Anda di halaman 1dari 3

5qnIn ]1n:n q1nDn!1:, nD!uD, nnD oInhnD :DuIn urnnD nnnInh n1In+nh hnI r1!n qnIuDqnD ]n:1I1!n!

o1 _
hn: |I11o :n:!1n & I1Dqu1:!1IJ 2D11. 5In1nDq Dr1InInD :nDn nnn uD!uI DnI1: :IoInh DnhuuD n1 Iun1
:IoInh !nDn IIDn1nD !un n:1I1!n!o1 nnnInh !1nnI n1IDn1InD :nDn :InI1

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Kubor Panjang,Tuan Haji Ghazali B. Shaari,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap warden asrama SMK Kubor Panjang, Encik Zainol B.
Mat,

Yang Diraikan, Puan Rohani bt Md Nor

barisan guru SMK Kubor Panjang,

tetamu tetamu jemputan,

seterusnya rakan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, dapatlah kita
berkumpul bersama-sama pada hari ini bagi menjayakan sambutan Majlis Akhir Tahun Pelajar
Asrama SMK Kubor Panjang bagi tahun 2011 serta majlis perpisahan Puan Rohani bt Md Nor yang
juga merupakan salah seorang daripada barisan warden asrama kita. Majlis merakamkan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih atas kesudian tuan tuan dan puan puan yang sudi meluangkan masa
untuk menghadirkan diri. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan menjadi lebih
bermakna dan berseri.


Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan saudara
Auzair B Amran untuk memimpin bacaan doa.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Auzair B Amran atas bacaan doa sebentar tadi.


Hadirin sekalian,
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada hari ini, dimulakan dengan ucapan Tuan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang
juga merupakan warden asrama SMK Kubor Panjang, Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati Encik Zainol B. Mat, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Zainol B. Mat, atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan suka citanya mempersilakan wakil pelajar Farhana Bt
Md Nor untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.


Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Pengetua SMK Kubor Panjang,Tuan Haji Ghazali B. Shaari, untuk menyampaikan sepatah kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih,sekalung penghargaan buat Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi


Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu yang kita raikan.
Bertonggak adat, 'yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Puan Rohani Bt Md Nor untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan
Rohani. Seperti yang hadirin semua sedia maklum, Puan Rohani yang kita kenali dengan panggilan
Madam tidak lama lagi bakal mengakhiri sumbangan khidmat beliau sebagai seorang guru yang
bededikasi juga seorang warden yang berkredibiliti setelah puluhan tahun menyumbang bakti. Segala
jasa beliau pastinya akan kita pahat dalam memori ingatan selagi hayat dikandung badan. Terima
kasih Madam, jasamu kami kenang.


Seterusnya,majlis mempersilakan saudari Anis HaIizoh untuk mengendalikan majlis penyerahan sijil
terhadap barisan kepimpinan asrama. Dengan segala hormatnya,majlis mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Pengetua dengan diiringi Yang Dihormati Tuan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk menyampaikan sijil.(x psti sma ada mc ckp atau anis haIizoh,klau dya ckp,ptong dri dgn sgala
hrmtnya tu..)


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan, khas daripada para
pelajar asrama SMK Kubor Panjang buat Puan Rohani. Untuk itu,dipersilakan saudari Farhana Bt
Md Nor untuk mewakili para pelajar bagi menyampaikan cenderamata tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Farhana.Semoga bingkisan kami itu mampu menjadi tanda
ingatan buat Madam agar segala kenangan indah serta memori kita bersama tak luput di hati.


Hadirin sekalian,
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Tuan-tuan dan puan puan, saudara serta saudari dijemput menjamu selera.


Sebagai penutup majlis pada hari ini, tuan-tuan dan puan-puan akan dihiburkan dengan persembahan
oleh para pelajar.

Secebis apresiasi buat para pelajar yang terlibat dengan persembahan sebentar tadi.


Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaaIi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati.

Sekian, wabillahitauIik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai