah jajahan tersebut sebagai
penderhaka. Penduduk tanah jajahan tersebut tidak berjaya meminta campur tangan
daripada pihak Whig Inggeris dan juga gagal mendapatkan kerjasama orang-orang
keturunan Canada Perancis di Quebec dan Nova di scotsland. Tetapi kebanyakkan
orang-orang canada tersebut beragama katolik dan mereka lebih yakin agama dan
kebangsaan mereka akan lebih selamat di bawah naungan British daripada amerika
syarikat yang kebanyakkan penduduknya beragama Protestan 10.

1.3.5 Perang Kemerdekaan Amerika syarikat dan Perjanjian Versailies 1783

9
Ibid.Hlmn 26.
11
10
Ibid.Hlmn 63-67.
Pertempuran petama berlakui pada tanggal 19 April 1775. Dalam sejarah
Amerika, peristiwa tersebut dikenali sebagai Lexington Concord Raid. Pihak koloni
dipimpin oleh seorang tuan tanah besar yang juga pernah menjadi panglima Askar
koloni British dalam perang tujuh tahun melawan Perancis, iaitu George Washington.
Tokoh ini kemudian memimpin kaum kolonis menentang pemerintah British. Perjuangan
kaum kolonis tidak hanya dilakukan secara fizikal akan tetapi dilakukan pula
secara diplomasi. Salah seorang tokoh diplomasi adalah Benjamin Franklin 11
.

Selama perang berlangsung, Benjamin Franklin menjadi duta seluruh


Eropah untuk mendapatkan sokongan moral ataupun material. Pada saat
beliau datang ke Perancis, ia disambut oleh rakyat Paris sebagai pahlawan
kemerdekaan. Rakyat Perancis sangat simpati terhadap perjuangan rakyat
koloni Amerika yang ditindas oleh Pihak British. Disamping itu, pihak Perancis
mempunyai perasaan dendam atas kekalahan dalam perang tujuh tahun terhadap
British. Berkat perjuangan diplomasi Benjamin Franklin, perjuangan rakyat koloni
Amerika mendapat bantuan dari Perancis dan Belanda. Bahkan Perancis mengirimkan
pasukan dan senjata dibawah pimpinan Jendral Laffayette pada tahun 1778. Selain
Perancis dan Belanda yang membantu dalam perang kemerdekaan Amerika Syarikat ,
sepanyol juga turut mambantu. Sepanyol membantu kaum kolonis dengan tujuan ingin
merebut kembali Selat Gibraltar yang diduduki oleh British pada tahun 1709 12.

Gabungan antara pasukan Perancis dan pasukan kaum koloni Amerika syarikat
telah mengubah situasi perang. Pasukan British semakin terdesak dan cenderung untuk
banyak bertahan. Akhirnya perang berakhir dengan kemenangan berada diatas tangan
kaum koloni. Akhirnya, peperangan berakhir dengan ditandai dengan
pennyerahan daripada pasukan British tahun 1781, yang dipimpin Jendral
Cornwallis kepada Jendral George Washington. Selanjutnya pihak British juga telah
menghentikan pertempuran, kemudian diadakan perjanjian damai di Versailles tahun
1783 ataupun digelar Perjanjian Versailles 1783 yang mengandungi 13:

11
Carlton J.H. Hayes. 1979. Sejarah Eropah Moden hingga 1870. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala
Lumpur.Hlmn 552-555.
12
Ibid.Hlmn 552-555. 12
13
Ibid.Hlmn 558-560.
I. British mengakui dan mengiktiraf kemerdekaan 13 koloni di Amerika
syarikat.

II. British harus menyerahkan daerah jajahannya di Amerika kepada


Amerika Syarikat,kecuali Kanada.
III. British harus membayar rampasan perang kepada pihak Amerika
syarikat.

Anda mungkin juga menyukai