Anda di halaman 1dari 3

Skrip bagi drama pendek perlumbaan kedua Babak 1( lagu rimba) Di sebuah rimba yang aman terdapat kumpulan

haiwan yang tinggal dengan amanya.Ketuanya terdiri daripada tok gajah yang memimpin kelompok haiwan tersebut. Namun suatu hari terdapat satu perkara yang menjadi sejarah kepada penduduk di hutan ini. Arnab : akulah haiwan yang paling pantas di rimba ini. Kancil : kau yang paling pantas? Biar betul?. Arnab : yalah, akulah yang paling pantas. Kalau kau tidak percaya cuba kau lihat otot di kaki ku ini. Gajah : wahai arnab, apa yang kau katakan itu tidak benar. Sejarah rimba pernah mencatatkan keturunan kau pernah dikalahkan oleh keturunan kura-kura. Kura-kura: iya ka tok gajah?. Ini cubaan ke betul-betul. Arnab: ha! Aku tidak percaya apa yang tok gajah katakan. Lihatlah kura-kura, sudahlah pendek, berjalan pun berjam-jam. Pokok: hahaha...aku setuju dengan kata-kata mu wahai arnab. Mana mungkin kurakura mampu nak lawan arnab. Kancil: sudah-sudah!. Jadi begini, apa kata kita adakan satu pertandingan perlumbaan antara arnab dan kura-kura. Arnab: setuju Tok gajah : setuju Pokok : kalau semua setuju...aku setuju sangat...hohohoho

Babak 2 Tok Gajah : kancil,kancil. Boleh kau tolong aku?, boleh kau sebarkan kepada haiwanhaiwan lain mengenai perlumbaan antara kancil dan arnab. Kancil : baiklah tok gajah, akan aku sebarkan kepada semua penghuni rimba ini. Gajah membuat pengumuman bagi memaklumkan kepada semua penghuni rimba yang esok akan diadakan satu perlumbaan antara arnab dan kura-kura. Tok gajah: wahai penghuni rimba sekalian, esok akan diadakan satu perlumbaan yang cukup bersejarah antara arnam dan kura-kura. Selang beberapa hari selapas pengumuman, kura-kura dan arnab membuat latihan bagi berlatih agar mendapat gelaran juara. Babak 3 ( hari perlumbaan ) Setelah sekian lama berlatih, kini tiba hari perlumbaan. Semua haiwan berkumpul di tempat permulaan bagi menyaksikan perlumbaa yang bersejarah ini. Tok gajah memulakan pertandingan. Perlumbaan telah dimulakan. Ternyata arnab berlari dengan pantasnya meninggalkan kura-kura di belakang. Setelah jauh berlari meninggalkan kura-kura, arnab merasakan bahawa kurakura tidak dapat mengejarnya lagi. Lalu arnab pon singgah di bawah pokok dan dia terus duduk. Arnab : ah lambat lagi si kura-kura mahu sampai. Baik aku berehat di pokok ini dulu. Pokok : Hei..walei...walei.hei..hei..tidurlah hei..wahai sang arnab!!!kura-kura tidak akan dapat menandingi kepantasan kau itu!kau pantas..pasti kau akan memenangi perlumbaan ini. Arnah terpengaruh dengan kata-kata Pokok.Arnab pun tertidur di sisi pokok.Dari jauh kelihatan Kura-kura berusaha untuk memenangi perlumbaan.Arnab nyenyak tidur sehingga tidak menyedari yang kura-kura sudahpun melintasi Arnab.Kura-kura dengan gigih meneruskan lariannya tanpa mempedulikan apa yang terjadi kepada Arnah.Bagi

Kura-kura ini merupakan perlumbaan yang melibatkan maruah.Lalu kura-kura pun jauh meninggalkan Arnab. Arnab yang nyenyak tidur tiba-tiba terjaga dan memandang ke arah belakang tetapi tiada lagi kelibat kura-kura dibelakang.Apabila Arnab berpaling ke arah hadapan,terlihat kura-kura sudah begitu jauh dihadapan.Dengan rasa

menggelabah,Arnah cuba mengejar kura-kura yang sudahpun hampir di garisan penamat.Kura-kura menyedari bahawa Arnah sudah tersedar dari tidur,lalu Kura-Kura pun meningkatkan kelajuannya dan akibatnya kura-kura telah tersadung kakinya lalu badannya bergolek sehingga melintasi garisan penamat.Akhirnya Gajah

mengumumkan kepada penghuni rimba bahawa Kura-kura yang memenangi perlumbaan tersebut

Anda mungkin juga menyukai