Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengetua SMK

Bahang, Pn. Margaret Chee, penolong kanan, guru-guru, rakan AKP dan yang kita raikan
pada pagi yang indah ini iaitu CC kita Pn. Rosaner Saman.

Selamat datang ke majlis perpisahan dan “Jasamu Dikenang”. Untuk makluman semua,
Pn. Rosaner Saman berpindah ke kampung halaman dan bertugas di SMK Muhibbah,
Sandakan.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, dijemput En. Muhd Zubir untuk bacaan doa.

Seterusnya, majlis dengan suka cita ingin menjemput puan Pengetua untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan.
- Terima kasih atas ucapan yang disampaikan

Majlis dengan berbesar hati menjemput yang diraikan pada pagi ini Pn. Rosaner Saman
untuk menyampaikan sepata dua kata.
- Terima kasih atas kata-kata yang menyentuh hati tadi.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Oleh itu, bagi menghargai jasa dan sumbangan
CC selama bertugas di SMK Bahang, majlis ingin mempersilakan Pn. Pengetua untuk
menyampaikan cendera kenangan dari warga SMK Bahang kepada CC kita Pn. Rosaner
Saman.
Majlis mempersilakan Pn. Pengetua dan CC untuk berada dihadapan bagi
menyempurnakan penyampaian cendera kenangan ini.
- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Diminta CC untuk kekal dihadapan.

Seterusnya saya menjemput wakil PPM PPKI, Pn. Siti Fatimah Kamaruddin untuk
menyampaikan cendera kenangan.
- Terima kasih Pn. Siti Fatimah dan CC

Majlis diteruskan lagi dengan pemotongan kek dan sesi bergambar bersama CC.

Sebelum berakhirnya majlis kita pada pagi ini, izinkan saya menyampaikan serangkap
pantun :-
Pohon selasih delima batu,
Mari dimakan bersama lempuyang,
CC pasti dirindui selalu,
Jasa dan bakti sentiasa dikenang.

Semoga maju jaya dan terus sukes. Semoga kita berjumpa lagi. Sekian.
Assalamualaikum…..
- Dijemput Pn. Pengetua, CC, guru-guru dan rakan AKP untuk menikmati hidangan
yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai