Anda di halaman 1dari 9

LENCANA KERIS EMAS

B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Lima Peraturan Hidup Sihat


 Mempunyai keluarga yang bahagia dan sihat merupakan hasrat setiap orang.
Selagi kita beramah mesra serta saling membantu dengan ibu bapa, adik-
beradik, jiran-jiran dan rakan-rakan, kita boleh mencapai hasrat tersebut.
 Amalan yang baik :
 Amalan yang baik merangkumi amalan sesorang dalam kehidupan
seharian seperti mencuci tangan selepas makan, menggosok gigi dan
berkumur, mandi setiap hari, menukar pakaian setiap hari.
 Banyak penyakit disebabkan oleh sikap tidak menjaga kebersihan diri. Oleh
itu, kita harus belajar cara untuk menjaga kebersihan diri, pakaian dan
barangan peribadi.
 Hal ini kerana pengamalan dengan amalan yang baik boleh memastikan
anak-anak membesar dengan sihat.
 Pemakanan yang seimbang
 Badan kita memerlukan 7 kelas makanan : karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, garam mineral, pelawas dan air.
 Kelas-kelas makanan ini menyediakan tenaga yang diperlukan oleh badan
kita (kebanyakannya dari protein, karbohidrat dan lemak). Seterusnya,
makanan-makanan ini menyediakan “bahan pembinaan” badan kita. Kita
boleh memperolehnutrien yang diperlukan melalui pemakanan yang
pelbagai.
 Rajah di bawah ialah piramid makanan. Makanan yang seimbang
berpandukan piramid makanan ini.

 Kita boleh menguatkan badan kita dengan emperbanyak latihan.


LENCANA KERIS EMAS

 Bersukan merupakan cara pengekalan kesihatan yang paling berkesan.


Bersukan merupakan cara pencegahan penyakit yang paling berkesan.
Terutamanya amat berkesan terhadap “Modern Plague”.
 Kepada pesakit, bersukan boleh menggantikan ubat-ubatan tetapi ubat-
ubatan tidak dapat menggantikan bersukan.
 Aspek peribadi dan ahli keluarga :
 Seseorang ahli pengakap harus menjalinkan hubungan yang erat bersama
ahli keluarga.
 Ibu bapa harus mengambil berat tentang anak mereka dan menjadi
teladan kepada anak-anak.
 Menyertai ceramah tentang hubungan antara ibu bapa dengan anak
bersama-sama ibu bapa dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk
mengetahui keadaan pembelajaran anak supaya hubungan antara ibu
bapa dengan anak dapat dieratkan.
 Kita harus berhati-hati semasa berkawan dan menolak godaan negatif
orang lain.
 Aspek sekolah :
 Para guru harus mempunyai nilai-nilai murni dalam pelbagai aspek dan
tidak terlalu menitikberatkan keputasan murid-murid. Sekiranya tidak,
murid-murid akan terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah untuk
mengelakkan diri daripada berhadapan dengan keputusannya.
 Para murid harus didedahkan tentang bahayanya dadah dan akibat
daripada penyalahgunaan dadah.
 Semua persatuan dalam sekolah harus memperbanyak aktiviti-aktiviti yang
berfaedah seperti perkhemahan, pertandingan dalam sekolah dan
sebagainya.
 Aspek masyarakat :
 Pihak kerajaan dan pihak swasta harus berganding bahu untuk
mengadakan kempen antidadah.
 Kerajaan harus memperingatkan rakyat tentang bahaya dadah melalui
media massa.
LENCANA KERIS EMAS

2) Mengatasi Sakit Selsema dan Menjauhinya


 Selsema merupakan penyakit yang sering dijumpa dan senang untuk dihidapi.
Pencegahan sakit selsema lebih penting daripada pengubatannya.
 Pencegahan terhadapnya sepatutnya lebih tertumpu terhadap pengekalan
kesihatan diri seseorang dalam kehidupan seharian.
 Mengekalkan haba badan - Apabila seseorang itu berasa sejuk, saluran
darah akan mengecut dan menyebabkan tahap imuniti badan menurun.
Pada masa itulah badan kita akan dicerobohi oleh bakteria.
 Jangan keletihan - Tahap imuniti badan kita lebih rendah pada waktu kita
keletihan.
 Mengelakkan diri daripada berasa cemas dan sedih.
 Menurut pakar perubatan, tahap imuniti seseorang akan menurun
sekiranya dia berasa cemas dan sedih.
 Sering menjemur selimut - Selimut mudah menjadi basah dan bakteria
mudah merebak setelah selimut menyerap air peluh manusia. Sering
mejemurselimut boleh membunuh bakteria dalam selimut melalui
ultraungu dalam sinaran cahaya matahari serta mengeringkan selimut
untuk mencegah selsema.
 Sering mencuci tangan - Ramai berpendapat bahawa selsema merebak
melalui penyedutan bakteria yang dihembus oleh pesakit. Sebenarnya,
selsema boleh juga merebak melalui sentuhan. Semasa pesakit selsema
menyentuh hidungnya, bakteria akan melekat pada tangannya. Bakteria
akan dibawakan ke tempat yang disentuhnya seperti tombol pintu,
telefon, kerusi serta meja dan sebagainya. Orang lain yang sihat akan
dijangkiti bakteria tersebut sekiranya tersentuh tempat-tempat itu.
 Sering menukar berus gigi - Berus gigi yang sering kami guna berada dalam
keadaan basah kebanyakan masanya. Ini menyebabkan berus gigi kami
menjadi tempat merebakan bakteria. Untuk mengelakkan jangkitan
selsema, kita dinasihatkan untuk menukar berus gigi dan dibersihkan
dengan air panas dengan kerap.
 Mengurut pagi dan malam - Sering mengurut hidung menggunakan jari
sebanyak 19 kali dalam satu urutan sehingga berasa hangat. Cara ini
berkesan untuk mengurangkan risiko menghidapi sakit selsema dan juga
berkesan apabila hidung tersumbat.
 Mengurut telinga menggunakan air panas - Semasa mencuci muka, kita
boleh mengurut telingamenggunakan tuala panas sebanyak 40 kali
dalamsatu urutan untuk mencegah sakit selsema.
 Mencuci muka,tangan,kaki menggunakan air sejuk -Orang yang mencuci
muka menggunakan air sejuk selama satu tahun jarang menghadapi sakit
selsema. Penggunaan air panas untuk mencuci kaki sebelum tidur boleh
meningkatkan tahap imuniti untuk mencegah selsema.
 Mempertingkat latihan badan - Boleh melancarkan pengaliran darah,
menguatkan badan dan meningkatkan tahap imuniti.

3) Cara Mendapatkan Bantuan Kecemasan


LENCANA KERIS EMAS

Apabila penyakit kronik dan kemalangan berlaku, kita perlu memberi pertolongan
cemas kepada mangsa mengikut theori perubatan dan cara perubatan yang betul
untuk mengurangkan kecederaan serta menyelamatkan nyawa mangsa. Sebagai
orang awam, kita mempunyai banyak batasan dari segi cara serta peralatan
penyelamat walaupun mempunyai ilmu dan kemahiran pertolongan cemas. Oleh itu,
kita harus menghubungi doktor secepat mungkin supaya mangsa boleh menerima
rawatan yang sepatutnya.
Kita harus menghafaz nombor-nombor berikut supaya boleh mendapatkan bantuan
secepat mungkin pada masa kecemasan :

Balai Bomba : 999


Balai Polis : 999
Hospital / Kliknik : 999
Nombor telefon Balai Polis :
berhampiran
Nombor telefon hospital berhampiran :

Sekiranya kita boleh mengingati nombor telefon jiran-jiran atau doktor yang
berdekatan, kita boleh juga mendapat bantuan daripada mereka pada masa
kecemasan.
 Apabila kita membuat panggilan mendapatkan bantuan, kita harus memberitahu
pihak yang menghulurkan bantuan tentang :-
a) Lokasi mangsa termasuk nama jalan dan bangunan yang menjadi mercu
tanda.
b) Sebab dan masa luka atau penyakit itu berlaku, keadaan terkini mangsa dan
menanya langkah kecemasan yang patut dilakukan sebelum ambulans tiba.
 Kita harus menjelaskan keadaan itu dengan jelas dan senang difahami tanpa
menambah sebarang fikiran atau cadangan sendiri supaya pihak perubatan boleh
memahami lokasi dan keadaan kita dengan kadar segera. Dengan itu, kita boleh
memberi pertolongan cemas mengikut arahan yang diberi oleh pihak perubatan.
 Sekiranya kemalangan berlaku di tempat yang susah untuk diperasan oleh orang
lain seperti rumah yang runtuh atau tempat terbiar pada waktu malam,
mendapatkan bantuan orang lain setelah cedera merupakan antara kaedah yang
paling penting. Dalam keadaan ini, menjerit dengan kuat untuk mendapatkan
bantuan merupakan cara yang paling berkesan.
 Jika diperangkap dalam tempat seperti bangunan yang runtuh, lombong mineral
yang runtuh atau dalam terowong selepas berlakunya gempa bumi dan tidak
dapat menghubungi sesiapa, mangsa sepatutnya mengeluarkan signal “ SOS”
dengan mengetuk paip air, paip gas atau landasan kereta api dengan kadar yang
tetap menggunakan batu atau bata. Tetapi ketukan itu tidak seharusnya terlalu
kuat untuk menjimat tenaga badan dan mengelakkan runtuhan daripada berlaku
sekali lagi.
 Apabila kemalangan jalan raya berlaku di luar bandar, mangsa boleh
membunyikan hon kereta untuk mengeluarkan signal “SOS” dan menarik
perhatian orang lain menggunakan lampu kereta. Sekiranya seseorang tercedera
di luar bandar berseorangan, mangsa itu boleh menarik perhatian untuk
mendapatkan bantuan dengan mengayunkan baju putih atau menggunakan
pancaran cahaya matahari pada waktu pagi.
LENCANA KERIS EMAS

 Pada waktu malam pula, mangsa boleh menggunakan cahaya lampu suluh,
pemetik api atau bunyi telefon bimbit untuk menarik perhatian.
 Sekiranya mangsa koma sebelum bantuan tiba, kita perlu melakukan sistem
pemulihan nafas (CPR) pada mangsa pada masa keemasan ini untuk
menyelamatkannya.
Mengenali Langkah-langkah Sistem Pemulihan Nafas (Cardiopulmonary
Resuscitation - CPR)
 Terdapat banyak cara untuk melakukan sistem pemulihan nafas. Antaranya
termasuklah cara mulut ke mulut, cara tekanan di belakang, cara tekanan di dada,
tetapi cara mulut ke mulut adalah paling berkesan.
 Cara mulut ke mulut : Cara ini amat senang untuk dikuasai, malah jumlah
pertukaran gas adalah besar, jumlahnya hampir sama atau sama dengan
pertukaran gas melalui pernafasan yang normal.
 Memberi kesan yang baik kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
 Cara :

Langkah 1
 Menghubungi ambulans.

Langkah 2
 Memastikan saluran udara terbuka.
 Memeriksa pernafasan pesakit.

Langkah 3
 Meniup sebanyak 2 kali.

Langkah 4
LENCANA KERIS EMAS

 Memeriksa denyutan nadi di bahagian leher.

Langkah 5
 Tapak tangan diletakkan di tengah-tengah
bahagian dada.

Langkah 6
 Memulakan tekanan pada bahagian dada ( 30 kali ).
 Mengulangi tiupan ke mulut ( 2 kali ).
 Nisbah antara tekanan dan tiupan ialah 30:2.
 Mengulangi pergerakan ini sehingga ahli perubatan
tiba.

4) Membuat Anduh
LENCANA KERIS EMAS
LENCANA KERIS EMAS
LENCANA KERIS EMAS

Anda mungkin juga menyukai