Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN.

MUHAMMAD HISSAM SANI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En Guan anak untai,GURU BESAR SK


RAJAU ENSIKA,EN JOELIHTON ANAK MACKMAEH DAN EN HERWANDY BIN
NORDIN diiringi pk 1 EN JAMBING ANAK RIANG masuk ke dalam dewan.

salam sejahtera DAN SALAM PERPADUAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA

Yang Berusaha, En. GUAN ANAK UNTAI,GURU BESAR SK RAJAU ENSIKA


Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
YDP PIBG, EN LINONG,
Yang diraikan, TIGA RAKAN GURU SKRE IATU EN GUAN,EN JOELITON DAN EN
HERWANDY, Barisan guru dan rakan staff sokongan yang sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran SEKOLAH” Encik


GUAN ANAK UNTAI.EN JOELITON MACKMAEH DAN EN HERWANDY NORDIN

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pAGI berbahagia ini, marilah sama-
sama kita membaca doa mengikut kepercayaan masing masing

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En jambing anak riang selaku wakil para
guru dan staf untuk menuyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jambing atas ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan En lining selaku YDP pibg
skre untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada en lining atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Guru besar sk Rajau
ensika, Encik Guan anak untai untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan guru besar di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan En. Joeliton mackmaeh . Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. joeliton atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Muhammad Hissam Bin
Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Hissam
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk menyampaikan cenderamata


dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


KESTABOL.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


perpustakaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Sani.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat kita semua. Selain daripada
perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah sama-sama kita meraikan mereka
yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan
dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke meja pemotongan kek.

Mereka ialah : Encik……………………………………..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan
kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai