Anda di halaman 1dari 11

LENCANA KERIS EMAS

C. KECEKAPAN

1. Asas Perbarisan

a) Buka Barisan dan Tutup Barisan

Buka Barisan Tutup Barisan


Arahan : Arahan :
Buka Barisan…… Gerak ! Tutup Barisan…… Gerak !
Barisan Pertama bergerak satu Barisan Pertama bergerak satu
langkah ke depan, BarisanTengah langkah ke belakang, Barisan tengah
kekal dalam keadaan “Sedia”, Barisan kekal dalam keadaan “Sedia”, Barisan
Belakang bergerak satu langkah ke belakang bergerak satu langkah ke
belakang. depan.
LENCANA KERIS EMAS

b) Cepat Jalan

Arahan :
Dari Kiri, Cepat Jalan! ; Dari Kanan, Cepat Jalan!
Kaki kiri bergerak satu langkah ke hadapan (berjalan seperti
biasa). Tumit kaki kiri harus mencecah lantai dan pada masa
yang sama , tangan kanan menghulur ke hadapan. Tangan
kanan harus selaras dengan ketinggian bahu dan tangan
harus digenggam dengan kuat. Tangan kiri pula menghulur
ke belakang kira-kira 45 darjah dan tangan harus
menggenggam dengan kuat juga. Kepala mesti tegak dan
melihat ke hadapan.

c) Berhenti semasa berjalan


Arahan :
Berhen… ti !
Arahan “Henti” diberi semasa kaki kiri mencecah lantai.
Kaki kanan akan bergerak satu langkah (kira-kira 50 cm) ke
hadapan. Seterusnya, kaki kiri dihentakkan sebelum kaki
kanan hentak sekali lagi. Kekal dalam keadaan “Sedia”
selepas itu.

d) Hormat semasa berjalan


Arahan :
Hormat, hormat ke hadapan... Hormat !
Seseorang ahli pengakap mesti berada dalam keadaan
“Sedia” semasa memberi hormat. Tangan kiri menghulur ke
bawah dan dirapatkan ke kaki. Tangan kanan diangkat
sehingga ke bahagian dahi, tapak tangan menghadap ke
depan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking, ketiga-tiga
jari yang lain dirapatkan dan menyentuhi dahi .
LENCANA KERIS EMAS

2) Halangan Komando

Merangkak Komando

Bergayut Tali (Tarzan Swing)

Meniti Goyang

Gayut Monyet
LENCANA KERIS EMAS

3) Ikatan Dan Simpulan

Buku Sila / Reef Knot

 Simpulan Buku Sila digunakan untuk menyambungkan dua tali yang sama besar
dan sama jenis, tetapi tidak sesuai untuk digunakan pada tali yang tebal dan licin
permukaannya.
 Semasa membuat Simpul Buku Sila, simpulan yang lain akan terbentuk sekiranya
cara mengikat salah.
 Simpulan yang salah itu tidak berguna kerana senang terbuka jika ditarik dengan
kuat.
 Simpulan Buku Sila akan susah untuk dibuka sekiranya ditarik terlalu kuat, tetapi
menarik lingkaran tali ke arah yang bertentangan akan memudahkan pembukaan
simpulan itu.
LENCANA KERIS EMAS

Bunga Geti / Sheet Bend

 Simpul Bunga geti digunakan untuk menyambungkan dua utas tali yang berbeza
ketebalan dan jenis. Simpulan ini sangat ringkas, kukuh dan mudah untuk dibuka.
Simpul ini kebanyakannya digunakan untuk menyambung kabel kapal dan lain-
lain.
LENCANA KERIS EMAS

Simpul Sentak / Slip Knot

 Ciri-ciri simpul sentak adalah mudah untuk dibuka. Simpul ini selalu digunakan
selepas simpulan dan ikatan yang lain kerana cirinya yang mudah untuk dibuka
dan tidak menjejaskan kekukuhan tetapi tidak boleh digunakan pada hujung tali
yang ditarik kuat. Simpul sentak boleh digunakan selepas kebanyakan simpulan
dan ikatan yang lain seperti Buku Sila, Lilit Dua Simpul dan Bunga Geti.
LENCANA KERIS EMAS

Simpul Tindih Kasih / Bowline

Simpulan Tindih Kasih ialah simpulan yang mudah. Ia digunakan untuk membuat
gegelung tali yang tidak terjerut dan mempunyai kelebihan iaitu mudah dibuka.
Simpulan ini merupakan simpulan yang amat selamat kerana tidak mudah untuk
terurai semasa digunakan. Oleh itu, simpulan sesuai digunakan untuk kerja
penyelamat, tetapi hanya sesuai digunakan pada mangsa yang sedar.
Simpulan ini berasal dari dunia kelautan. Dalam Bahasa Inggeris, “BOW” bermaksud
bahagian kepala kapal. Simpulan ini mendapat nama kerana digunakan untuk
mengikat tali yang menaikkan tiang kain layar pada bahagian kepala. Simpulan ini
juga digunakan untuk mengikat kapal pada tiang atau menyambungkan kapal.
Selain itu, kita patut menguasai simpulan ini kerana simpulan ini juga banyak
berguna dalam perkhemahan.
LENCANA KERIS EMAS

Simpul Manuk / Clove Hitch

Simpul Manuk amat berguna untuk mengikat barangan dengan tali. Apabila kedua-
dua hujung tali ditarik dengan kekuatan yang rata, Simpul Manuk amat berguna.
Sekiranya hanya satu hujung tali ditarik, kesan yang baik boleh dicapai dengan
membuat Lilit Simpul pada hujung tali.
Simpul Manuk merupakan kegemaran pengemar aktivti luar. Simpul Manuk juga
berguna terhadap barangan dengan permukaan licin seperti logam. Simpul ini
senang untuk dibuat dan dibuka serta amat selamat untuk digunakan. Malah
kegunaan Simpul Manuk boleh dipisahkan mengikut keadaan.
LENCANA KERIS EMAS

Lilit Dua Simpul /


Round Turn Two Half Hitch

Lilit Dua Simpul terdiri daripada dua Lilit Simpul. Walaupun Lilit Simpul tidak kuat,
tetapi gabungan mereka amat kuat. Lilit Dua Simpul tidak akan terurai walaupun
ditarik ke tahap maksimum serta senang untuk dibuka.
Lilit Dua Simpul merupakan pilihan terbaik untuk mengikat tali pada barangan
terutamanya semasa aktiviti luar seperti perkhemahan. Satu-satunya kelemahan
ialah lilitan ini senang untuk membuat kesilapan. Selain itu, bentuk lilitan ini
kelihatan seperti Simpul Manuk.
LENCANA KERIS EMAS

4) Mendiri / Menurun / Melipat Khemah

Mengeluarkan khemah dan tiang


khemah. Mula-mula, menyambungkan
kedua-dua batang tiang khemah.

Seterusnya masukkan tiang khemah yang


tersedia itu ke lubang luar khemah
bermula dari satu sisi ke sisi
bertentangan.

Setelah tiang itu kelihatan seperti huruf


“X”, sekarang anda akan mendirikan
khemah tersebut. Semasa anda hendak
memasukan tiang ini anda hendaklah
membengkokkan tiang tersebut kepada
bentuk D. Ulangi proses ini pada tiang
satu lagi.

Setelah khemah itu siap dinaikkan, kamu


boleh mengangkat khemah besar itu
dengan satu tangan (Sebenarnya
khemah sangat ringan) dan
memindahkannya ke tempat yang
bersesuaian.
LENCANA KERIS EMAS

5. Selepas itu, kain hujan (kain luar) akan dipasang. Kain hujan harus dibentangkan
dan diletakkan di atas khemah.

Perhatian :-
Pintu kain hujan dan pintu khemah harus menghadap ke arah yang sama. Empat
penjuru kain hujan harus digantung pada empat penjuru khemah. (Kamu boleh
menjumpai tempat gantung berhampiran dengan lubang tiang khemah dimasukkan).
Terdapat juga empat penjuru kain hujan yang dipakukan pada pancang berdekatan
dengan empat penjuru khemah, kamu harus memeriksa sama ada terdapat lubang
pada kain hujan yang boleh disambungkan pada pancang. Kain hujan harus
ditegangkan supaya terdapat ruang di antara kain hujan dan khemah untuk
mengelakkan khemah daripada basah pada hari hujan.

Anda mungkin juga menyukai