Anda di halaman 1dari 12

Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu; Murid sentiasa hormatkan guru, Kerana guru pembekal

ilmu.

Budak-budak berkejar-kejar, Rasa gembira bermain di sana; Kalau kita rajin belajar, Tentu jadi orang berguna.

Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci; Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci.

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak ditaati, Mana yang dapat jangan dilupa.

Hari malam gelap-gelita, Pasang lilin jalan ke taman; Sopan santun budaya kita, Jadi kebanggaan zaman berzaman.

Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian; Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

Pergi ke kedai naik beca, Beca dinaik bersama tamu, Rajin-rajin adik membaca, Membaca baik menambah ilmu.

Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pangkal kelapa; Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada ibu dan juga bapa.

Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barang Jikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang.

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu.

Pagi - pagi mendengar cerita, cerita dari cikgu Rohaya, hidup kita punya cita-cita, untuk berjasa dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai