Anda di halaman 1dari 7

PANTUN TEKA- TEKI Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti Anak ramai ibunya seorang,

Bila bergesel berapi-rapi? Jawapan: Mancis Ada tubuh ada tangan, Tiada kepala tiada kaki; Sangat berguna waktu hujan, Apakah dia yang dimaksudkan ini. Jawapan: Baju Hujan Buah budi bidara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Jawapan: Buah Hati Budak-budak ramai di pekan Hari raya membakar petas Kalau adik pandai kiasan Apakah buah gugur ke atas? Jawapan: Buah Melaka Tinggi duduk di atas sekali, Bukan bulan bukan matahari; Bila malam ia berseri, Bila siang ia berganti. Jawapan: Bintang Tarik pukat dari pangkalan, Gula Melaka dibuat inti; Bila diikat ia berjalan, Bila dibuka ia berhenti? Jawapan: Kasut Bertali Cik Limah bersama anak lelaki Duduk makan keropok lekor Yang mengejar tidak berkaki, Yang dikejar tiada berekor? Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun, Moga sentiasa murah rezeki Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? Jawapan: Lemang Bila kecil boleh ditiup, Sudah besar janganlah lagi, Kalau tercucuk ia meletup, Kalau terlepas terbangnya tinggi. Jawapan: Belon Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun temurun; Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun. Jawapan : Payung Walau dibungkus bukan kiriman, Sudah takdir tuhan yang satu, Meski ditanam bukan tanaman, Cubalah teka apakah itu? Jawapan: Mayat

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2009/12/pantun-teka-teki-danjawapan.html#ixzz2R0wlZOzA Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

TEKA TEKI NAMA BENDA Pisang berangan dibuat pengat, Dicampur dengan gula melaka, Setiap detik setiap saat, Menghitung waktu tak kira masa.

Jam

Bunga melur bunga cempaka, Letak disanggul oleh sidara, Dipakai untuk melihat dan membaca, Ada pula untuk bergaya.

cermin mata

Matahari terbit sudahlah tinggi, Itulah tanda sudah dinihari, Selalu dipakai di bawah kaki, Untuk berjalan dan juga berlari.

kasut

Berbagai bentuk dan juga warna, Bila memakai bertambah jelita, Menutup aurat tujuan utama, Dapat pahala berganda-ganda.

tudung kepala

Di Pulau Mutiara menaiki beca, Melancung bersama ayah dan bonda, Selalu diselak dan juga dibaca, Agar penuh ilmu di dada.

buku

Wahai adik cubalah fikir, Dibawa ke sekolah setiap masa, Diguna untuk menulis dan mengukir, Kadang kala diguna untuk mengira.

pensil

Berbagai bentuk dan juga rasa, Perisa durian, coklat apa sahaja. Walaupun sejuk tidak terkira, Menjadi kesukaan si kecil juga dewasa,

ais krim

Selepas mandi memakai baju, Terus pergi ke rumah datuk, Dahulu dipakai pahlawan melayu, Hujungnya tajam tepinya berkeluk-keluk.

keris

Pelbagai warna pelbagai rupa, Terbang tinggi menari-nari, Menjadi kegembaran tua dan muda, Awas! datang ribut terputus tali.

Warna biru cantik menawan, Warna merah warna kegemaran. Semasa kecil menjadi kawan, Sudah besar menjadi lawan.

Unggun Api

Anda mungkin juga menyukai